Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 31 May 2014

GEMPAR !! TOKONG KENA ROBOH !!

Maka segala pakarpun mengeluarkan teori mengapa Dyana yang jelita boleh kalah dengan Mah yang tua. Kesimpulan macai Pakatan

1. SPR tipu
2. SPR tipu
3. SPR tipu

Sampai 100/200 alasanpun , ia tetap sama. SPR tipu dan Pakatan telah menang moral.

Alasan 'menolak' aku akan aku senaraikan. Faktor mengapa Dyana ditolak oleh pengundi. Faktor 'menarik' kepada BN dah tentu tak kan aku nyatakan. Sulit.

1. DAP tidak bekerja keras sebab jangka PAS akan bermati matian bekerja untuk mereka. Sedangkan PAS pecah dua. PAS lama,ortodoks dan PAS Anwarinas.

2. Dyana dan ibunya dilihat sebagai pengkhianat. Dia khianat perjuangan Melayu dan hilang undi Melayu. Cina pulak fikir kalau dia boleh khianat Melayu pasti dia akan khianat Cina dan DAP.

3. DAP tak pernah bekerja untuk rakyat sejak menang dua penggal. Banyak isu rakyat tidak diatasi sama sekali.

4. Cina yang rapat dengan judi sangat marah kepada Nga Kor Meng bila gambarkan harga Cina begitu murah, boleh dijual beli.

5. Lim Kit Siang dilihat terlalu ' menjaga' Dyana sehingga 24 jam sehari. Ini menimbulkan syak wasangka khasnya dalam kalangan pengundi wanita berumur. Ingat mereka pernah menolak Chua Soi Lek satu masa dahulu kerana perkara seumpama ini.

6. Jentera PAS khasnya dari puak Anwarinas dilihat sangat kagum dengan kejelitaan Dyana sehingga lebih banyak bersama Dyana berbanding pengundi.

7. Ucapan ' menghiburkan ' Mat Sabu dikatakan bercampur miang. Macam tak serius nak menang.

8. Ucapan Haji Hadi di saat akhir dikatakan seperti ' hilang roh agama' dan ini mengecewakan PAS Teluk Intan.

9. Ucapan Anwar yang membodohkan orang Melayu memang sangat tidak bijak dan membuang undi.

10. Ucapan Rayer, anak didik Nik Aziz telah menyemarakkan marah orang Melayu kepada DAP.

Kesimpulannya, apapun hasil analisis mana mana parti, ia adalah petunjuk bahawa

1.  Lim Kit Siang sudah berada di hujung karier
2.  PAS jugak sedang menuju kehancuran
3.  Ini permulaan bagi kecemerlangan BN di bawah Najib Razak.

Akhirnya sukalah aku nak mengingatkan Teluk Intan adalah permulaan besar kepada keruntuhan politik Cina di Malaysia asalkan kerajaan UMNO/BN berani bertindak dan melakukan perubahan.

Friday 30 May 2014

MALAYSIAN INSIDER TERSILAP BESAR !!


Portal The Malaysian Insider berfungsi untuk tumbangkan Kerajaan pilihan rakyat, Barisan Nasional dan mendirikan Kerajaan Pakatan pimpinan DAP.Oleh yang demikian semua berita, peristiwa walau sebesar atau sekecil mana sekalipun akan dipaparkan berdasarkan objektif tersebut.

Itu perancangannya. Tapi bukan semua perkara yang kita rancang akan berlaku mengikut perancangan. Ini jugak berlaku kepada portal ini. Baru baru ini mereka ( aku yakin ) secara tidak sengaja telah menyiarkan artikel ini.


