Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau yakin pasukan petugas khas yang dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara itu dapat menjalankan siasatan de­ngan segera, adil dan tidak berpihak.

“Pada masa sama, saya ingin menggesa pihak-pihak yang membuat dakwaan tersebut agar tampil dengan bukti kukuh.

“Langkah ini penting kerana dakwaan tersebut bukan sahaja melibatkan maruah dan kredibiliti Perdana Menteri, malah imej kerajaan Malaysia di mata dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
WSJ baru-baru ini melaporkan bahawa hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan kepada akaun peribadi Perdana Menteri.
Menurut Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO, beliau menyokong penuh kenyataan tegas Perdana Menteri yang mahu mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan berkenaan.
“Saya berharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian awal berhubung dakwaan beberapa media antarabangsa terhadap Perdana Menteri berkaitan isu 1MDB.
“Jangan bertindak melulu dan terus menghukum beliau kerana dakwaan itu hanyalah berdasarkan laporan media yang belum disahkan kebenarannya. Jangan membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan,” ujarnya.

Ulasan.


Aku rasa sejak dari awal lagi bila DS Najib menghadapi masalah atau serangan, sokongan daripada pemimpin di bawah beliau tidak begitu jelas. Main selamat dan lebih kepada nak mengulas, nak tunjukpandai dan bijak.


DS Hishammuddin berbeza. Dari awal untuk apa jua isu sangat konsisten. Kenyataannya agak jarang tapi tegas dan jelas. TPM sendiri pada pandangan aku tak berapa nak clear. Pandangan akulah.