Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday, 30 May 2014

MALAYSIAN INSIDER TERSILAP BESAR !!


Portal The Malaysian Insider berfungsi untuk tumbangkan Kerajaan pilihan rakyat, Barisan Nasional dan mendirikan Kerajaan Pakatan pimpinan DAP.Oleh yang demikian semua berita, peristiwa walau sebesar atau sekecil mana sekalipun akan dipaparkan berdasarkan objektif tersebut.

Itu perancangannya. Tapi bukan semua perkara yang kita rancang akan berlaku mengikut perancangan. Ini jugak berlaku kepada portal ini. Baru baru ini mereka ( aku yakin ) secara tidak sengaja telah menyiarkan artikel ini.


Kerjasama Malaysia-China mencari MH370 hasilkan hubungan global baharu


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang akhbar ketika mengumumkan MH370 berakhir di Lautan Hindi, Mac lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang akhbar ketika mengumumkan MH370 berakhir di Lautan Hindi, Mac lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.Kerjasama Malaysia dan China dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 menghasilkan model baharu dalam hubungan global, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Saya tidak boleh lari daripada hakikat saya bertanggungjawab dalam mencari MH370. Saya benar-benar yakin ada sebab sesuatu itu berlaku dan ia merupakan satu perjalanan penuh emosi buat saya, ketika menempuh tragedi yang menimpa MH370.
"Perjalanan yang penuh emosi itu juga mempunyai ikatan yang amat kuat dengan China dan rakyatnya. Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh 40 tahun. Ia sesuatu yang signifikan bagi saya (kerana) saya sudah berjanji dengan keluarga para penumpang yang hilang itu saya akan datang ke sini dan berbincang dengan mereka," katanya ketika ditemubual pengacara CCTV News, James Chau di Beijing, China, semalam.
Ketika China dan Malaysia meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik, Hishammuddin berkata secara peribadi, hubungan itu memberi banyak makna kepadanya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandangkan hubungan itu dibina oleh para pemimpin terdahulu.
"Apa yang lebih penting, ia amat bermakna kepada hubungan dua hala kedua-dua negara, bagaimana kita membawa diri dengan pemimpin dan rakyat China. Ia penting kerana dunia sedang memerhati dan ini boleh menjadi satu contoh yang baik dalam hubungan dua hala," katanya.
Penerbangan MH370, yang hilang daripada skrin radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, membawa 239 penumpang dan anak kapal dengan dua per tiga daripadanya adalah dari China.
Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan, turut menyatakan komitmen Malaysia untuk meneruskan usaha mengesan pesawat itu.
"Bagi pihak keluarga saya, kerajaan serta rakyat Malaysia, pencarian akan diteruskan. Saya masih berhubung dengan keluarga beberapa penumpang. Saya memberi jaminan kepada mereka saya tidak akan berputus asa," katanya.
Hishammuddin berkata, perkara paling sukar dalam pencarian pesawat itu ialah terpaksa berdepan dengan keluarga mangsa, dan beliau masih melakukannya.
“Saya percaya tidak seorang pun daripada anggota pasukan pencarian yang patah semangat meskipun pilu melihat kesengsaraan keluarga akibat kehilangan MH370," katanya.
Ditanya sama ada Malaysia berada dalam kedudukan yang membolehkannya menawarkan inovasi dan pengetahuan baharu, Hishammuddin berkata, negara mampu berbuat demikian dan beliau bangga dengan perkara itu.
"Itu adalah sesuatu yang saya banggakan, tidak kiralah apa yang orang kata. Tidak banyak negara yang boleh menyelaras dan mendapatkan kerjasama semua pihak.
"Saya bernasib baik kerana saya perlu berurusan dengan mereka yang berhemah dan hakikatnya, kita kini beralih ke satu fasa baharu menerusi pencarian di lautan dalam," katanya.
Beliau berkata, sokongan bagi membantu Malaysia dalam fasa baharu pencarian MH370 amat memberangsangkan.
"Teknologi yang boleh didapati di luar sana amat canggih. Saya juga berpendapat Malaysia, Australia dan China berada dalam kedudukan yang agak unik dalam sejarah manusia," katanya.
Hishammuddin turut ditanya mengapa beliau memilih untuk melawat keluarga penumpang secara bersendirian di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada awal misi pencarian, tanpa kehadiran media.
"Ini kerana ia antara keluarga terbabit dan saya. Ada had dalam mempolitikkan sesuatu isu, had untuk mendapatkan rating dan had untuk menjawab dakwaan meskipun ia bersifat peribadi bagi saya apabila anda menyatakan saya tidak peduli.
"Saya selalu mengatakan perkara ini, sejarah akan menghakimi kita. Muncul di kaca televisyen, memeluk, mencium dan menangis bersama mereka, semua itu hanya bersifat sementara. Itu bukan saya. Orang ramai kini mula memahami siapa saya.
“Jika saya menggambarkan Malaysia, saya rasa saya sudah melakukan tugas saya," katanya.
Berdasarkan pengiraan data satelit Inmarsat, MH370 dikatakan terbang di ruang udara selatan Lautan Hindi - bertentangan dengan arah yang sepatutnya ia lalui - dan dipercayai hilang di kawasan itu.
Bagaimanapun, satu laporan Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) hari ini mengetepikan zon itu sebagai tempat bersemadinya pesawat MH370. – Bernama, 30 Mei, 2014.
Artikel ini asalnya daripada Bernama. Malaysian Insider barangkali tanpa berfikir panjang telah menyalin artikel ini. Aku merahkan beberapa kenyataan Hishamuddin yang amat bermakna, menggambarkan ketulusannya, kematangannya. Ini paradigma baru dalam politik negara. 
Hishamuddin menganggap rasa kagum orang ramai, rasa terhutang budi kaum keluarga MH 370, rasa berharap orang UMNO adalah satu proses memahami dirinya. Beliau tidak berasa teruja sebaliknya kekal merendah diri.
Aku tak tau apa jadi kepada wartawan yang menceduk artikel ini daripada Bernama. Yang aku pasti artikel ini adalah pengiktirafan besar kepada Hishamuddin Hussein.

