Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 8 May 2014

PELIK PULAK KAWAN AKU NIH !!


Ini cerita pasal kawan kawan. Petang semalam masa minum minum petang di kedai mamak, kawan kawan merungut pasal UMNO. Sekarang ni musim mesyuarat cawangan cawangan.

Ada beberapa kerisauan timbul setelah hampir sebulan cawangan cawangan UMNO bermesyuarat.
1. Ada banyak cawangan Pemuda dan Puteri tidak bermesyuarat
2. Mesyuarat cawangan kebanyakannya cukup cukup korum.

UMNO jadi sangat ' dingin' dan kawan aku kata macam hilang nafsu. Bila kita kaji kaji, antara faktornya ialah kerana tiada pemilihan tahun ini. Berbanding tahun lalu, bila ada pemilihan, keadaan jadi sangat ghairah.

Dari pucuk sampai ke akar, orang UMNO hidup dan menghidupkan. Panas suasananya, semua berapi bersemangat. Bila dah selesai, senyap sunyi.

Berbanding parti pembangkang khasnya PAS, macam langit dan bumilah aktifnya. UMNO ni boleh dikatakan hanya berjumpa dalam Mesyuarat Cawangan, sekali setahun !

Agak pelik pada aku bila timbul ' cadangan ini '. Kata seorang kawan aku, dia nak mengadap Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menyatakan kerisauannya terhadap masa hadapan UMNO. Aku tanya kenapa Hishamuddin? Aku tanya sebab sebelum ini dia antara yang kata Hishamuddin tak berapa mampu nak jadi Naib Presiden.

Berbanding orang lain , Hishamuddin nampak sangat gigih bekerja tanpa mengira masa khasnya bila peristiwa MH 370 berlaku. Baru nampak Hishamuddin ni macam mana orangnya. Dia kagum dengan kemampuan Hishamuddin berhadapan dengan orang ramai khasnya wartawan antarabangsa.

Dia akui calang calang orang, dah tumbang dah sebenarnya !

Kawan aku kata, untuk betulkan UMNO kena ada orang yang boleh kerja 24 jam sehari, boleh tak balik rumah berminggu minggu, boleh turun ke ceruk desa tanpa majlis rasmi. Ia pelukan orang yang tak ada tanjak sangat, boleh merendah diri.

Kerja hidupkan balik 'roh UMNO', menurut kawan aku akan lebih mencabar daripada MH370 sebab UMNO melibatkan jutaan manusia, jutaan pula ragamnya.

Paling penting, tokoh ini tidak bekerja untuk popularkan diri sendiri dan sentiasa ingat betapa dia ada ketua yang wajib dipatuhi...

13 comments:

  1. Salam saudara,
    Di cawangan saya ahli terpaksa diambil di rumah untuk cukupkan korum.

    ReplyDelete
  2. Tak ada peliknya. Memang jeadaan UMNO mencemaskan.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju sangat kalau Datuk Hishamuddin diamanahkan mengetuai gerakan memulihkan Umno sebab nampak prestasi cemerlang beliau akhir akhir ini

    ReplyDelete
  4. Saya juga bimbang. Tak tau Umno wujud atau tidak di tempat saya.

    ReplyDelete
  5. UMNO perlukan transformasi. Bukan sahaja sebagai organisasi tetapi lebih daripada itu pemimpin dan ahlinya perlukan transformasi. Saya setuju jika DS Hishamuddin diberikan tanggungjawab ini sebab nampak keberkesanan beliau kebelakangan ini. Ia mesti dilakukan secara bersungguh sungguh sebab PRU 14 semakin dekat.

    ReplyDelete
  6. Ramai orang yang aku jumpa cakap benda yang sama. Umno macam tak ujud.

    ReplyDelete
  7. Elok sangat kalau benda ini sampai ke atas. Ketua Bahagian asyik cakap benda baik sedangkan yang berlaku sebaliknya. Cerita yang benar kepada pucuk pimpinan supaya tindakan dapat dibuat. Saya sokong DS Hishamuddin jadi kepala sebab transformasi pemilihan dulu di bawah dia.

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya ada ahli umno macam dah patah hati. Tak mau lagi terlibat sebab tak nampak ada kesungguhan. Yang aktif kerajaan, umno tidur .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno aktif. Buat rombongan ke Medan, Vietnam, China. Tapi yg pegi AJK Bahagian. Di tempat saya, kami berpakat PRU 14 nanti, kami nak relak. Biar AJK Bahagian yang bekerja.

      Delete
  9. UMNO tidak akan bertambah baik jika kita saling tuduh menuduh. Betul jika kita sarankan DS Hishamuddin untuk mengetuai gerakan memulihkan UMNO. Tapi pemimpin lain perlu berlapang dada sebab saya perhatikan semasa pemilihan yang lalu pemimpin terlalu berebut jawatan. Ini bukan contoh yang baik. Kita di bawahpun dapat menilai sebenarnya siapa bekerja untuk popularkan diri sendiri siapa bekerja untuk parti.

    ReplyDelete
  10. UMNO ini parti lama, sedikit sebanyak prestasinya menurun. Lebih baik kita lakukan penambahbaikan daripada salah menyalah antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  11. Datuk Hisham dah tunjuk keikhlasan. Walaupun dapat undi paling rendah Naib Presiden, Datuk Hisham nampaknya tampil lebih hebat sekarang.

    ReplyDelete
  12. Ramai yang negatif dengan Umno sebab Umno sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...