Boikot Barangan DAP
Sunday, 22 June 2014
PILOT MH 370 SUSPEK UTAMA !!
Korang sambil sambil baca artikel ini..di sini..., kemudian korang baca pulak apa kata Pemangku Menteri Pengangkutan...
KLUANG 22 Jun - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan sebuah akhbar di United Kingdom mengenai juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Hishammuddin berkata perbuatan akhbar terbabit yang melaporkan tanpa sumber sahih merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan meningkatkan jualan akhbar.
" Kalau hendak layan akhbar di UK (United Kingdom), hari-hari mereka ada cerita baharu. Jika ada asas, pihak tertentu di UK kena beri kita bukti dan petunjuk. Kita akan siasat mengenainya dan tidak perlu heboh di akhbar,'' katanya kepada pemberita selepas majlis 1Veteran 1Malaysia: Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai, di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata Malaysia sentiasa konsisten dari awal mengenai apa jua petunjuk kejadian itu dan setiap perkara yang perlu diperjelaskan kepada umum mesti mendapat pengesahan daripada pakar serta badan tertentu.
Beliau berkata kesahihan sebarang perkembangan kejadian terbabit amat penting kerana kerajaan tidak mahu keluarga juruterbang mahupun anak kapal dan keluarga keseluruhan penumpang menerima pelbagai tuduhan yang boleh menjejaskan mereka.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga sudah menegaskan bahawa kita menggunakan segala pertimbangan bila kita siasat juruterbang, anak kapal dan penumpang. Jadi kita jangan layan konspirasi teori kerana kalau ada perkara yang disembunyikan sudah tentu ada pihak lain yang akan membantah,'' kata Hishammuddin.
Akhbar Sunday Times, UK melaporkan polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Akhbar itu melaporkan Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas pesawat tersebut dibersihkan.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menyifatkan desas-desus yang mengaitkan namanya untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai perbuatan nakal dan tidak bertanggungjawab.
Naib Presiden UMNO itu berkata, tindakan seumpama itu sengaja melaga-lagakan pemimpin dan bertujuan melemahkan parti.
"Kita tidak boleh ikut rentak ini kerana kita perlu rapatkan barisan dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri,'' katanya.
Sebelum ini, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan UMNO.
Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan perdana menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan.
- BERNAMA
Ulasan
Aku syok cara bagaimana DS Hishamuddin menangani pelbagai isu sejak akhir akhir ini. Cakapnya tak panjang, terus kepada makna. Aku gariskan ayat ayat tertentu yang pada aku besar kesannya kepada kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ini yang sebaik baiknya. Segera respon jika ada isu. Jangan biar ia melarat
ReplyDeleteSebagai parti tua UMNO pasti mempunyai musuh. Jangan terperangkap. UMNO ada ketua dan jangan lakukan sesuatu tanpa merujuk kepada ketua.
ReplyDeleteDulu mungkin orang boleh main dengan Hishamuddin. Sekarang, baca kenyataan beliau dan lihat kematangannya.
ReplyDeleteBagus ! Hishamuddin tak termakan percubaan nak melagakan beliau. Sentiasa teguh bersama pemimpin.
ReplyDeleteMedia mengutamakan rating. Dia tak fikir perasaan orang.
ReplyDeleteElok sangat Datuk Hisham segera menyanggah artikel tersebut. Sekurang kurangnya kaum keluarga Kapten Zaharie rasa terbela sedikit.
ReplyDeleteDosa pahala tak de dalam perkiraan media barat ni. Kawan Nuar Brahim.
ReplyDeleteMedia Barat berani mengaitkan pasukan keselamatan kita. Pihak berwajib patut menyaman mereka.
ReplyDeleteSekarang orang nampak Hishamuddin tengah ok. Banyak kerja dia menjadi. Apa lagi, pakat nak perjatuhlah. Yang aku bimbang ini kerja org Umno sendiri.
ReplyDeletePolitik dan khabar angin tak mungkin dipisahkan. Sebab itu ahli politik perlu cekap melayan khabar angin.
ReplyDeleteDulu kita bila sebut org puteh, kita hormat. Sekarang kita tau depa taik penipu.
ReplyDeleteSebagai orang yang bertanggungjawab terhadap parti dan kerajaan , memang sewajarnya Hshamuddin segera menjelaskan sebarang isu yang timbul. Jika lambat menjawab akhirnya ia menjadi persepsi yang boleh membawa kesan yang buruk.
ReplyDeleteInilah kepentingan hubungan baik. Orang akan fikir tentang kita bila nak buat sesuatu
ReplyDeleteTak bestlah bila ada orang laga laga. Macam budak budak je.
ReplyDeletePerbuatan melagakan pemimpin ini merosakkan parti. Bagus sangat bila Hishamuddin potong siap siap. Kalau tak hancur parti.
ReplyDeleteIni masa menyusun parti bukan rosakkannya.
ReplyDeleteDatuk Hishamuddin dulu dikatakan lembek sekarang dikatakan nak melanggaq pulak. Ni politik apa benda ni?
ReplyDeleteOrang cari untung mana fikir hati dan perasaan orang lain. Banyak kali ditegaskan oleh Pemangku Menteri, nak keluar kenyataan fikirkan emosi kaum keluarga dan waris.
ReplyDelete