Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 28 December 2014

BANJIR DAN GAMBAR YANG BERBICARA...

Mari kita terus berdoa, moga Allah melindungi, merahmati...










Bukan semua perkara boleh dilakonkan. Ia lahir dari lubuk hati.

Thursday 25 December 2014

BANJIR, RAMD DAN DAP !


Sekarang ni orang sedang bercakap tentang banjir. Di mana manapun tak ada isu lain yang dominan selain daripada isu ini. Kalau bercakap dengan orang orang tua, kata mereka inilah antara banjir terburuk dalam puluhan tahun. Kita manusia, selain usaha ikhtiar mari kita berserah kepada ALLAH.

Dalam masa yang sama orang bercakap jugak tentang keberkesanan dan kesungguhan agensi kerajaan melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa banjir. Paling mencuri tumpuan ialah Regimen Askar Melayu DiRaja.

Pengorbanan mereka amat luar biasa dan mereka sebenarnya berada di mana mana. Aku tak taulah orang lain tapi kalau akulah, dalam masa sukar ini kena jugak selit sikit sikit psywar UMNO. Inilah masanya nak buktikan betapa bahayanya DAP yang nak bubarkan RAMD. Dan betapa wajarnya langkah Kerajaan UMNO kerana sentiasa pula menjaga kebajikan mereka.





Tuesday 23 December 2014

TERGEMPAR !! RAHSIA PALING BESAR PAS TERBONGKAR !!

Patutlah Allah turunkan bala. Selama ini menyalak menghina, memperlekeh Tun Mahathir. Rupa rupanya merekalah musuh Allah yang sebenarnya. Bertahun tahun menipu rakyat. Akhirnya bocor. PAS tidak pernah mahu laksanakan hudud ! Tunggulah balasan Allah Ta'ala.


JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud


Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS berkata mereka tidak pernah bersetuju untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke parlimen.

Jawatankuasa pusat PAS sebaliknya dikatakan hanya bersetuju supaya Kelantan membincangkan perkara teknikal dengan kerajaan pusat pimpinan Umno.

Kerajaan Kelantan sepatutnya membentangkan kembali hasil perbincangan itu kepada jawatankuasa pusat PAS.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi anggotanya yang enggan namanya disebut berkata, ia antara perkara yang sudah dipersetujui.

Hatta, yang juga anggota parlimen Kuala Krai, juga menolak kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka mendapat restu jawatankuasa pusat.

Friday 19 December 2014

MENGHADAPI 2015 BERSAMA ANCAMAN KESELAMATAN !





Masa baru baru Menteri Pertahanan sebut tentang ancaman militan, bukan sahaja pemimpin pembangkang, bahkan rakyat jugak ada yang sinis. Mereka mengatakan tak mungkin ia akan berlaku di negara kita yang selama ini aman.

Tapi bila dah dekat 50 orang rakyat kita ditahan, ramai yang mula bimbang. Pakatan langsung tak bersuara. Menteri Pertahanan aku nampak dengan jelas mula up grade ketenteraan kita. Peruntukan yang diumumkan disalurkan tak lama selepas pengumuman.

Kerajaan telah melakukan hampir segalanya. Bersediakah rakyat menghadapi ancaman ini yang aku jangka akan makin serius dalam tahun 2015 dan seterusnya?  Apakah pembangkang akan mengambil kesempatan daripada kesibukan pemimpin ini untuk kukuhkan kedudukan mereka? Sama sama kita lihat, analisis dan kita akan sama sama merasakan kesan akibatnya.

Wednesday 17 December 2014

SESUATU YANG BESAR SEDANG BERLAKU, UMNO JANGAN LEMBEK !!


Aku rasa ini masa ketikanya. PAS sedang bertungkus lumus menyudahkan sorak sorai mereka selama puluhan tahun iaitu melaksanakan hudud, buat masa ini di Kelantan.

Tanpa cakap banyak DS Najib menjadi PM pertama menyokong usaha ini. Tak ada banyak ding dong. Ini bermakna, pendirian UMNO ialah menokong pelaksanaan hudud di Kelantan. Mimpi ngeri kepada PAS sendiri. Terbaiklah.


Semalam pulak di Dewan Negara DS Hishammuddin telah memperkatakan dua perkara yang amat dominan. 1. Transformasi PLKN dan isu ancaman IS.

Aku anggap ini perkara besar. Korang bayangkan kalau Kerajaan UMNO/BN mahu menjadikan anak anak PLKN ini sebagai pengundi kita.Bukan perlu cakap partipun. Hanya cakap perkara benar. Cinta negara, jaga perpaduan, elakkan perpecahan dan kebencian. Ini semua seruan UMNO selama ini.



Perkara kedua ialah apabila Menteri bercakap tentang keganasan yang menggunakan agama sebagai alat. Isu ini isu keselamatan yang merupakan sesuatu yang ditangani dengan berjaya oleh Kerajaan.

Tak ada seorangpun pimpinan pembangkang mampu mengulas isu ini sekarang kerana hakikatnya pembangkang sedang sangat berkecamuk.

Timbullah persoalan, Kerajaan UMNO tidak berpolitik. Yang mampu menjadikannya bahan politik ialah UMNO. UMNO yang kena bergerak pantas menggunakan kedua dua isu ini secara berkesan untuk meraih undi.

