Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 30 May 2015

KITA BUKAN LAGI JAGUH KAMPUNG !

Ucapan ini disampaikan oleh DS Hishammuddin dalam kalangan negara yang terlibat dalam konflik kepentingan. Kita tidak lagi bercakap dalam kerangka sendiri sebaliknya bercakap di tengah tengah medan. Ini kebanggaan bagi kita.
Jangan lagi berasa kita hanya Pak Turut dalam banyak perkara..

SINGAPURA 31 Mei - Menteri Pertahananan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia yakin penggubalan kod tata laku (COC) adalah cara terbaik untuk menangani persaingan tuntutan terhadap wilayah perairan di samping menggesa agar rundingan mengenainya dipergiatkan.

Beliau berkata langkah itu perlu diambil bagi mempercepatkan penggubalan satu COC berkesan untuk menjadi alat utama dalam memastikan laluan laut utama dapat diurus dengan sewajarnya.

Beliau juga memberi amaran bahawa isu laut China Selatan boleh mencetuskan konflik paling berbahaya dalam sejarah dan oleh itu menggesa pihak yang membuat tuntutan supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan atau keburukan.

Sambil menyifatkan isu itu seperti ‘bangkai gajah yang tidak boleh ditutup dengan nyiru’, Hishammuddin berkata: “Isu Laut China Selatan adalah satu masalah lama.

“Ia melibatkan maruah serta ‘air muka’ negara terbabit. Jika kita tidak berhati-hati, ia pasti boleh bertukar menjadi antara konflik paling berbahaya pada zaman kita, kalau pun bukan dalam sejarah.”

Hishammuddin berkata demikian ketika berucap pada Dialog Shangri-La Sidang Kemuncak Keselamatan Asia IISS ke-14 – Sidang Pleno Ketiga bertajuk Mencegah Peningkatan Konflik, di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia amat menyedari kepentingan yang menjadi rebutan di Laut China Selatan.

“Sebab itulah kami sentiasa menganjurkan agar diplomasi diberi keutamaan dalam menangani pertikaian ini.

“Seperti yang dinyatakan dengan tepat oleh Menteri Pertahanan Indonesia Jen (B) Ryamizard Ryacudu pada sesi sebelum ini, mekanisme dan amalan ASEAN adalah bertujuan menggalakkan dialog secara aman diadakan.

“Sesuatu resolusi keamanan perlu diterima semua negara terb bit dan ASEAN perlu dikekalkan sebagai prinsipnya dan sebagai satu-satunya forum bagi negara Asia Tenggara untuk mencari sesuatu penyelesaian,” katanya.

Ketika menegaskan bahawa dialog dan kerjasama rapat antara negara adalah sangat penting, Hishammuddin berkata terdapat banyak contoh bagaimana rundingan mengenai kawasan yang menjadi pertikaian boleh diselesaikan tanpa campur tangan ketenteraan.

Beliau menyebut tentang pertikaian antara Malaysia dan Indonesia berhubung kepulauan Sipadan dan Ligitan yang berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Katanya lagi, pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung Pulau Batu Putih juga diselesaikan melalui kaedah serupa dan ini menunjukkan bahawa diplomasi dan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa boleh dan perlu dipelihara.

Hishammuddin seterusnya berkata: “Kita perlu berwaspada dengan kejadian yang tidak dijangka atau yang berlaku dengan tiba-tiba di perairan berkenaan.

“Seperti yang sering saya tegaskan, retorik berapi-api dan perbuatan saling melemparkan tuduhan, tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana negara.

“Isu ini memerlukan satu resolusi yang dipacu oleh sikap saling menghormati dan saling mempercayai. Ia akan memakan masa, tetapi saya yakin bahawa berkat kesabaran, kebijaksanaan dan kekentalan semangat kita bersama, kita boleh maju ke hadapan.”

Hishammuddin berkata semua negara bebas untuk bertindak di kawasan kedaulatan masing-masing seperti yang mereka rasakan wajar, tetapi mereka juga patut sedar tentang akibat dan kesan daripada tingkah laku mereka.

“Kita bertanggungjawab memelihara keamanan dan kestabilan, bukan sahaja untuk kita pada hari ini, tetapi juga untuk generasi akan datang,” katanya.RN




Tuesday 12 May 2015

AKHIRNYA JADI BOSANLAH !

Bacalah...di sini..

Mula mula aku rai jugak. Hormat orang tua. Tapi bila dah melampau, tak habis habis aku dah rasa bosan. Mereka dah macam ada dendam peribadi pulak dah..

Sudah sudahlah. Aku bimbang akhirnya orang jadi hilang hormat.

Saturday 9 May 2015

SIASATLAH DAN UMUM HASIL SIASATAN...

Kenyataan Media - 1MDB
9 Mei 2015
Isu 1MDB merupakan isu hangat yang menjadi perhatian dan tumpuan rakyat Malaysia ketika ini. Justeru, bagi saya kerajaan sememangnya harus menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan untuk menangkis persepsi negatif berkenaan syarikat pelaburan ini.


Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya berdiri teguh dengan pendirian saya sebelum ini yang menegaskan bahawa jika ada sebarang salah laku dalam isu 1MDB, tindakan undang-undang harus diambil dengan segera.

Saya berkongsi kegelisahan masyarakat tentang satu pendedahan baru-baru ini berkenaan transaksi hartanah yang signifikan di antara 1MDB dan Tabung Haji Properties di Tun Razak Exchange (TRX).

Lembaga Tabung Haji merupakan salah satu institusi yang dihormati, justeru, integriti dan nilai pelaburan pencarum Tabung Haji perlu dilindungi dan ini seharusnya menjadi prioriti kerajaan. Saya yakin, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji mengambil kira risiko perniagaan dan berusaha untuk memastikan kepentingan terbaik pencarum dari segenap lapisan masyarakat dijamin setiap masa.

