Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 30 April 2014

SETAN !! LELAKI 52 TAHUN ROGOL BUDAK 5 TAHUN !!


Sebab itu aku tak layak jadi hakim. Aku tak boleh terima perbuatan tak berhati perut!

 Petaling Jaya - Seorang lelaki yang pernah dipenjara selama 10 tahun kerana merogol bakal anak tirinya, dihukum penjara selama 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah merogol anak bekas teman wanitanya tahun lalu.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Hamdan Ahadluddin, 53, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh beliau ditahan pada 2 Julai tahun lalu.


Pada 6 November 2009 Hamdan dihukum penjara 10 tahun dan 6 sebatan kerana merogol bakal anak tirinya, 10 hari sebelum beliau berkahwin dengan ibu kanak kanak tersebut.

P/ S - Kalau aku jadi hakim , aku rasa macam macam bentuk hukuman aku balun. Dah layak jadi tok, masih jadikan budak budak bahan nafsu. Percayalah, kanak kanak ini akan membesar dengan gangguan emosi yang mungkin merosakkan hidupnya !

YA ALLAH !! PELAJAR BERTUMBUK SAMPAI MATI !!

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.
Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11.00 malam itu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.
"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital.
Namun mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.
Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.
Beliau berkat,a rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya. - Bernama
Ulasan - Aku sebenarnya rasa hairan. Belajar di sekolah agama, tingkatan 3 maknanya sekurang kurangnya dah 3 tahun. Pelik bagaimana tempoh 3 tahun itu masih lagi tidak dapat menjadikan kumpulan pelajar ini satu keluarga, sekurang kurangnya atas nama Islam.
Atau mungkinkah ada unsur keras dan ganas yang menyerap dan gagal dikesan. Aku harap Kementerian kena tengok perkara ini dengan serius. Bimbang nanti orang percaya, Islam itu ganas !

Tuesday 29 April 2014

MP MELAYU DAP SAMAKAN IBU IBU MACAM CIMPANZI !!

Selepas lawatan kilat Presiden Barack Obama ke Malaysia hujung minggu lalu, pelbagai analisis dibuat berkaitan kesannya kepada keadaan sosial, ekonomi dan politik.

Tetapi teguran paling kasar, terutamanya pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dibuat oleh anggota Parlimen DAP Ariff Sabri.

Memfokuskan bagaimana presiden Amerika Syarikat menggambarkan Najib sebagai seorang yang mempunyai naluri untuk perpaduan dan kesederhanaan, pemimpin pembangkang itu berkata:

“Ia cara paling diplomasi untuk mengatakan – Saya rasa kamu tak berguna.”

Menurut Ariff, kenyataan itu dibuat bagi mengesahkan bahawa Najib bukan pemimpin rasional yang percaya arah masa depan melalui kesederhanaan dan perpaduan.

“Naluri seperti yang kita tahu berkait dengan haiwan yang tidak berfikir tetapi bertindak menurut naluri dan gerak hati.

“Jadi apa yang Obama kata, kecerdasan fikiran Najib sama tahapnya dengan haiwan seperti cimpanzi dan orang utan,” tulisnya dalam blog.

Ulasan : 
Orang Melayu normal tak akan samakan sesiapapun khasnya pemimpin macam cimpanzi atau binatang lain. Orang Melayu umumnya menjaga batasan dalam menegur atau mengkritik. Kalau ada yang tergamak macam Ariff Sabri, maknanya ada masalah mentallah.
Kemudian aku heran jugak bila Ariff mengatakan naluri berkaitan dengan haiwan sebab aku selalu dengar orang kata " Sangat susah nak tipu mak kita sebab naluri keibuannya sangat kuat ". Atau kalau Ariff nak kata semua ibu yang ada naluri sama macam cimpanzi, aku tak taulah !

Monday 28 April 2014

BERITA PALING GILA BABI AKU TERBACA TAHUN 2014 !!


Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika itu sedang berehat di ruang tamu rumah mereka.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

Ulasan :  Akupun jadi pelik bila benda macam ini berlaku. Sesuatu kena dilakukan supaya institusi keluarga tidak menjadi huru hara macam dalam berita yang tersiar dalam metro ini.
Selain ujian HIV aku cadangkan agar pasangan yang nak berkahwin melalui juga ujian mental, ujian personaliti dan sebagainya. Yang ada masalah aku cadangkan supaya dirawat sampai pulih baru dibenarkan berkahwin.
Walaupun boleh dianggap terpencil tapi peristiwa macam di atas tu boleh dianggap setanlah.

GEMPARR !!! OBAMA TEMUI ANWAR SECARA SULIT SEBELUM BERLEPAS KE FILIPINA !