Kerjasama Malaysia-China mencari MH370 hasilkan hubungan global baharu


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang akhbar ketika mengumumkan MH370 berakhir di Lautan Hindi, Mac lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang akhbar ketika mengumumkan MH370 berakhir di Lautan Hindi, Mac lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.Kerjasama Malaysia dan China dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 menghasilkan model baharu dalam hubungan global, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Saya tidak boleh lari daripada hakikat saya bertanggungjawab dalam mencari MH370. Saya benar-benar yakin ada sebab sesuatu itu berlaku dan ia merupakan satu perjalanan penuh emosi buat saya, ketika menempuh tragedi yang menimpa MH370.
"Perjalanan yang penuh emosi itu juga mempunyai ikatan yang amat kuat dengan China dan rakyatnya. Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh 40 tahun. Ia sesuatu yang signifikan bagi saya (kerana) saya sudah berjanji dengan keluarga para penumpang yang hilang itu saya akan datang ke sini dan berbincang dengan mereka," katanya ketika ditemubual pengacara CCTV News, James Chau di Beijing, China, semalam.
Ketika China dan Malaysia meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik, Hishammuddin berkata secara peribadi, hubungan itu memberi banyak makna kepadanya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandangkan hubungan itu dibina oleh para pemimpin terdahulu.
"Apa yang lebih penting, ia amat bermakna kepada hubungan dua hala kedua-dua negara, bagaimana kita membawa diri dengan pemimpin dan rakyat China. Ia penting kerana dunia sedang memerhati dan ini boleh menjadi satu contoh yang baik dalam hubungan dua hala," katanya.
Penerbangan MH370, yang hilang daripada skrin radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, membawa 239 penumpang dan anak kapal dengan dua per tiga daripadanya adalah dari China.
Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan, turut menyatakan komitmen Malaysia untuk meneruskan usaha mengesan pesawat itu.
"Bagi pihak keluarga saya, kerajaan serta rakyat Malaysia, pencarian akan diteruskan. Saya masih berhubung dengan keluarga beberapa penumpang. Saya memberi jaminan kepada mereka saya tidak akan berputus asa," katanya.
Hishammuddin berkata, perkara paling sukar dalam pencarian pesawat itu ialah terpaksa berdepan dengan keluarga mangsa, dan beliau masih melakukannya.
“Saya percaya tidak seorang pun daripada anggota pasukan pencarian yang patah semangat meskipun pilu melihat kesengsaraan keluarga akibat kehilangan MH370," katanya.
Ditanya sama ada Malaysia berada dalam kedudukan yang membolehkannya menawarkan inovasi dan pengetahuan baharu, Hishammuddin berkata, negara mampu berbuat demikian dan beliau bangga dengan perkara itu.
"Itu adalah sesuatu yang saya banggakan, tidak kiralah apa yang orang kata. Tidak banyak negara yang boleh menyelaras dan mendapatkan kerjasama semua pihak.
"Saya bernasib baik kerana saya perlu berurusan dengan mereka yang berhemah dan hakikatnya, kita kini beralih ke satu fasa baharu menerusi pencarian di lautan dalam," katanya.
Beliau berkata, sokongan bagi membantu Malaysia dalam fasa baharu pencarian MH370 amat memberangsangkan.
"Teknologi yang boleh didapati di luar sana amat canggih. Saya juga berpendapat Malaysia, Australia dan China berada dalam kedudukan yang agak unik dalam sejarah manusia," katanya.
Hishammuddin turut ditanya mengapa beliau memilih untuk melawat keluarga penumpang secara bersendirian di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada awal misi pencarian, tanpa kehadiran media.
"Ini kerana ia antara keluarga terbabit dan saya. Ada had dalam mempolitikkan sesuatu isu, had untuk mendapatkan rating dan had untuk menjawab dakwaan meskipun ia bersifat peribadi bagi saya apabila anda menyatakan saya tidak peduli.
"Saya selalu mengatakan perkara ini, sejarah akan menghakimi kita. Muncul di kaca televisyen, memeluk, mencium dan menangis bersama mereka, semua itu hanya bersifat sementara. Itu bukan saya. Orang ramai kini mula memahami siapa saya.
“Jika saya menggambarkan Malaysia, saya rasa saya sudah melakukan tugas saya," katanya.
Berdasarkan pengiraan data satelit Inmarsat, MH370 dikatakan terbang di ruang udara selatan Lautan Hindi - bertentangan dengan arah yang sepatutnya ia lalui - dan dipercayai hilang di kawasan itu.
Bagaimanapun, satu laporan Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) hari ini mengetepikan zon itu sebagai tempat bersemadinya pesawat MH370. – Bernama, 30 Mei, 2014.
Artikel ini asalnya daripada Bernama. Malaysian Insider barangkali tanpa berfikir panjang telah menyalin artikel ini. Aku merahkan beberapa kenyataan Hishamuddin yang amat bermakna, menggambarkan ketulusannya, kematangannya. Ini paradigma baru dalam politik negara. 
Hishamuddin menganggap rasa kagum orang ramai, rasa terhutang budi kaum keluarga MH 370, rasa berharap orang UMNO adalah satu proses memahami dirinya. Beliau tidak berasa teruja sebaliknya kekal merendah diri.
Aku tak tau apa jadi kepada wartawan yang menceduk artikel ini daripada Bernama. Yang aku pasti artikel ini adalah pengiktirafan besar kepada Hishamuddin Hussein.

KALAU TAK KERANA TIBA TIBA TENAT , ORANG PAS TAK TAHU PRESIDEN MEREKA BERCUTI !

Haji Hadi turun sekejap ke Teluk Intan setelah jentera PAS antara nak tak nak sokong Dyana. Selepas memuji Dyana dan enggan mengulas sebarang isu berkaitan Islam Haji Hadi bertemu jentera PAS.

Haji Hadi mahu jentera PAS bekerja sekeras mungkin bagi memenangkan calon pilihan Lim Kit Siang. Maka mulalah jentera PAS bekerja dengan separuh hati. Haji Hadi hilang...

Tiba tiba timbul ' berita ' Haji Hadi dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki. Percayalah macai akan diberitahu Haji Hadi ke Turki kerana jemputan Kerajaan Turki atau jemputan mana mana pertubuhan Islam tersohor...tak pelah. Macai pasti percaya dan berasa bangga...

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital Istanbul, sebentar tadi.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.

"Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya. - Sumber PAS


Sebagai seorang Islam, mari kita sama sama berdoa. Moga Allah berikan kesembuhan.

BAHAYA !! SENJATA AKHIR DAP MUNGKIN MEMBAWA PADAH KEPADA BN !!


Sejak tengahari tadi di Perak khasnya di Teluk Intan, telah heboh berita kononnya Kerajaan akan menaikkan harga diesel sebanyak 80 sen seliter.
Kenaikan ini amat luar biasa kerana jumlahnya yang cukup tinggi dan ia memberikan kesan besar kepada pengusaha pengangkutan, pengusaha bas dan teksi, para nelayan dan sebagainya.



Berita yang aku terima menyatakan maklumat ini keluar daripada Ibu Pejabat Shell sendiri. Walaupun tiada sebarang kenyataan bertulis namun berita ini tersebar dengan cepat dan memang mencetuskan panik dalam kalangan pengguna.

Masalahnya panik ini bertukar kepada marah, benci kepada kerajaan UMNO/BN. Alasan kenaikan antaranya

1. Perlu tambahan kewangan kerajaan bagi membiayai panda
2. Menampung penyelewengan diesel yang dikatakan melibatkan pemimpin
    BN.

Aku rasa sangat perlu mana mana pemimpin Kerajaan dengan segera mengeluarkan kenyataan menafikan perkara ini. Aku yakin senjata akhir DAP ini akan memberi kesan terhadap undi di Teluk Intan esok !


Thursday 29 May 2014

APA SALAH USTAZAH NI, SAMPAI DUA KALI KENA LAFAZ CERAI ?





Pendirian politik dia, dua punya pasal. Tapi bila kena cerai dalam keadaan agak memalukan, aku simpati jugak.