Namun demikian, kita perlu segera memadam persepsi negatif dan syak wasangka di pasaran dan pandangan masyarakat bahawa penjualan hartanah 1MDB ini merupakan simptom beban kewangan yang dihadapi oleh syarikat pelaburan tersebut.
Justeru, kita seharusnya mempercepatkan proses untuk mengetahui kedudukan kewangan sebenar 1MDB. Kita tidak seharusnya menunggu sahaja hasil siasatan Ketua Audit Negara. Dalam konteks ini, saya menggesa Ketua Audit Negara segera mengemukakan laporannya dan memanjangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

 Dan demi menjaga reputasi syarikat pelaburan ini serta menjawab persoalan umum, saya mencadangkan agar lembaga pengarah 1MDB melantik satu lagi firma audit antarabangsa yang bebas untuk memeriksa, memberi verifikasi dan mendedahkan kepada umum nilai semua aset, liabiliti syarikat serta status portfolio pelaburan dan kedudukan aliran tunai.

 Firma audit ini juga seharusnya melaksanakan audit forensik kepada semua transaksi 1MDB sejak penubuhannya untuk membantu 1MDB menjawab segala isu yang dibangkitkan. Saya yakin hasil audit bebas ini berserta siasatan Ketua Audit Negara akan dapat membantu 1MDB meyakinkan rakyat tentang status kewangan syarikat pelaburan tersebut.

Ulasan

Ini yang diperlukan sebenarnya. Kenyataan yang jelas dan tiada sebarang ketakutan. Siasat secara terperinci dan dedahkan hasil siasatan. Aku yakin, apapun hasilnya nanti pasti akan jadi mainan baru pembangkang. Ini kerja mereka.

Ada orang saja saja nak pertahan, tak perlu sebab kita masing masing belum tahu apa sebenarnya terjadi. Sama macam DS Hishammuddin, seluruh rakyat sedang menanti jawapan.

Aku jangka 1MDB tak bahaya sangat kesannya tapi bila libatkan Tabung Haji, ia dah jadi amat berakar umbi.



Friday 8 May 2015

WOW ! DIROGOL TIGA WANITA !

AFRIKA SELATAN 8 Mei - Seorang lelaki di Afrika Selatan diculik dan dirogol oleh tiga wanita yang mahu mengambil semen lelaki berkenaan.

Memetik laporan Metro.uk, tiga wanita dalam kereta BMW berwarna hitam berhenti dan berlakon seolah-olah bertanyakan arah jalan kepada mangsa sebelum menculiknya.


Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian bertindak menyelamatkan diri, namun ketiga-tiga suspek berkenaan dikatakan telah pun membuatkan mangsa khayal dengan memaksanya minum sesuatu daripada botol.


Mangsa kemudian dirogol dan semennya diambil lalu disimpan dalam kotak peti sejuk.


Tiga wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan di sebuah tempat 500km dari Bandar Port Elizabeth.


Menurut Konstabel Mncedi Mbombo, air minuman yang diberi itu telah merangsang lelaki itu walaupun dia dalam ketakutan dan enggan melakukan hubungan seks.


Mbombo juga berkata insiden ini amat pelik kerana mereka tidak pernah mendengar perkara sebegitu berlaku sebelum ini. Sumber..



Monday 4 May 2015

APA PULAK TUN M NI?

SHAH ALAM - "Sayangkan anak, tangan-tangankan, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan, sayangkan pemimpin, tegur-tegurkan," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya pemimpin di negara demokrasi perlu sentiasa diingatkan dan ditegur supaya tidak leka dengan kelebihan yang diperoleh.‎ 

Katanya lagi, penyokong tidak boleh terlalu taksub dengan pemimpin sehingga sanggup mengabaikan kesalahan yang dilakukan oleh wakil rakyat tersebut.

"Tadi semasa saya mula-mula sampai (semalam) orang bangun dan tepuk tangan. Saya harap tepukan itu bukan untuk saya yang sekarang, tetapi untuk apa yang saya buat semasa saya jadi Perdana Menteri.

"... kalau saya jadi Perdana Menteri dan terlibat dengan rasuah serta pengambilan wang, saya hidup dengan kemewahan. Jangan sokong saya. Kalau saya tidak berjaya bangunkan negara, jangan sokong saya,” katanya ketika berucap dalam Program Bersama Tun Mahathir "Penyatuan Melayu dan Isu Semasa Negara" di Kelab Sultan Sulaiman, di Kuala Lumpur, semalam.

Jelas Dr Mahathir, teguran yang dibuat selama ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin BN, sebaliknya ia bertujuan untuk menyelamatkan parti itu dari kejatuhan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya tegur bukan untuk pecah-belahkan pemimpin dengan rakyat, tetapi ia untuk perkukuhkan parti pada PRU14 nanti. Pada kajian saya jika kita terus berada dalam keadaan seperti sekarang, kita bukan sahaja akan tawar, bahkan kita pasti akan tewas pada PRU akan datang.

“Saya tidak kira siapa, kawankah, lawankah, saya akan tetap tegur dia (pemimpin) sekiranya dia buat salah,” tegasnya Dr Mahathir sebelum disambut dengan tepukan gemuruh peserta program.SH- 4 Mei 2015


Ulasan

Orang yang kenal Tun M pasti tahu. Tun M bukan calang calang orang. Tak ada perkara yang beliau ucap hanya untuk suka suka. Aku dari awal dah jangka, teguran beliau adalah untuk kebaikan jugak walaupun pedas.


Aku percaya kenyataan ini pasti akan beri kredit kepada Permatang Pauh dan Rompin. Terima kasih Tun.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...