Dah tentulah TV 3, RTM dan Utusan Malaysia tak akan siar berita ini sebab berita ini akan untungkan Anwar dan Pakatan. Sebenarnya Obama telah menemui Anwar Ibrahim sejurus sebelum menaiki pesawat untuk ke Filipina.

Seronok benar kawan aku bercerita masa minum minum petang tadi. Menganga kawan kawan dia yang dah berpuluh tahun kena tipu dengan PAS.

Aku ni jenis nak mengusik jugak. Aku tanya dia, tahu di mana Obama jumpa Anwar? Anak bagitau, katanya. Anak kawan aku ni memang penyokong tegar Anwar, sekarang ni kerja posmen di Selangor.


Aku belum berniat nak berhujah. Aku biarkan kawan aku tidur dalam bahagia malam ini. Cuma yang aku nak ceritanya, begitulah mudahnya Melayu Pakatan kena tipu. Penipuan ini aku yakin akan menjadi lebih meluas dan akhrnya timbullah persepsi, walaupun Najib halang namun Obama nak jugak jumpa Anwar.

Timbul persoalan pada aku, bagaimana UMNO dan melawan timbunan persepsi ini sedangkan selepas setahun PRU 13, aku tak nampak sebarang gerakan UMNO lagi...


Sunday 27 April 2014

JANDA TAK TAHAN KENA TAHAN !!


Jom kita keluar sikit daripada bahang panas politik. Kita sesekali kena jenguk jugak apa yang berlaku dalam masyarakat akar umbi kita. Koman koman pun jadi pengajaran.
Semalam di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai , satu pasangan telah ditahan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri Melaka pada jam 3.30 pagi.

Korang tengok gambar kat atas tu. Janda berumur 33 tahun tu sanggup bawak anak dia umur 5 tahun untuk mengaburi mata orang ramai. Lelakinya pulak berumur 43 tahun.
Kita boleh kaburi mata orang tapi kita tak boleh kaburi pandangan Allah. Kalau terlepas di duniapun, di akhirat nanti teruk kena balun.
 Aku pun fahamlah. Kalau umur 33 tahun tu dah tentulah teringin lagi. Nikahlah, buat maksiat sampai bila. Kemudian, apa nak jadi pada anak tu yer? Satu masa nanti tentu dia ingat apa yang mak dia buat...

Macam macam noo...

KORANG JANGAN TENGOK NI ! SULIT ! SULIT! SULIT !

PEMILIHAN PKR. ADA CALON MENIPU !!!


Terdapat calon Timbalan Presiden PKR dikesan telah menipu bagi meningkatkan undi bagi dirinya. Dengan sendirinya jom kita abaikan apa saja yang dikatakan sebagai bukti penyelewengan SPR selama ini.
Semua itu bohong ! Palsu !
Kah Kah Kah Kah Kah Kah. Dah terlalu kerap tipu, akhirnya kawan sendiri ditipu !
2010


 2014





Aku kutip dari Blog Pakatan. Mintak halal Bro...kah kah kah kah kah telus kah kah kah intergriti kah kah kah kah 

Saturday 26 April 2014

AS SEDIA BANTU RUNGKAI MISTERI PESAWAT MH 370.


Presiden Barack Obama menyatakan kesedian Amerika Syarikat ( AS ) untuk membantu Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan pesawat MH 370.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin berkata jaminan itu diberikan dalam pertemuan ringkas sejurus ketibaannya bagi lawatan rasmi ke negara ini.

" Beliau akui cabaran berliku dalam usaha mencari MH370. Kita akan bekerjasama dan AS sedia membantu ".
" Saya gembira mendengar perkara ini dan mengakui bahawa perjalanannya amat panjang". kata Hishamuddin lagi.

Sebelum ini Obama dilaporkan sebagai berkata bahawa keutamaan AS sekarang ialah membantu Malaysia mencari MH 370 dan bahan bukti telah dikongsi bersama Malaysia dan AS melalui FBI.

Obama berkata  doanya tetap bersama keluarga dan waris MH370 dan beliau mahu mereka tahu, usaha mencari MH 370 adalah keutamaan AS sekarang- Sumber

Apabila Obama membuat keputusan untuk tidak menemui Anwar Ibrahim, tiba tiba kedatangan Obama ke Malaysia dikatakan tidak berfaedah oleh Pakatan. Tetapi dunia mengetahui bahawa AS adalah kuasa besar dunia dan lawatan Obama adalah pengiktirafan kepada Malaysia.

Lebih daripada itu ini adalah bukti bahawa Malaysia adalah negara yang selamat untuk dikunjungi. Adalah dua tiga kerat budak budak Anwar cuba nak berhimpun di Sogo, nak tunjuk protes tapi hakikatnya mereka tak berjaya.

