Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 5 June 2014

NAJIB DI AMBANG KEJATUHAN ! GAGAL BELA NASIB MELAYU !!

Ini yang dijanjikan...
18 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Skim Bazar Ramadan bagi membantu peniaga kecil mendapatkan pinjaman tanpa faedah untuk menjalankan perniagaan sempena bulan puasa.
Beliau berkata, kerajaan sedar ramai orang yang ingin berniaga pada bulan berkenaan tetapi menghadapi masalah modal dan dengan itu kerajaan secara prinsipnya bersetuju untuk melaksanakan skim berkenaan.
Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan“Butiran terperinci mengenainya (Skim Bazar Ramadan) akan diumumkan pada Jun ini,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan di Dataran Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu.
Tarikh puasa atau 1 Ramadan pada tahun ini dijangka jatuh pada 29 Jun nanti manakala Hari Raya Aidil Fitri dijangka disambut pada 28 Julai.
Sepanjang Ramadan hingga menjelang 1 Syawal ramai masyarakat Islam yang berminat mengambil kesempatan berniaga, khususnya dalam bidang jualan makanan, pakaian serta aksesori atau perhiasan perayaan sama ada di bazar-bazar Ramadan atau menyewa kiosk-kiosk di pasaraya.
Dalam pada itu, Najib memberi amaran kepada semua penjaja dan peniaga kecil supaya tidak menyewakan premis perniagaan yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka kepada orang lain, terutama warga asing.
Beliau berkata mereka perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil peluang daripada bantuan yang disalurkan kerajaan untuk memajukan diri, bukan mengambil jalan mudah dengan hanya bergantung kepada sewa yang dibayar oleh orang lain yang berniaga di premis itu.
“Saya pantang sekali mendengar peniaga yang diberi premis yang sangat baik, tetapi beri sewa kepada peniaga lain. Apabila pergi ke situ, kita dengar bahasa lain.
“Kalau loghat Negeri Sembilan, nasi lemak jadi nasi lomak, tidak mengapalah kerana sedap didengar. Ini rupa sudah lain, bahasa pun lain,” kata Perdana Menteri.
“Kerajaan mahu peniaga yang tidak mudah putus asa dan tidak mengenal perkataan kegagalan dengan sentiasa mencari jalan untuk mencapai kejayaan,” katanya.
Turut hadir pada majlis perasmian Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani.
Najib meminta penjaja dan peniaga kecil mencontohi kegigihan seorang peniaga wanita di Pasir Mas, Kelantan, yang mendapat bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM3,000 memulakan perniagaan menjual ayam depan rumahnya.
Katanya, wanita berkenaan berusaha gigih dan dengan pertolongan kerajaan, kini memiliki tiga kereta mewah Mercedes Benz.
“Kita tidak mahu orang guna politik (untuk dapat soongan), tetapi selepas dapat tempat berniaga, jual kepada orang lain. Kalau guna politik dan berniaga sendiri, kita sokong,” katanya.
Perdana Menteri berkata, kerajaan bersikap adil dengan memberi peluang kepada semua pihak berniaga secara kecil-kecilan, termasuk kakitangan perkhidmatan awam.-bnbbc.my
Yang berlaku semalam...

PM Lancar Skim Pembiayaan Mikro Untuk Peniaga Bulan Ramadan

PUTRAJAYA, 5 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis melancarkan skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan dengan peruntukan RM45 juta bagi memberi kemudahan pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil sempena bulan Ramadan.


Pada majlis pelancaran skim itu di sini, perdana menteri berkata skim pembiayaan mikro tanpa faedah itu diuruskan Bank Rakyat, memberi pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil sehingga RM3,000 sebagai modal perniagaan.

Beliau berkata penyaluran pinjaman yang diluluskan akan dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum Ramadan.

Tempoh bayaran balik pula ialah 50 peratus dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal sementara bakinya sebulan selepas Syawal, katanya.

"Mudah-mudahan skim ini akan mendapat sambutan hangat dan menyediakan peluang perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil, serta memberi kesan positif," katanya.

Najib berkata berdasarkan statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan di Sabah dan Sarawak, terdapat lebih satu juta penjaja dan peniaga kecil berdaftar di seluruh negara sehingga 30 April tahun ini.

"Sektor ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sosioekonomi negara. Masyarakat bandar mahupun luar bandar banyak bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan penjaja dan peniaga kecil dalam menyediakan kepelbagaian termasuk harga berpatutan," katanya.

Perdana menteri berkata bagi penjaja dan peniaga kecil, aktiviti perniagaan yang mereka jalankan adalah untuk jaminan sara hidup dan apabila bulan Ramadan, ia memberi peluang untuk menambah sumber pendapatan mereka.

Bagi golongan profesional dan pekerja separuh masa, bulan Ramadan juga membuka peluang untuk golongan itu memperoleh pendapatan sampingan dengan berniaga di pejabat dan tapak-tapak yang disediakan, katanya.

"Saya harap yang bekerja sepenuh masa janganlah ponteng kerja pula.

"Yang berniaga, tawarlah dengan harga berpatutan. Biarlah rezeki yang kita peroleh itu berkat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan Datuk Mohamad Mahmod berkata sekiranya skim itu mendapat sambutan yang menggalakkan, kerajaan diharapkan dapat mempertimbang untuk melanjutkannya ke tahun-tahun hadapan.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil berat dan memberi respons terhadap keperluan penjaja dan peniaga kecil," katanya.

Beliau menggesa penjaja dan peniaga kecil segera mengambil peluang memohon skim pembiayaan itu.

Permohonan terbuka kepada semua penjaja dan peniaga kecil melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara, katanya.

-- BERNAMA

Macai PAS punya marahlah sebab PM umum benda baik untuk Melayu. Mereka jauh lebih marah berbanding boss mereka DAP !

4 comments:

  1. Inilah yang orang Melayu tunggu. Harap ini hanya permulaan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Gila babi Cina!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Najib tunaikan janji tapi berapa orang dapat manfaat. Berjuta lagi orang Melayu sedang menunggu

    ReplyDelete
  4. Ini satu usaha tapi belum cukup. Banyak lagi yang diperlukan !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...