Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 28 November 2014

MAKNA UCAPAN PENGGULUNGAN, INI HARINYA...

Hari ini adalah terakhir Persidangan Agung UMNO 2014. Kita semua termasuk rakyat jelata khasnya pimpinan Pakatan akan menghalakan tumpuan masing masing ke PWTC. Sebahagian besarnya dah ada penilaian masing masing manakala tumpuan hari ini adalah sebagai pengesahan apa yang difikir sahaja.

Datuk Seri Najib telah membuka persidangan dengan memberikan semacam energi baru kepada UMNO melalui penegasan untuk mempertahankan Akta Hasutan 1948. Ini kehendak UMNO seluruhnya dan DS Najib telah penuhi kehendak tersebut.

Sayugia disedari, AKta Hasutan 1948 tidak merupakan penyambung hayat UMNO, bahkan ia boleh jadi ' madu beracun '. UMNO fikir tiada api dalam sekam dan leka .Bila tersedar, api sudah marak dan tak mampu dipadam. UMNO          ' WAJIB' bekerja untuk mendapatkan undi.

Cuma di sini UMNO ' berasa ' menang. Itu sahaja..

TS Muhyiddin adalah faktor ' MELAYU UMNO SEJATI ' Ringkas dan tidak pernah berubah. Aku tak fikir, TS Muhyiddin akan terjejas jika ada yang mahu menggugatnya.

Terpenting untuk mendengar Ucapan Penggulungan Naib Naib Presiden. Mereka umumnya akan ke mercu UMNO satu masa nanti.

DS Zahid Hamidi politikus tulen. Beliau pemidato dan pandai bermain dengan kata dan suaranya. Tahun inipun banyak kejutan beliau lakukan yang aku percaya akan beliau sebut dalam ucapan nanti. Judi, gangster dan banyak perkara lain berkaitan jawatannya.

DS Shafie Afdal amat rapat dengan orang kampung. Jawatannya dalam Kerajaan membolehkannya menjaga hubungan rapat dengan pimpinan JKKK yang jugak merupakan aktivis UMNO. Aku rasa DS Shafie tidak cenderung untuk naik lebih tinggi, aku rasalah.

Tahun lalu, DS Hishammuddin tidak hadir PAU atas faktor kesihatan. Beliau bagaimanapun telah cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawabnya melakukan transformasi pemilihan parti yang menyaksikan beliau sendiri hampir tumbang.

DS Hishammuddin ( Maaflah ) tidak begitu ghairah dalam berpolitik walaupun beliau lahir dalam keluarga politikus tulen. Sebab itu beliau tidak ada jentera yang menjawab tohmahan dan persepsi liar yang begitu melaut sewaktu menjelang musim pemilihan yang lalu.

Bahasanya bukan kempen. Dia benar benar membawa dirinya ke mana mana pada bila bila masa. Tanyalah siapapun orang UMNO, semua akan kata DS Hishammuddin orang baik walaupun lahir ' elit' .

Aku jangka , sekali lagi aku mintak maaf, ucapan DS Hishammuddin petang ini ucapan biasa. Sedangkan beliau mencapai banyak kejayaan yang sangat cemerlang. MH 370, MH 17 ( Sebagai Kerajaan ) tansformasi pemilihan dan tahun ini transformasi perbahasan ( Sebagai pimpinan UMNO ).

Jika DS Hishammuddin mahu menjadikannya modal, ia kan jadi modal besar tapi keyakinan aku beliau akan hanya menceritakannya dan mengaitkannya dengan DS Najib sebagai ketua.

Kalau tanya aku, tanpa meremehkan orang lain, aku cenderung untuk DS Hishammuddin diberikan tempat lebih tinggi sekiranya ada kekosongan. Faktor kemenjadian kerjanya, faktor usianya dan sejarah peribadinya yang setakat ini tidak tercemar .

Apapun selepas ini keutamaan kita adalah parti. Aku setuju pandangan DS dalam RTM malam tadi.." Kita tidak bimbang siapa akan menjadi pemimpin parti, yang kita bimbang ialah bila kita jadi pemimpin parti kita kalah dan hilang kuasa ".

Ini pandangan aku, setulusnya.




GEMPAR !! DYANA SOFYA KENA PUKUL !

Kalau satu masa DAP, PAS dan PKR begitu ri'a dengan Dyana Sofya yang amat ' akrab ' dengan Lim Kit Siang, hari ini di pentas UMNO tampil seoprang bakal doktor membahaskan usul. Cukup terampil, yakin dan berwibawa. Aku rasa kalau UMNO tak gila menghalang bakat bertunas, Dyana Sofya bukan apa apa sebenarnya...