Yang aku respek Datuk Seri Hishamuddin. Tak pernah tergelincir dan tersasar. Sentiasa dalam pemikirannya, mencari MH 370. Aku harap bila Obama bagi jaminan nak tolong, mudah mudahan misteri ini akan benar benar terungkai akhirnya, insyaallah.

GEMPAR !! HANTU BERKELIARAN DI KAWASAN AWAM !!





Mohon Raja Bomoh halau hantu hantu ini !!

Wednesday 23 April 2014

APA ZAM KATA NIH?

ANTARA COWBOY JOURNALISM DAN GUIDED JOURNALISM

Sidang akhbar yang diadakan setiap hari oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia mengenai MH 370 telah berkesan dalam  mendedahkan  Cowboy Journalism yang diamalkan oleh wartawan-wartawan Amerika Syarikat atas nama kebebasan. Mereka menembak soalan berasaskan kepada khabar angin, sumber ketiga, pembohongan atau cerita rekaan mereka sendiri.

Pertanyaan-pertanyaan itu akan di ulang pada sidang akhbar yang berlainan hari walaupun telah tidak dihiraukan oleh Hishamuddin atau telah dinafikan.Seorang wartawan Amerika mendakwa 25 % rakyat Malaysia tidak percaya kepada usaha pencarian MH 370  yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia tetapi Hishamuddin bertanya  kalau bagitu  bagaimana lebih 26 negara membantu  Malaysia dalam usaha ini.

Hishamuddin secara halus dan bijak tetapi sinis, keras, pedas dan tegas menolak percubaan mereka yang berulang kali  untuk menyeret beliau memberikan komen diatas maklumat tidak sah. Sebarang komen reaksi darinya akan diputar belitkan oleh mereka untuk memberikan kredibiliti kepada pembohongan dan kesilapan  mereka  atau demi untuk perlombaan dengan stesen stesen lain bagi memberikan berita yang terbaik.

Dalam masa yang sama mereka juga menjalankan tugas untuk dicredit media tempatan yang terkawal dalam usaha menjadikan media cowboy  sebagai budaya yang seharusnya diterima oleh rakyat setempat.

Cara inilah yang telah ditiru  oleh Malaysian Insider dan juga Malaysiakini selama ini untuk mengikis keyakinan rakyat terhadap sumber yang sah dan lebih mempercayai kepada berita berita liar,berita yang diputarbelitkan dan berita berita serkap jarang sehingga rakyat berada didalam kekeliruan untuk mengenali antara kebenaran dan pembohongan.

Hampir seluruh rakyat Amerika Syarikat  yang tidak terdedah kepada dunia luar dari sejak perang dingin hingga sekarang adalah tertakluk dan ikut telunjuk soft power media mereka."Keterbukaan" media sebenarnya wajah luar mereka tetapi siapa yang pernah tinggal di Amerika tahu  rakyatnya terbatas pengetahuan mereka sekadar maklumat daerah masing masing disebabkan keluasan negara mereka

Bagaimanapun sejak lebih  sebulan yang lalu Hishamuddin secara bijak telah memisahkan dalam sidang akhbarnya  antara wartawan yang beretika dengan  wartawan comboy yang liar dalam sidang akhbarnya mengenai MH370.
Ini dapat dirasakan oleh rakyat kerana sidang akhbar itu berlaku dalam negara  dan trajidi itu menyentuh perasaan mereka yang sukar bagi mereka untuk tidak mempercayai  kesungguhan kerajaan  dalam usaha mencarinya.

Dalam tahun 1981 saya berada hampir setahun di Universiti Of Michigan Ann Arbor kerana menghadiri suatu fellowship kewartawanan  dan ketika itu perang dingin masih memuncak.  Suatu pembohongan telah dilakukan serentak  oleh beberapa stesen TV mendakwa  Presiden Gadafi dari Libya telah menyeludup masuk ke Amerika  menerusi Los Angeles.

 Peleknya ramai orang  Amerika  yang mempercayai pembohongan ini malah ditunjukan pula  beberapa orang telah mencangkul lubang untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku serangan dari luar.

Journalisme Cowboy ini yang dijuarai oleh  CNN  sangat berkesan kerana rangkaian mereka  yang merangkumi seluruh pelusuk dunia menarik perhatian dengan  menggunakan pendekatan popular bersadur dengan  elemen "gempak", bohong, sensasi dan propaganda menerusi kekuatan dan kecanggihan teknologinya.