Aku harap Abby akan bertemu jodoh yang baik selepas ini. Abbypun kena muhasabah diri, apa yang wajar dan tidak wajar dilakukan. Moga jodoh selepas ini berkekalan. Kalau perlukan kaunseling, elakkan daripada Badrul Amin yer...

SELEPAS RAHSIA BESAR INI TERBONGKAR !!





Rahsia ini sepatutnya didedahkan pada 6 MEI 2013. Tapi tak apalah, benda dah berlalu kita tak usah fikirkan. Mari kita fikir apa patut kita lakukan sekarang.



1. Berhenti sebarang ceramah kepada orang UMNO

2. JR tidak seorangpun berada di rumah atau di PDM atau mengiringi mana mana tokoh parti. Mereka      bertebaran di seluruh Teluk Intan. Bertemu dan merayu pengundi untuk keluar mengundi BN 

3. Pemandu atau jentera pengangkutan kita muktamadkan siapa yang hendak dibawa esok dan pukul berapa

4. Ibu bapa UMNO/BN telah atau akan bercakap dengan anak anak hari ini kepada anak anak " Undi BN- Undi BN- Undi BN ".

Penting untuk perhatian.

1. Jangan percaya semua Cina akan undi DAP. Cuba tawan mereka

2. Ramai pengundi PAS dulu akan mengundi BN, dekati mereka.

3. Ini masa merayu undi. Bukan masa berdebat. Jadi RAYU...RAYU..RAYU..



Insyaallah, selepas segala usaha ikhtiar, mari kita serahkan diri kita kepada Allah.


VIDEO : DUA PEMIMPIN TERTINGGI PAS BAKAL DIPECAT !!


Mereka sepakat menggambarkan Hudud adalah masalah. Mereka menafikan kewajipan melaksanakan hudud hanya kerana UMNO mahu bersama menjayakan pelaksanaannya.
Mereka berbahasa Inggeris sebab matlamat mereka ialah supaya pengundi Cina dan India mendengar dan memahami mereka. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris sebab ramai orang Melayu yang tegar PAS tak kan faham. Senanglah selepas ini mereka spin!


Hudud walaupun tuntutan Agama tetapi Hanifa Maidin memberi jaminan kepada DAP ia takkan dilaksanakan jika DAP tak setuju.


Pakatan Rakyat yang diketuai DAP lebih penting daripada perintah Allah yang selama ini mereka laung laungkan.
Aku tak berani nak letakkan status mereka berdua. Tapi aku yakin hudud dah tiada dalam kepala mereka . Aku nak tunggu tengok. Aku yakin sebelum PRK Teluk Intan, tiada pemimpin PAS berani mengulas perkara ini. Dan aku yakin sangat, PAS lebih takut DAP berbanding Allah yang memerintahkan hudud dilaksanakan.

Wednesday 28 May 2014

GEMPAR !! ANWAR IBRAHIM DESAK MB KELANTAN LETAK JAWATAN !!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendesak Perdana Menteri letak jawatan kerana gagal menangani kes MH 370. Kemudiaan beliau desak Pemangku Menteri Pengangkutan letak jawatan. Dua hari lalu, Anwar desak Zahid Hamidi letak jawatan.

Weii !! Peliwat ! Bila nak desak MB Kelantan letak jawatan ? Kelantan dah jadi pusat rogol budak budak weii !

38 orang rogol budak sekolah , umur 13 tahun !
Lelaki rogol budak 12 tahun !

 Rogol bawah umur di Kota Bharu membimbangkan

KOTA BHARU 28 Mei - Polis memandang serius kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur khususnya di bandar ini yang semakin membimbangkan dengan 21 kes telah dilaporkan sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, secara puratanya, empat kes dicatatkan dalam tempoh sebulan dan situasi itu amat membimbangkan sekiranya tidak dibendung.
"Sesuatu perlu dilakukan bagi mengekang jenayah ini dan pelbagai pihak juga diminta tampil mendidik rakyat berhubung perkara ini.
"Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut digalakkan mengadakan pelbagai program termasuk di kampung-kampung bagi mendidik orang ramai agar lebih peka dengan masalah ini," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.
Beliau mengulas kes dua remaja perempuan berusia lima belas tahun yang menjadi mangsa 'kenduri seks' oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini 20 Mei lalu.
Ekoran itu, polis telah menahan 12 individu termasuk seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas bagi memburu suspek lain.
Sementara itu Azham berkata, orang ramai turut diminta peka dengan keadaan sekeliling dan segera membuat laporan polis sekiranya terdapat sebarang kegiatan yang mencurigakan di kawasan penempatan mereka.
"Sebagai contoh, kejadian rogol remaja yang berlaku di dalam sebuah rumah kosong di Ketereh itu, terletak berhampiran dengan rumah penduduk di kawasan tersebut,"katanya..
Sumber - Utusan.

Anwar jangan double standard. Ini kegagalan tahap tinggi. Apa nak jadi Serambi Mekah ni. Kalau ko berani Anwar, desaklah MB Kelantan letak jawatan. Takut yer? Inilah Anwar Ibrahim, mujurlah dia tak jadi Perdana Menteri. Kalau tidak hancur negara bangsa.

SSYYY!! ADA PEMIMPIN MUDA PKR KENA LIWAT !!


Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard antara yang digantung keanggotaannya oleh PKR kerana mendakwa proses pemilihan parti itu kotor dan tidak telus.

Keputusan itu diambil setelah lembaga disiplin menyiasat perkara itu dan diperkenan dalam mesyuarat biro politik PKR semalam yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

“Sdr Badrul Hisham Shahrin akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai,” kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong (kanan).

Anggota PKR Rembau itu dituduh membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan “Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali” pada 12 Mei lalu yang disiarkan di laman mysuara.net dan Free Malaysia Today.

Responden juga didakwa membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk “Keputusan penuh penipuan: Chegubard”.

