Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday, 7 May 2014

GUNA MEDIA SOSIAL RANCANG RAKAN DIROGOL !!


                                                   Gambar hiasan


London: Hanya kerana tidak sebulu dengan rakan sekerjanya, seorang wanita merancang helah untuk membalas dendam.
Caranya - Joanne Berry menyamar sebagai rakannya itu dan mendaftar di beberapa laman sesawang sembang, termasuk kategori lucah. 
Joanne, 30, kemudian mempamerkan dirinya sebagai wanita yang dahagakan seks. 
Dia juga merangsang ahli lain di laman sesawang berkenaan dengan menyamar kononnya mengidamkan pengalaman dirogol. 
Mahkamah Maidstone diberitahu, pekerja pentadbiran itu kemudian mengajak lelaki yang melayan perbualannya itu supaya datang ‘ke rumahnya’ untuk memenuhi keinginan dirogol. 
Namun tanpa diketahui lelaki terbabit Joanne memberi nama, nombor telefon dan alamat rakan yang didendaminya. 

Pendakwa Andrew Espley berkata, seorang lelaki Dean Hicks mengetuk pintu rumah mangsa berdasarkan alamat diberi Joanne untuk melakonkan fantasi seks seperti dibincangkan. 

“Joanne memang berniat memastikan rakannya itu dirogol dengan memasuki pelbagai laman sembang seks dengan menyamar sebagai mangsa. 

“Dia kemudian memberikan nama, alamat dan nombor plet kereta mangsa yang diletakkan di luar kediaman itu untuk memastikan lelaki terbabit memasuki rumah wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya. 

Menurutnya, Joanne menyimpan dendam selepas bergaduh dengan rakannya itu sekitar Mac 2012. 

Dokumen mahkamah menyatakan Joanne membuat dakwaan palsu bahawa dirinya mangsa rogol. 

Atas dasar simpati, mangsa cuba memberi sokongan namun mereka bertengkar selepas wanita berkenaan menuduh Joanne sekadar mahukan perhatian apabila enggan bekerjasama dengan polis.

Tertuduh kemudian melemparkan pelbagai tuduhan terhadap mangsa termasuk melalui pesanan ringkas mendakwa wanita itu tidak boleh dipercayai dan menyebabkan Joanne dipecat. 

Beberapa hari kemudian kakak mangsa yang tinggal bersamanya membuka pintu rumah selepas diketuk kuat beberapa kali sebelum melihat seorang lelaki di luar. 

“Dia mendakwa bersembang dengan mangsa sepanjang hari namun kakak mangsa menyangka dia sekadar tersalah alamat. 

“Lelaki itu kemudian beredar tetapi kakak mangsa menemui pesanan ditinggalkan di telefon rumahnya daripada lelaki berbeza. 

“Keesokannya mangsa sendiri berada di rumah ketika Hicks mengetuk pintu. Dia terkejut apabila Hicks cuba menyerangnya namun lelaki itu menganggap itu yang diminta dalam sesi sembang mereka,” katanya. 

Kata Espley, Hicks menyedari ada sesuatu tidak kena apabila mangsa menjerit meminta bantuan dan cuba menghalangnya masuk. 

“Hicks terus memberitahu mangsa mengenai sesi sembang dan fantasi seks yang diceritakan sebelum mendedahkan dia turut diarahkan meminta maklumat mengenai Joanne selepas selesai melakukan fantasi berkenaan,” katanya. 

Joanne ditangkap kira-kira sebulan kemudian. - Agensi

1 comment:

  1. Ada orang guna pisau potong daging, ada orang guna pisau potong orang !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...