Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 31 December 2013

TERIMA KASIH YB RAZ !


Selamat Tahun Baru 2014. Semoga ALLAH rahmati kita semua. Aku sebenarnya tidak ghairah dengan sambutan tahun baru. Umur makin banyak maknanya bakinya dan makin kurang.

Aku tertarik dengan komen seseorang yang menamakan dirinya Yb Raz dalam artikel aku terdahulu. Dia kata aku blogger Pro Hishamuddin
( DS Hishamuddin Hussein ), Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan.

Aku tabek Yb Raz. Aku tak tau dan tak peduli kecondongannya tapi aku suka caranya. Dia membaca hati perut aku, melontarkannya dan tidak pulak menghukum. Aku rasa dia ni orang cerdik dan hormat pendirian orang lain.

Biar aku terus terang. Aku dah lama memerhatikan dunia politik dan telahan aku selalu betul. Aku bukannya orang terkenal dan Hishamuddin langsung tak kenal aku pun.

Jangkaan aku UMNO/ BN akan kekal memerintah negara sekurang kurangnya untuk puluhan tahun lagi. Pembangkang akan kekal membangkang dengan DAP menjadi unsur dominan.

PAS dan PKR akan sentiasa turun naik kerana mereka tidak pernah jelas dan teguh dengan sesuatu prinsip. Ini berbeza dengan DAP yang dari awal sentiasa dengan perjuangan ' mengangkat Cina dan menjatuhkan Melayu'.

Hishamuddin berumur awal 50an. Beliau antara yang paling lama dalam saf kepimpinan UMNO dan Kerajaan. Laluannya berduri walaupun beliau anak Perdana Menteri dan cucu pejuang kemerdekaan.

Beliau telah teruji dalam kerajaan dan dalam UMNO sendiri. Walaupun sukar, beliau melepasi ujian ujian tersebut dan aku yakin beliau sentiasa belajar. Suka atau tidak kita kena akui betapa sebahagian daripada transformasi UMNO adalah hasil tangannya.

Jika kita bertanya kepada aktivis atau pemimpin UMNO, mereka akan akui Hishamuddin mempunyai pendekatan akar umbi walaupun beliau lahir elit.
Mesra dan tanpa syarat. Mudah didekati dan seorang pendengar yang mesra.

Ini ciri pemimpin alaf baru. Rakyat tidak suka pemimpin yang ' nampak hebat dan berusaha nampak hebat '. Cakap bodohnya, rakyat  suka 
pemimpin bila bersalam genggam tangan, kemudian kelihatan macam kenal kita dah lama.

Orang UMNO tahu inilah ciri ciri Hishamuddin. Sebagai Menteri Hishamuddin sebenarnya melakukan banyak perkara. Cuma imej Hishamuddin tercalar sewaktu menjadi Menteri Dalam Negeri.

Tetapi sekarang segalanya terjawab. Bila Perhimpunan Guling berlangsung juga, orang mula tahu mengambil tindakan bukan semudah membuat pengumuman dalam Perhimpunan UMNO.

Rakyat sedar rupa rupanya sukar mengambil tindakan tindakan tertentu.
Berbanding Hishamuddin, Zahid tidak dikatakan gagal kerana rakyat khasnya orang UMNO sudah mula faham tidak mudah menarik rambut dalam tepung.

Aku mempunyai keyakinan Hishamuddin telah teradun dalam rencah politik pelbagai kaum di negara kita. Menjadi kerajaan ketika pembangkang mempunyai banyak senjata tidak sama seperti menjadi kerajaan dalam keadaan selesa.

Inilah antara faktor mengapa aku ' pro ' Hishamuddin. Aku tahu beliau akan naik walaupun beliau tidak nampak ghairah untuk naikkan dirinya.

Percaya kepada aku, orang yang nampak ghairah sangat nak naik akhirnya tak kan naik. Anwar Ibrahim, Musa Hitam, Tengku Razaliegh adalah antara contohnya. Lihat pulak macamana akhirnya Tun ( Dr ) Mahathir akhirnya menjadi PM dan Presiden UMNO.

Kepada pembaca blog aku, aku nak maklumkan memang aku pro Hishamuddin dan aku tak pernah kecewa atau marah jika ada orang lain berbeza dengan aku. 


Sunday, 29 December 2013

KHAIRY KENA BELAJAR BENDA NIH !!