Jika UMNO memilih untuk tunggu dan lihat, atau tunggu hanya kerajaan bekerja maka tentulah peluang baik ini akan terlepas. DAP sangat jelas agihan peranannya. Kerajaan Pulau Pinang dengan caranya, team parti mereka pula tidak berhenti meresap ke dalam masyarakat.

Aku yakin PAS dan PKR bukan lagi saingan UMNO. Sekarang kita bersaing sengit dengan DAP yang sangat laju bergerak.

Monday 15 December 2014

JANGAN SOKONG SEHINGGA REBAH !

Baca artikel siaran The Malaysian Insider ini..di sini

Aku percaya, salah satu kualiti yang ada pada DS Najib, PM kita ialah beliau tidak melompat dengan kritikan. Dah banyak kritikan yang diterima termasuk oleh tokoh tokoh besar negara. Aku percaya ada asas bagi sebahagian kritikan tersebut.

Sebab itu aku harap orang orang yang kasih kepada PM supaya berhati hati dalam memberi reaksi. Kita tak boleh menembak semua orang yang tak sependapat dengan kita. Dan kitapun tak boleh hilang begitu banyak orang kerana kita tak kuat manapun.

Apa salahnya bersangka baik sebab sangka baik ini sunnah. Aku takut, bila kita meredah dalam menyokong, kita mungkin merebahkan apa yang kita sokong pulak...

Saturday 13 December 2014

APA YANG MACAI SAKIT HATI SANGAT TENGOK GAMBAR GAMBAR NI?


Semalam dengan hari ini di FB, aku tengok gambar gambar ini agak luas tersebar. Sebenarnya gambar ini diambil sempena Mesyuarat Persatuan Veteran ATM. Aku heranlah pulak apa yang Macai DAP pakat dok balun, macam macam tohmahan.








Tapi bila aku jenguk FB yang terbabit, rupanya ada jugak orang UMNO dok tumpang sekaki, dok bantai jugak. Yang menyokong, yang mengharapkan gandingan melambaklah.

Aku tumpang terujalah pulak. Siapa tahu, sejarah bakal berulang. Kedua duanya tokoh yang sedang membina kerjaya masing masing. Aku memang harap, satu masa mereka berganding. Demi UMNO, Umat Melayu dan negara.

Kalau Macai dah macam cacing kepanasan, maknanya gandingan ini memang digerunilah.

Thursday 11 December 2014

SEMBUR DADA DAN KEMALUAN KEKASIH DENGAN CAT !

LENGGONG - Gara-gara cemburu kerana mengesyaki teman wanitanya ada kekasih lain, seorang lelaki menyembur cat merah pada dada dan kemaluan wanita terbabit dalam kejadian di Kampung Ulu Lenggong, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Jamalani Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira jam 5 petang, Ahad lalu itu berlaku setelah suspek mengajak mangsa berjumpa dan menjemputnya di rumah sebelum dibawa ke kawasan kebun getah.

Menurutnya, berlaku pertengkaran di lokasi kejadian apabila wanita terbabit dituduh mempunyai kekasih lain sedangkan mereka bercadang untuk mendirikan rumah tangga.

"Pertengkaran itu menyebabkan suspek membuka pakaian wanita terbabit dan merabanya sebelum menyembur cat merah pada dada serta kemaluan mangsa.
"Selesai berbuat demikian, suspek hantar semula teman wanitanya ke rumah sebelum mangsa membuat laporan polis pada malam kejadian," katanya.

Difahamkan, suspek dan masing-masing berusia 22 tahun serta menjadi pasangan kekasih sejak setahun lalu.

Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, suspek dicekup di rumahnya pada hari laporan diterima kira-kira jam 1 pagi dan direman hingga 14 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Tangkapan diketuai Inspektor Ridzuan Ab Aziz itu berjaya membawa kepada penemuan pakaian mangsa dan tin cat di lokasi kejadian.

"Kes sebegini adalah yang pertama berlaku di daerah Gerik sejak saya bertugas, di sini, dua tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Jamalani berkata, ibu bapa perlu mengawasi pergaulan anak-anak dan tidak membiarkan mereka terlalu bebas bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

Menurutnya, orang awam juga diingatkan supaya peka dengan persekitaran kerana ia mungkin boleh menyelamatkan kawasan mereka daripada menjadi sasaran penjenayah.

"Jika ada ternampak kenderaan mencurigakan segeralah catat nombor pendaftarannya, warna dan jenis untuk dilaporkan kepada kita.
"Kerjasama seperti itu memudahkan kenderaan terbabit dikesan kerana berkemungkinan ia digunakan untuk tujuan jenayah," katanya.

Ulasan

Aku rasa ini kali pertama aku dengar benda macam gini. Apapun korang baca pesanan Peg Polis tu. Mak bapak jangan biarkan anak anak terlalu bebas bergaul. Kebebasan melampau inilah yang jadi punca besarnya.

Wednesday 10 December 2014

ROGOL LAGI DI KELANTAN...

KOTA BHARU 11 Dis  - Tiga remaja tingkatan lima didakwa atas tuduhan merogol rakan sekelas, di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Seorang daripada mereka mengaku salah atas tuduhan itu, sementara dua lagi memohon untuk dibicarakan.  

Ketiga-tiganya berusia 17 tahun dan didakwa merogol mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu.

Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, bagaimanapun mereka pesalah juvana menyebabkan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, namun mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah itu diikat jamin RM2,000.

Tertuduh juvana yang mengaku merogol mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana dia sudah di tempatkan di Sekolah Tunas Bakti Taiping dipercayai kerana kesalahan ugutan.

Mahkamah menetapkan kes untuk sebutan semula pada 6 Januari tahun depan.
Ulasan
Aku rasa dah kerap sangat jenayah rogol berlaku di Kelantan. Tertanya tanya aku, selepas lebih 20 tahun PAS memerintah dengan macam macam slogan Islam, adakah institusi keluarga di Kelantan begiti longgar? Tak kan mak bapak tak kawal langsung anak anak.
Tak bertanya ke dengan siapa anak anak berkawan? Ke mana anak anak pergi? Pergia buat apa? Dan banyak lagi soalan yang berunsur kawalan. Islam tak akan terlaksana dengan retorik atau slogan. Ia adalah sesuatu yang wajib dihayati dan diamalkan...


DR ZAMBRY KADIR !

Ini cerita kalau nak menang PRU 14. Aku dapat cerita daripada Perak. Menteri Besar Perak ni satu masa pernah jadi sebutan. Kali pertama kerana berjaya mempertahankan DUN selepas 3 ADUN Pakatan nekad selepas 11 bulan Pakatan mentadbir Perak.

Ketika itu Perak bergelora dengan haba politik yang luar biasa. Bukan calang calang Pakatan Perak tapi MB Perak maintain.

Kali kedua apabila Perak kekal bersama UMNO/BN pada PRU 13 walaupun serangan terhadap Perak sebenarnya dari segenap penjuru. Aku turun jugak ke Perak, buat sedikit kajian.

Faktor utamanya MB dia, Dr Zambry Abdul Kadir yang pendekatannya sangat disenangi rakyat terbanyak...







Dapatan aku, di Perak makin diserang orang makin suka Zambry sebab apa yang Pakatan kata dengan apa yang orang tengok berbeza sangat. Humble dan senang didekati.

Aku dengar isterinya jugak sama. Langsung tak ada bertanjak, bergaya. Selesa orang nak bertegur sapa. Berlebih lebihpun tidak.

Aku tulis benda ni sebab yang pertamanya DUN Perak tengah bersidang. Kedua sebab aku percaya kalau pemimpin jalan betul, rakyat akan pilih. Mudah jer...


Monday 8 December 2014

UMNO PUN TAK MAMPU SELAMATKAN MELAYU..


Sebenarnya adalah sesuatu yang berani untuk mengatakan hanya UMNO mampu selamatkan Melayu. Tetapi itulah yang dikatakan oleh Naib Presiden UMNO, DS Hishammuddin Hussein sewaktu berucap di Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini.



Aku tak pertikai apa yang telah UMNO lakukan pada masa lalu. Cuma aku bimbang perkembangan semasa yang nyata berbeza. Pertamanya UMNO sendiri aku nampak macam tak berapa nak bersungguh dalam membangunkan diri.

Sebelum ini mungkin boleh berdalih pemimpin tak turun ke bawah. Sekarang pemimpin dah ke bawah sangat sangat dah. Kata pemimpin terlalu berlembut dan terbuka, kita dah nampak ketegasan pemimpin kita.

PAU 2014 baru baru ini sangat terbuka, jelas dan tanpa selindung. Akar umbi diberikan ruang yang secukupnya untuk bercakap dan pemimpin jugak bercakap terus terang.

Tapi akhirnya angka yang jadi penentu. UMNO hanya boleh selamatkan orang Melayu jika menang PRU. UMNO hanya akan menang PRU jika berjaya menawan lebih ramai pengundi. Inilah yang rasa belum dilakukan oleh UMNO.

Setakat ini aku rasa, UMNO belum ada kerangka kerja yang benar benar berkesan selain rasa bimbang dan cemas. Maknanya jika ini berlarutan, UMNOpun tak akan mampu menolong Melayu.

Saturday 6 December 2014

TELUR RAFIZI DAH KECUT !KAH ! KAH ! KAH !

Kalau Rafizi ada telurlah. Kalau ada maknanya telur dia dah kecut. Dah mula panas punggung. Selama ini bebas, lepas. Cakaplah apapun untuk puaskan nafsu Ketuanya yang dah tak lama lagi tu.

Baca kenyataan di bawah. Rafizi mula nak ajak geng dia ramai ramai untuk bersama sama dengan dia. Rafizi ingat orang bodoh. Dia nak kecilkan ruang fitnah dia kepada isu cincin Rosmah. Dia harap nama ' Rosmah ' akan memancing sokongan terhadapnya.


Cuma satu je aku harap. Peguam UMNO jangan nak jadi budiman pulak. Umat Melayu dah seronok bila DS Najib bertegas...


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan kemungkinan beliau diseret ke mahkamah oleh perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung misteri sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit.

MP Pandan itu berkata, memandangkan beliau disaman berhubung isu cincin itu, beliau bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.

"Cincin itu menjadi satu tanda tanya selama bertahun-tahun. Saya pasti ramai peguam mahu menyoal balas Rosmah," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, beliau juga tidak langsung pernah terfikir untuk membeli iklan dalam akhbar dan memohon maaf kepada Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, beliau sedang mempertimbang untuk membeli iklan bagi menyatakan keengganannya untuk memohon maaf.

