Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 30 May 2014

KALAU TAK KERANA TIBA TIBA TENAT , ORANG PAS TAK TAHU PRESIDEN MEREKA BERCUTI !

Haji Hadi turun sekejap ke Teluk Intan setelah jentera PAS antara nak tak nak sokong Dyana. Selepas memuji Dyana dan enggan mengulas sebarang isu berkaitan Islam Haji Hadi bertemu jentera PAS.

Haji Hadi mahu jentera PAS bekerja sekeras mungkin bagi memenangkan calon pilihan Lim Kit Siang. Maka mulalah jentera PAS bekerja dengan separuh hati. Haji Hadi hilang...

Tiba tiba timbul ' berita ' Haji Hadi dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki. Percayalah macai akan diberitahu Haji Hadi ke Turki kerana jemputan Kerajaan Turki atau jemputan mana mana pertubuhan Islam tersohor...tak pelah. Macai pasti percaya dan berasa bangga...

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital Istanbul, sebentar tadi.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.

"Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya. - Sumber PAS


Sebagai seorang Islam, mari kita sama sama berdoa. Moga Allah berikan kesembuhan.

2 comments:

  1. Anak buah disuruh bertungkus lumus pemimpin berehat

    ReplyDelete
  2. Nak suruh orang umno yang di kafirkan berdoa ker. Take berkat tau. , pas tuih.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...