Tak payah riuh rendah. Tak perlu sidang media besar besar. Gunakan segala kekuatan yang ada, yang paling utama matlamat politik tercapai.

Aku petik laporan akhbar semalam...22000 orang sukarelawan pelbagai kaum telah mendaftar sebagai anggota Skuad Muda 1JPJ . Mereka ini berfungsi untuk melaporkan sebarang kesalahan lalulintas yang dilakukan kepada Penguatkuasa JPJ.

Mereka mencatat kelajuan dan mengambil gambar kenderaan terlibat dan melapor terus kepada penguatkuasa samada di ibu pejabat atau yang bertugas bersama mereka.

Benda macam ini pada aku amat simple. Beberapa objektif dapat dicapai secara bersama...

1. Kita dapat membentuk satu kumpulan yang bertanggungjawab, patuh undang undang dan berjiwa sukarela. 

2.  Kita dapat menjalin hubungan dengan anggota Skuad yang rata rata anak muda dan mereka adalah pengundi. Bila mereka rasa mereka diperlukan, dihargai maka mereka akan bangga dan menjadi sebahagian daripada kita. Masa inilah nilai
patriotisme, kasih negara bangsa boleh diterap. Dah tentu bila nilai ini tertanam dia tak akan pergi kepada PAS atau DAP dan PKR yang selalu subur nilai bencinya.

Ini yang dikatakan pemikiran tahap tinggi. Bijak. Khairy kena belajar benda ni. Dia jaga belia dan sukan. Ini lubuk anak muda yang akan jadi faktor penentu menang kalah PRU 14.

Tapi Khairy kena bersedia jadi macam Hishamuddin. Skuad Muda 1JPJ ini idea Hishamuddin, Pemangku Menteri Pengangkutan. Tapi tak nampakpun dia nak sorong sorong muka nak dapat publisiti.

Kalau fikir kepentingan peribadi, nak jadi popular mungkin program jadi tak popular.
Tapi kalau fikirkan parti dan kerajaan untuk dipertahankan, aku rasa Kementerian Khairy antara yang terpenting.

Akupun bukan nak kata Hishamuddin ni sempurna. Nabi Muhammad manusia sempurna terakhir yang kita ada. Tapi aku rasa kerja buat Hishamuddin khasnya kebelakangan ini banyak memberi kesan baik kepada kerajaan.

Bila nama kerajaan wangi, UMNO dapatlah kesannya. Ini Kerajaan UMNO. Peranan tentera dalam membantu mangsa banjir misalnya, sampai sekarang orang masih bercakap.

Ini bendanya. Ini kebijaksanaannya. Usah terperangkap dengan rentak tari pembangkang, akhirnya kerja sendiri terbengkalai...





Khairy perlu belajar, kalau tidak dia mungkin popular tetapi UMNO tidak mendapat apa apa faedah daripadanya. Jadi seperti Hishamuddin, nama mungkin tidak sebesar mana tetapi Kerajaan UMNO mendapat laba .



Friday, 27 December 2013

BOSS TENTERA DAH PERLI, MENTERI PERTAHANAN SENYAP JER !!


Inilah pentingnya keamanan dan kestabilan negara. Keampuhan politik. Berbeza ideologi politik adalah halal dalam sistem demokrasi berparlimen. Tapi menggunakan
kacau bilau sebagai kaedah mencapai cita cita politik amat merbahaya kepada 
keamanan negara.



Tengok apa berlaku di Thailand. Merah naik Kuning mengamuk, Kuning naik Merah berdemo. Akhirnya tak selesai selesai. Kehidupan jadi sangat terganggu, huru hara.

Pembangunan yang sepatutnya bergerak pantas tiba tiba terbantut. Usahlah kata hidup boleh diteruskan macam biasa. Pejabat banyak yang tutup, orang berniaga tak berani bukak kedai. Emak ayah tak bagi anak anak ke sekolah.

Kesudahannya Ketua Tentera boleh sindir Kerajaan dan Pembangkang sekali gus.
Jeneral Prayuth Chan-ocha mengingatkan pihak bertelagah bahawa tentera telah 11 kali berjaya melakukan rampasan kuasa. Cuma belum nak rampas lagi jer.

Menteri hatta Perdana Menteri pun tak berani nak keluar kenyataan sebab bila bercakap jer orang balun. Bercakap jer orang balun.

