Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 12 June 2014

KALAULAH ORANG POKOK SENA TAHU YB MEREKA KURANG CERDIK !!

Lembu punya pasal Mahfuz kena sindir

12 JUN: Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Latiff Ahmad melontarkan sindiran tajam kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di dalam sidang Dewan Rakyat gara-gara cerita ‘lembu’ yang dibangkitkan ahli parlimen Pokok Sena itu..
Mahfuz sebelum itu mengecam keberkesanan National Fidlot Centre (NFC) dan membangkitkan soal bekalan haiwan itu yang tidak mencukupi serta harnya yang tinggi.
Bagaimanapun. kenyataan Mahfuz yang membuat perbandingan tidak tepat berhubung NFC dan jumlah haiwan itu  dibidas dengan persoalan yang diajukan oleh Dr. Latiff.
mahfuzomar“Kalau dengar hujah-hujah yang dibuat oleh Pokok Sena itu, kalau dia datang Mersing saya rasa orang Mersing percaya, tapi kalau dia datang Pasir Salak dengan kempen dia apa yang dihujahkan kepada NFC harga daging dapat selesai.
“Maknanya kalau NFC itu berjaya, RM250 juta yang dilaburkan itu berjaya, maka harga akan stabil.
“Saya nak tanya Pokok Sena, di Australia tidak ada NFC malah bilangan lembu lebih ramai dari manusia, cuba semak balik data-data yang diberikan oleh Pokok Sena, harga lembu import berbanding lembu segar pada tahun 1994 sampai hari ini, turun ke naik?
“Tapi Pokok Sena tahu tak, di Australia dan New Zealand harga daging lembu daripada tahun 1994 sampai ke sekarang masih naik, cuba terang kepada kami,” soalnya kepada Mahfuz.
Mahfuz walau bagaimanapun gagal menjawab soalan tersebut dan cuba mengalihkan pertanyaan terbabit.
Beliau hanya mampu mengeluarkan hujah-hujah ‘sampah’ dan merepek seperti kebiasaan yang dilakukan beliau ketika beraksi di dalam dewan.
“Saya tidak pernah duduk di Australia. Tidak mustahil apa yang Mersing kata berlaku kenaikan harga, saya bukan kata masalah harga itu selesai seolah harga itu turun, harga itu stabil kerana kebertanggungan kita daripada daging negara kita lebih mencukupi.
“Tetapi hari ini kita kena tekanan harga sebab kebergantungan daripada daging luar dan harganya,” jawab Mahfuz.
Sindirian terhadap Mahfuz turut ditambah Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh.
“Pokok Sena ini rakan saya di dalam satu hotel, tetapi tidak satu mimpi lah. Tapi Pokok Sena ini lain-lain pun tapi mimpinya sama agaknya. Duduk lain bilik tapi mimpi sama,” sindirnya kepada Mahfuz. -bnbbc.my
Ulasan
Aku lama dah tahu tahap Mahfuz nih. Sebab itu Mahfuz kena selalu bercakap, supaya orang orang dia tak tau dia tak cerdik. Sebab orang menyokong dia rasa dia bijak. Tapi yang sebenarnya...

2 comments:

  1. Memang benarlah dia ni tak cerdik pun. Malu orang kampong aja

    ReplyDelete
  2. Aku bimbang org macam ini Pas angkat. ' Baju Islam ' yang dipakai mencemarkan kesucian Islam dengan cakap cakap bodoh dan tidak serius !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...