Tidak boleh dinafikan  Journalisme Cowboy  inilah  yang telah meyakinkan dunia dan menjustifikasikan penjajahan baru Amerika Syarikat ke atas Iraq  dengan pembunuhan kejam ke atas Saddam Hussein yang diikuti  dengan pembunuhan Gadafi dan rakyatnya dan sekarang pembunuhan beramai-ramai rakyat Syria.

Rakyat Amerika malah sebahagian besar penduduk dunia mewajarkan kedhaliman ini kerana fikiran mereka telah  dicondisikan dengan kebencian terhadap pemimpin pemimpin Arab ini sekian lama.

Dunia percaya bahawa mereka telah membunuh  Saddam Hussein atas prinsip kebebasan dan kemanuisaan  tetapi kekejaman  Amerika  Syarikat ke atas  rakyat Iraq dengan memperalatkan bumiputra Iraq sendiri  berlaku setiap hari di negara itu secara yang lebih dahsyat  lagi.

Inilah Journalisme yang sedang diamalkan oleh beberapa portal berita terkemuka di Malaysia dengan penyebaran berita-berita yang tidak berasaskan sumber yang sah, diputarbelitkan, dipetik dari akhbar musuh mereka dan disiarkan bahagian yang hanya sesuai untuk kepentingan  memperkukuhkan putarbelit mereka.Umpamanya mereka mempergunakan orang yang tidak mempunyai kredbiliti untuk menyalahkan hukuman Mahkamah yang berwibawa terhadap banduan.

Wartawan-wartawan Malaysian Insider dan juga Malaysiakini sangat  mahir dengan  amalan Journalisme Cowboy ini.

Bagaimanpun sidang akhbar Pemangku Menteri Pengangkutan  Hishamuddin Hussein pada setiap hari mengenai MH370  telah dapat memperkenalkan kepada umum antara wartawan  cowboy dan wartawan terpimpin.

Pada umumnya wartawan-wartawan Malaysia terutama di media cetak masih berpegang kepada kebenaran  sesuatu berita berasaskan kepada menjawab 5W:  What, When, Where ,Who dan Why.Mereka mengamalkan guided journalism dan pengamal cowboy journalism pakai tembak sahaja,lawless,temberang dan tidak menghormati etika.

KREDIT KEPADA ZAMKATA...TERIMA KASIH.

SELEPAS KORANG TENGOK VIDEO NI, APA KORANG RASA ?





Aku langsung tak rasa apa apa melainkan bosan !

Tuesday 22 April 2014

USTAZ AZHAR IDRUS PILIH SOALAN !!





Ada kawan aku penggila Ustaz Azhar Idrus. Setakat 20/ 30 KM dia wajib pergi dengar.

Cuma dia kata, dia perasan satu perkara. Tak pernah soalan yang dikemukakan secara bertulis, dijawab oleh Ustaz Azhar. Soalan dia pulak tak pernah berkaitan seks.

Kebanyakan soalan yang dijawab ialah soalan 18 SX. Tak kira sesensitif mana soalan tu. Akhirnya isteri kawan aku tak nak ikut dah dengan ceramah Ustaz Azhar sebab malu anak anak dengar benda yang sulit sulit. Kawan aku jangka, memang Ustaz Azhar pilih soalan nak bagi orang seronok. Yer ker ?


ORANG UMNO TAK SUKA BACA BERITA INI !!

NGO Lapor Akaun FB Hina PM, Polis
KUALA LUMPUR, 22 April -  Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung penemuan akaun Facebook yang menghina kepimpinan negara dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini, Selasa.
Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit yang menghina kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pasukan polis.
“Individu terbabit yang menggunakan nama “Conspiracy Cavalera” itu mengaibkan Perdana Menteri serta menteri kabinet dalam gambar yang dimuat naik di laman sesawang berkenaan,” katanya di sini.
Selain itu tindakan tegas harus diambil ke atas seorang individu yang hanya dikenali sebagai “Afiq Gen’ji” yang telah memaki hamun polis dengan ayat yang amat biadab, katanya.
“Kami meminta Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit,” katanya.
Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Sumber- UMNO On Line...
Ulasan Aku :-
Sebab selama ini dah beribu laporan polis dibuat. Dah didapati bersalahpun ada tapi akhirnya selesai luar mahkamah. Dimaafkan. Konon nak tunjuk budiman tapi orang tak hargaipun.
Orang UMNO menyampah. Jadi persepsi bahawa UMNO dan pemimpinnya boleh dikatakan apa saja. Katalah, fitnahlah. Biarlah orang buat seribu dua ribu laporan polis. Akhirnya...dimaafkan.
Atau dalam masa yang sama orang orang ni terus buat fitnah sebebas bebasnya...bosannya...


Monday 21 April 2014

PENULIS BIOGRAFI HINA KARPAL SINGH !