Ini kelebihan Malaysia yang kita patut syukuri. Kerajaan pilihan rakyat dihormati majoriti rakyat. Polis atau tentera berdiri di atas landasan mereka sebagai kakitangan kerajaan.

Benda ini yang pembangkang tak boleh terima. Mereka kata polis dan tentera perkakas kerajaan. Memanglah, dah memang kakitangan kerajaan pun. Tak kan kakitangan kerajaan nak mengguling kerajaan pulak. 

Mereka menjalankan tugas dan taat kepada Kerajaan semasa. Nanti bila pembangkang memerintah ( tak mungkinlah ! ) mereka akan taat pulak kepada kerajaan ketika itu.

Jadi aku dah bercakap dengan anak anak muda. Kita ada sistem. Patuhi sistem yang ada dan insyaallah negara akan aman...


Thursday, 26 December 2013

NOTA TERBUKA KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN...


Aku membuat catatan ini dengan kepercayaan bahawa amat sukar untuk berjumpa bersemuka dengan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Aku nampak Khairy sangat aktif sebagai Menteri dan agak perlahan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Kerja kerajaan nampaknya telah menghalang Khairy daripada melaksanakan kerja kepartian dengan berkesan.

Akhir akhir ini ada kecenderungan Pemuda UMNO satu negara untuk membuat laporan polis. Hampir setiap hari ada sahaja laporan dibuat oleh Pemuda UMNO .
Paling rajin Pemuda UMNO Bahagian dalam Negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Aku ingin menyarankan Pemuda UMNO agar lebih pro aktif. Kalau kita tengok ada banyak gerakan ( Bersih/ TURUN ) digerakkan oleh anak anak muda yang condong kepada pembangkang.

Pemuda UMNO tidak cukup sekadar bersembunyi di belakang Polis. Pemuda UMNO WAJIB turun bertemu anak muda. Beri mereka penerangan, ajak mereka bersama
memperjuangkan nasib Orang Melayu khasnya anak muda dengan kaedah yang betul.

Pemuda UMNO setakat ini berada dalam kelompok sendiri. Tidak melata, tidak berakar umbi. Aku tengok program pembangkang di kampung kampung, penuh anak muda. Mana program Pemuda UMNO ?

Pembangkang sangat 'empati' . Mereka masuk ke dalam diri anak muda di kampung kampung. Tak tau betul atau tidak, mereka seakan akan merasai kesukaran anak muda. Ini politik dan mereka berjaya.

Aku mintak maaf Khairy, aku rasa setakat ini Pemuda UMNO telah gagal !


Wednesday, 25 December 2013

EDMUND HILLARY @ TENZING NORGAY


AKU NAK KELUAR SIKIT DARIPADA '  KEBINGITAN ' POLITIK. LETIH DAN SEDIKIT PELIK POLITIK MALAYSIA NIH ! ADA PERKARA PATUT DITANGANI SECARA POLITIK TIDAK DITANGANI DENGAN POLITIK. ADA PERSOALAN UNDANG UNDANG DIJAWAB SECARA POLITIK.

KITA SEDANG MENANTI TAHUN BARU 2014. SALAH SATU ANUGERAH TERBESAR ALLAH TAALA KEPADA KITA IALAH ALLAH RAHSIAKAN TAKDIRNYA AGAR KITA BERUSAHA SEBAIK MUNGKIN, MENCAPAI APA SAJA YANG KITA INGINKAN.

DEMIKIANLAH EDMUND HILLARY DAN TENZING NORGAY. SEWAKTU MEREKA BERCAKAP TENTANG NIAT MEREKA UNTUK MENAKLUK PUNCAK EVEREST, TIADA SEORANGPUN YANG MEMBERI RANGSANGAN.

SEMUA ORANG YANG RAPAT DENGAN MEREKA MELARANG KERANA DIKATAKAN TIADA SEORANGPUN YANG MENCUBA DAPAT PULANG DENGAN SELAMAT. MATI !

TETAPI KEDUA DUA MANUSIA BIASA INI MEMPUNYAI KEINGINAN DAN CITA CITA YANG SANGAT TINGGI, JELAS DAN LUAR BIASA BERANINYA. MEREKA TIDAK TERGANGGU DENGAN PANDANGAN ORANG LAIN, YANG IKHLAS DAN YANG SINIS.