KUALA LUMPUR, 28 Nov - Kepetahan dan kebijaksaan Nur Farhana Mohd Anuar ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2014, yang memasuki hari kedua hari ini, "menambat hati" Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin.


Penuntut tahun kelima First Moscow State Medical University, Rusia, itu 'mencuri' hati Badruddin apabila menyelitkan bahasa Rusia dalam perbahasannya dan setiap kali itu juga terpaksa mengucapkan 'mohon izin pengerusi' selepas diingatkan beberapa kali bahawa perbahasan mestilah dalam bahasa Melayu.

Badruddin juga beberapa kali mengajukan perkataan tertentu kepada Nur Farhana untuk mengetahui maksudnya dalam bahasa Rusia dan bila cuba menyebutnya, seluruh hadirin di dalam dewan tertawa kerana sebutan dan bunyi Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan itu kedengaran pelik serta melucukan.

Dalam perbahasannya selama 15 minit, Nur Farhana dengan lantang berkata Umno tidak boleh berbangga dengan jumlah anggota yang ramai iaitu 3.47 juta orang kerana belum tentu semua anggota itu adalah 'orang Umno'.

"Anggota Umno sepatutnya menjadi 'orang Umno' yang akan berjuang demi bangsa, agama dan negara," katanya ketika berucap di hadapan perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Wakil Kelab Umno Luar Negara Moscow itu menarik perhatian apabila menyatakan program anjuran Umno terlalu 'syok sendiri', stereotaip, kurang mesra golongan muda, tidak strategik kerana kebanyakannya dianjurkan semata-mata untuk memenuhi tuntutan program tahunan.

"Ramai mahasiswa muda mempunyai persepsi bahawa Umno tidak mempunyai idea yang segar dan tiada idea baharu, matlamat serta perjuangan parti juga semakin pudar," katanya.

Selesai sahaja perbahasan gadis itu, Badruddin memuji Nur Farhana yang menurutnya berucap dengan penuh beradat serta beradab dan mahu jurucakap yang lain mencontohinya.

"(Nur Farhana) memang terror (hebat)... tak rugi mai (datang) walaupun belajar di Rusia tapi mampu bercakap bahasa Melayu dengan fasih.

"Itulah perjuangan dan mereka inilah pelapis akan datang," katanya dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Sementara itu, ketika ditemui Bernama, Nur Farhana berkata bagi mendekatkan orang muda dengan Umno dan meremajakan parti keramat orang Melayu itu, Umno perlu mengadakan program bersifat interaktif, termasuk menggunakan media sosial, selaras dengan 'hyperconnectivity' atau kesalinghubungan digital yang ditekankan Umno.

Beliau turut mencadangkan agar laman web Umno dan kerajaan direka dengan ringkas supaya mudah diakses walaupun sekadar menggunakan telefon bimbit manakala semua dasar diterangkan menggunakan grafik supaya anak muda dapat memahaminya dengan mudah.

Tuesday 25 November 2014

PANTAS DAN TANGKAS !

KUALA LUMPUR 26 Nov - Pembentangan Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pagi tadi merupakan satu tindakan tepat.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia sekaligus dapat membendung kegiatan berunsur keganasan membabitkan fenomena global.

"Kertas Putih yang dibentangkan ini bagi saya cukup tepat kerana kita di peringkat Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera (ATM) telah memantau secara dekat perkembangan dan fenomena tersebut.
Ini merupakan satu fenomena baharu, tidak boleh disamakan dengan ancaman pengganas terdahulu seperti Jemaah Islamiah (J.I), Al Qaeda dan sebagainya." katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambah Hishammuddin, kegiatan IS yang dilakukan atas nama Islam merupakan pendekatan yang bertujuan memperkenalkan keganasan.
"Penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan yang ditunjukkan di media sosial mempunyai tujuan tertentu. Perpecahan dengan menggunakan agama yang mengetengah keganasan merupakan fenomena global," tegas beliau.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin turut memberitahu bahawa perbincangan bersama rakan-rakan sejawatan dari negara lain telah diadakan dalam usaha perkongsian maklumat serta risikan.
"Ini juga merupakan ancaman kepada nilai-nilai sejagat. Sebagai muslim, ia mencemarkan imej dan kesucian Islam., Jika tidak dibendung, dunia akan melihat Islam sebagai agama yang ganas dan songsang," ujar beliau.
Terdahulu, Perdana Menteri ketika membentangkan Kertas Putih di Dewan Rakyat berkata, gerakan ekstremis IS ternyata bertentangan dengan ajaran Islam dan Perlembagaan negara. 
Justeru itu kerajaan menggerakkan semua usaha untuk membendung ancaman tersebut.