Keputusan lain jawatankuasa itu termasuk:

(1) Memecat Md Yusop Kamaruddin (cabang Pasir Salak) kerana menyerang JPP dan PKR di Facebook.

(2) Menggantung keahlian M Nageswaran Muniasamy (Kota Raja) selama enam bulan secara serta-merta kerana.

(3) Memberi amaran keras dan menarik balik penggantungan keanggotaan Manugharan Sellandy (Kota Raja).

Bagaimanapun Tan turut menarik balik penggantungan terhadap empat ahli cabang Kota Raja selepas siasatan terhadap mereka selesai hari ini.

Chegubard: Akui masalah & baiki

Sementara itu, Chegubard ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau terkejut dengan perkembangan terbaru itu.

"Banyak laporan saya buat tidak dapat respon, pendengaran awam tidak dihubungi. Saya tak dipanggil langsung (menjelaskannya)," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, walaupun penggantungannya dibuat atas dasar peraturan, ia mestilah atas konsep keadilan.

"Saya percaya PKR adalah parti masa depan. Jadi tindakannya perlu berbeza dengan rejim BN. Kita mesti akui masalah dan baikinya.

"Itu menjadikan kita lebih dihormati," katanya.

Ulasan
Weiii !! Telusnya. Bersihnya. Ambik ko. Baru ko tau langit tinggi rendah. Pergilah demo!
Pergilah buat perhimpunan. Baru ko tau, ko adalah sampah, bro. Haprak !! Alat tukang jerit jer...hah ! hah ! hah !

URGENT !! PEMIMPIN UMNO DINASIHAT TIDAK TURUN KE TELUK INTAN !!


Pertamanya mari kita sedekahkan al fatihah kepada Almarhum Tuanku Sultan Perak yang telah kembali kerahmatullah petang tadi. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...al Fatihah.

Aku rasa macam tak berapa sesuai nak menulis benda ini tapi hakikatnya kasih kita kepada Institusi Raja menyebabkan kita kena teruskan kerja kuat bagi mempastikan parti yang anti Perelembagaan dan selalu mencabar Institusi Raja dapat ditumbangkan di Teluk Intan.

Masa dah suntuk sangat. Mulanya aku malas nak tulis tetapi bila nampak peluang BN tetap ada di Teluk Intan, aku tulis jugak. Ini permintaan beberapa orang kuat UMNO di Teluk Intan.

Mintak sangat sangat agar pemimpin tertinggi UMNO tidak turun ke Teluk Intan dalam dua hari ini. Tolonglah ! Sebab bila pemimpin tertinggi turun, jentera parti pakat berhimpun, di keliling pemimpin ini. Nampak ramailah.

Orang yang patut pergi ke rumah rumah dah tak buat kerja mereka. Ada banyak lagi rumah yang Perayu Undi belum pergi. Beratus orang Cina menerima bantuan, baik pulih rumah, bantuan perubatan. Ada yang dapat bantuan 1 Azam. Mereka ini wajib dijenguk.

Jangan percaya kepada teori semua Cina akan undi DAP ! Tak betul. Ada Cina akan undi BN walaupun jumlahnya kecik.

Satu lagi, ini penting untuk perayu undi. Bukan semua anak, bini aktivis PAS sokong DAP walaupun bapak mereka 24 jam sehari mengikut ponggong Dyana. Ada dalam kalangan mereka ' benci' perangai dan kelakuan bapak mereka. Temui mereka. Rayu !

Isu nasional bukan  satu satunya  utama. Ada banyak perkara setempat yang boleh ditangani. Kena rajin weii! Jangan lepak, jangan rehat dulu. Dua hari lagi jer...ayuh, Lillahita'ala.

Kena gayanya...insyaallah, menang kita..

Tuesday 27 May 2014

MUJAHID WAJIB BERTAUBAT DAN MENGUCAP SEMULA !

Baca ini kejap...

Aku konsisten. Walaupun aku bukan orang berilmu sangat tetapi aku dari awal dididik, agama adalah matlamat bukan alat. Sebagai hamba Allah kita tahu, akhirnya kita akan mati. Kita akan diadili di Mahkamah Allah Rabbuljalil.

Sekarang PAS dah mengaku tanpa mereka sedari, hudud jadi beban kepada mereka.

Inilah kebimbangan Tun Mahathir selama ini. Tun Mahathir bimbang akhirnya orang bukan Islam memandang rendah kepada Islam kerana sikap PAS dalam menjayakan cita cita politik mereka.

Nampaknya benar pendapat ramai orang, PAS adalah sebuah pertubuhan yang sesat.

CIKGU INI PERLU RAWATAN SEGERA !!

Bila ibu bapa hantar anak ke sekolah, mereka mahu kepastian anak anak akan mendapat pendidikan dan jaminan keselamatan. Kalau ibu bapa tahu ada cikgu yang menghadapi masalah mental atau emosi, tentu ibu bapa akan berasa bimbang.

SHAH ALAM - “Pemberian netbook bukanlah hadiah Hari Guru bagi kami, tetapi kembalikan hak kami untuk mengajar dan bukan membebani kami dengan urusan kerja pengkeranian yang melampau,” demikian respon aktivis pendidikan, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkenaan cadangan kerajaan membekalkan netbook kepada 400,000 guru.

Nor Izzat berkata, hadiah yang paling sesuai untuk semua guru adalah dengan memberhentikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan bukannya dengan pemberian netbook.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih apabila menteri mengumumkan pemberian netbook kepada semua guru.

“Saya berpendapat bahawa pemberian netbook berkenaan tidak berapa sesuai kerana saya percaya bahawa semua guru di Malaysia sudah pun memiliki laptop masing-masing sejak kami disuruh melaksanakan SPPBS atau dikenali sistem online PBS.

