Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday, 2 June 2014

SERAMPANG BEBERAPA MATA !


Perjanjian Pertahanan Lima Negara ( FPDA ) yang termetri sejak 43 tahun lalu antara United Kingdom, Australia, Singapura, New Zealand dan Malaysia akan terus diperkukuh dan diperhebatkan dari semasa ke semasa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, hubungan yang terjalin antara kesemua negara tersebut adalah penting dalam usaha untuk membanteras jenayah yang era baru.

Rupanya perjanjian ini dah begitu meluas dan meliputi banyak aspek yang amat signifikan bagi setiap negara. Dulu bila cakap pasal pertahanan, aku nampak askar jer. Bila bercakap pasal askar, kita fikir tentang perang.

Keadaan dah berubah banyak. Ini yang aku respek Hishamuddin. Dia nampaknya jelas apa benda yang dibuat. Pergi kepada masalah sebenar.

" Perjanjian akan turut memberi perhatian kepada isu seperti penyeludupan senjata api, pemerdagangan manusia dan dadah. Isu lanun jugak akan dijadikan fokus perbincangan ".

" Sewaktu perjanjian ini diwujudkan, ancaman yang dihadapi berbeza. Jadi semua negara anggota komited untuk menangani apa jua masalah secara bersama".

Betulpun. Dulu negara kita menganggap komunis musuh utama. Bila komunis dah tak de dadah pulak mengambil tempatnya.

Menurut Hishamuddin,perjanjian ini akan meningkatkan perasaan saling percaya, membina keyakinan bersama bagi menghadapi apa jua masalah".

Sesuatu yang aku rasa kita patut bangga ialah perjanjian ini jugak menghasilkan komitmen semua negara untuk menghulurkan apa saja bantuan kepada Malaysia dalam usaha mencari pesawat MH 370.

Empat Jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menjayakan hasrat tersebut yang akhirnya diharapkan dapat menjawab pelbagai persoalan yang timbul sebelum ini.

Kata Datuk Seri Hishamuddin, semua Menteri yang terlibat menyatakan simpati dan kesedihan mereka di atas apa yang berlaku.

Aku sebenarnya kagum dengan Hishamuddin, dalam kesibukan memenuhi keperluan negara dan nyata beliau telah berjaya, Hishamuddin jugak tidak 
lupa tapak tempat beliau berakar. Beliau turun jugak membantu BN di Teluk Intan. Walaupun sekejap tetapi kesanggupan beliau berkonvoi dengan anak anak muda sambil calon membonceng di belakangnya telah menjadi percakapan orang Teluk Intan.

Harap haraplah kecemerlangan ini dapat beliau teruskan, insyaallah.


22 comments:

  1. DAH SAMPAI PERINGKAT INI, HISHAMUDDIN DAH TAK BOLEH NAK TOLEH KE BELAKANG LAGI. DI PERINGKAT NEGARA BELIAU CEMERLANG, DI PERINGKAT ANTARABANGSAPUN KENA CEMERLANG. KITA TAK TAU APA AKAN BERLAKU DI MASA HADAPAN TETAPI YANG PASTI PM KENA SEDIAKAN DAN LATIH PELAPIS.

    ReplyDelete
  2. Elok sangat beri perhatian serius masalah dadah ni. Dah amat menakutkan.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Datuk Seri. Gigih Datuk Seri kami nampak. Moga Tuhan merahmati

    ReplyDelete
  4. Tepat sangat. Dah berbilion dadah dirampas. Mmg askar kena ambil alih sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. Jaringan antarabangsa ini sebenarnya dapat mengekkan pencerobohan lebih besar. Jika dapat diperluaskan kesannya akan lebih baik lagi

    ReplyDelete
  6. Tahniah Hishamuddin. Kawan lama aku. Baru baru ni nampak di Teluk Intan. Dari jauh ajelah. Segan sikit. Dah terangkat nampaknya

    ReplyDelete
  7. Era baru dalam hubungan antarabangsa. Siapa pandai pilih sekutu selamatlah

    ReplyDelete
  8. Harap sangat usaha benteras dadah disegerakan. Takut dengar berita dadah setiap hari. Penagihnya anak Melayu

    ReplyDelete
  9. Hishamuddin nampak beza dari yang dulu. Alhamdulillah meyakinkan

    ReplyDelete
  10. Moga Malaysia akan terpelihara dari mara bahaya.

    ReplyDelete
  11. Masa berubah. Strategi jugak bertukar. Lambat kita akan ketinggalan

    ReplyDelete
  12. Pertahanan negara adalah kewajipan pemerintahan Islam. Lemah pertahanan lemahlah pemerintahan.

    ReplyDelete
  13. Hishamuddin sentiasa selangkah kehadapan dalam kepimpinan beliau. Orang dok kata dia macam2 dia tak heran pun, yang penting dia buat kerja dia...

    ReplyDelete
  14. Saya tak nampak benda lain selain dadah yang wajib diperangi habis habisan.

    ReplyDelete
  15. Dah sampai masa rakyat Malaysia tengok siapa Hishamuddin ni

    ReplyDelete
  16. Masa untuk Hishamuddin bersinar... mungkin beliau bakal membawa perubahan kepada Malaysia?

    ReplyDelete
  17. Hishamuddin sekarang ni dah tak boleh nak toleh ke belakang, beliau perlu terus pandang ke hadapan walau ape pun orang hentam

    ReplyDelete
  18. Moga DS Hisham terus diberi kekuatan untuk menerajui UMNO & kerajaan Malaysia pada masa akan datang

    ReplyDelete
  19. Baguslah Hisham memberi focus kepada beberapa isu yang menjadi masalah besar kat negara ni... patutnya dari dulu lagi isu dadah, perdagangan manusia ni diberi perhatian. Bagus usaha Hishamuddin

    ReplyDelete
  20. Hebat tak hebat lah pemimpin kita ni kan

    ReplyDelete
  21. Semoga jalinan dengan negara luar ni bertambah kukuh pada masa hadapan.. syabas DS Hisham

    ReplyDelete
  22. Isu-isu panas ni memang patut diberi perhatian lama da...tahniah Bro Hisham

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...