Sunday 23 November 2014

ORANG MUDA GENG UMNO !

BFFUMNO Salah Satu Usaha Berterusan UMNO Untuk Peremajaan Parti – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pendekatan UMNO melalui Bonafide Friends of UMNO (BFFUMNO) yang menjurus kepada peguam-peguam melalui Unit Perundangan Biro Perlembagaan UMNO ini  merupakan pendekatan yang tepat dalam usaha untuk meremajakan UMNO serta menarik golongan profesional muda untuk bersama-sama dengan UMNO, demikian menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menurut beliau, ini juga merupakan kesinambungan usaha peremajaan UMNO yang tidak pernah terhenti sejak dari dulu sehingga ke hari ini.
“Apabila kita bercerita tentang peremajaan UMNO, ingin saya katakan di  sini ia merupakan langkah yang berterusan UMNO sejak dulu lagi dan kerana usaha peremajaan UMNO ini tidak pernah berhenti.
“Ini juga merupakan langkah berterusan UMNO untuk terus meremajakan parti ini dengan keterlibatan golongan profesional muda. Dan saya lihat sambutan yang diberikan amat memberansangkan
“Kita dapat lihat ramai pemimpin-pemimpin yang ada hari ini merupakan produk daripada hasil usaha peremajaan UMNO di mana dahulunya mereka bergerak sebagai golongan pemuda  dan hari ini kita lihat mereka itu pun sudah memegang jawatan tinggi seumpama menteri ataupun menteri besar yang ada hari ini,” ujarnya  selepas mengadakan pertemuan dan sesi soal jawab bersama peguam-peguam muda yang terlibat dalam Bonafide Friends Of UMNO di PWTC hari ini.
Diskusi Bersama Bonafide Friends Of UMNO
Sebagai contoh kata beliau, pemimpin seperti Datuk Seri Zamri Abdul Kadir yang kini menjadi Menteri Besar Perak, Datuk Mukhriz Mahathir yang kini menjadi Menteri Besar Kedah, Datuk Khalid Nordin yang kini menjadi Menteri Besar Johor, Khairy Jamaluddin yang ini menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Rahman Dahlan yang kini menjadi Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan lain-lain pemimpin lagi adalah lahir daripada hasil usaha ini.
“Mereka ini merupakan kepimpinan yang lahir dari usaha peremajaan UMNO tidak pernah berhenti sehingga ke hari ini. Nama-nama yang saya sebut tadi  merupakan bukti hasil usaha peremajaan UMNO yang telah dilakukan sejak dari dulu lagi,”jelasnya.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan masih banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk melibatkan golongan muda khususnya golongan muda profesional untuk bersama-sama UMNO membangunkan negara.
“Sepertimana program hari ini yang melibatkan peguam-peguam muda melalui Bonafide Friends Of UMNO ini adalah salah satu contoh pendekatan-pendekatan terbaru yang dilakukan oleh UMNO dalam usaha peremajaan dan juga menarik golongan muda untuk bersama kita.
“Dan usaha kita ini tidak akan terhenti setakat golongan profesional muda dalam bidang undang-undang, tetapi kita juga akan terus mendekati golongan profesional muda Melayu daripada pelbagai bidang profesional yang lain.
“Kita akan buat program mendekati anak muda ini secara menyeluruh dan kita tahu tidak semua anak-anak muda kita menjadi peguam. Ramai juga yang terlibat dalam bidang-bidang profesional yang lain dan kita akan berusaha untuk terus mendekati setiap lapisan masyarakat muda tanpa mengira latar belakang dan bidang mereka,” ujarnya.-MediaUMNO


Thursday 20 November 2014

SEKS DALAM KERETA, DAH COMFIRM BUKAN UMNO !



PASANGAN KEKASIH BUAT AKSI ‘HENJUT’ DALAM KERETA DIRAKAM


Dalam Kereta

Kuantan – Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.
Perbuatan terkutuk pasangan itu sempat dirakam orang awam kebetulan berada di kawasan itu.
Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.
Menurutnya, dia kebetulan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.
“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.
Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.
Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.
Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.
“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.
“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya

UJIAN DARA ?

Ujian dara wajib untuk jadi polis di Indonesia

polis indonesia



HRW mendakwa, pemohon wanita di Indonesia perlu menjalani ujian dara sebagai prasyarat untuk menyertai pasukan polis.

