Boikot Barangan DAP
Tuesday, 17 June 2014
BONGKAR !! SYARAT JADI CALON UMNO PRU 14 DIDEDAHKAN !
Aku rasa ramai yang perasan, akhir akhir ini banyak jugak blog menulis tentang untung nasib orang Melayu. Pelbagai dasar Kerajaan UMNO/BN dilihat sangat liberal, mengalahkan DAP dan PKR.
Hasrat Kerajaan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta baru adalah petanda jelas ke arah liberalisme.
Baca di sini...dan teruskan bacaan anda di sini..
Maka semalam sewaktu minum minum di hujung kampung, perkara ini aku timbulkan. Berapi rupanya orang kampung ! Aku ingat orang kampung tak tau perkembangan. Aku jangka orang kampung tak sedar bahawa Kerajaan UMNO khasnya pemimpin UMNO sudah tidak lagi jadi pejuang Melayu.
Ada seorang kawan aku yang agak aktif dalam UMNO mempunyai pandangan, menarik untuk kita renungkan bersama. Katanya,
" Pemimpin UMNO yang nak jadi calon PRU 14 jangan sama sekali tunjuk semangat Melayu dia. Sebab dah tak ada satu kawasanpun selamat bagi UMNO jika Cina tidak tolong, India tak tolong ! "
" Orang nak jadi calon WAJIB jaga hati Cina dan India. Kalau dia tunjuk jiwa Melayu, maknanya dia bukan winnable candidate ".
Aku tanya dia, " Bagaimana dengan hati orang Melayu yang menangkan UMNO pada PRU 12 dan PRU 13 ?".
Cara dia jawab jelas menggambarkan kekecewaannya, " Pemimpin UMNO akan datang ke kampung kampung, bisik bisik tentang orang Melayu ".
Allamak ! Aku harap apa yang kawan aku cakap tak betul. Kalau betul, maknanya pemimpin UMNO sanggup bangsatkan bangsa untuk dapat kerusi!
Mohon disimpangkan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dah bertahun tahun, aku tak pernah dengar pemimpin UMNO cakap pasal survival Melayu, hak Melayu. Yang kerap aku dengar pemimpin cakap hak Cina, hak Hindu !
ReplyDeleteSebenarnya dah malas nak bincang pasal umno.
ReplyDeleteHang betui. Umno tak dak dah dalam hati aku , sorry. Pas pun aku tak mau.
ReplyDeleteSebenarnya orang dah tak bangga jadi ahli umno. rasa macam kena tipu.
ReplyDeletesusah jadi pemimpin umno ni...sbb parti pemerintah. kena jaga hati orang lain. agaknya bila umno jadi parti pembangkang baru tahu nak jaga hati melayu agaknya.
ReplyDeleteAnon, aku rasa bila jadi pembangkang, angkat muka pun tak berani. Macam kampung aku di Selangor!
ReplyDeleteUmno perlukan pembedahan dalaman untuk tukar hati perut ..... dari hati tamak kepada hati pembela rakyat, dari hati penuh kedengkian kepada hati memperjuangkan nasib Melayu Islam dan dari bersikap bodoh 2 cerdik kepada wira perjuangan Negara.
ReplyDeleteMasalah utama umno ialah bila pemimpin rasa diri sempurna. Tak payah muhasabah diri. bila ada masalah, salahkan orang bawah. Muaklah !
ReplyDeleteIni hanya pandangan penulis, belum tentu betul. Tak adil hukum umno kerana pandangan seorang berdua.
ReplyDeleteSeminggu sebelum Pemilihan UMNO 2013, media UMNO ada mengeluarkan kenyataan tentang kriteria calon yg semestinya dipilih. Di antara kenyataan tersebut berbunyi:
Delete"... Mana-mana ahli UMNO yang hendak memilih kepimpinan yang baru terutama ketua bahagian pilihlah ketua yang mampu menjadi calon PRU-14 yang popular dan berwibawa dalam memperjuangkan isu rakyat pelbagai kaum..."
"... Bukan setakat berjuang atas idealisme kepartian sehingga kita lupa UMNO adalah tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara untuk 28 juta rakyat, bukan setakat berjuang untuk membela kebajikan orang Melayu dan bumiputera Sabah sebagai ahli parti paling tua... "
Penulis belum tentu betul... dan ternyata juga penulis belum tentu salahnya...
EVLee
Anon 09:45 ni ketua cawangan kot? Kajilah boss. Tak kira pandangan siapa.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Pada pandangan saya, kalau jadi calon yang berjiwa Malaysiapun belum tentu boleh menang.
ReplyDeleteUMNO mmg ada problem. Cuma aku rasa dialah yg terbaik kita ada
ReplyDelete