Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 26 June 2014

KERANA MIANG LELAKI DITAHAN !


Kitapun kadang kadang susah nak faham. Dah tua dah. Umur 57 tahun, gatal pergi culik budak umur 9 tahun. Raba, cium. Itu jer dan terima kesan buruknya.

Budak ni dah layak jadi cucu dia. Macam mana dia boleh jadi miang dengan budak budak sedangkan aku yakin dia sendiri ada anak cucu sebaya dengan budak itu.

Isu kedua, macam mana budak tu boleh naik kereta orang yang tidak dikenali. Keluarga atau cikgu cikgu kena fikirkan perkara ini supaya langkah pencegahan dapat dilakukan. Dia tidak dipaksa menaiki kereta, dia diajak naik kereta...


Slim River : Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun menempuh detik cemas apabila diculik di sebuah stesen bas sebelum dicabul di kawasan kubur Cina Jalan Slim Lama, di sini, oleh seorang lelaki dalam kejadian petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu mangsa yang berada seorang diri berhampiran stesen bas itu didekati suspek berusia 57 tahun lalu berpura-pura bertanya kepada mangsa sama ada mahu membeli buku, sebelum mengajak kanak-kanak itu menaiki keretanya.Suspek kemudian memberhentikan kenderaannya berhampiran kawasan kubur berkenaan lalu cuba pegang dan cium mangsa sebelum meninggalkannya.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, mangsa dijumpai oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.
Foto
KENDERAAN dipercayai milik suspek yang ditahan polis.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan ketakutan dibawa oleh orang awam ke Balai Polis Slim River untuk tindakan lanjut.

"Bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang lagi anak perempuannya yang melihat mangsa menaiki kereta suspek bertindak melaporkan kejadian di Balai Polis Slim River.

"Berikutan kejadian, suspek yang disyaki memandu sebuah kereta Proton Wira Aeroback terbabit berjaya dikesan dan ditahan dalam satu sekatan polis kira-kira jam 3 petang," katanya.

Menurutnya suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan mencabul- Metro.

2 comments:

  1. Jenis ni elok DIKASI. Hilanglah gatalnya

    ReplyDelete
  2. Beginilah kehidupan tanpa agama

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...