JAKARTA, 20 November: Aktivis antarabangsa menggesa pihak berkuasa Indonesia memansuhkan ujian dara untuk wanita yang mohon menganggotai pasukan polis negara itu.
Human Rights Watch (HRW) berkata, prasyarat yang mewajibkan pemohon adalah anak dara dan belum berkahwin itu perlu dimansuhkan.
Menurut HRW, wanita Indonesia yang diwawancaranya, mengakui mereka terpaksa menjalani ujian bagi membuktikan mereka masih dara, sebagai syarat untuk menjadi anggota polis.
Ujian itu mewajibkan pemohon berbogel di depan sepasukan pegawai wanita yang kemudiannya menusuk dua jari ke dalam kemaluan mereka.
“Saya tidak mahu mengimbau kembali pengalaman pahit dan memalukan itu.
“Kenapa kami perlu berbogel di depan orang yang tidak dikenali. Ia harus dihentikan,” demikian menurut seorang pemohon berusia 19 tahun yang menjalani ujian itu di Pekan Baru, Sumatra.
Jurucakap HRW, Nisha Varia berkata, ujian ‘dua jari’ itu perlu dihentikan serta-merta, kerana ia mengaib dan menjatuhkan maruah wanita.
“Polis di Jakarta harus memansuhkan ujian ini dan mengambil tindakan susulan, untuk memastikan semua markas polis lain turut mengambil tindakan sama,” katanya. Rakyat Post

Monday 17 November 2014

DATUK BANDAR ROGOL BUDAK !

Brazil – Perbualan telefon antara dua perogol kanak-kanak mengenai seorang budak perempuan akhirnya membongkarkan kejahatan seorang Datuk Bandar Coari, Adail Pinheiro.
Dia rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia dengan menjadikan budak perempuan di bandar itu sebagai pemuas nafsu.
Bagi tujuan itu, Adail telah menyalahguna wang kerajaan untuk membiayai aktiviti merogol dan penganiayaan kanak-kanak ini yang kebanyakannya berusia antara sembilan hingga 15 tahun dan jumlah kanak-kanak yang menjadi mangsa dianggarkan beratus orang.
Dia juga sanggup membayar kanak-kanak itu sehingga lebih RM3,000 dan perbuatan terkutuk itu dilakukan di atas kapal atau dalam pesawat.
Syaitan ini tidak melakukan perbuatan itu sendirian sebaliknya dia mempunyai `pekerja’ sendiri yang terdiri daripada mereka yang memegang jawatan penting dalam kerajaan, sekolah, badan kehakiman dan polis dan tentera.
Malah pekerjanya itu akan menunggu di luar pintu sekolah untuk merakamkan gambar kanak-kanak perempuan yang menarik dan gambar itu akan ditunjukkan kepada Adail.
Jika ada kanak-kanak yang disukainya, dia akan menjanjikan hadiah seperti komputer dan telefon bimbit kepada kanak-kanak itu manakala ibu bapa mereka pula dipaksa berdiam diri.
Susulan pendedahan perbuatan telefon itu, Adail dan lima pengikutnya ditangkap Januari lalu namun disebabkan rasuah, dia dikatakan bakal dibebaskan tidak lama lagi.
Malah selepas 11 bulan ditangkap, keadaan di Coari tidak berubah malah penduduknya berada dalam ketakutan dan menerima ancaman jika berani membuka mulut mengenai aktiviti jenayah itu.
Sepanjang di penjara, Adail juga dikatakan masih menjalankan aktiviti jenayah dengan mengarahkan jenayah dilakukan menerusi telefon.
Meskipun 70 siasatan dimulakan ke atas Adail namun ia berjaya ditutup oleh pegawai yang terlibat rasuah.- Sumber

Sunday 16 November 2014

IS KE PARLIMEN.

MELAKA, 15 Nov - Satu kertas putih mengenai ancaman kumpulan militan yang digelar IS akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu merupakan pendekatan proaktif kerajaan dalam membanteras penularan IS di negara ini selain memastikan pihak keselamatan mempunyai segala apa yang diperlukan untuk mempertahankan keselamatan negara.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan kertas putih itu yang dihasilkan melalui kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan agensi risikan negara.

"Ini (ancaman IS) bukan satu perkara yang belum kita lalui sebelum ini tapi ancamannya baharu...players, actorsnya baharu dan mereka menggunakan media sosial selain mempunyai banyak sumber kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Terdahulu, Hishammuddin dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Wira dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Hari Jadi Ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Hishammuddin berkata kumpulan militan IS juga melihat sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka sebagai musuh dan sehubungan itu kerajaan perlu memikirkan cara bagaimana hendak berdepan dengan kumpulan itu yang dilihat cukup kompleks.

