Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 23 June 2014

WEII !! KORANG SILAPLAH ! INI BUKAN PARTI PUNYA HAL, INI HAL GIRL FRIEND !! KAH ! KAH ! KAH !


Weiii !! Gila babi punya lawak. Perang, gaduh , kekacauan dalam mesyuarat PKR adalah disebabkan kerana masalah girl friend. Dua tahun dulu punya cerita ! Kah ! kah ! kah !

Itu parti yang korang nak suruh perintah negara ? Korang nak mampus? Pasal girl friend gaduh, pasal bini gaduh, pasal liwat gaduh ! Apa nak jadi negara?


'Ada yang bergaduh kerana girlfriend'


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul berkata beliau kecewa dengan kes keganasan melibatkan pemilihan semula di dua cabang di Selangor pada Sabtu dan Ahad lalu.

Beliau bagaimanapun berkata keganasan dan pergaduhan ahli parti tidak semestinya kerana pemilihan kerana banyak faktor lain yang mungkin menyebabkan ahli parti bergaduh.

"Ada yang bergaduh sebab kes girlfriend(teman wanita) dua tahun lepas. Jadi bila jumpa sekarang mereka bergaduhlah. Tak semestinya sebab pemilihan," kata beliau secara berseloroh di sidang media di ibupejabat PKR hari ini.

Johari menjelaskan kes keganasan melibatkan ahli parti ketika pemilihan di Kuala Langat telah diserahkan kepada polis.

Menurutnya, kes pergaduhan itu berlaku di luar dewan tempat cabang Kuala Langat mengundi dan ia tidak melibatkan bidang kuasa JPP.

"(Kes) itu kita dah serahkan kepada polis untuk siasatan," katanya yang juga ahli parimen Sungai Petani.

Mengulas insiden pergaduhan di Kota Raja semalam pula, Johari berkata panel aduan dan rayuan yang diketuai Abdul Malek Hussin(bawah)  sedang meneliti bukti dan mengenalpasti individu yang terlibat.

'Serah pada polis'

Ini merupakan insiden pergaduhan melibatkan peti undi kedua yang berlaku di Kota Raja selepas pemilihan asal dibatalkan kerana pergaduhan bulan lalu.

"Kenyataan yang terlibat telah direkod dan dihantar ke jawatankuasa displin untuk tindakan. Jika mereka terbukti bukan ahli, kita akan serahkan kepada polis.

"Dalam insiden dulu ada ahli yang dipecat setelah jawatankuasa displin mengambil tindakan. Sekarang kita nak lihat, jika individu atau kumpulan yang sama terlibat," kata beliau.

Semalam Bernama melaporkan proses pemilihan semula cabang Kota Raja bertukar ganas sehingga mengakibatkan dua lelaki cedera dalam pergaduhan semasa sesi pengundian.

Pemilihan PKR di Selangor dilakukan semula selepas berlaku kekecohan pada 11 Mei lepas, yang menyaksikan 11 daripada 22 cabang terpaksa menjalani proses itu sekali lagi.

Johari turut mengumumkan 15 cabang terakhir yang bermasalah di Sabah, Sarawak dan Selangor akan melakukan pemilihan semula 28 Jun depan.Malaysiakini.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...