"Kita tengoklah akhbar mana yang sanggup terbitkan iklan tersebut," katanya lagi.

Friday 5 December 2014

GILA BABI PUNYA POLIS !

MIRI 5 Dis. - Seorang pekerja sebuah syarikat minyak mungkin menyangka semua anggota polis akan ‘gelap mata’ apabila disogok dengan wang mencecah RM1.2 juta bagi membebaskan dirinya yang ditangkap membawa syabu bernilai RM21 juta di Lapangan Terbang Miri, di sini semalam.
Namun, sangkaannya ternyata meleset apabila anggota polis yang bertugas memeriksanya adalah seorang yang jujur dan langsung tidak tertarik dengan wang lumayan yang ditawarkan.
Padahnya, suspek berusia 21 tahun itu ditahan dan bakal berdepan dengan hukuman gantung kerana melakukan kesalahan mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, suspek dikesan cuba membawa 111 bungkusan dipercayai mengan­dungi dadah jenis syabu seberat 115.8 kilogram dalam enam bagasi-nya ke Kuala Lumpur.
Kata sumber itu, anggota polis yang bertugas di kaunter imbasan mendapati suspek yang bersendirian enggan mengimbas bagasinya dan terus menuju ke kaunter pendaftaran.
“Anggota polis itu bertindak pantas menghalang suspek dan memintanya supaya melalui mesin pengimbas dan mengesan bahan terlarang dalam salah satu bagasi tersebut iaitu ketulan kristal dipercayai syabu.
“Suspek yang terdesak mahu melepaskan diri menawarkan wang sogokan sebanyak RM1.2 juta kepada anggota polis berkenaan,” kata­nya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun sumber itu memberitahu, anggota polis terbabit enggan melayan tawaran suspek dan terus menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk tindakan lanjut.
Katanya, pemeriksaan lanjut oleh pasukan polis dari BSJN IPD Miri mendapati keenam-enam bagasi itu turut mengandungi dadah jenis sama yang disembunyikan dalam 111 bungkusan.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Seri Mohammad Sabtu Osman berkata, suspek akan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 12 Disember ini untuk siasatan lanjut.
Menurut beliau, pihaknya masih menyiasat sekiranya ada individu lain bersama suspek di lapangan terbang tersebut atau penglibatan sindiket dadah lain dalam kes berkenaan.
“Ketika ditahan, ada enam bagasi bersama suspek dan kami masih menyiasat jika ada penglibatan individu lain dalam kes tersebut. Kesemua dadah terbabit ditemui dibungkus dalam plastik minuman dari Taiwan,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Miri, di sini hari ini.
Ulasan
Tabeklah PDRM. SPRM kena perbesarkan perkara ini. Jangan cerita pasal penjawat awam terima rasuah saja. Ini penjawat awam tolak rasuah. Sejuta lebih Yob. Bukan sikit.
Aku ucap tahniah PDRM. Yakin da percayalah. Dalam negara kita ini lebih ramai orang jujur berbanding yang tidak. Bertuahlah mak bapak polis ni. Bertuah jugak jabatan yang beliau wakili...

Thursday 4 December 2014

PENARI BERBIKINI DI TEMPAT WAN AZIZAH !

Sebaik saja jadi MB Selangor, Azmin Ali diwar warkan turun padang. Segala tempat kotor dia masuk. Longkang, lori sampah, tempat sampah habis semua dia terjah.

Tapi ada kekotoran lebih besar di Selangor. Maksiat, perjudian, rumah urut, pelacuran bercambah.

Terbaru diserbu polis pusat hiburan yang menyajikan tarian separa bogel. Pakai bikini. Kalau nak khidmat seks pun ada. Yang aku heran pusat ini terletak di Kajang. Tempat Wan Azizah yang juga merupakan isteri kepada anugerah Tuhan Anwar Ibrahim.


Aku tak kagum kalau Azmin boleh bersihkan longkang, sampah. Ini kerja mudah yang tak payah fikirpun. Tapi aku tunggu Azmin bersihkan maksiat yang dikatakan merupakan perniagaan utama Cina DAP di Selangor.

Berani ke dia ?

Tuesday 2 December 2014

SEMBANG KENCANG ! PENGIRAAN UNDI MAJLIS PEGUAMPUN TAK TELUS.

Hah ! Hah ! Hah ! Bercakap pasal pilihanraya bersih dan telus. Komplen Kerajaan macam nak rak. Hakikatnya Pemilihan sendiripun dipertikai dan diragui. Lepas ni bubarkanlah Majlis Peguam. Buat malu profession guaman .


KUALA LUMPUR 2 Dis. – Dua calon yang bertanding dalam pemilihan Majlis Peguam bagi penggal 2015-2016 mempertikaikan prosedur pengiraan undi yang dijalankan oleh badan itu hari ini.

Peguam-peguam terbabit, M. Reza Hassan dan Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz tidak berpuas hati dengan syarat yang mewajibkan setiap calon menandatangani surat aku janji terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki lokasi tayangan proses pengiraan undi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

M. Reza enggan menandata­ngani surat aku janji tersebut yang mengkehendaki beliau akur de­ngan larangan membuat sebarang rakaman tentang proses pengiraan undi yang dijalankan di Pejabat Majlis Peguam di sini.

