Cuma prinsip asas aku amat mudah. Zambry telah berjaya pimpin BN rampas Teluk Intan yang sebelum ini dimenangi DAP dengan majoriti lebih 7000 undi dalam keadaan sekarang, ianya pencapaian yang amat besar maknanya.
Harga getah berada di paras paling rendah. Harga barang naik pulak tu. Pakatan guna sepenuhnya dua isu ini di Teluk Intan dan mereka kalah. Itulah yang hebatnya.
Hari ini dalam pada orang sedang menjulang namanya, keluar pulak kenyataan ini...
Ini yang aku berkenan Dr Zambry ni. Tak kelam kabut dengan pujian. Tak ghairah dengan sanjungan.
Paling penting, susun jer kerja buat parti. Jaga rakyat. Insyaallah bila rakyat percaya, UMNO/BN akan maintain pada PRU 14.
Perak berbeza dengan banyak negeri lain. Pecahan pengundi menjadikannya amat berisiko. Taiko taiko DAP pulak ramai di Perak. Ada tokoh PAS huru hara di Perak. Sanggup buat apa sahaja untuk menangkan DAP.
Maka itu orang macam Dr Zambry diperlukan...Nanti bila satu masa aku dengar Zambry buat sesuatu yang boleh rosakkan parti, aku balunlah !
Buat masa ini kita tahu Zambry buat benda betul, kita pakat pakat sokong.
Zambry ni pemimpin masa depan.
ReplyDeleteBanyak cabaran di Perak, Maintain dia nampaknya, Allah bersama orang yang sabar
ReplyDeleteBetullah. Baik kita kata baik. Tak betul kita tegor.
ReplyDelete