Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday, 25 June 2014

APA !!? BENARKAH BERITA YANG AKU BACA NIH !?


Aku bercampur campur. Bangga, megah dan bercampur dengan nak tergelak. Korang baca berita yang tersiar dalam Mkini nih...


Mkini disekat hadiri sidang media PM


Wartawan dan jurugambar Malaysiakini disekat daripada membuat liputan sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengumumkan rombakan kabinet hari ini.

Wartawan diberhentikan di kaunter Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya oleh pegawai keselamatan yang bertanya: "You dari media mana?"

Ketika wartawan menjawab “Malaysiakini”, jawapan diberikan: "Malaysiakini tak boleh!"

Ditanya sebabnya, seorang pembantu kepada perdana menteri berkata, ia kerana “tidak cukup tempat”.

Wartawan KiniTV bagaimanapun dibenarkan masuk sebelum diminta meninggalkannya.

Pegawai keselamatan menemui mereka dalam bilik sidang media dan memintanya beredar selepas diminta memberitahu organisasi berita yang diwakili.

KiniTV cuba merakam insiden itu tetapi diminta memadamkannya.

“Saya hanya jalankan tugas, saya dapat arahan mengatakan kamu tidak boleh berada di sini,” katanya.

Bagaimanapun, apabila wartawan KiniTV mahu masuk ke lif, seorang pembantu Najib campur tangan dan memintanya kembali ke dalam.

Wartawan The Malaysian Insider turut disekat menghadiri sidang media itu.
Aku dah lama tunggu orang orang di keliling pemimpin kita jadi berani, tegas. Media Pakatan ini dah banyak lakukan kerosakan memusnahkan kepercayaan.
Sampai ke peringkat boleh hancur dan rosakkan negara. Baru sekarang agaknya para pegawai ini sedar perasaan rakyat terbanyak. Selama ini portal ini sebebas bebasnya seolah olah mereka kebal.
Aku harap permulaan ini akan berterusan, jangan hangat hangat tahi ayam. Sampai masa kita kena buktikan kita berani gunakan kuasa yang rakyat berikan kepada kita.

3 comments:

  1. Tu dia...baru ada teloq !

    ReplyDelete
  2. Pada aku dah lewat tapi tak pe lah daripada tak de langsung

    ReplyDelete
  3. Ini aku harap permulaan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...