"Saya ingin maklumkan kepada orang ramai bahawa ancaman IS ini merupakan sesuatu yang kita bukan boleh ambil mudah, kebelakangan ini saya telah berbincang dengan ramai pemimpin antarabangsa dan serantau bagi menangani ancaman ini," katanya.

Ulasan


Akupun mula fikir apa yang nak kelam kabut sebab IS ni fokusnya di Asia Barat tapi bila Kerajaan dedahkan 39 orang telah dikenalpasti sebagai anggota IS dan mereka telah berjaya menyebarkan dakyah kepada rakyat aku rasa ini benda besar.


Pengalaman pencerobohan Lahat Datu mengajar kita. Penceroboh menceroboh dari luar dan di dalam mereka telah ada orang yang menyokong mereka. Ini menyukarkan pihak keselamatan kita untuk bertindak dengan segera.


Kemudian aku dapati jugak, orang Islam ni dah cukup pecah belah dah. Semua benda nak berbeza. Majlis Fatwa kata tidak syahid, ada pulak orang kata syahid. Pas pecat ahlinya yang menyertai IS tapi tetap jugak ustaz ustaz menyemarakkan ' jihad dan syahid ' walaupun tidak kaitkan dengan IS.


Aku rasa kali ini Kerajaan khasnya Menteri Pertahanan bertindak betul. Apa jua ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat harus segera dibendung...


SUAMI CURANG DENGAN JANDA..

PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...Sinar Harian

Saturday 15 November 2014

AMBIGA KENA HALAU !

Ini baru betul. Tak payah kecog kecoh. Sampai masa buat keputusan. Aku harap negeri lain akan mencontohi Sabah. Kita tak boleh benarkan apa juga unsur yang boleh mengganggu keselamatan dan kesejahteraan rakyat bebas lepas. Tahniah Sabah...

KUALA LUMPUR 15 Nov - Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dilarang daripada memasuki Sabah.

Beliau dalam rancangan untuk berkunjung ke negeri itu pada 25 November ini sempena program gerakan Negara-ku yang menyaksikannya sebagai penaung.

Namun, Ambiga menerima sepucuk surat daripada Jabatan Imigresen Sabah sekembalinya ke Malaysia dari Hong Kong pada Jumaat lalu yang memaklumkannya tidak dibenarkan memasuki negeri itu.

Surat tersebut merupakan maklum balas kepada surat yang ditulis Ambiga kepada jabatan tersebut pada Selasa yang memaklumkan niatnya untuk berkunjung ke negeri itu.

Pengerusi Bersih 2.0 itu memberitahu sebuah portal berita bahawa dia hanya menulis surat tersebut untuk tujuan formal di samping mengesahkan tiada sekatan terhadap dirinya untuk memasuki Sabah.

"Mereka membalas surat saya dan menolak permohonan tersebut walaupun saya tidak memohon kebenaran untuk memasuki Sabah," katanya seperti dipetik dalam portal tersebut.

Usaha untuk mendapatkan komen Ambiga pada Sabtu tidak berhasil apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Thursday 13 November 2014

WAKIL RAKYAT HANTAR GAMBAR ANU KAT BINI ORANG..

Riau – Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah dari Kepulauan Meranti didakwa menyebarkan gambar lucah kepada rakan sejawatnya melalui perkhidmatan BlackBerry Messenger, lapor media semalam.
Wakil rakyat – cuma dikenali sebagai DS – itu mewakili Parti Amanat Nasional.
Sumber polis berkata, DS mengirim gambar kemaluannya kepada DI kira-kira jam 5 pagi kelmarin.
Tindakan itu, katanya, bagaimanapun diketahui suami DI dan dia terus membuat aduan polis terhadap DS.

Sementara itu Ketua Siasatan Jenayah Meranti, Antoni Lumban Gaol berkata, aduan itu masih disiasat sebelum langkah selanjutnya diambil.
Kata Antoni, imej lucah itu masuk ke telefon selular DI ketika dia sedang mengerjakan solat Subuh.
“Apabila telefon bimbit DI berbunyi, suaminya melihat mesej berkenaan kerana menyangka ia mungkin mengandungi pesanan kecemasan.
“Bagaimanapun suami DI panik apabila melihat gambar dikirim DS itu,” katanya.
Antoni berkata, melalui gambar itu dapat dilihat tubuh seorang lelaki tanpa baju dan seluar terlondeh sehingga lutut.
Tangan kanan lelaki terbabit dimasukkan ke seluar dalam.
“Cuma muka lelaki itu tidak kelihatan,” katanya.
Si suami kemudian bertanya kepada DI – seorang wakil rakyat mewakili Parti Demokrat – jika wanita itu menjalin hubungan sulit dengan sesiapa.