MEREKA BERLATIH SECARA LUAR BIASA. MEREKA MENGKAJI SEGALA ASPEK BERKAITAN. MEREKA MENJAGA PEMAKANAN. HAMPIR SEMUA BUKIT DAN GUNUNG DIDAKI. MEREKA PANTANG MENDENGAR KESUKARAN, MEREKA SANGAT INGIN KEPADA KESUKARAN ITU.

MEREKA MENCUBA, GAGAL DAN MENCUBA LAGI. AKHIRNYA PADA TANGGAL 2 JUN 1953, NAMA EDMUND HILLARY DAN TENZING NORGAY DIWARTAKAN KE SELURUH DUNIA SEBAGAI MANUSIA PERTAMA SAMPAI KE PUNCAK TERTINGGI DUNIA, PUNCAK EVEREST.

KENAPA INI YANG AKU TULIS. KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG INGIN KE PUNCAK ADA BEBERAPA SYARAT YANG WAJIB DIPATUHI. KEINGINAN TINGGI YANG JELAS, KEGIGIHAN USAHA , PENGORBANAN, KEMAHIRAN DAN KEPAKARAN.

AKU AMAT PASTI, SEPENUHNYA...DALAM KEADAAN SELESA SESEORANG TIDAK AKAN MENCAPAI PUNCAK CITA CITA, PERCAYALAH !

                                Mereka manusia biasa yang berjiwa luar biasa.

Saturday, 21 December 2013

PENEMBAK TEPAT !


Tanpa lensa atau lampu limpah...

Aku dengar tokoh ini tidak bercuti sewaktu mendapat rawatan jantung di hospital.Laporan dua puluh empat jam diminta berkaitan banjir besar yang melanda Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor. Arahan langsung juga dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi membantu kelancaran bantuan kepada mangsa.

Hasilnya,  sumbangan Anggota Tentera Malaysia menjadi buah mulut bukan sahaja mangsa banjir bahkan seluruh masyarakat Malaysia. Datuk Seri Hishamuddin Hussein dikatakan mesra media tetapi tidak ghairah publisiti.

Aku suka gambar di atas. Sangat ' tajam maknanya '..sangat mendidik jika kita mahu belajar dan berfikir. 

Kita, UMNO dan Kerajaan berada dalam keadaan sukar. Pergilah ke mana mana pada bila bila masa. Jika ada perbualan maka sebahagian daripada perbualan itu ialah cerita tentang kesukaran dan kepayahan hidup rakyat. Dan di atas segala punca, kerajaanlah yang dipersalahkan.

Datuk Seri Hishamuddin adalah pemimpin masa depan. Terimalah kenyataan. Pakej telah dianugerahkan. Lambat atau cepat, hanyalah masa. Aku berada di akar dan kadangkala merangkak ke ranting, aku tahu harapan dan keinginan akar umbi.

Seperti menembak, memimpin juga perlukan beberapa syarat yang sama. Matlamat atau target mesti jelas supaya bidikan kita tepat. Aku mintak maaf, tapi aku harap Hishamuddin ada kesanggupan untuk mengorbankan masa dan tenaga demi agama, bangsa dan tanahair.

Seperti menembak, memimpin juga perlu tumpuan dan fokus yang tinggi. Akan ada gangguan. Barangkali penembak di kiri kanan, mungkin tiupan angin atau mungkin juga gangguan dari dalam fikiran sendiri. Jika pemimpin gagal fokus besar kemungkinan usaha yang dibuat tidak akan berhasil atau tersasar. Aku tak mahu memberikan contoh kegagalan ini.

Seperti menembak, memimpin juga perlukan latihan. Formal atau tidak formal. Aku rasa Hishamddin tidak menghadapi masalah dari sudut ini. Lahir dalam keluarga pemimpin. Aku rasa Hishamuddin menyaksikan dan menghayati kehidupan pemimpin sejak lahir lagi. Dan Hishamuddin juga telah lama teruji sebagai pemimpin.

Aku jangka, Hishamuddin tidak akan menerima amanah negara ini dalam keadaan selesa. Segalanya kian keras dan mencabar. Rakyat sekarang dan di masa hadapan bukan rakyat tahun 60an atau 70an yang serba redha dan menerima apa yang ada.

