Boikot Barangan DAP
Sunday, 18 May 2014
PRK TELUK INTAN, GARIS PENAMAT BAGI NAJIB !
Matlamat akhir mana mana parti politik ialah memenangi pilihanraya tidak kira samada
pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum. Dengan kemenanganlah kuasa diperolehi dan akhirnya dapat memerintah dan melaksanakan segala dasar dan perancangan.
Apabila ada pemimpin UMNO menyatakan bahawa kerusi Parlimen Teluk Intan ditandingi oleh Presiden Gerakan atas faktor menghormati tradisi dan persefahaman
Barisan Nasional, aku sebenarnya berasa bimbang.
UMNO masih terpenjara dalam retorik ' tradisi dan persefahaman' yang sebenarnya hampir kepada ' hidung tak mancung, pipi tersorong sorong'. Aku letih membayangkan UMNO akan bermati matian berkempen sedangkan Gerakan dan MCA gagal walaupun untuk memberikan senarai ahli mereka.
Aku berharap kepada Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak agar menjadikan Teluk Intan ini sebagai ' kerusi terakhir ' bagi toleransi yang merugikan. Berpada padalah berbudi bahasa kerana orang orang UMNO sangat tidak gembira dengan cara ini.
UMNO telah dimalukan pada PRU 12, disabotaj sekali lagi pada PRU 13. Kebimbangan aku ialah akhirnya akar umbi berasa bosan dengan pucuk pimpinan. Terlalu takut kepada Cina, sangat merendah diri dan hampir kepada hina sebenarnya.
" DS Najib seorang yang baik, teliti dan amat cermat "., kata seorang Menteri kepada aku dan teman teman tidak lama selepas PRU 13. Tentunya DS Najib akan melihat dari segala sudut, baik buruknya sesuatu keputusan yang dibuat. Aku harap dalam penelitian DS Najib jangan abaikan perasaan umat Melayu yang marhain di bawah.
Satu lagi harapan aku ialah semoga tidak berlaku lambakan budi Kerajaan UMNO/BN kepada pengundi Cina. Biar mereka mengundi kerana kesetiaan mereka. Biar mereka mengundi kerana pilihan mereka.
Aku benar benar berharap, apapun keputusan PRK Teluk Intan, selepas ini DS Najib akan kembali memimpin Umat Melayu menuju puncak, mengembalikan maruah dan harga diri. Berpadalah berharap, merayu kepada yang tak sudi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Akan ada lambakan. Comfirm !
ReplyDeleteAda peluang untuk menang jika jentera BN bergerak secara berkesan. Ada konflik dalaman sedang melanda DAP Perak
ReplyDeleteNak letak atas bahu najibpun tak kena aku rasa. Seluruh ahli dan pimpinan Umno wajib bertanggungjawab
ReplyDeleteMelayu berpecah belah. Ini kesannya
ReplyDeleteJika najib mahukan perubahan inilah masanya. Sempat lagi nak ngadap 2018
ReplyDeleteaku rasa pengundi2 cina termasuk ahli DAP akan beri undi pada gerakan, ini sbg kuasa tawar menawar org cina dlm BN@ najib, menekan najib dr dalam dlm soal2 islam@hudud, ekstrimis melayu@ISMA,Perkasa.
ReplyDeleteNajib naik syok bila BN menang di teluk anson, lalu dilayan segala mak nenek kehendak dn nafsu cina dlm realiti mereka sekarang @ malaysiaan malaysia.
napa plan cina begini sbb dlm UMNO nampaknya segala kehendak najib tak da langsung bangkangan oleh ahli MT2. Inilah peluang cina mainkan najib ikut kehendak mereka, so Teluk anson mesti diberi kemenangan pada mah@bapak gerakan yg jelas menghina? menentang hudud
Anon 0144, pandangan boleh diterima. Apapun kita harap Najib tak ghairah dengan sorak sorai, palsu.
ReplyDelete