Mereka kemudian bersepakat mengadukan kes berkenaan kepada polis.      Suara TV


Tuesday 11 November 2014

GEMPAR !! PELAKON TANGKAP SUAMI TIDURI ARTIS BARU !

Artis Indonesia, Zaskia Adya Mecca boleh dikategorikan sebagai terlalu berani apabila mengambil keputusan untuk memerangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai suaminya di laman media sosial lapor Kapanlagi.com.

Langkah berani tersebut diambil untuk memerangkap Hanung Bramantyo 'palsu' setelah mendapat kebenaran dari suaminya.

"Saya minta izin dengan suami untuk memberi kebenaran memerangkap lelaki ini kerana pada masa itu suami saya tidak mahu. Saya bersama pihak polis berjaya menangkapnya ketika berada di Sendayan City," kata Zaskia Adya Mecca dalam Trans TV, Khamis lalu.

Lima tahun yang lalu, Zaskia mendakwa ada seorang lelaki telah menggunakan nama suaminya, Hanung Bramayanto di laman Facebook. Sejak itu, beberapa orang mendakwa jika mahu berlakon dalam filem Hanung harus mempunyai wang jutaan rupiah.

"Kemudian, ada juga yang mendakwa rakan mereka diperkosa oleh pembantu Hanung. Wang didakwa sudah dibayar untuk lakonkan adegan seksi dan perlu memakai pakaian dalam. Lakonan juga perlu ada aksi di ranjang," kata Zaskia lagi.

"Setelah tertangkap, lelaki palsu berkenaan memberi kerjasama. Dia mengaku perbuatannya itu. Pelaku itu juga mengaku sudah meniduri mangsa-mangsa wanita dan menafikan mereka diperkosa. Beliau juga mendakwa tidak pernah memaksa mereka untuk melakukan hubungan seks.

"Saya juga bertanya, sudah berapa orang kamu perkosa? Dia berkata adalah beberapa orang. Katanya lagi beliau tidak memperkosa mereka kerana beliau tidak memaksa mereka. Setelah saya menggunakan nama Hanung, mereka terus approvekan aku sebagai rakan mereka di Facebook," jelas Zaskia. Plihan Anda..




Monday 10 November 2014

PENCABUL SOLAT DALAM MAHKAMAH !

Cikgu minta solat sebelum perbicaraan
  • Cikgu minta solat sebelum perbicaraan

KOTA BHARU - Seorang guru sempat menunaikan solat Zuhur di dalam mahkamah sesyen, di sini, petang tadi, sebelum dituduh atas dakwaan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang pelajarnya, minggu lalu.
Tertuduh, Nik Hazmi Ghani, 33, ketika itu sedang menunggu prosiding tuduhan dijalankan ke atasnya dan meminta kebenaran pihak polis untuk sembahyang kira-kira jam 3.20 petang.

Dia kemudiannya bersembahyang di atas kerusi di dalam mahkamah sebelum prosiding bermula pada jam 4 petang.

Tertuduh didakwa merangsang kanak-kanak sembilan tahun terbabit untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya di sebuah rumah di Kampung Teras, Sering, Binjai, di sini, antara jam 11 malam, 30 Oktober lalu dan 1 pagi, keesokannya.

Bapa tiga anak tersebut, bagaimanapun mengaku tidak salah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus. Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari memohon tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan perubatan dan tidak menawarkan jaminan
dengan alasan tertuduh dan mangsa masing-masing mengajar serta belajar di sekolah yang sama.

Tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Takiyuddin Hassan merayu supaya dibenarkan jaminan dengan hujah tertuduh sebagai seorang penjawat awam yang mempunyai keluarga dan berjanji akan mematuhi segala undang-undang, jika jaminan itu dibenarkan.
Selepas penelitian maksimum, Mohd Yusoff kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat jamin tersebut akan terbatal jika terdapat laporan gangguan tertuduh terhadap mangsa atau saksi-saksi pihak pendakwaan.

Kes bersambung 9 Disember depan.

Sinar Harian pada 3 November lalu menyiarkan laporan seorang guru berusia 33 tahun ditahan polis selepas didakwa cuba meliwat murid tahun tiga sekolahnya.