Pemimpin juga kena mempunyai ' kekuatan ' tersendiri. Kental, teguh dan berani.
Aku percaya selepas beberapa ujian dan latihan , Hishamuddin akan tampil lebih segar, lebih yakin. Rakyat sedang menunggu penawar bagi segala keresahan.










INI JER KEMAMPUAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG !



                 Berkumpul dekat dekat. Wartawan nak ambil gambar...


                     Ok...ready..satu..dua...tiga !



                      Silakan ! Silakan ! Teruskan buat laporan polis !

Aku tidak berniat untuk memperkecilkan kemampuan pihak polis. Tetapi aku percaya ada keperluan lebih besar yang perlu dilaksanakan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Kalau setakat mencari cari dalam blog dan facebook isu isu tertentu kemudian buat laporan polis, ini bukan kerja politiklah . Mereka wajib mendaftarkan pengundi baru.

Mereka perlu merancang bagaimana mahu memindahkan pengundi UMNO daripada kubu DAP ke kawasan UMNO mungkin menang. Bukit Mertajam, Jelutung, Bagan adalah kawasan yang hampir mustahil UMNO menang.

Pindahkan pengundi kita. Aku dengar kerja memindahkan pengundi ini giat dilakukan oleh DAP ke kawasan majoriti Melayu dengan tujuan untuk mempastikan UMNO terus lupus di Pulau Pinang. 

Maaflah. Usah ghairah publisiti. Hari hari masuk akhbar, negeri tergadai tak da maknanya !


Thursday, 19 December 2013

KALAU BENAR INI IDEA PENASIHAT, MAKNANYA SEKALI LAGI PM KITA MENERIMA NASIHAT YANG SALAH !


Aku tak tahu samada benar segala dasar, tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO/BN selama ini dilaksanakan setelah ianya dibahas dan dibincangkan oleh sekumpulan penasihat Perdana Menteri yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam pelbagai bidang.

Dikatakan juga penasihat Perdana Menteri ini amat dipercayai oleh Perdana Menteri mengalahkan sekalian Menteri dan Timbalan Menteri termasuk pegawai tertinggi Kerajaan UMNO/BN.

Baru baru ini dalam satu perbincangan kedai kopi dengan kawan kawan aku, ada yang menimbulkan pandangan. Katanya " Sekarang ini memang rakyat tengah marah Kerajaan tapi Najib ni bijak, nanti dekat Pilihanraya Umum 14, Najib akan lambakkan macam macam peruntukan dan kemarahan rakyat akan reda serta mereka akan mengundi UMNO/BN ".

Aku malas nak berhujah di kedai kopi. Aku mengiayakan jer apa yang kawan aku katakan. Tapi aku ada pandangan berbeza.

Sekarang ni aku jangka UMNO masih belum secara serius mendaftar pengundi baru. UMNO dari dulu pemalas dan bersikap tunggu orang datang. 
Tapi kita dapat melihat pembangkang sejak selesai PRU 13 telah mula mendaftarkan pengundi baru.

Aku amat yakin, pengundi baru ini ghairah mendaftar kerana ' rasa marah atas kekejaman Kerajaan UMNO/BN'. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah isu utama nasional sekarang ini.

Perasaan ini pasti akan terus terusan dibajai oleh pembangkang sepanjang masa hinggalah PRU 14. Kemarahan, kebencian yang subur ini tidak mungkin akan dapat diubah dengan peruntukan 1000/2000 ringgit.

Jika benar Penasihat PM mengatakan sedikit imbuhan akan menyejukkan hati pengundi, sekali lagi ini andaian yang tidak bijak. Untuk PRU 14 aku jangkakan Kerajaan Pakatan akan memberikan imbuhan lebih besar kepada rakyat di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Mereka akan tunjukkan betapa mereka lebih bertimbangrasa.

Sekali lagi, pada PRU 14 anak anak yang pulang dari rantau akan balik dan menceritakan betapa ' deritanya ' kehidupan mereka di bandar kerana kos hidup yang tinggi. Anak anak ini akan membawa pula pelbagai makalah, poster tentang kebaikan kerajaan Pakatan.

Pada PRU 13 baru baru ni, Mak Limah, Pak Ali , Leha Janda hujung kampung tak rasa susah sangat. Tapi mulai sekarang sampailah PRU14 semua barang akan naik harga dan harga getah dan kelapa sawit akan terus turun. Mereka mendengar jaminan akan  ' lapang ' jika sanggup mengubah Kerajaan.

