Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Hasutan hari ini kerana kenyataan kontroversinya terhadap orang Cina manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang RSN Rayer tidak didakwa atas arahan saat akhir peguam negara.
Abdullah Zaik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang terhadap dakwaan itu berhubung kenyataannya yang mengatakan "Cina penceroboh".
Abdullah Zaik menimbulkan kontroversi apabila pada 6 Mei lalu, beliau mengeluarkan kenyataan pendatang Cina dibawa ke Tanah Melayu oleh penjajah British merupakan "penceroboh" serta mempersoalkan taraf kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka.
Abdullah Zaik dituduh mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh didenda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Beliau minta dibicarakan terhadap tuduhan kedua kerana mengeluarkan kenyataan itu di laman sesawang Isma pada hari sama mengikut Seksyen 4 (1)(C), akta sama.
Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000, tetapi peguam Haezreena Begum Abdul Hamid yang mewakili Abdullah Zaik mohon jumlah itu dikurangkan.
Haezreena berkata, tertuduh perlu menanggung 9 anak berumur antara sembilan dan 24 tahun.
“Peranannya hanya sebagai presiden Isma, sebuah NGO. Beliau juga terbabit dengan kerja amal dalam komuniti Islam,” katanya.
Peguam itu berkata, Abdullah Zaik adalah graduan undang-undang syariah lepasan Universiti Al-Azhar dan isterinya pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor.
Beliau juga memohon mahkamah mempertimbangkan perdana menteri pada dua tahun lalu ada mengumumkan Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Harmoni.
Haezreena berkata, jaminan ditetapkan RM4,000 dalam kes hasutan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Hakim Nor Hazani Hamzah menetapkan jaminan RM5,000 dan tarikh sebutan pada 18 Julai.
Hakim juga memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Dalam kertas pertuduhan menyatakan kenyataan Abdullah Zaik mempersoalkan kewarganegaraan yang diberi kepada orang Cina disenaraikan sebagai berunsur hasutan.
Ketika hadir di mahkamah pagi ini, Abdullah Zaik diiringi kira-kira 30 penyokongnya.
Adun Seri Delima
RSN Rayer (tengah) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 Jun, 2014.
Peguamnya, Gobind Singh Deo, berkata Ketua Pendakwa Datuk Razali Che Ani memaklumkan kepadanya Pejabat Peguam Negara mengarahkan pendakwaan untuk tidak mendakwa Rayer hari ini hingga diberitahu kelak.
Gobind berkata, tiada alasan diberikan untuk penangguhan itu ketika beliau bertemu Razali di kompleks Mahkamah Pulau Pinang, pagi ini.
Beliau berkata pasukan pembela termasuk peguam Ramkarpal Singh Deo dan S Raveentharan, akan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan penjelasan mengenai penangguhan itu.
“Keadaan ini jarang berlaku, tetapi ini bukan pertama kali berlaku.
“Kita juga akan memohon supaya Rayer tidak didakwa. Ia adalah kedudukan kami beliau tidak sepatutnya didakwa langsung,” kata Gobind kepada media, hari ini.
Rayer ditahan polis semalam dan dijangka didakwa pagi ini.
Wakil rakyat DAP dua penggal itu dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan "celaka celaka Umno" pada 20 Mei ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Rayer, 37, mengeluarkan kenyataan ‘Umno celaka’ ketika membahaskan usul terima kasih terhadap ucapan pembukaan Yang Dipertua Negeri Tun Dr Abdul Rahman Abbas pada persidangan itu. – 19 Jun, 2014.
Ulasan
Ini pandangan aku yang buta undang undang. Bukan aku saja. Ramai lagi Melayu kampungan buta undang undang. Jadi semua Melayu akan buat kesimpulan, " alamak ! Ruginya jadi Melayu di Malaysia !"
Ko baru tau?