Baru beberapa hari meninggal dunia, kesedihan kaum keluarga dan sahabat handai masih terasa. Tiba tiba Malaysiakini menyiarkan berita berunsur fitnah ini :-

Penulis buku biografi Karpal Singh, Tim Donoghue mendakwa mendiang pernah menyatakan hasrat agar anak lelaki peguam tersohor tersebut Ramkarpal akan menjadi pengganti sebagai MP.

Penulis buku 'Karpal Singh – Tiger of Jelutong' itu mendakwa Karpal memberitahunya beberapa kali ketika berbual mengenai kes hasutan terhadap Sultan Perak, yang dihadapi mendiang.

Menurut Donoghue, Karpal memberitahunya bahawa Ramkarpal akan menggantikan tempatnya sebagai MP sekiranya sabitan kes hasutan itu berakhir dengan hukuman penjara.

"Karpal memberitahu saya banyak kali, jika beliau dikenakan boleh pemerintah apabila tewas rayuan hasutan itu, penggantinya tentu sekali Ramkarpal,” kata wartawan veteran itu.

Donoghue juga mendakwa, beliau menyaksikan sendiri rancangan Karpal ketika mendiang hadir untuk berucap dalam satu ceramah pada malam sebelum pilihan raya umum, Mei 2013.

“Terdapat kira-kira 100,000 orang di padang di Pulau Pinang. Atas sebab tertentu, si bapa memberitahu anaknya, 'kamu patut bangun dan berucap'.

"Saya fikir beliau cuba mengatakan, dalam fikirannya, beliau sangat berharap agar penggantinya untuk kawasan parlimen Jelutong adalah anaknya, Ramkarpal,” katanya.

Menurut Donoghue, Ramkarpal bersama ibunya Gurmit Kaur dan adiknya Sangeet, mengatur strategi untuk kempen Bukit Gelugor yang membolehkan Karpal meraih majoriti 41,000 undi.

Ulasan Aku :
Sebagai seorang yang dikatakan amat berpegang kepada prinsip dan intergriti, pemimpin parti yang juga amat berprinsip , maka aku rasa MUSTAHIL Karpal Singh mahu mewariskan Kerusi Parlimen kepada anaknya.
Aku cadangkan supaya penulis ini dan Malaysiakini disaman kerana fitnah ini !

Sunday 20 April 2014

BILA LELAKI INI TIDUR ?

Nampaknya kita telah belajar daripada peristiwa MH370. Penumpang melahirkan kekaguman di atas kemampuan krew MH 192 sehingga mereka selamat mendarat di KLIA. Mereka tambah kagum bilamana mendarat, mereka disambut oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Monday, April 21, 2014

TERKINI ! KENYATAAN @MAS & @HISHAMMUDDINH20 - PESAWAT @MH192 MENDARAT DI KLIA !

Syukur Alhamdulillah kerana pesawat MH192 telah selamat mendarat pada 1:56 pagi tadi.

Anda baca twitter Malaysian Airlines :


Ketika artikel ini ditulis, DS Hishammuddin Hussein juga telah mengesahkan kenyataan twitter MAS dan dalam perjalanan ke KLIA.







Sentiasa ada pada masa diperlukan...

Kredit Untuk Dr Novandri...


DAP GUNAKAN KHIDMAT RAJA BOMOH !!

Kalau cara berfikir Pakatan digunakan maka tentu kita boleh kata DAP yang panggil Raja Bomoh untuk halau puaka Gua Tempurung. Sama dengan tuduhan Pakatan khasnya Anwar Ibrahim bahawa UMNO guna Raja Bomoh untuk bantu selesaikan misteri MH370. Tapi setakat ini aku yakin UMNO tak pedulipun apa Raja Bomoh buat di Gua Tempurung apatah lagi nak jadikannya bahan politik.


Foto2 Raja Bomoh Buat Ritual Di Lokasi Kemalangan Mendiang Karpal Singh


Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

sumber: www.suara.tv

Untuk apa dia lakukan ini ??? Tidak lain hanya untuk menarik perhatian dan mencari publisiti murahan semata mata.Berterusan dengan kerja syirik, kurafat dan tahyulnya.Apa pendapat korang ? ~ Tinta Hijau DKB



Saturday 19 April 2014

BAGUS HISHAMUDDIN...MALAYSIA TAHU SIAPA MERDEKA CENTRE !

Hisham tolak hasil tinjauan pendapat MH370


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak tinjauan pendapat yang mendapati hanya suku daripada penduduk Malaysia percaya Malaysia jujur tentang pesawat MH370 yang hilang.

"Ini bersifat spekulatif semata-mata. Ia tidak bertanggungjawab dan ia tidak mewakili pandangan majoriti di luar sana.