Aku rasa sedikit sebanyak undi saluran 1 dan 2 akan merosot. Kita sedang bercakap tentang manusia. Apa kesudahannya, lepas susah..susah, lepas susah..susah.

Jadi aku nak rumuskan nasihat yang ini sama juga seperti nasihat nasihat yang lalu adalah sampah yang menyebabkan wabak penyakit akan menular, membawa maut.




                          Jika tak berubah, Najibpun akan jadi macam Mat Nisfu...

Tuesday, 17 December 2013

JOM KITA SEKOLAHKAN HISHAMUDDIN !


Aku tidak bermaksud DS Najib kena turun. Aku nampak Najib masih berupaya memimpin parti dan kerajaan. Aku juga tidak bermaksud Tan Seri Muhyiddin tidak mampu menjadi Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri.


Pada aku mereka adalah gandingan yang mantap dan tulus. Masing masing berada di atas tapak yang jelas berbanding semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan kepada Tun Mahathir. Bahkan Anwar pernah dikatakan lebih PM daripada PM.


Cuma aku percaya kepada ' latihan dan pembentukan karektor'. Pemimpin mesti dilatih dan dipersiapkan. Pemimpin kena ada kesedaran bahawa satu hari dia akan jadi pemimpin. Ini kaedah yang dibawa oleh Rasulullah.

Walaupun tidak menamakan satu persatu penggantinya, namun umat Islam tahu siapa yang Rasulullah yakini untuk memimpin umat Islam. Inilah yang aku cuba nak katakan.

UMNO mempunyai ramai tokoh yang mempunyai kebolehan. Sebagai parti yang dominan dan lama , UMNO sentiasa merupakan makmal yang membina dan membangunkan pemimpin.

Tetapi jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO hanya satu. Maka kita wajib menentukan siapakah Perdana Menteri dan Presiden UMNO selepas ini.

Aku nampak salah seorang tokoh yang boleh kita persiapkan ialah Hishamuddin Hussein. Beliau lama dalam UMNO dan lama juga dalam kerajaan. Untuk orang yang seusia dengannya ( 52 tahun ), Hishamuddin paling lama dalam kerajaan dan parti.

Hishamuddin antara pemimpin yang dilihat sederhana. Tidak ada tindakannya yang boleh menyebabkan beliau ' terpaksa diketepikan '. Beliau tidak kelihatan ultra Melayu atau kelihatan terlalu terbuka.

Hishamuddin tidak pernah terpalit dengan sebarang ' isu peribadi '. Tidak ada sebarang berita buruk tentang ahli keluarganya. Umum menyedari Hishamuddin dikatakan ' agak mengawal ' anak anaknya. Dan barangkali itu antara faktor mengapa beliau mendapat cucu dalam usia agak muda.

Benar, Hishamuddin pernah ditohmah dengan pelbagai tohmahan. Namun aku percaya sebahagian daripada tohmahan itu adalah kesan perasaan dikhianati orang Melayu dalam PRU 12. Hishamuddin menanggung tempiasnya. Kemudian keadaan menjadi lebih parah apabila berlaku pemilihan dalam parti.

Ini semua boleh diperbetulkan jika kita berikan beliau ruang. Bahkan pembetulan telah beliau lakukan melalui tindakan cemerlang dalam kes Lahat Datu dan bagaimana beliau menjaga kebajikan anggota tentera serta kaum keluarga mereka.

Aku nampak ada dua kehebatan yang Hishamuddin berjaya tampilkan dalam beberapa ketika kebelakangan ini. Transformasi dalam UMNO dan penglibatan angkatan tentera dalam membantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan baru baru ini.

Hishamuddin manusia biasa dan aku akui beliau tidak sempurna. Namun aku percaya jika ahli UMNO berpakat, berikan sokongan, berikan teguran, insyaallah Hishamuddin akan muncul sebagai pemimpin besar. Beliau telah banyak diuji dan hakikatnya beliau berjaya melepasi ujian walaupun kita sendiri kadang kala berasa semacam sebahagian daripada ujian itu amat berat untuk didepani.

                               Tidak pernah guna pendekatan populis...


Monday, 16 December 2013

RAKYAT MAHUKAN KERAJAAN YANG BERKUASA !


Bukan Kerajaan Yang Dikuasai...