28 comments:

  1. Biasalah bro. Sampai bila nak spin. Sesekali silap juga, terlapor benda betul. Mampuslah wartawan ni kena bambu.

    ReplyDelete
  2. Hishamuddin tulus. Dia buat kerja untuk negara dan rakyat. Tapi politik kena juga buat, kalau tidak orang yang tidak berkebolehan yang naik.

    ReplyDelete
  3. Bijak Hishamuddin. Selain menjalankan operasi MH370, keikhlasannya telah mengeratkan hubungan Malaysia dengan banyak negara lain.

    ReplyDelete
  4. Ini beza BN dgn pembangkang. Kepada mereka semuanya politik

    ReplyDelete
  5. Harap hubungan baik dengan Cina akan memulihkan harga komoditi. Ringan sikit beban orang kampung

    ReplyDelete
  6. Semua kita kena akui MH 370 adalah medan Hishamuddin

    ReplyDelete
  7. Mati mati pembangkang nak rosakkan imej negara. Nampaknya mereka gagal

    ReplyDelete
  8. CHINA BAKAL KUASA UTAMA DUNIA. HUBUNGAN BAIK DENGANNYA ADALAH LANGKAH DIPLOMATIK YANG BIJAK

    ReplyDelete
  9. Aduhai, korang ni x tahu sangat ke tentang lesen dan hak menyiarkan berita. TMI telah pun membayar Bernama untuk menyiarkan artikel ini di TMI. Sebaliknya, rencana di utusan sangat berat sebelah. Semuanya salah pembangkang seolah-olah bn sangat mulia dan sempurna. ABU

    ReplyDelete
  10. Ingin berbaik-baik dengan negara China tetapi di Malaysia bangsanya dan kaum minoriti ditindas dan di suruh pulang. Ketahuilah bahawa tiada kaum yang asli di Malaya selain bangsaku, Orang asli!

    ReplyDelete
  11. He. he..kesian pulak aku kat anon di atas. Meghaban apa?

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Kesan kebijaksanaan pemimpin Umno ada irg asli dah pandai tgk blog dan komen. Tahniah Umno

    ReplyDelete
  13. Macai panas punggung sebenarnya bila nampak Hishamuddin begitu menyerlah

    ReplyDelete
  14. Mana Nuar Brahim. Takkan diam je tgk hubungan China Malaysia. Spinlah...kan dah biasa spin

    ReplyDelete
  15. Aku dengar pakatan cuba bawak beberapa keluarga untuk kempen Teluk intan
    Hishamuddin rupanya tidak putus hubungan dengan keluarga ini

    ReplyDelete
  16. Hishamuddin bekerja dengan jiwanya sebab itu kaum keluarga malu alah nak berontak. Bukan boleh buat buat

    ReplyDelete
  17. Unik, istimewa. Itu bentuk jaringan antarabangsa yg telah dijalin selepas MH 370

    ReplyDelete
  18. Kejayaan Hishamuddin memberi makna baru perhubungan antarabangsa, sesuatu yang Anwar tak jangkakan.

    ReplyDelete
  19. Nak pergi Teluk Intanlah. Kalau ada lagi sisa sisa poster Dyana. Cantik sangat...

    ReplyDelete
  20. TMI adik beradik Mkini. Tokehnya sama!

    ReplyDelete
  21. Hishamuddin mampu kekalkan & memperkukuhkan lagi hubungan baik Malaysia dgn China...

    ReplyDelete
  22. Merendah diri bukan bermakna lemah. Teruskan cara dan sikap Datuk Seri..

    ReplyDelete
  23. Payah dah puak2 yang busuk hati ni nak spin cerita Hishamuddin sebab Hishamuddin memang terbuka dalam memberi kenyataan.

    ReplyDelete
  24. Benda benar...camne macai2 ni nak spin... syabas Hisham

    ReplyDelete
  25. Ahahah...tu dia la...pakat nak hentam sangat, last2 diaorang sendiri keluarkan artikel yg beri pengiktirafan pada Hishamuddin. Apa2 pun tahniah DS Hisham

    ReplyDelete
  26. Syabas Hishamuddin.

    ReplyDelete
  27. Sekarang ni puak2 pembangkang pun dah takda idea nak spin dah....dah tak jumpa point dah nak hentam

    ReplyDelete
  28. Apa yg dicapai oleh Hishamuddin harini di luar jangkaan pembangkang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...