Akibatnya, beliau tidak dibenarkan langsung memasuki lokasi tayangan CCTV di Bangunan Straits Trading yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat pengiraan undi.
“Saya berdegil juga untuk ma­suk tetapi urus setia bertindak memadamkan tayangan langsung sehingga menyebabkan semua calon yang lain tidak dapat melihat apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas M. Reza, tayangan langsung yang dipaparkan itu juga menimbulkan persoalan kerana hanya tangan individu yang mengira undi serta kertas undi sahaja yang dapat dilihat.

Menurut beliau, urus setia pemi­lihan memaklumkan bahawa prosedur berkaitan pengiraan undi telah ditetapkan oleh Majlis Peguam.
“Saya terkilan. Bukan niat saya hendak mempersoalkan proses pengiraan undi tetapi saya ingin tahu adakah prosedur tersebut selaras dengan Akta Profesion Undang-undang 1976,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Khairul Azam berkata, proses pengiraan un­di yang ditayangkan secara langsung tidak dapat dilihat de­ngan jelas ekoran gangguan sistem sering berlaku.

Beliau memberitahu, tayangan juga hanya memperlihatkan satu kaunter sahaja sedangkan proses pengiraan undi di tujuh kaunter pengiraan undi yang lain tidak ditunjukkan kepada para calon.

“Pada pandangan saya, prosedur yang digunakan Majlis Peguam ini tidak meningkatkan keyakinan bahawa tidak akan berlaku manipulasi semasa pengiraan undi,” jelasnya.

Pemilihan Majlis Peguam ber­lang­sung semalam dengan menyaksikan sebanyak 23 calon ber­tanding untuk mengisi 12 kerusi ahli jawatankuasa badan tersebut.

Utusan

Friday 28 November 2014

MAKNA UCAPAN PENGGULUNGAN, INI HARINYA...

Hari ini adalah terakhir Persidangan Agung UMNO 2014. Kita semua termasuk rakyat jelata khasnya pimpinan Pakatan akan menghalakan tumpuan masing masing ke PWTC. Sebahagian besarnya dah ada penilaian masing masing manakala tumpuan hari ini adalah sebagai pengesahan apa yang difikir sahaja.

Datuk Seri Najib telah membuka persidangan dengan memberikan semacam energi baru kepada UMNO melalui penegasan untuk mempertahankan Akta Hasutan 1948. Ini kehendak UMNO seluruhnya dan DS Najib telah penuhi kehendak tersebut.

Sayugia disedari, AKta Hasutan 1948 tidak merupakan penyambung hayat UMNO, bahkan ia boleh jadi ' madu beracun '. UMNO fikir tiada api dalam sekam dan leka .Bila tersedar, api sudah marak dan tak mampu dipadam. UMNO          ' WAJIB' bekerja untuk mendapatkan undi.

Cuma di sini UMNO ' berasa ' menang. Itu sahaja..

TS Muhyiddin adalah faktor ' MELAYU UMNO SEJATI ' Ringkas dan tidak pernah berubah. Aku tak fikir, TS Muhyiddin akan terjejas jika ada yang mahu menggugatnya.

Terpenting untuk mendengar Ucapan Penggulungan Naib Naib Presiden. Mereka umumnya akan ke mercu UMNO satu masa nanti.

DS Zahid Hamidi politikus tulen. Beliau pemidato dan pandai bermain dengan kata dan suaranya. Tahun inipun banyak kejutan beliau lakukan yang aku percaya akan beliau sebut dalam ucapan nanti. Judi, gangster dan banyak perkara lain berkaitan jawatannya.

DS Shafie Afdal amat rapat dengan orang kampung. Jawatannya dalam Kerajaan membolehkannya menjaga hubungan rapat dengan pimpinan JKKK yang jugak merupakan aktivis UMNO. Aku rasa DS Shafie tidak cenderung untuk naik lebih tinggi, aku rasalah.

Tahun lalu, DS Hishammuddin tidak hadir PAU atas faktor kesihatan. Beliau bagaimanapun telah cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawabnya melakukan transformasi pemilihan parti yang menyaksikan beliau sendiri hampir tumbang.

DS Hishammuddin ( Maaflah ) tidak begitu ghairah dalam berpolitik walaupun beliau lahir dalam keluarga politikus tulen. Sebab itu beliau tidak ada jentera yang menjawab tohmahan dan persepsi liar yang begitu melaut sewaktu menjelang musim pemilihan yang lalu.

Bahasanya bukan kempen. Dia benar benar membawa dirinya ke mana mana pada bila bila masa. Tanyalah siapapun orang UMNO, semua akan kata DS Hishammuddin orang baik walaupun lahir ' elit' .

Aku jangka , sekali lagi aku mintak maaf, ucapan DS Hishammuddin petang ini ucapan biasa. Sedangkan beliau mencapai banyak kejayaan yang sangat cemerlang. MH 370, MH 17 ( Sebagai Kerajaan ) tansformasi pemilihan dan tahun ini transformasi perbahasan ( Sebagai pimpinan UMNO ).

Jika DS Hishammuddin mahu menjadikannya modal, ia kan jadi modal besar tapi keyakinan aku beliau akan hanya menceritakannya dan mengaitkannya dengan DS Najib sebagai ketua.

Kalau tanya aku, tanpa meremehkan orang lain, aku cenderung untuk DS Hishammuddin diberikan tempat lebih tinggi sekiranya ada kekosongan. Faktor kemenjadian kerjanya, faktor usianya dan sejarah peribadinya yang setakat ini tidak tercemar .