Pada zaman pentadbiran Tun Mahathirpun, negara pernah terganggu dengan pelbagai gangguan. Harga barangan dan perkhidmatan pernah naik.

Pada ketika itu, rakyat dapat melihat pelbagai usaha untuk membantu rakyat. Aku rasa rakyatpun bukanlah ' terlalu lemah ' untuk memahami keperluan untuk melakukan adjustment.

Yang melukakan hati rakyat ialah apabila ' kerajaan ' dilihat seperti bermain main dengan emosi rakyat . Seperti sengaja mahu merosakkan hati rakyat.

Yang lebih terkena kesannya ialah pemimpin UMNO di akar umbi. Tidak ada jawapan yang boleh diberikan apabila kerajaan seolah olah ' bersama ' golongan perniagaan dan sama sekali mengabaikan rakyat terbanyak.

Aku nak bagi analisis bodo jer...

1. Harga gula naik
2. Harga ayam naik
3. Harga ikan naik
4. Harga sayur naik
5. Tarif elektrik naik
6. Tol akan naik

7. Harga rokok naik ( Ini takpelah, mudharatnya besar dari manfaat )


Menteri menteri yang menjawab bagi pihak kerajaan seolah olah menjawab bagi pihak pedagang dan peniaga. Kita pulak tahu sangat kumpulan pedagang dan peniaga ini rata rata menyokong pembangkang.

Jadi mula kedengaran suara di akar umbi, apa sedang berlaku sebenarnya. Setiap hari akhbar bercerita tentang kebangkitan ekonomi, kemasukan pelabur, penurunan inflasi, perdapatan per kapita melonjak. Tapi yang berlaku rakyat terbanyak sedang mengalami kesukaran hidup.

Maka orang UMNO yang selama ini amat bangga dengan kerajaan dan bertungkus lumus mempertahankannya mula rasa curiga dan bertanya, kerajaan ini sebenarnya berkuasa atau tidak ?


Bukan Ustaz Kazim Jer Balun Nik Aziz dan Haji Hadi..



Prof ini jugak bukan pemimpin UMNO. Aku percaya dia nak selamatkan Umat Islam daripada terus terpedaya.

Saturday, 14 December 2013

TALKIN UNTUK UMNO !




Kubur...lambang akhir hidup kita. Kasih macam manapun kita pada seseorang, bila dia dah mati maka putuslah hubungan kita dengan dia. Sama juga , kasih macam manapun orang pada kita, bila kita mati, kita akan dimasukkan dalam kubur !

UMNOpun macam itu. Ampun maaflah. Presiden UMNO pun mengaku, UMNO tidak kebal. Golkar, Kongres, LDP semua dah berkubur. Yang masih kekal, UMNO.

Itupun aku rasa tak lama dah. UMNO dah tunjuk ' buang tebiatnya '.

Tanda paling nyata ialah bila UMNO yang jadi tunjang Kerajaan dah tak pedulikan rakyat. Hilang kuasa. Lemah. Korang bayangkan, kenaikan harga barangpun tak boleh kawal.

Itu tak pe lagi. Kita tuduh Cina DAP sabotaj. Naik harga barang.

Perkhidmatan ? Lektrik, tol ? Ini GLC..Kerajaan punya. Minyak ?

Rakyat bosan. Serius. Aku hari hari bergelumang dengan orang kampung. Dulu kalau aku test, " UMNO ni karutlah ! "..siap aku kena balun. Sekarang orang kampung yang cakap .." Apa ni. Harga getah tak naik naik. Harga barang naik tak henti henti".

Orang mula tanya, tak kan kerajaan tak boleh buat apa kot ?

Benda kedua yang aku tengok ialah kecenderungan pemimpin untuk bermain dengan isu. Cari isu, korek isu. Sekarang ni tengah serang Mat Sabu. Buat pendedahan. Ada faedah ke? Tak de lah.

Apa yang UMNO tak dedah tentang Anwar Ibrahim. Siap dengan video lagi. Tapi kalahkah Anwar dan PKR ? Tak juga. Tak cukup dengan UMNO tarik pulak NGO.

Maka surat khabarpun bagi ruang. Popularlah tokoh tokoh NGO nih . Naik ke undi UMNO ? Tak.

Undi UMNO akan naik jika UMNO selam hati nurani rakyat. Fahami mereka. Rakyat susah sekarang. Pendapatan tak dapat tampung perbelanjaan. Kerajaan UMNO kena tengok benda ni.

