Boikot Barangan DAP
Sunday, 8 June 2014
GEMPAR !! ENAKMEN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR (2014 ) PEMUDA UMNO JOHOR DISIASAT !
Aku ni terus terus terang cakap, benda berkaitan undang undang ni aku tak berapa nak minat. Sebab itu aku tak layak nak mengulas pasal Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor ( LPHJ ), yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Johor, esok.
Cuma bila kita baca kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang secara halus tidak menyokong Enakmen ini, aku rasa ada benda yang tak berapa kena dan wajib diberikan perhatian serius.
Cuma setelah ia menjadi perbincangan umum, ada ramai orang bagi pandangan. Aku tertarik bercampur malu dengan pandangan yang aku catat di bawah ,
1. " Dilihat secara positif, penubuhan LPHJ ini akan memberi kebaikan kepada rakyat negeri Johor khasnya menerusi projek perumahan mampu milik yang pada waktu ini tidak diberi fokus oleh pihak pemaju".- Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim.
2. " LPHJ mempunyai kuasa membeli tanah orang Melayu yang telah tergadai.
Ia juga akan mengekang para pemaju asing yang selama ini bergerak bersama kroni untuk mengeksplotasi tanah di negeri ini".
Katanya lagi " Kita jangan masuk perangkap pembangkang yang takut kroni mereka iaitu pemaju yang sewenang wenangnya mengeksploitasi tanah di Johor ".- Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Maka akupun tertanya tanya,
1. Apakah Kerajaan UMNO di Johor begitu lemah sehingga pemaju lebih
berkuasa dalam menentukan perumahan yang mahu dibina?
2. Begitu lemahkah Kerajaan UMNO Johor sehingga gagal menjaga
kebajikan rakyat ?
3. Bagaimana Kerajaan UMNO Johor boleh membiarkan tanah orang Melayu
tergadai kepada orang asing?
4. Bagaimana Kerajaan UMNO Johor boleh membenarkan kroni kroni Parti pembangkang sewenang wenangnya mengeksploitasi tanah orang Melayu?
Aku yakin bila kita baca selapis kenyataan di atas, kita tahu betapa lemahnya Kerajaan UMNO Johor sehingga begitu banyak tanah tergadai. Inilah maknanya. Dan yang membocorkan kelemahan ini ialah pemimpin Pemuda UMNO sendiri.
Cuma aku rasa mereka tiada niat tidak baik terhadap pemimpin UMNO terdahulu, mereka tidak berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan. Yang aku risau, apa nak jadi kepada UMNO dan orang Melayu jika pemimpin sendiri tak mahu berfikir !
Atau, kalau mereka memang mahu melakukan pendedahan, aku rasa mereka wajib dipanggil, ditanya dan disiasat .
Kita jugak nak tahu sebanyak mana lagi penyelewengan dilakukan kerana kelemahan Kerajaan UMNO yang selama ini tersembunyi !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Budak muda, dia nak sokong rang undang undang tu...
ReplyDeleteMana faktanya yg mengatakan org asing memiliki hartatanah di johor
ReplyDeleteAnon,
ReplyDeleteaku rasa Pemuda ni ada faktanya. Kalau tak tak kan mereka cakap.
Bro,
ReplyDeleteBenda ni baru nak bentang. Mungkin jadi mungkin tidak. Pemuda UMNO dah serlahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan. Gopohlah budak budak nih.
Pemuda umno perlu berfikir dan rancang kenyataan mereka. Kalau dah terlanjur, payah untuk diperbetulkan.
ReplyDeleteBanyak buruknya jika perkara ini dibahas terbuka
ReplyDelete