"Orang ramai mahu kami teruskan dan kita telah berbuat demikian dengan kawan-kawan kita dari seluruh dunia.

"Ada sekumpulan kecil yang mungkin sinis dengan usaha kita untuk terus bergerak ke depan tetapi kebenaran akan terserlah jua akhirnya.

"Tiada apa yang perlu kita sembunyikan," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau diminta mengulas satu tinjauan oleh Merdeka Centre, yang antara lain mendapati 26 peratus daripada responden percaya kerajaan jujur, berbanding 54 peratus lagi yang yakin kerajaan menyembunyikan kebenaran tentang kejadian itu.

Sebaliknya kata Hishammuddin, sokongan dari seluruh dunia masuk mencurah-curah, termasuklah dari pemimpin-pemimpin yang beliau temui di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Kuala Lumpur, sepanjang minggu lalu. (Baca berita penuh)

Sementara itu, Bernama melaporkan Hishammuddin memberi jaminan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 akan diteruskan, walaupun terdapat rancangan operasi berkenaan akan dibincang dan dibuat penilaian semula.
  
Katanya pasukan operasi mencari di bawah seliaan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang ditubuhkan Australia dan pihak terbabit, bagaimanapun menimbang pendakatan lain, termasuk meluaskan skop pencarian dan menggunakan aset lain yang mungkin relevan dengan pencarian itu yang memasuki hari ke-43 hari ini.
  
Selain terus menggunakan kapal selam mini Bluefin-21 untuk kerja mencari di dalam air, pihak berkuasa Malaysia kini mengkaji kemungkinan menambah penggunaan set komersial dalam operasi itu, katanya pada sidang akhbar berhubung perkembangan usaha mencari pesawat berkenaan hari ini.
  
Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot berkata operasi mencari itu akan dibincang dan dinilai semula sekiranya tidak terdapat perkembangan baharu "dalam masa beberapa hari lagi".
  
"Di sini, syarikat seperti Deftech, DRB, Boustead dan beberapa syarikat Malaysia telah bertemu dan berbincang dengan rakan mereka dari luar negara berhubung cara bagaimana kita boleh menambah AUV (kenderaan dalam air autonomi) untuk membantu usaha mencari," kata Hishammuddin.
  
Hishammuddin mengesahkan bahawa AUV Bluefin-21 berjaya merakam dengan jelas imej keadaan di dasar laut dalam misi pencariannya.
  
"Bagaimanapun, daripada kesemua enam misi yang dijalankan, sehinga kini, tidak terdapat sebarang penemuan yang berkaitan," katanya sambil menjelaskan bahawa kapal selam mini itu memulakan misi ketujuhnya pagi ini.
  
Beliau juga menolak laporan media yang membayangkan UAV itu akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian yang ditetapkan.
  
"Itu tidak betul. Kawasan mencari yang ditetapkan ketika ini akan selesai diliputi Bluefin-21 dalam masa seminggu," katanya.
  
Beliau berkata kini tibalah masanya bagi pihak yang terlibat dalam operasi mencari itu berbincang tentang penggunaan kapal selam.
  
Penerbangan MH370 bersama 239 orang ke Beijing, hilang daripada pengesanan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada jam 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
  
Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila pesawat itu didapati menukar laluannya.
  
Ditanya sama ada lokasi mencari ketika ini yang berpandukan input daripada satelit Inmarsat perlu dinilai semula, Hishammuddin berkata fokus perlu diberi di kawasan semasa.
  
"Yang penting sekarang, fokus hari ini dan esok dibuat berdasarkan hasil perbincangan dengan JACC, usaha mengurangkan keluasan kawasan mencari kini berada di peringkat amat kritikal. Saya merayu kepada semua pihak di seluruh dunia supaya berdoa agar kami menjumpai sesuatu yang akan membolehkan kami memberi tumpuan," katanya.
  
Beliau berkata jawatankuasa peringkat kementerian yang dibentuk berikutan kehilangan pesawat itu telah merangka cadangan struktur dan Terma Rujukan Pasukan Penyiasatan Nahas Kapal Terbang bagi MH370.
  
Langkah itu sejajar dengan Peraturan-peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996 (MCAR 1996) dan Lampiran 13 -­ Konvensyen Chicago Mengenai Kemalangan Kapal Terbang dan Penyiasatan Kejadian.
  
Hishammuddin berkata pasukan yang dicadangkan itu akan dianggotai pakar dari dalam dan luar negara.
  
"Saya juga telah berbincang dengan Sekretariat Asean berhubung kemungkinan melantik beberapan rakan sejawatan kami menganggotai pasukan itu," katanya.
  
