Boikot Barangan DAP
Wednesday, 11 June 2014
MAAF PM, TAK TAU BUKAN JAWAPAN YANG SESUAI .
Orang memang suka spekulasi. Spekulasi yang dimainkan berulang ulang kadang kadang menjadi masalah bila kita bercakap tentang politik kepartian.
Aku perhatikan sejak sebelum PRU 12, pembangkang pandai bermain dengan spekulasi. Ditiup tiup, diucap ucap sehingga akhir ada jugak orang percaya spekulasi pada awalnya dah jadi macam betul pulak.
Sebab itu aku tak setuju bila DS Najib menjawab " Saya tidak tahu ",apabila ditanya wartawan mengenai spekulasi rombakan kabinet dalam masa terdekat.
Jawapan ini memang ringkas tapi tidak akan memadam spekulasi yang timbul.
Apa masalahnya ? Bila orang berspekulasi akan berlaku rombakan maka orang akan menyebut Sipolan akan turun, Sipolan akan naik. Hukum spekulator, ada alasan yang dikemukakan. Alasan ini yang malangnya banyak kepada
" kenapa Sipolan turun? ".
Apa lagi, terdedahlah buruk pemimpin kita. Ini pasti tak menguntungkan parti dan Kerajaan UMNO/BN.
Aku mintak selepas ini DS Najib menjawab lebih tepat, objektif. Mudah jer.
Yer atau tidak. Kemudian kalau nak buat spekulasi lagi, biarlah. Ruangnya dah sempit sikit.
Macam nak PRU dulu, susahnya bila DS Najib berteka teki dan kemudian nyata orang menganggapnya sebagai kelemahan. Aku tak syoklah bila orang kata PM aku lemah !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SETUJU. JAWAB TEPAT MACAM TUN M
ReplyDelete