Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 21 June 2014

PAKATAN SEBENARNYA TIDAK MAMPU MEMERINTAH !

Bayangkan jika diberi peluang memerintah negara. Apa akan jadi jika sesuatu yang mereka namakan PAKATAN tidak pernah sepakat. Aku tak tau apa sebenarnya perasaan rakyat Selangor. Negeri yang dikatakan terkaya di Malaysia tetapi masalah airpun tak dapat diselesaikan kerana kegagalan mereka mencapai persefahaman..

Baca laporan di bawah..


SHAH ALAM – Pas Selangor menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, calon menteri besar baru itu perlu diterima ketiga-tiga parti dalam PR.

“Pokoknya dia bermasalah. Partinya sendiri pun menolak dia. Semestinya sukar untuk beliau bertahan. Kalau dia sudah tidak mendapat sokongan daripada dua parti dan ahli badan perhubungan Pas pun telah melihat dia bermasalah, maka saya rasa, kita mesti bersedialah membawa satu pertukaran kerana kita tak boleh la hanya menganggap seorang saja yang mampu (menjawat jawatan MB).

“Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah pimpinan daripada ketiga-tiga parti wajar bertemu dan berbincang untuk mencari calon lain yang boleh diterima. Nyatakan syarat-syarat baru yang mahu dikenakan oleh setiap parti ke atas calon yang akan dipilih dan disokong bersama itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Hari ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.

Perkara itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

“Saya rasa untuk kerajaan PKR ini betul-betul mencapai kejayaan dan menunjukkan prestasi yang sebaik mungkin, kita mesti ada MB yang diterima ketiga-tiga parti.

“Sekarang ini, PKR dan DAP sendiri sudah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Khalid, maka bagaimana beliau boleh bertahan atas sokongan satu daripada tiga parti itu saja. Jadi, Pas pun kena fikirkanlah tentang keadaan yang sebegini rupa,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengambil sikap menyokong keputusan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor tersebut.

“Saya hanya menyokong keputusan dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor. Apa pun keputusannya saya terima dan kalau begitulah yang diputuskan bersama, maka saya tentunya bersama dengan keputusan itu.

Namun saya sendiri bukan dari Badan Perhubungan Negeri Selangor, saya tidak terlibat dalam keputusan itu. Saya tidak mempunyai sebarang pandangan peribadi kerana prestasi MB ini memang sudah kita maklum mengalami beberapa masalah dalam PR,” katanya.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat Jaafar itu benar bukan sekadar rekaan.

Malah beliau berpendapat, Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera atas tindakan-tindakannya sebelum ini.

“Saya sendiri adalah ahli jawatankuasa air bersama Tony Pua dan Rafizi diangkat oleh Majlis Presiden PR. Kami ini langsung tidak diambil apa-apa pandangan atau perhatian langsung. Malah sehingga ke hari ini, kami tidak dapat berjumpa dengan MB. Kami tidak dirujuk seolah-olah kami ini tidak wujud.

“Itu satu contoh. Apa yang disebut cikgu Jaafar itu punya kebenarannya. Kawan-kawan yang lain juga mempunyai pandangan seperti itu. Mereka bukan mereka-reka cerita ini. Saya kira Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera dengan semua ini,” katanya.- Sumber
 

1 comment:

  1. DEPA NAK BAGI WAN ZIZAH. DULU KHALID SAMA JA KENAPA SEKARANG BARU BYK KOMPLEN?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...