Apapun selepas ini keutamaan kita adalah parti. Aku setuju pandangan DS dalam RTM malam tadi.." Kita tidak bimbang siapa akan menjadi pemimpin parti, yang kita bimbang ialah bila kita jadi pemimpin parti kita kalah dan hilang kuasa ".

Ini pandangan aku, setulusnya.




GEMPAR !! DYANA SOFYA KENA PUKUL !

Kalau satu masa DAP, PAS dan PKR begitu ri'a dengan Dyana Sofya yang amat ' akrab ' dengan Lim Kit Siang, hari ini di pentas UMNO tampil seoprang bakal doktor membahaskan usul. Cukup terampil, yakin dan berwibawa. Aku rasa kalau UMNO tak gila menghalang bakat bertunas, Dyana Sofya bukan apa apa sebenarnya...

KUALA LUMPUR, 28 Nov - Kepetahan dan kebijaksaan Nur Farhana Mohd Anuar ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2014, yang memasuki hari kedua hari ini, "menambat hati" Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin.


Penuntut tahun kelima First Moscow State Medical University, Rusia, itu 'mencuri' hati Badruddin apabila menyelitkan bahasa Rusia dalam perbahasannya dan setiap kali itu juga terpaksa mengucapkan 'mohon izin pengerusi' selepas diingatkan beberapa kali bahawa perbahasan mestilah dalam bahasa Melayu.

Badruddin juga beberapa kali mengajukan perkataan tertentu kepada Nur Farhana untuk mengetahui maksudnya dalam bahasa Rusia dan bila cuba menyebutnya, seluruh hadirin di dalam dewan tertawa kerana sebutan dan bunyi Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan itu kedengaran pelik serta melucukan.

Dalam perbahasannya selama 15 minit, Nur Farhana dengan lantang berkata Umno tidak boleh berbangga dengan jumlah anggota yang ramai iaitu 3.47 juta orang kerana belum tentu semua anggota itu adalah 'orang Umno'.

"Anggota Umno sepatutnya menjadi 'orang Umno' yang akan berjuang demi bangsa, agama dan negara," katanya ketika berucap di hadapan perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Wakil Kelab Umno Luar Negara Moscow itu menarik perhatian apabila menyatakan program anjuran Umno terlalu 'syok sendiri', stereotaip, kurang mesra golongan muda, tidak strategik kerana kebanyakannya dianjurkan semata-mata untuk memenuhi tuntutan program tahunan.

"Ramai mahasiswa muda mempunyai persepsi bahawa Umno tidak mempunyai idea yang segar dan tiada idea baharu, matlamat serta perjuangan parti juga semakin pudar," katanya.

Selesai sahaja perbahasan gadis itu, Badruddin memuji Nur Farhana yang menurutnya berucap dengan penuh beradat serta beradab dan mahu jurucakap yang lain mencontohinya.

"(Nur Farhana) memang terror (hebat)... tak rugi mai (datang) walaupun belajar di Rusia tapi mampu bercakap bahasa Melayu dengan fasih.

"Itulah perjuangan dan mereka inilah pelapis akan datang," katanya dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Sementara itu, ketika ditemui Bernama, Nur Farhana berkata bagi mendekatkan orang muda dengan Umno dan meremajakan parti keramat orang Melayu itu, Umno perlu mengadakan program bersifat interaktif, termasuk menggunakan media sosial, selaras dengan 'hyperconnectivity' atau kesalinghubungan digital yang ditekankan Umno.

Beliau turut mencadangkan agar laman web Umno dan kerajaan direka dengan ringkas supaya mudah diakses walaupun sekadar menggunakan telefon bimbit manakala semua dasar diterangkan menggunakan grafik supaya anak muda dapat memahaminya dengan mudah.

Tuesday 25 November 2014

PANTAS DAN TANGKAS !

KUALA LUMPUR 26 Nov - Pembentangan Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pagi tadi merupakan satu tindakan tepat.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia sekaligus dapat membendung kegiatan berunsur keganasan membabitkan fenomena global.

"Kertas Putih yang dibentangkan ini bagi saya cukup tepat kerana kita di peringkat Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera (ATM) telah memantau secara dekat perkembangan dan fenomena tersebut.
Ini merupakan satu fenomena baharu, tidak boleh disamakan dengan ancaman pengganas terdahulu seperti Jemaah Islamiah (J.I), Al Qaeda dan sebagainya." katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambah Hishammuddin, kegiatan IS yang dilakukan atas nama Islam merupakan pendekatan yang bertujuan memperkenalkan keganasan.
"Penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan yang ditunjukkan di media sosial mempunyai tujuan tertentu. Perpecahan dengan menggunakan agama yang mengetengah keganasan merupakan fenomena global," tegas beliau.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin turut memberitahu bahawa perbincangan bersama rakan-rakan sejawatan dari negara lain telah diadakan dalam usaha perkongsian maklumat serta risikan.
"Ini juga merupakan ancaman kepada nilai-nilai sejagat. Sebagai muslim, ia mencemarkan imej dan kesucian Islam., Jika tidak dibendung, dunia akan melihat Islam sebagai agama yang ganas dan songsang," ujar beliau.
Terdahulu, Perdana Menteri ketika membentangkan Kertas Putih di Dewan Rakyat berkata, gerakan ekstremis IS ternyata bertentangan dengan ajaran Islam dan Perlembagaan negara. 
Justeru itu kerajaan menggerakkan semua usaha untuk membendung ancaman tersebut.