“Ketika itu, bukan sahaja laptop dibeli sendiri malah talian internet berkelajuan tinggi terpaksa dilanggani bagi mempercepatkan urusan kemasukan prestasi murid malangnya bukan disebabkan kelajuan internet tetapi server Kementerian Pendidikan Malaysia yang lemah.

“Oleh itu, saya mewakili guru Malaysia memohon agar hentikan PBS serta-merta kerana ianya sangat membebankan seluruh murid daripada tingkatan 1 hingga 3 dan lebih menyedihkan ialah format Pentaksiran Tingkatan 3 masih belum ada ketetapan daripada pihak KPM,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Pemberian netbook kepada guru adalah cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi menghargai jasa pendidik.

Shabery dalam kenyataanya berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu minggu lalu.

Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan.

Aku rasa cikgu ni gila. Mana ada PBS dah yob. Sekarang sistem ini telah dirombak sepenuhnya. Kalau nak ikut selera sendiri, aku rasa eloklah berhenti. Pilih kerjaya lain yang sesuai dengan jiwa. Aku cadangkan dia ni jadi budak pembancuh kopi Anwar Ibrahim. Aku bukan cikgupun tahu perkembangan. Mintak simpanglah anak aku belajar dengan cikgu macam ini...

Monday 26 May 2014

PENYOKONG PAKATAN KESAL DYANA MENIPU ! KAH ! KAH ! KAH !

Satu gabungan NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat menyatakan kekecewaan ke atas Dyana Sofya Mohd Daud kerana tidak berterus terang mengenai kegiatan ibunya dengan PERKASA.

Setiausaha agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S Barathidasan berkata calon untuk pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan itu sepatutnya menjelaskan perkara itu sejak sebelum hari penamaan calon.

Katanya, Dyana pada awalnya menafikan bahawa ibu kepada calon tersebut, Yammy Samat, mempunyai kaitan dengan pergerakan pro-Melayu PERKASA, apabila isu tersebut mula ditimbulkan.

"Tapi semalam, selepas timbul satu gambar, beliau mengakui bahawa ibunya merupakan anggota PERKASA dan (Dyana) sendiri membantu pendaftaran anggota pada 2008.

"Ini mengecewakan dan akan menjejaskan kepercayaan orang ramai ke atasnya. Isu ini hanya untuk mengalih perhatian dan memberi kelebihan kepada BN untuk menyerang beliau," katanya lagi kepada Malaysiakini.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa kaitan Yammy dan Dyana dengan PERKASA sebelum ini tidak sepatutnya menjadi isu pada masa ini.

"Ya, Malah (ketua pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga dari Umno dan BN.

"Tapi dalam kes Dyana, isunya adalah beliau menipu atau lebih tepat lagi berdolak dalik. Bukankah ini juga sebab kita kritik ahli politik BN?," soalnya.

Barathidasan bagaimanapun percaya bahawa kejadian itu tidak akan menjejaskan sokongan kepada DAP dalam pilihan raya kecil 31 Mei.

"Orang akan undi parti atau calon, jadi sokongannya ada," katanya.

Ulasan -
Baru tahu Dyana penipu ? Banyak lagi penipuan Dyana Ane..kalau tak penipu mana boleh kawan DAP !

PERPECAHAN DAP DI TELUK INTAN SAMPAI KEMUNCAK !! KOR MING LUDAH KIT SIANG !!


Umum mengetahui bahawa DAP sedang berada dalam gelora. Ia dikatakan mula menjadi hangat apabila Nga Kor Meng dan Ngeh Koo Ham kecewa Kulasegaran Ipoh Barat masih menjadi calon pilihan Dinasti Lim.

Kemudian ia menjadi marak apabila Lim Kit Siang menamakan Setiausaha Politik beliau, Dyana Sofea sebagai calon PRK Bukit Bintang membelakangkan pemimpin Cina DAP di Teluk Intan. Maka tidak hairanlah jika kita dapati Kit Siang terpaksa bertungkus lumus berkempen sedangkan jentera DAP Perak hambar dan lesu.

Semalam aku rasa dah klimaks dah. Nga Kor Meng dan Ngeh Koo Ham buat sidang media yang pada aku macam simbah asid di muka Kit Siang. Kalau tak pun macam ludah muka Kit Siang . Korang tengok nih !

Aku rasa mengamuk Kit Siang. Ini sabotaj kelas tinggi. Yang tersurat macam Kor Meng dah bantai BN yang anjurkan sindikit judi. Tapi siapa nak percaya? BN dah hilang majoriti 2/3 lah. Kalau boleh ' berjudi ' tak kan BN sanggup hilang begitu banyak kerusi?

Nga Kor Ming dah timbulkan kemarahan masyarakat Cina Teluk Intan. Yang berjudi beria ia ni Cina. Melayu kalau ada berjudipun tak ramai. Kor Ming ' tegaskan' Cina sanggup korbankan apa saja demi duit.

Kor Ming dah letakkan maruah Cina seribu jer, (walaupun seribu itu contoh) . Kor Ming jugak timbulkan kemarahan golongan usahawan Cina yang berikan begitu banyak sumbangan selama ini dengan mengatakan ' DAP TAK ADA DUIT '. Padahal dalam setengah jam makan malam 27 ribu ringgit berjaya dipungut !

Aku rasa Cina dah hangat. Aku dengar ramai Cina tak nak keluar mengundi dan ini kelebihan kepada BN. Ayuhlah jentera UMNO/BN. Guna peluang ni. Bawak semua pengundi Melayu dan India keluar.

Kasi mampus itu DAP ini kali !


TOBATLAH PAKATAN TAK AKAN BACA NIH !!


Sama sama senyum..

                                                 Ketinggian hikmah yang Pakatan tak tau

KUALA LUMPUR - China telah berjanji tidak akan membiarkan Malaysia menghadapi insiden kehilangan MH370 pada 8 Mac lepas secara bersendirian.
Duta China di Malaysia, Huang Huikang berkata China komited untuk membantu serta percaya usaha Malaysia dalam menangani situasi berkenaan yang disifatkan sebagai komitmen konsisten dari awal lagi.

