Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 2 June 2014

KALAU NAK BERANI, HEBAT , JAUHKAN DIRI DARI PEGUAM UMNO !


Ini aku punya tafsiran. Kalau dok guna peguam UMNO alamat separuh jalanlah saman kepada mana mana pemimpin Pakatan. Pakatan pun boleh terus terusan fitnah, tohmah. Saman dan tarik balik. Maafkan mereka. Ingat bila dah maafkan mereka akan insaf? Maaflah. Mereka akan terus mencipta persepsi.

Tiru macam Raja Nong Chik..tak payah cakap banyak..

KUALA LUMPUR 2 Jun - Kes saman fitnah RM10 juta oleh bekas menteri, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung urus niaga pembelian tanah di Bukit Kiara masih diteruskan dengan mediasi di hadapan hakim Mahkamah Tinggi di sini yang baharu.
Menurut peguam Ashton Paiva yang mewakili Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku defendan pertama, mediasi tersebut akan didengar oleh Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad pada 26 Jun ini.
Beliau berkata demikian selepas pengurusan kes itu di kamar hakim terbabit di sini hari ini.
Peguam, M. Reza Hassan yang mewakili plaintif, Raja Nong Chik dan peguam, Nur Hidayah Saidi mewakili defendan kedua serta ketiga yang turut hadir pada prosiding tersebut mengesahkan perkara berkenaan.
Dalam saman yang difailkan pada 17 Julai 2013, selain Nurul Izzah, plaintif turut menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd. selaku pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawannya, Lu Wei Hoong masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.
Pada Februari lalu, mediasi kes tersebut yang diadakan di hadapan Hakim Zainal L. Saleh gagal mencapai sebarang penyelesaian.
Menurut pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik menyatakan, Nurul Izzah pada 4 Mei 2013 telah mendakwa kononnya beliau terlibat dengan urusan pindah milik tanah seluas 4.85 hektar milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
Beliau mendakwa, pernyataan fitnah kedua dan ketiga kemudian telah dibuat serta diterbitkan di laman web www.malaysiakini.com pada tarikh yang sama bertajuk, Nurul persoal RNC dalam urus niaga RM475 juta dan Nurul queries Nong Chik's role in RM475mil deal.
Dakwa bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu, perkataan-perkataan tersebut membawa maksud antaranya, beliau tidak jujur, terlibat dalam kegiatan rasuah dan tidak boleh dipercayai.- Utusan.

Ini baru betul. Baru jantan...Tak de acah acah. Biar mereka tahu sakitnya orang yang kena fitnah dan biar mereka serik !
                                           Nyeghongen..


2 comments:

  1. UMNO budiman. Pijak kepalapun Ok

    ReplyDelete
  2. Kalau tak tau aspek perundangan jangan timbulkan spekulasi.Tahukah saudara berapa yang tertuduh kena bayar untuk kes diselesaikan luar makhamah.Ungkapan saman ditarik balik,maaf diterima dan sebagainya sdr ingat percuma ke.Buat penyelidekan baru komen.Tak payah jauh ingat Peguam bagi khidmat free ke.Walau pun sama geng Mendiang Karpal Singh hayun DSAI berapa agaknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...