Dengar cerita, pengarah dan produser terkenal, Ahmad Idham tidak lama lagi akan ‘bercerai’ dengan Excellent Pictures Sdn Bhd iaitu syarikat produksi yang ditubuhkannya bersama beberapa rakan perniagaan.
Pengarah yang baru tampil dengan filem Hantu Nan Sempit itu didakwa berkecil hati dengan seorang rakan kongsinya lalu mengambil keputusan keluar dari syarikat.
Cik Pang tak pasti berita yang didengar ini sahih atau tidak. Namun, kalau ia datang daripada orang dalam produksi sendiri, Cik Pang rasa ia memang sahih.
Kalau betul cerita ini, tidak hairan Cik Pang tengok pengarah itu sibuk mengurus akademi filem yang baru dibukanya di Johor sejak beberapa bulan lalu.
Kalau betul cerita ini, tidak hairan Cik Pang tengok pengarah itu sibuk mengurus akademi filem yang baru dibukanya di Johor sejak beberapa bulan lalu.
Akademi filem dinamakan AIFA (Ahmad Idham Film Academy) terletak di Nusajaya, Johor itu beroperasi secara kecil-kecilan dengan pengambilan beberapa pelajar sekitar Johor yang berminat dalam bidang penerbitan filem.Terfikir juga, kenapa pengarah itu tidak muncul pada malam tayangan perdana Hantu Nan Sempit minggu lalu? Rupa-rupanya, dia cuba kurangkan aktiviti bersama Excellent Pictures.
Kalau tidak silap Cik Pang, Ahmad Idham mempunyai beberapa lagi produk bersama syarikat itu, antaranya filem Tembus dan Kriptik: Romeo Kota yang masih menanti tayangan. Malah, dengar cerita, sebaik semua filem itu keluar, baru pengarah itu secara rasmi melepaskan segala tanggungjawabnya sebagai penerbit bersama di sana.
Walaupun sibuk mengurus AIFA dan tidak lagi bersama Excellent Pictures, Cik Pang difahamkan Ahmad Idham akan tetap mengarah tetapi dengan membuka syarikat produksi sendiri. - Metro
Eloklah . Kita tumpang bangga. Bila ada anak Melayu yang mampu berdikari, membina kejayaan.
No comments:
Post a Comment