"Hubungan kami tidak pernah terjejas dengan sebarang insiden tunggal yang tidak diduga, malah menerusi kerjasama dalam menangani insiden itu, hubungan kami menjadi lebih rapat dan kukuh.

"Ini sekali lagi membuktikan kawan sebenar adalah kawan yang membantu ketika dalam kesusahan," katanya pada takilmat media sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia di sini, hari ini. 
MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac. 

Dua pertiga daripada penumpang yang menaiki pesawat jenis Boeing 777-200ER itu adalah warga China.
"Jika anda melihat kemajuan yang dicapai dalam menangani insiden itu, daripada awal lagi kerajaan China dan rakyatnya berdiri teguh bersama Malaysia," katanya. 
Huang berkata China telah menganjurkan operasi mencari dan menyelamat antarabangsa berskala besar dengan mengerakkan beberapa satelit, kapal laut dan pesawat. 

Beliau berkata China telah berusaha  keras untuk menangani insiden kehilangan MH370 kerana dua pertiga daripada penumpang adalah warganegara mereka. 
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan China..tidak kira berapa banyak perbelanjaan yang dikeluarkan, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu Malaysia," katanya. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat China dari 27 Mei hingga 1 Jun ini bagi memperingati sambutan ulang tahun itu. 
Huikang berkata kerajaan China telah memberi banyak perhatian kerana lawatan itu akan terus meningkatkan persefahaman dan memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara itu. - Bernama

Ulasan
Aku nak bagi kredit kepada DS Hishamuddin , Pemangku Menteri Pengangkutan yang mengepalai gerakan SAR MH370 di pihak Malaysia. Sesuatu yang diakui dunia sebagai amat luar biasa. Membuka dimensi baru bukan sahaja dalam lanskap penerbangan bahkan memberi sinar dalam hubungan Malaysia dan dunia. Paling menarik dan bermakna ialah bagai eratnya hubungan Malaysia- China, kuasa baru ekonomi dunia.
Kepada macai macai Pakatan, keluarlah daripada sangkar dan penjara marah, benci , dendam, dengki supaya boleh berfikir secara rasional. Yang dibelanjakan untuk Panda ialah 60 juta tetapi berapa harga yang boleh dibayar untuk persahabatan dan persaudaraan?
Baca kenyataan yang aku merahkan di atas , 
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan China..tidak kira berapa banyak perbelanjaan yang dikeluarkan, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu Malaysia," katanya. 

Ini dia. Sebab itu aku kata aku nak bagi kredit kepada Hishamuddin. Komunikasi berkesan, merendah diri menjadikannya antara tokoh terhebat 2014. Ini pengakuan pemimpin dunia. Alhamdulillah, aku harap Hishamuddin dapat teruskan usaha membangunkan diri. Lepas ini rasanya banyak duri ranjau perlu ditempuhi.

Sunday 25 May 2014

BONGKAR !!! LAGI KEZALIMAN KERAJAAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU TERDEDAH !!


Patutlah PAS bermati matian menolong DAP. Patutlah PAS sanggup putuskan silaturrahim dan mahu UMNO hancur binasa. Patutlah PAS dan Melayu PKR sanggup gadai Agama demi jayakan cita cita DAP mahu kuburkan UMNO.

UMNO sangat zalim kepada orang Melayu dan Bumiputera rupanya. UMNO parti yang sangat kejam. Aku baru sahaja menerima mesej daripada seorang teman lama menceritakan kekejaman Kerajaan UMNO terhadap umat Melayu dan Bumiputera.

" Salam..aku di Pontian ni, hantar anak aku masuk Matrik. Haramjadah. Patutlah DAP nak rampas kerajaan. Daripada 600 orang yang masuk, 5 orang Cina, 5 orang India.Ada bumi Sabah dan Sarawak. Duit poket 300 sebulan, tak payah bayar balik!
Aku heran macamana budak budak ni boleh sokong Pakatan ? "/


Ini bendanya. Ini baru satu contoh. Melambak lagi contoh lain. Ini benda mak bapak kena bercakap dengan anak anak. Kalau tidak kita akan mewujudkan masyarakat yang tidak bersyukur. Sekarang dia tak berterima kasih dengan Kerajaan. Bila dah berjaya, dah senang mereka akan lupakan mak bapak !

                                 Rumah orang yang anaknya tak mengenang budi !

Saturday 24 May 2014

USTAZ LAKUKAN SEKS LUAR TABII !





Namapun ustaz ! Lulusan agama, dia sendiripun dikatakan belajar dalam lingkungan agama.

Jadi kepada orang yang sampai sekarang tak percaya kepada mahkamah, dan kata ada orang lain masukkan

air mani seseorang ke dalam dubur seseorang yang lain, ini adalah bukti betapa ' luar tabii ' bukan sesuatu yang mustahil berlaku.

Kesimpulannya, tak payahlah turun demonstrasi selamatkan Anwar !


HARAMKAN SEMUA PRODUK CADBURY DARI RUMAH SEMUA UMAT ISLAM !!