Hishammuddin berkata beliau juga telah berbincang dengan Jean-Paul Troadec, berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes kehilangan pesawat Penerbangan 447 Air France, berhubung penggunaan aset komersial swasta bagi membantu operasi mencari Penerbangan MH370.
  
"Ketika kami akan melangkah ke fasa pencarian berikutnya, saya terharu apabila lebih banyak rakan dari negara lain menyuarakan kesediaan mereka
membantu dan menyokong usaha kami untuk mengesan MH370," katanya.

Ulasan Aku :-
Bukan sikit kaji selidik dibuat oleh Merdeka Centre. Tapi siapa respondennya, berapa orang, apa bentuk soal selidiknya kita tak tau. Yang kita tau setiap kali soal selidik dijalankan pasti dapatannya negatif kepada Kerajaan UMNO/BN. Aku setuju sangat bila Datuk Seri Hishamuddin tolak mentah mentah soal selidik ini. Bangkul sampahkan !
( Sumber - Malaysiakini )

DAH NIK AZIZ NAK SANGAT BERKAWAN DENGAN SYAITAN...

Jumaat, April 18, 2014


[ Isu Hudud ] Kenyataan Terkini!! YB KHALID SAMAD... Wajib Baca!!!

Sekilas Ikan di Air: UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud

 

Negara kehilangan seorang pejuang yg tegas dan berani dengan pemergian Karpal Singh awal pagi tadi. Berbeza prinsip tetapi saling hormat menghormati. Seorang pejuang hingga akhir hayat. Takziah buat keluarga beliau. Semoga terus tabah.

Dalam pada itu, saya mendengar dengan penuh hairan permintaan Menteri UMNO/BN supaya PAS membawa usul berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan. Mengapa Menteri dari kerajaan yang sedang memerintah memohon PAS yang merupakan parti pembangkang untuk membawa usul tersebut? Bertambah kelakar bagi saya, apabila Ahli Parlimen UMNO dari Kelantan dengan penuh gah dan semangat, menyokong pula permintaan itu dan memberikan jaminan dari ahli Parlimen UMNO! Kelakar kerana dia tetap meminta PAS membawa usul tersebut, bukan mendesak supaya UMNO yang bawa!

Mengapa dianggap anggap kelakar? Kerana UMNO meminta PAS membawanya. UMNO tidak mampu membawa usul itu sendiri kah? Adakah ini satu pengakuan bahawa UMNO telah ‘dikembirikan’ MCA sehingga tidak berani membawa usul berkenaan dan terpaksa meminta PAS? Tidak sangka pula UMNO begitu takut pada MCA! Sedangkan ‘pahlawan’ dan ‘pendekar’ yang sanggup mendesak PAS pula kelihatan seperti ramai.

Hakikatnya, sekiranya usul ini dibawa oleh parti pemerintah, ianya akan lebih diutamakan. Lebih power dah lebih berkesan. Dengan itu parti pemerintah, iaitu BN, akan menyokong dan ianya akan lulus dengan mudah. Tidak perlu dibawa oleh ahli parlimen dari parti pembangkang. Tetapi apakan daya, wakil rakyat UMNO, dalam soal Islam dan perundangan Islam khususnya, hanya berani menyokong ‘dari belakang’. “PAS bawa dan kami berani untuk sokong!” seolah-olah itulah kata mereka. Tetapi untuk bawa sendiri, kami tidak berani!

Siapa yang tunduk pada siapa sekarang? Dulu dituduh PAS tunduk pada DAP tetapi sekarang amat jelas, UMNO sendiri iktiraf PAS tidak tunduk kepada sesiapa sedangkan mereka sendiri tunduk kepada MCA.

Yang bertambah menggelikan hati pula ialah apabila MCA mula menyerang DAP kerana menurut mereka pula, PAS berani membawa usul ini oleh kerana DAP! Eh, MCA ini pekakkah? Tidakkah mereka dengar, seperti mana telah didengari satu dunia, yang minta PAS bawa usul ini adalah UMNO?

Atau ini semua merupakan mainan politik UMNO/BN yang sememangnya menggunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata? Tiada kesungguhan dan tiada keseriusan dalam soal perlaksanaan sistem perundangan Islam, hanya ingin dimanfaatkan untuk kepentingan politik mereka.

Bagi yang sudah mula pening dengan kerana cerita yang berpusing-pusing ini, kisahnya begini; UMNO minta PAS bawa usul hudud, MCA pula serang DAP. Nampak logiknya? Tidak logik? Maka itulah politik UMNO/BN!