Kejadian 30 Oktober lalu itu terbongkar selepas ibu mangsa mengesaki sesuatu yang tidak kena pada anaknya kerana pulang lewat malam dengan bau harum minyak wangi melekat di badan.- Sinar Harian

Sunday 9 November 2014

BUDAK 12 TAHUN DIROGOL DALAM KERETA !

Akupun tak berapa nak faham. Budak 12 tahun macam mana boleh mak bapak lepaskan bersendirian. Berjumpa pulak dengan orang yang keluarga memang tak kenal. Apa nak jadi masyarakat kita kalau anak bersekolah rendah dah tak boleh dikawal?

MANJUNG 10 Nov – Tindakan berani seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berjumpa kenalan yang baharu dikenali menerusi aplikasi sosial WeChat membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di Pantai Remis, dekat sini, Khamis lalu.

Pelajar tahun enam yang baru mengenali suspek berumur 27 tahun tak sampai 24 jam telah menjemput lelaki itu bertemu dengannya di kampung mangsa di Beruas kira-kira jam 12 tengah malam.

Tindakan berani itu menyebabkan mangsa dirogol kenalan baharunya dalam sebuah kereta di tepi pantai.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, mangsa dikatakan telah keluar bersama rakan baharunya itu dengan menaiki kereta jenis Proton Wira milik suspek, kononnya untuk bersiar-siar.

Bagaimanapun, menurutnya, suspek berusia 27 tahun itu berjaya diberkas  anggota Balai Polis Pantai Remis beberapa jam kemudian.
“Hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai juru pendawaian di Selangor itu mendakwa mengenali mangsa melalui WeChat pada hari sebelumnya.
“Mengikut pengaduan mangsa, lelaki itu merogolnya di dalam kereta yang diberhentikan di tepi pantai di Pantai Remis sebelum menghantar pulang mangsa ke rumah keluarganya,” katanya.
Tengku Mohd Zailan berkata, suspek yang juga berasal dari Pantai Remis direman selama tujuh hari untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol.

“Mengikut seksyen berkenaan, suspek boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah,” katanya.- RN



GEMPAR !! PELAKON MUDA MELACUR !

Prague: Seorang bintang siri televisyen dipecat selepas didapati menawarkan perkhidmatan seks apabila pelanggannya menghebahkan aktiviti itu di media sosial.

Diana Korbelova, 18, mencipta nama selepas membawa watak pelajar bernama Maria dalam drama popular di Czech, The Street.
Media melaporkan, ketika tidak melakukan penggambaran, Diana ‘menjual’ dirinya sebagai Ester untuk dilanggan lelaki bernafsu besar di kawasan Vinohrady.
Aktiviti pelacuran itu diadakan di sebuah rumah sewa dan Diana mengenakan harga £28 (RM150) untuk perkhidmatan selama setengah jam dan £56 (RM300) untuk sejam.

Namun ‘kerja tambahan’ itu akhirnya dihidu penerbit rancangannya selepas seorang lelaki menguar-uarkan pengalamannya di media sosial.
Petr Cisek, 54 memberitahu, Diana mendakwa dia bekerja di pusat pelacuran itu sejak dua bulan lalu dan amat menggemari seks.
“Kata Diana, dia mendapat tempahan lebih banyak berbanding pelacur yang lebih lama di situ.
“Nampaknya Diana memberitahu dia memang dicemburui pelacur lain,” katanya.
Jurucakap TV Nova, Anna Sucha berkata, Diana tidak menimbulkan sebarang masalah sehinggalah aktivitinya terdedah.
“Kami tidak akan meminta dia kembali dan kami tidak merancang untuk bekerjasama dengannya lagi. Karier dia telah berakhir,” katanya.- hm

Mujurlah perkara ini tak berlaku di Malaysia. Pelakon ke, penyanyi ke, ada maruah yang kena dijaga..

Thursday 6 November 2014

DIBUNUH KERANA LIWAT !

Bukan main main liwat ni bro. Orang sanggup membunuh kerana liwat. Sebab itu jangan suka suka mengulas kes Anwar LIWAT Saiful. Kesannya sangat besar..


Dubai: Seorang penjual daging dituduh memenggal teman sebiliknya selepas tersebar khabar angin yang mendakwa mangsa memeliwatnya ketika dia tidur.
Akhbar Al-Bayan melaporkan, warga Mesir itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik mereka di Al-Qusais Jun lalu.

Ketika dibicarakan semalam, tertuduh mengaku menyerang mangsa tetapi menafikan ia merancang pembunuhan itu. Katanya, dia tidak berniat membunuh rakannya itu.
Siasatan polis mendedahkan, lelaki itu duduk sebilik sejak dua tahun lalu dan tertuduh berang apabila rakannya yang lain menggelarnya ‘pengantin perempuan.’

