Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 21 June 2014

TERDUDUK HISHAMUDDIN , ANGKARA PANDA , CHINA HALANG P3 !


Strategi Kerajaan menjalinkan hubungan istimewa mula menampakkan hasil positif. Kepada macai yang selama ini memperlekeh usaha Kerajaan khasnya Hishamuddin yang kerap menjalin hubungan dengan negara China, berita ini patut mereka baca. Itupun kalau mereka memahami ekonomi.


China tidak luluskan P3, Pelabuhan Klang selamat

KUALA LUMPUR 20 Jun - Langkah kerajaan China tidak membenarkan pembentukan kerjasama tiga syarikat perkapalan terbesar dunia (P3) dilihat memberi petanda positif kepada Pelabuhan Klang, khususnya pengendali utamanya, Westports Holdings Bhd. (Westports).
Awal minggu ini, Beijing tidak bersetuju pembentukan P3 oleh tiga syarikat iaitu Maersk Line, MSC dan CMA-CGM, iaitu usaha tiga syarikat berkenaan bagi menentukan pelabuhan terpilih di Asia Tenggara sebagai pusat mereka mengendalikan pemunggahan kontena.
Di dalam rancangan kerjasama itu, tiga syarikat terbabit tidak akan berhenti lagi di Pelabuhan Klang, sebaliknya akan ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Singapura. Ketiga-tiga syarikat itu ketika ini menguasai 47 peratus aktiviti perkapalan kontena antarabangsa.
Menurut nota kajian oleh MIDF Research, disebabkan usaha P3 tidak kesampaian, dijangka kadar pengendalian kontena di Westports bakal meningkat sembilan peratus pada tahun ini dan tujuh peratus pada 2015, lebih tinggi berbanding jangkaan sebelum ini iaitu lapan dan enam peratus.
"Risiko pengurangan penerimaan kontena kini terhapus selepas P3 membekukan kerjasama mereka apabila Beijing tidak meluluskannya.
"Pengenalan P3 jika diluluskan, dilihat bakal mengurangkan persaingan perkhidmatan kontena antarabangsa serta menjejaskan perniagaan syarikat-syarikat perkapalan yang berskala kecil," jelas nota kajian itu.
Antara kandungan P3 itu ialah CMA-CGM yang menyumbang 15 peratus pendapatan kepada Westports akan mengubah laluannya ke PTP, memandangkan Maersk Line menguasai 30 peratus kepentingan di dalam PTP.
Jelas MIDF Research, langkah China adalah baik tetapi agak mengejutkan memandangkan sebelum ini Suruhanjaya Perdagangan Amerika Syarikat dan Eropah telah meluluskan pembentukan P3.

Hakikatnya Pelabuhan Klang mungkin lumpuh jika P3 berjalan seperti yang dirancang sebaliknya apabila ia disekat oleh Kerajaan China, perniagaan di Pelabuhan Klang dijangka akan meningkat.

Kalau kita nak ucap tahniah, nak angkat topi kepada Hishamuddin selaku Pemangku Menteri Pengangkutan, aku rasa boleh sangatlah. Ini antara kejayaan diplomatik beliau.

Kepada yang melihat panda hanya sebagai panda , aku rasa mereka kena belajar lagi memahami politik.


12 comments:

  1. apa kaitan dgn hishammuddin mengenai hal pelabuhan ni?

    ReplyDelete
  2. Hishamuddin-
    1. Pemangku Menteri Pengangkutan
    2. Pemangkin kepada hubungan istimewa Malaysia- China khasnya selepas MH 370

    ReplyDelete
  3. Hisham terduduklah. Lega, ini satu pencapaian

    ReplyDelete
  4. Thailand tak pernah kena jajah. Kenapa? Pemimpinnya baik dengan semua negara yang ' mungkin' menjajahnya.

    ReplyDelete
  5. Tuan tanah ni peminat Hishamuddin

    ReplyDelete
  6. Anon, dunia terbuka. Minat sesiapapun tak pe. Jangan jadi Nuar Brahim sudah !

    ReplyDelete
  7. Pemerintah mesti ada perancangan, strategi. Bila kita tak boleh balun orang, kita jadikannya kawan kita.

    ReplyDelete
  8. Jika Pelabuhan Kelang terjejas, banyak lagi bisnes sampingan akan terganggu.

    ReplyDelete
  9. Ini adalah tanda keikhlasan China. Hukum diplomasi ialah jaga kepentingan rakan seperti menjaga kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  10. Apapun Melayu ada di mana? Takkan selamanya jadi pekerja.

    ReplyDelete
  11. Retak antara Singapura dgn Malaysia adalah kerana persaingan pelabuhan. Ertinya China tidak utamakan Singapura kerana hubungan akrab Singapura US. Ini yang rami org gagal fahami.

    ReplyDelete
  12. Siapapun yg berusaha tak kisah. Asalkan kepentingan negara terjaga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...