 100  5 
Penjelasan isu Coklat Cadbury Dairy Milk ada mengandungi DNA Babi tersebar. Pengguna muslim terutamanya kini berasa was-was untuk menggunakan atau memakan produk coklat milik syarikat Cadbury berikutan tersebarnya salinan laporan ujian makmal yang mendakwa produk tersebut tercemar dengan bahan Porcein (DNA Babi) . Laporan ujian makmal yang bertarikh 27 Februari 2014 itu kini tersebar meluas mulai jumaat 23 Mei 2014 menerusi laman sosial. Pihak Cadbury Malaysia dalam kenyataan facebook rasmi menjelaskan bahawa produk mereka dijamin halal dan persediaan mengikut prosedur. Namun, surat media rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Mei 2014 mengesahkan Produk Cadbury mengandungi DNA babi. Pengguna dinasihatkan supaya menghentikan sementara memakan produk coklat Cadbury kerana pihak KKM telah mengesahkan penggunaan Porcine (Bahan dari Babi) dalam produk syarikat tersebut.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg16oRjpREbLhzP4nxOark7Rayq5QVbAagwAAk4PDHAfeA_JOEMEw7jCzKsM4aLsGCz-19rT0XeLEyBPz4hZEC7LaiY9xRwYBH3umSfAcqU8RwW39cyfF8ocziQphx5_k7lLdk_WFPYIqki/s1600/DSC_5020.JPG
Laporan Coklat Cadbury Dairy Milk Mengandungi DNA Babi
Berikut adalah laporan makmal yang mendakwa produk Cadbury Dairy Milk mengandungi DNA babi.
cadbury
KKM Sahkan Produk Cadbury Tercemar Porcine ( DNA Babi)
kkm
Penjelasan KKM Sahkan Produk Cadbury Mengandungi DNA Babi (TERKINI)
kesan
kesan-2


Sumber: Penjelasan Isu Coklat Cadbury Ada DNA Babi Tersebar | melvister.com - tqvm

Thursday 22 May 2014

MH370 - ANWAR KEKALKAN REPUTASI !


Sebenarnya satu dunia tahu siapa Anwar Ibrahim. Penipu tahap luarbiasa

Bahkan ianya jadi percakapan umum dalam negara. Bukan lawan sahaja, kawan kawannya percaya Anwar penipu besar . 
Maka mana mana stesen televisyen yang memanggil Anwar untuk diwawancara sebenarnya mempunyai nilai setara Anwar. Antaranya CNN yang menjadi bahan sindiran lawak Presiden Obama.
Terkini Australian Broadcasting Corporation ( ABC ) membuka gelanggang untuk Anwar Ibrahim menonjolkan dirinya sebagai penipu No 1 Malaysia.
Di sinilah MH370 menyerlahkan Anwar di pihak pembangkang dengan DS Hishamuddin yang mewakili Kerajaan UMNO/BN atas kedudukannya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

Hishamuddin selalu menyatakan ' saya melihat di dalam mata kaum keluarga penumpang dan krew MH370. Ada harapan yang tinggi yang menyebabkan saya berasa kuat untuk terus bersama sama pasukan saya melakukan apa sahaja untuk memenuhi harapan mereka '.

Anwar pula melihat inilah peluangnya untuk membuktikan kepada dunia betapa lemahnya kerajaan UMNO/BN yang selama ini ditentangnya.
Lihat kenyataan balas Kerajaan Malaysia terhadap dakwaan Anwar seperti yang tersiar dalam wawancara tersebut,

" Dakwaan Anwar bahawa senarai kargo dipadam atau disembunyikan adalah palsu.
Ketua Pembangkang itu secara berulang kali cuba memburukkan negara sendiri kepada media antarabangsa. Antaranya termasuk membayangkan pegawai Malaysia bersubahat dengan pengganas antarabangsa".

Tapi bukan semua perancangan kita dapat kita lakukan. Wawancara Anwar dengan ABC berakhir dengan pengakuan Anwar, apa sahaja yang didakwa dan dikatakannya tidak dapat disahkan sama sekali .

Maknanya sepanjang tempoh wawancara itu Anwar bercakap benda benda yang tiada keesahannya. Kah ! Kah ! Kah !

Dengan Hishamuddin wartawan ABC gagal nak perangkap sebab awal awal Hishamuddin dah blok. " Kalau nak tabur tohmahan, kena tabur ke seluruh dunia sebab 26 negara terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat MH 370 termasuk Auestralia dan USA".
Sesiapapun boleh menilai cara Hishamuddin mengikut apa yang ada dalam kepala masing masing tetapi sekurang kurang Hishamuddin tidak menyatakan sesuatu yang bersifat spekulatif seperti yang Anwar Ibrahim lakukan.


Akhirnya kita dengar apa kata Ayahanda Tun M...mudah jer kan.




Wednesday 21 May 2014

BONGKAR ! BEKAS AHLI PARLIMEN SKANDAL DENGAN BINI ORANG !!


  • Bekas MP berskandal isteri pegawaiAntara kiriman WhatsApp Datuk tersebut kepada isteri mangsa.
 1 / 1 
AMPANG - Bekas Ahli Parlimen dari Melaka bergelar Datuk didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa di negara ini.

Difahamkan hubungan terlarang itu bermula sejak lebih setahun lalu dan berterusan sehingga wanita berkenaan mendirikan rumah tangga dengan pegawai kanan terbabit pada November 2013.

Wanita berusia 44 tahun itu yang turut terlibat dalam politik, dikatakan 'diikat' Datuk berkenaan dengan pelbagai kemewahan seperti duit mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan, selain turut dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz.

Menurut sumber, perbuatan curang wanita itu yang juga seorang pemilik sebuah syarikat pembekal, berjaya dihidu suaminya selepas hampir sebulan mereka berkahwin.

Menurutnya, isteri pegawai terbabit kerap menyimpan telefon bimbit dan tidak membenarkan suaminya menyentuh, melihat sebarang mesej atau menjawab panggilan.

"Tindak-tanduk wanita itu semakin hari semakin mencurigakan dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Apabila ditanya, dia akan beri pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti bimbang maklumat atau rahsia sulit berkaitan politik terdedah.

"Isterinya kerap 'outstation' ke Melaka kononnya ada mesyuarat atau urusan politik. Sepanjang berada di sana, wanita itu langsung tidak menjawab panggilan," katanya.

