Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 22 June 2014

USTAZ ABU BAKAR MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN MAUT.

Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia


Berita
KUALA TERENGGANU: AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Lebuh raya Pantai Timur, pagi ini.
Buat masa ini, jenazah beliau masih berada di Hospital Hulu Terengganu.


DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR BIN CHIK


Merupakan anak kelahiran Kg. Masjid Tepoh, Kuala Terengganu. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1950. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama dengan To’ Puan Zaitun Binti Salleh dan dikurniakan 8 orang zuriat iaitu 5 lelaki dan 3 perempuan. 

Berkelulusan Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM) pada tahun 2011-2012; melawat sambil belajar Bahasa Arab di Jami’ah Afriqiyyah Alamiyyah (1995-1996); melawat sambil belajar Bahasa Inggeris di Fort Wayne Community College, Indiana, USA (1987-1988); dan Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Pendidikan UKM (1973-1977).


Pengalaman Kerja

1977 – 1981   : Pengetua Institut Berakan, Kuala Terengganu

1982 – 1986   : Wakil Rakyat (ADUN Jeram), Terengganu

1997 – 1999   : Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian
                         Sek. Rendah Islam Pintar (SRIP)

1999 – 2004   : Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu

2000 – 2004   : Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu

2004 – Kini     : Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)

2008 – Kini     : Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi
                         Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan



Politik

1981              : Menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS)

1984 – 1986  : Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting

1989 – 1999  : Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 13

1999 – 2011  : Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu

2000 – Kini    : Ahli Jawatankuas PAS Pusat

2000 – 2007  : Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat

2007 – Kini    : Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat

2008 – Kini    : Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat



Kegiatan Pelajar & Belia

1968 – 1970  : Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu

1975 – 1977  : Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM

1976 – 1977  : Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM

1977 – 1981  : Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah

                        Kuala Terengganu & Negeri Terengganu.



Kegiatan Kemasyarakatan & Pendidikan

1979              : Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM

1983              : Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu

1987              : Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu

1989 – 1999  : Pengerusi PASTI Malaysia

2006 – 2008  : Penasihat (Luar) Yayasan Amal Malaysia

2009 – Kini    : Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)

2013              : Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia

                        (MAKPEN)


Kegiatan Antarabangsa

1989               : Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan

1989 & 1993  : Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2

1994, 1995 & 1996 : Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki

1997 & 1998  : Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan.

2003               : Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan

2005 – 2013   : Presiden AFMY

2007               : Mengasaskan Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)



Penulisan Buku

1987               : Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd

1998               : Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd

1999               : Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan

2007               : Pilihanraya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai, MTT.

2011               : PAS 60 Tahun – Pustaka Damai, MTT.

2013               : Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb

                         – Pustaka Damai, MTT



Darjah Kebesaran & Anugerah Tokoh

2002              : Setia Mahkota Terengganu (SMT)

2003              : Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)

2003              : Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas 

                        Dewan Pemuda PAS Trg

2003              : Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas
                        Dewan Pemuda PAS Pusat

2009              : Tokoh PASTI Malaysia

Sumber : TrangKite Online ( TKO )- Terima kasih 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...