Dia memberitahu mahkamah, beberapa rakannya menuduh dia diliwat oleh mangsa. Dia juga mendakwa menyedari perubahan pada tubuhnya apabila bangun pagi pada hujung minggu dan berkata, mangsa mengambil kesempatan ketika dia mabuk.

Lelaki berkenaan memberitahu mahkamah, dia membeli pisau untuk membunuh mangsa tiga hari sebelum melakukannya.

“Saya menolak hingga dia jatuh dan mengelar lehernya. Dia menggelupur dan saya keluar membeli air dan menghisap rokok sementara menanti polis tiba,” kata lelaki itu. - Agensi


Tuesday 4 November 2014

CADANGAN / CABARAN KEPADA MENTERI PERTAHANAN !

TNI paksa jet komersial Arab Saudi mendarat


Agensi - SEJUMLAH 13 orang penumpang termasuk enam anak kapal dari sebuah pesawat milik penerbangan Arab Saudi diarahkan mendarat oleh dua jet tentera Sukhoi SU-27/30MKI Flankers milik Indonesia selepas didapati melalui ruang udara negara itu tanpa keizinan pihak berkuasa.


KUPANG, Indonesia – Sebuah pesawat komersial jenis Gulf Stream HZ-103 milik Penerbangan Arab Saudi dipaksa mendarat di Lapangan Terbang Bandara El Tari di sini, dalam wilayah Nusa Tenggara Timur selepas dipintas dua jet Sukhoi SU-27 Flankers milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) kelmarin.
Pesawat Arab Saudi itu yang membawa 13 orang termasuk enam anak kapal diarahkan mendarat selepas ia dikesan memasuki ruang udara Kupang tanpa kebenaran pihak berkuasa Indonesia.
Seorang pegawai tentera Indonesia, Andi Wijaya memberitahu portal berita Kompas.com, bahawa pesawat itu dan semua penumpang serta kru ditahan untuk seketika sebelum dibebaskan.
“Pesawat itu dipaksa melakukan pendaratan oleh dua jet pejuang Sukhoi SU-27 yang berlepas dari Makassar,” kata Andi dalam satu kenyataan.
Menurut Andi lagi, jet tersebut diarahkan mendarat kerana menceroboh ruang udara Indonesia semasa dalam penerba­ngan menuju ke Australia.
Terdahulu, pesawat tersebut dilaporkan telah berada di Singapura selama dua hari sebelum berlepas ke Australia.
Jet Gulf Stream itu dibenarkan meneruskan penerbangan ke Australia selepas pihak Arab Saudi membayar denda berjumlah 60 juta rupiah (RM16,488) dan melengkapkan dokumen keizinan melalui ruang udara Indonesia. – Agensi

Ulasan

Aku dah baca pasal TNI paksa pesawat asing mendarat banyak kali dah. bangga oo..
Cuma di negara kita aku dengar banyak kali perairan kita, ruang udara kita diceroboh oleh negara asing khasnya Singapura.

Aku nak cadangkan kepada Menteri Pertahanan untuk keluarkan arahan kepada ATM. Mana mana pihak yang menceroboh hak kita, tahan dan paksa mendarat atau berlabuh. Kitapun bukan lekeh sangat aku rasa.

Kita ada aset ketenteraan yang canggih, kita dah berjaya jalin hubungan ketenteraan dengan negara kuasa besar dunia. Kita ada back up yang cukup kuat.

Selepas MH 370 kita tahu dah banyak usaha Kementerian Pertahanan untuk up grade kita punya kemampuan ketenteraan. Apa lagi ? Sesekali kita kena tunjuk jugak kekuatan kita..

Monday 3 November 2014

MEMANG SAH ANWAR ABNORMAL !







Korang tengok cara dia, apa dia kata. Sah, memang dia ni abnormal. Luar tabi'i...

WALAUPUN JDT KALAH...

Datuk Seri Hishammuddin dan keluarganya jadi riuh di dunia maya. Tulen, tidak berlakon dan tampil dengan diri sebenar. Ini politik gaya baru. Anak muda suka pemimpin mesra dan mudah didekati...








Datuk Seri kena begini dalam banyak keadaan. Biar rakyat berasa tidak ada jurang pemisah. Bukan hanya di padang tapi di luar padang. Jika semua pemimpin UMNO boleh hemoi, aku yakin tidak susah UMNO nak menawan khasnya pengundi muda pada PRU 14.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...