Sunday 23 November 2014

ORANG MUDA GENG UMNO !

BFFUMNO Salah Satu Usaha Berterusan UMNO Untuk Peremajaan Parti – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pendekatan UMNO melalui Bonafide Friends of UMNO (BFFUMNO) yang menjurus kepada peguam-peguam melalui Unit Perundangan Biro Perlembagaan UMNO ini  merupakan pendekatan yang tepat dalam usaha untuk meremajakan UMNO serta menarik golongan profesional muda untuk bersama-sama dengan UMNO, demikian menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menurut beliau, ini juga merupakan kesinambungan usaha peremajaan UMNO yang tidak pernah terhenti sejak dari dulu sehingga ke hari ini.
“Apabila kita bercerita tentang peremajaan UMNO, ingin saya katakan di  sini ia merupakan langkah yang berterusan UMNO sejak dulu lagi dan kerana usaha peremajaan UMNO ini tidak pernah berhenti.
“Ini juga merupakan langkah berterusan UMNO untuk terus meremajakan parti ini dengan keterlibatan golongan profesional muda. Dan saya lihat sambutan yang diberikan amat memberansangkan
“Kita dapat lihat ramai pemimpin-pemimpin yang ada hari ini merupakan produk daripada hasil usaha peremajaan UMNO di mana dahulunya mereka bergerak sebagai golongan pemuda  dan hari ini kita lihat mereka itu pun sudah memegang jawatan tinggi seumpama menteri ataupun menteri besar yang ada hari ini,” ujarnya  selepas mengadakan pertemuan dan sesi soal jawab bersama peguam-peguam muda yang terlibat dalam Bonafide Friends Of UMNO di PWTC hari ini.
Diskusi Bersama Bonafide Friends Of UMNO
Sebagai contoh kata beliau, pemimpin seperti Datuk Seri Zamri Abdul Kadir yang kini menjadi Menteri Besar Perak, Datuk Mukhriz Mahathir yang kini menjadi Menteri Besar Kedah, Datuk Khalid Nordin yang kini menjadi Menteri Besar Johor, Khairy Jamaluddin yang ini menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Rahman Dahlan yang kini menjadi Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan lain-lain pemimpin lagi adalah lahir daripada hasil usaha ini.
“Mereka ini merupakan kepimpinan yang lahir dari usaha peremajaan UMNO tidak pernah berhenti sehingga ke hari ini. Nama-nama yang saya sebut tadi  merupakan bukti hasil usaha peremajaan UMNO yang telah dilakukan sejak dari dulu lagi,”jelasnya.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan masih banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk melibatkan golongan muda khususnya golongan muda profesional untuk bersama-sama UMNO membangunkan negara.
“Sepertimana program hari ini yang melibatkan peguam-peguam muda melalui Bonafide Friends Of UMNO ini adalah salah satu contoh pendekatan-pendekatan terbaru yang dilakukan oleh UMNO dalam usaha peremajaan dan juga menarik golongan muda untuk bersama kita.
“Dan usaha kita ini tidak akan terhenti setakat golongan profesional muda dalam bidang undang-undang, tetapi kita juga akan terus mendekati golongan profesional muda Melayu daripada pelbagai bidang profesional yang lain.
“Kita akan buat program mendekati anak muda ini secara menyeluruh dan kita tahu tidak semua anak-anak muda kita menjadi peguam. Ramai juga yang terlibat dalam bidang-bidang profesional yang lain dan kita akan berusaha untuk terus mendekati setiap lapisan masyarakat muda tanpa mengira latar belakang dan bidang mereka,” ujarnya.-MediaUMNO


Thursday 20 November 2014

SEKS DALAM KERETA, DAH COMFIRM BUKAN UMNO !



PASANGAN KEKASIH BUAT AKSI ‘HENJUT’ DALAM KERETA DIRAKAM


Dalam Kereta

Kuantan – Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.
Perbuatan terkutuk pasangan itu sempat dirakam orang awam kebetulan berada di kawasan itu.
Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.
Menurutnya, dia kebetulan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.
“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.
Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.
Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.
Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.
“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.
“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya

UJIAN DARA ?

Ujian dara wajib untuk jadi polis di Indonesia

polis indonesia



HRW mendakwa, pemohon wanita di Indonesia perlu menjalani ujian dara sebagai prasyarat untuk menyertai pasukan polis.