Hakikatnya, sekiranya UMNO/BN benar-benar serius, mereka boleh bawa usul perlaksanaan enakmen hudud untuk negeri Kelantan sendiri dan tidak perlu minta PAS. Kalau dianggap tidak sesuai kerana Kelantan di bawah PAS, maka bawalah untuk negeri Terengganu. Adakah mereka lupa bahawa Terengganu sekarang di bawah UMNO/BN? Tidak mungkin mereka lupa.

Tetapi bukankah baru hari tu usul perlaksanaan hudud ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu? Maka di Terengganu tidak disokong dan ditolak terang-terangan tetapi di Parlimen dan di Kelantan mereka sokong? Sokong kerana dibawa oleh PAS?

Maka kuncinya ialah usul ini mesti dibawa oleh PAS! Dan sememangnya mereka inginkan PAS yang bawa. Tetapi mengapa?

Sebenarnya mereka tidak serius dan mereka tahu yang serius dan bersungguh-sungguh berhubung sistem perundangan Islam hanyalah PAS. Mereka minta PAS bawa usul berkenaan dengan tujuan dan harapan supaya PAS akan bergaduh dengan DAP! Pendirian DAP berhubung hudud sudah diketahui umum. Dengan diacah dan dicucuk oleh MCA, seperti yang dilakukan sekarang, adalah diharap DAP pula akan melatah dan bertembung dengan PAS. Pertembungan ini diharapkan akan semakin meruncing sehingga akhirnya PR itu sendiri akan berpecah.

Pada masa yang sama, sambil PAS dan DAP ‘bertembung’, UMNO akan terus menyatakan ‘sokongan’ mereka kepada usaha PAS untuk melaksana hudud dan sistem perundangan Islam. Walaupun pada masa yang sama di Terengganu mereka juga yang menolak. Ini, bagi saya, adalah sejenis tindakan yang selari dengan tindakan golongan munafik yang menggunakan agama sebagai alat adu-domba. Dalam kes ini, yang ingin diadu-domba adalah kita yang berada dalam PR.

Untuk pengetahuan semua, jumlah Ahli Parlimen UMNO adalah 88 sahaja termasuk yang dari Sabah. Dengan sokongan mereka dan 21 ahli Parlimen PAS, jumlah yang diperlukan tidak kecapaian. Hanya 109 sedangkan yang diperlukan adalah 112. Kalau tidak disokong Ahli Parlimen Islam PKR atau PBB (Sarawak), maka usul itu akan gagal. Dalam keadaan itu UMNO akan mendabik dada mengatakan bahawa mereka sokong usul hudud dan yang gagalkannya adalah PKR bukan mereka! Dan dengan itu akan dianjurkan supaya PAS duduk bersama UMNO yang ‘memperjuangkan’ hudud (dari belakang di mana PAS perlu bawa usulnya) dan tinggalkan PR.

Maka akhirnya hudud dan perundangan Islam tetap tidak terlaksana kerana tidak cukup penyokong DAN pada masa yang sama, PAS keluar dari PR. PAS keluar kerana marah PKR tidak menyokong usul berkenaan. Inilah perancangan yang sedang diusahakan UMNO/BN megikut bacaan saya.

Namun walaupun begitu, saya tetap setuju PAS membawa usul berkenaan ke Parlimen. Tetapi, penolakan usul oleh DAP dan PKR tidak merupakan sebab untuk PAS keluar PR kerana dalam soal ini, tiada mana-mana pihak yang melanggar janji di dalam persetujuan yang telah termeterai dengan penubuhan PR. Ini adalah kerana sejak awal lagi persoalan perlaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam perjanjian berkenaan kerana tidak dipersetujui bersama. Untuk memastikan PR tidak berpecah semasa menguruskan isu ini, maka pimpinan PR perlu bertemu dan memahami pendirian masing-masing. Sambil ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam soal perlaksanaan hudud dan sistem perundangan Islam, masih banyak lagi yang dipersetujui bersama berhubung ‘good governance’ dan keadilan umum yang terus ditolak UMNO/BN.

Sekiranya PR mampu mengharungi strategi adu-domba UMNO/BN ini yang sedang dilaksanakan mereka, maka ini akan membuktikan kerjasama PR telah benar-benar mantap dan kukuh. Ini adalah tipu-helah yang utama mereka di mana parti yang selama ini memperlekehkan hudud, sanggup menelan perasaan malu dan akhirnya berpura-pura menyokong hudud. Penentang Islam mendabik dada mengakui dirinya sebagai pejuang Islam. Tipu-helah ini adalah tipu-helah terakhir dan sekiranya tidak berjaya menyebabkan PR berpecah, maka alamatnya PR akan mencabar UMNO/BN dengan lebih hebat lagi dalam PRU ke 14 yang akan datang ini insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tak payahlah aku komen. Korang bacalah, tengoklah bagaimana PAS bersilat....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...