ReplyDeleteAkhirnya org Melayu apapun tak de
ReplyDeleteAkhirnya org Melayu apapun tak de
ReplyDeleteKerajaan kita takut Cina korbankan Melayu
ReplyDeleteFrust. Kalau Melayu cepat je tindakan. Yang lain sebebas bebasnya
ReplyDeleteKenyataan President ISMA adalah bertetapan dengan apa yang berlaku dan terbukti ianya adalah fakta yang benar.. Tujuan penjajah mengimport pendatang asing adalah untuk berkerja di dalam negara ini.
ReplyDeleteAdalah amat mendukacitakan apabila negara hendak merdeka TAR diberi syarat oleh penjajah untuk menerima kesemua pendatang sebagai sebahagian dari warga negara ini. Adakah syarat ini adil bagi orang melayu yang rata rata diantara mereka pada ketika itu tidak berpelajaran dan kurang berpengetahuan tentang apa yang berlaku disekeliling mereka.
Persoalannya apakah syarat-syarat yang diberi oleh pihak penjajah ini jugak dipersetujui oleh sultan sultan pada ketika itu dan adakah perjanjian ini dibuat secara lisan atau bertulis. Sekiranya ia dibuat secara bertulis dimanakah surat perjanjian yang ditanda tangani oleh sultan sultan terdahulu tersimpan.
Sudah sampai masanya orang melayu menuntuk balik hak mereka keatas tanah ini.
Anti Cina Kafir Laknatullah said,
ReplyDeleteKesilapan besar akibat kedunguan Tunku Abdul Rahman ialah memberi kerakyatan kepada gansgter Cina yang bekerja di Lombong Timah dan Paria Buruh ladang Getah. Inilah akibatnya. Mereka mahukan semua yang Melayu ada. Mereka tidak peduli dengan nama MALAYsia, Ketuan Melayu, perlembagaan dan lain lain hak Melayu dan bumiputra. Apa Cina cina ultra kiasu ini lakukan sekarang ialah :-
1. Membunuh ekonomi Bumiputra dengan tidak mengambil Bumiputra bekerja, tidak memberi peluang untuk berniaga di Pusat membeli belah
2. Mengurang nisbah penduduk satu satu kawasan dengan sekatan pembelian rumah oleh Melayu dan Bumiputra demi membanyakkan undi orang Cina
3. Meminta segala -galanya dari Kerajaan terutamany Dato Seri Najib dungu yang terlalu mengikut permintaan Cina Kiasu.
4.Cina Cina kiasu ini menyekat kebebasan penggunaan tulisan Jawi oleh orang Melayu kerana takut mereka tidak faham pesanan dan tulisan Melayu dan Buminputra.
5. Membunuh Melayu dan Bumiputra dengan alasan kemalangan jalanraya.
6. Menyekat bekalan perniagaan Orang Melayu dan Bumiputra.
7. Membuat tuduhan melulu seperti Pengundi Hantu Bangladesh, walhal hampir 100,00 pengundi hantu dari China dan Taiwan di Pulau Pinang, Puchong, Cheras dan Subang Jaya.
8. Merosakkan Bahasa Melayu dengan mengubah perkataan -perkataan kepada Bahasa Inggris.
9. Tidak takut atau hormat kepada Undang Undang Malaysia
10. Menghina Agama Islam, orang Melayu, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Sistem Pentadbiran Melayu.
Penyelesaian
a. Harus waspada dengan kiasu kiasu ini. Seperti kata Ustaz Riduan Tee.
b. Usahakan supaya hak mengundi dan bertanding serta kerakyatan Cina-Cina kiasu ini dilucutkan
c. Ubah semua sekolah Cina kepada sekolah Melayu
d. Kuasai Pusat membeli belah seluruh Malaysia.
e. Tukar PM yang suka membazir dan keluar Negara kepada Tan Sri Muhyidin Yassin yang lebih berkelayakan dan bermutu tinggi.
Masalahnya dan ker nak buat pembetulan?
ReplyDeleteMaka benar lah seperti cerita pak kaduk....minta najib Dan sekutunya dinyahkan
ReplyDeleteIni bukan Najib je. Punaisihat dialah! Aku syak punaisihat dia budak Nuar ponggong.
ReplyDelete