JAKARTA, 20 November: Aktivis antarabangsa menggesa pihak berkuasa Indonesia memansuhkan ujian dara untuk wanita yang mohon menganggotai pasukan polis negara itu.
Human Rights Watch (HRW) berkata, prasyarat yang mewajibkan pemohon adalah anak dara dan belum berkahwin itu perlu dimansuhkan.
Menurut HRW, wanita Indonesia yang diwawancaranya, mengakui mereka terpaksa menjalani ujian bagi membuktikan mereka masih dara, sebagai syarat untuk menjadi anggota polis.
Ujian itu mewajibkan pemohon berbogel di depan sepasukan pegawai wanita yang kemudiannya menusuk dua jari ke dalam kemaluan mereka.
“Saya tidak mahu mengimbau kembali pengalaman pahit dan memalukan itu.
“Kenapa kami perlu berbogel di depan orang yang tidak dikenali. Ia harus dihentikan,” demikian menurut seorang pemohon berusia 19 tahun yang menjalani ujian itu di Pekan Baru, Sumatra.
Jurucakap HRW, Nisha Varia berkata, ujian ‘dua jari’ itu perlu dihentikan serta-merta, kerana ia mengaib dan menjatuhkan maruah wanita.
“Polis di Jakarta harus memansuhkan ujian ini dan mengambil tindakan susulan, untuk memastikan semua markas polis lain turut mengambil tindakan sama,” katanya. Rakyat Post

Monday 17 November 2014

DATUK BANDAR ROGOL BUDAK !

Brazil – Perbualan telefon antara dua perogol kanak-kanak mengenai seorang budak perempuan akhirnya membongkarkan kejahatan seorang Datuk Bandar Coari, Adail Pinheiro.
Dia rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia dengan menjadikan budak perempuan di bandar itu sebagai pemuas nafsu.
Bagi tujuan itu, Adail telah menyalahguna wang kerajaan untuk membiayai aktiviti merogol dan penganiayaan kanak-kanak ini yang kebanyakannya berusia antara sembilan hingga 15 tahun dan jumlah kanak-kanak yang menjadi mangsa dianggarkan beratus orang.
Dia juga sanggup membayar kanak-kanak itu sehingga lebih RM3,000 dan perbuatan terkutuk itu dilakukan di atas kapal atau dalam pesawat.
Syaitan ini tidak melakukan perbuatan itu sendirian sebaliknya dia mempunyai `pekerja’ sendiri yang terdiri daripada mereka yang memegang jawatan penting dalam kerajaan, sekolah, badan kehakiman dan polis dan tentera.
Malah pekerjanya itu akan menunggu di luar pintu sekolah untuk merakamkan gambar kanak-kanak perempuan yang menarik dan gambar itu akan ditunjukkan kepada Adail.
Jika ada kanak-kanak yang disukainya, dia akan menjanjikan hadiah seperti komputer dan telefon bimbit kepada kanak-kanak itu manakala ibu bapa mereka pula dipaksa berdiam diri.
Susulan pendedahan perbuatan telefon itu, Adail dan lima pengikutnya ditangkap Januari lalu namun disebabkan rasuah, dia dikatakan bakal dibebaskan tidak lama lagi.
Malah selepas 11 bulan ditangkap, keadaan di Coari tidak berubah malah penduduknya berada dalam ketakutan dan menerima ancaman jika berani membuka mulut mengenai aktiviti jenayah itu.
Sepanjang di penjara, Adail juga dikatakan masih menjalankan aktiviti jenayah dengan mengarahkan jenayah dilakukan menerusi telefon.
Meskipun 70 siasatan dimulakan ke atas Adail namun ia berjaya ditutup oleh pegawai yang terlibat rasuah.- Sumber

Sunday 16 November 2014

IS KE PARLIMEN.

MELAKA, 15 Nov - Satu kertas putih mengenai ancaman kumpulan militan yang digelar IS akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu merupakan pendekatan proaktif kerajaan dalam membanteras penularan IS di negara ini selain memastikan pihak keselamatan mempunyai segala apa yang diperlukan untuk mempertahankan keselamatan negara.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan kertas putih itu yang dihasilkan melalui kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan agensi risikan negara.

"Ini (ancaman IS) bukan satu perkara yang belum kita lalui sebelum ini tapi ancamannya baharu...players, actorsnya baharu dan mereka menggunakan media sosial selain mempunyai banyak sumber kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Terdahulu, Hishammuddin dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Wira dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Hari Jadi Ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Hishammuddin berkata kumpulan militan IS juga melihat sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka sebagai musuh dan sehubungan itu kerajaan perlu memikirkan cara bagaimana hendak berdepan dengan kumpulan itu yang dilihat cukup kompleks.

"Saya ingin maklumkan kepada orang ramai bahawa ancaman IS ini merupakan sesuatu yang kita bukan boleh ambil mudah, kebelakangan ini saya telah berbincang dengan ramai pemimpin antarabangsa dan serantau bagi menangani ancaman ini," katanya.

Ulasan


Akupun mula fikir apa yang nak kelam kabut sebab IS ni fokusnya di Asia Barat tapi bila Kerajaan dedahkan 39 orang telah dikenalpasti sebagai anggota IS dan mereka telah berjaya menyebarkan dakyah kepada rakyat aku rasa ini benda besar.


Pengalaman pencerobohan Lahat Datu mengajar kita. Penceroboh menceroboh dari luar dan di dalam mereka telah ada orang yang menyokong mereka. Ini menyukarkan pihak keselamatan kita untuk bertindak dengan segera.


Kemudian aku dapati jugak, orang Islam ni dah cukup pecah belah dah. Semua benda nak berbeza. Majlis Fatwa kata tidak syahid, ada pulak orang kata syahid. Pas pecat ahlinya yang menyertai IS tapi tetap jugak ustaz ustaz menyemarakkan ' jihad dan syahid ' walaupun tidak kaitkan dengan IS.


Aku rasa kali ini Kerajaan khasnya Menteri Pertahanan bertindak betul. Apa jua ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat harus segera dibendung...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...