Sumber berkata, perbuatan wanita itu terbongkar selepas suaminya ternampak mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' antara isterinya dan Datuk terbabit pada 27 Januari lalu ketika ke pusat beli-belah di Ampang.Sinar Harian


Ulasan -
Orang bertungkus lumus di Teluk Intan, bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk ini bermiang miang dengan orang. Kalau dia ni orang UMNO, dedahkan jer nama dia. Buat rosak imej parti. Nak gatal sangat, masuk PAS lah. UMNO bukan tempat orang gatal !

SELANGOR BERJAYA TIRU PULAU PINANG, USIR SAMBIL MENGHINA !!

Kira-kira 400 peneroka yang telah mengusahakan tanaman kelapa sawit di Kampung Seri Makmur, Bestari Jaya di Kuala Selangor sejak 40 tahun lepas, bakal kehilangan punca pendapatan apabila mereka diberikan notis pengosongan ladang oleh kerajaan negeri Selangor.
  
Satu-satunya jalan yang digunakan untuk membawa keluar hasil kelapa sawit mereka juga telah ditutup sejak dua bulan lepas.
  
Notis arahan pengosongan ladang daripada Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan) Kuala Selangor bertarikh 10 April 2014 meminta peneroka berkenaan berbuat demikian dalam masa 30 hari di mana tempoh itu telah pun berakhir 10 hari lalu.
  
Notis tersebut bagaimanapun tidak diserahkan kepada mereka dengan sempurna, sebaliknya hanya ditampal pada pokok kelapa sawit.
  
Wakil peneroka, Miswandi Mat Sah, 56, berkata peneroka sangat kecewa dan dalam dilema berikutan satu-satunya punca pendapatan mereka hilang sekelip mata selain tidak dapat mengeluarkan hasil tanaman sawit sejak dua bulan lepas.
  
"Kebanyakan kami sudah tua dan pencen, mana lagi nak diharapkan sumber pendapatan kalau kami diminta keluar dari tanah ini. Penduduk akur tanah ini adalah milik kerajaan negeri tapi bertimbang rasalah sikit sebab kami sudah usahakan cukup lama... lebih 40 tahun," katanya ketika ditemui di Kuala Selangor semalam.
  
Gan Chee Hong, 48, juga buntu apabila hasil kelapa sawit tidak dapat dikeluarkan lebih-lebih lagi pada masa sama, dia turut mengusahakan tanaman baru.
  
"Saya baru sahaja tanam anak kelapa sawit. Dahulu kerja ambil hasil kelapa sawit dan bila ada duit sikit saya pun teringin nak usahakan tanaman sebab menguntungkan tetapi bila laluan ditutup saya jadi bingung. Harap kerajaan negeri bagi muka kepada petani," katanya.
  
Sementara L.Krishnan, 68, pula berkata sebelum ini tiada pihak yang cuba menganggu atau meminta peneroka keluar dari tanah rizab kerajaan itu tetapi apabila pucuk pimpinan kerajaan negeri bertukar semuanya berubah.
  
Beliau kecewa kerana hasil kelapa sawit yang diusahakan seluas 12 hektar tidak dapat dinikmati anak cucunya.
  
"Dulu semua hutan saja dan masa kami meneroka tanah untuk tujuan tanaman, semua tak kacau. Masa itu memang susah sehingga terpaksa habis duit nak bersihkan hutan.
  
"Sekarang sudah cantik dan bersih, kami pula kena keluar... macam mana dengan hasil kelapa sawit kami? Mana kami mahu pergi? Inilah satu-satunya punca pendapatan pakcik sekeluarga," katanya.
  
ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata pihaknya turut kecewa dengan tindakan kerajaan negeri itu.
  
Beliau berkata difahamkan kerajaan negeri berbuat demikian atas alasan ladang seluas kira-kira 316 hektar itu sudah diambil alih dan tidak membenarkan mana-mana pihak memasukinya.
  
"Saya benar-benar kecewa kerana perkara sebegini tidak berlaku semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu. Sepatutnya kerajaan negeri mempertimbangkan nasib pekebun kecil ini kerana ini punca pendapatan mereka," katanya.

- Bernama
Ulasan :
Ada sedikit perbezaan sahaja. Kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tak halau Cina. Pulau Pinang hanya menghalau Melayu dan sedikit India. Syabas rakyat Selangor. Inilah kehebatan Pakatan yang selama ini dijunjung dijulang !
 

JANGAN PUKUL TONG DI TELUK INTAN !!


Kalau nak pakai cakap akulah. Tak usah palu gong atau tong di Teluk Intan. Nanti malu, bunyi kuat tapi hasilnya kosong.

l
Beberapa pemimpin UMNO dah mula keluarkan kenyataan yang akan mengganggu keghairahan jentera kempen BN keseluruhannya. Tengok contoh di bawah:-

" BN dijangka akan memenangi kerusi Teluk Intan kerana nampaknya pengundi Cina telah mula beralih semula kepada BN ". 

" BN mempunyai rahsia besar kemenangan BN kerana pada PRU 13 ada lebih 9 ribu orang pengundi puteh tidak keluar mengundi ".

Bandingkan pula dengan kenyataan Lim Kit Siang

" Kita turun sebagai under dog. Kita tahu kita menghadapi kesukaran. Sebab itu kita harap jentera kita akan bekerja dengan lebih kuat lagi ".

Membaca kenyataan di atas sahaja sudah dapat dilihat kesannya. UMNO seperti biasa suka mencetus suasana selesa, bertenang. Manakala DAP walaupun turun sebagai penyandang tetap mewujudkan ' suasana krisis, cemas '.

Maka tidak hairanlah jika kita nampak ' ala ala kadar ' gerakan UMNO di Teluk Intan dan hampir tiada gerakan komponen.
Masa masih ada walaupun sangat sedikit. Aku percaya jika seluruh tenaga digunakan, ada peluang yang sepatutnya kita rebut. Pilihan di tangan kita, jika kita memang benar benar mahukan kemenangan.


Juara hanya tercipta dengan pengorbanan dan usaha gigih !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...