Tetapi ia menjadi berita apabila aktivis liberalisme , Datuk Saifuddin Abdullah tiba tiba mengajak massa untuk melihatnya sebagai ' penganiayaan, pencerobohan, gangguan terhadap intelektualisme'.
Oleh kerana Saifuddin bekas Timbalan Menteri dan masih orang UMNO tentulah kenyataannnya disambut meriah oleh Pakatan Pembangkang yang nampak peluang untuk menjatuhkan reputasi Kerajaan UMNO.
Ada dua tiga perkara yang patut kita perhatikan dalam membicarakan isu ini.
1. Telah wujud kepercayaan bahawa cenderung/condong kepada Pakatan adalah petanda ketinggian intelek.
2. Yang condong kepada pembangkang adalah manusia kebal yang tidak boleh disentuh.
3. Kerajaan lambat/ tidak bertindak menjawab dengan tepat apa jua mainan persepsi yang dicetuskan pembangkang. Dalam hal ini , tiada sesiapapun daripada pihak kerajaan yang tampil menjawab. Atau sekurang kurangnya memberitahu rakyat bahawa Kerajaan UMNO sedang menggunakan kuasa.
Tetapi di atas segala pandangan, aku kagum dengan seorang isteri yang memaksa suami menceraikannya. Dia tidak malu walaupun orang tahu dia bukan isteri yang ideal sedangkan dia mahu bercakap tentang idealisme dan reputasi...sedangkan rakyat tahu apa tahap reputasi beliau.
( Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman- Sahabat Anwar Ibrahim tidak disambung kontrak di UM - Ini isu yang kita bincangkan )
'Elak profesor kangkung'
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, tekanan itu tidak wajar dengan mengambil kira reputasinya, termasuk pernah menjadi dekan terbaik pada 2012, serta kewibawaan tinjauan Umcedel.
Malah, katanya, Najib sendiri pernah memuji badan itu pada Januari 2012 kerana sebuah tinjauannya yang menunjukkan bahawa BN akan terus berkuasa.
“Reputasi Umcedel sebagai pemerhati politik tanah air tidak dapat disangkal lagi apabila terus-terusan membuat kajian yang tepat dari pendapat rakyat tentang perjalanan politik dalam pelbagai isu, termasuklah penemuannya tentang keputusan pilihan raya umum ke-13 yang bertepatan dengan keputusan sebenar,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah juga menyeru semua pihak menyatakan solidariti dan bantahan terbuka terhadap perkara itu.
“Jangan jadikan profesor-profesor di Malaysia semuanya kangkung semata-mata!” katanya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.

Bapa borek anak rintik. Ke mana umpahnya kuah kalau tidak ke nasi
ReplyDeleteUMNO. kena jawab. Kalau tidak seolah olah kerjaan UMNO memang. zalim
ReplyDelete