Bagi 500 RM setahun, kalau sehari hanya 1.50 RM jer. Jangan megah sangat bagi orang kampung banyak itu. Orang kampung kecik hati. Bagi tokeh macam macam bisnes, bagi orang kampung dua tiga kupang.

UMNO kena daftar pengundi baru. PRU 14 ni pengundi mudanya 50%. Kalau UMNO tak berubah, pengundi saluran 1 dan 2 pasti merosot. Pengundi saluran 4 dan 5 pulak didaftarkan oleh DAP dan PKR.

Aku tengok bersorak bukan main kuat dalam PAU. Setakat sorak kita tak kan menang pilihanraya. Aku malas nak tulis lagi benda benda macam gini, tapi aku takut nak hadir majlis Talkin untuk UMNO selepas PRU 14 !


Sebenarnya aku tak sanggup tengok UMNO ditalkinkan...

Friday, 13 December 2013

ZAHID DAH DAPAT APA DIA NAK, UMNO ?


Berita muka hadapan Utusan Malaysia hari ini, terpantak ' Saya tak gentar- Zahid '. Ada nota kecil sebagai sokongan...

1. Sedia hadapi Mat Sabu di mahkamah

2. Mahu dedah lebih banyak maklumat


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar dengan tindakan undang undang yang mahu diambil oleh Mat Sabu ke atasnya berikutan pendedahan yang dilakukan terhadap tokoh berkenaan.

" Saya tahu kebenaran mengenai pendedahan ini( syiah ). Mat Sabu juga tahu kebenarannya dan begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain ,"Kata Zahid.

Aku merahkan ' pendedahan ' kerana pada pendapat aku tiada pendedahanpun dalam 10 perkara yang dilaporkan. Ini percakapan umum sejak sekian lama.

Zahid dah capai matlamat dia. Sekarang dia lebih popular daripada tokoh tokoh lain termasuk Muhyiddin. Popular dalam UMNO. 

Tapi adakah pendedahan ini dan pendedahan lain yang berkaitan dengannya menguntungkan UMNO ? Pada aku tiada apa apa untungnya kepada parti.

Sebelum PRU 12, UMNO mendedahkan terlalu banyak ' perkara ' berkaitan Anwar, banyak sangat. Aku fikir pada masa itu, ' habislah Nuar'.

UMNO tidak belajar. Sebelum PRU 13, banyak juga pendedahan. Tak cukup dengan UMNO, NGO pun tolong dedah.

Hebatkah UMNO pada PRU 12 dan PRU 13? Tidak. Bukan itu cara untuk menangkan parti dalam pilihanraya. UMNO kena fokus kepada pengundi.

Dah betullah UMNO kena merasai denyut nadi rakyat. Betul sangat, tapi UMNO tak buat itu. UMNO harap ia akan menang bila pembangkang bermasalah.

Hakikatnya UMNO pernah silap menjangka. Kali ini aku nampak UMNO nak ulang kesilapannya. UMNO terpesona dengan isu sehingga banyak masa dihabiskan untuk itu.

Zahid dah menang Naib Presiden dengan undi tertinggi. Cukuplah. Jawatan Naib tu tanggungjawab utamanya ialah ' popularkan'parti di hati rakyat. Ini perlukan usaha.

Izinkan aku bertanya, dah bermulakah usaha itu ?





AKU NI GILA BABI SOKONG UMNO, TAPI BAB INI AKU BERSAMA PAS !


Betul ! Selama ini aku tak pernah ke pasar. Bukan sahaja harga ikan aku tak tau, bahkan jenis jenis ikanpun aku tak kenal. Semua bergantung dengan bini aku. Aku ni apa yang dihidang, aku makan.




Hari ini tiba tiba rasa nak ngikut bini aku. Wow !! Ikan kembung RM 15.00
udang sederhana RM 30 sekilo.  Ayam Hassan Malik RM 9.00 sekilo.

Mak datuk !! Lepas pergi pasar, minum kedai mamak. Milo ais RM 2.50 segelas, roti canai kosong RM 1.00.

Ini benda bodoh aku cakap nih ! Tiada pilihan selagi kita bernyawa, kita kena makan. Aku tak nak bercakap benda benda di luar keperluan.

Mana DS Najib hah ! Kata ' orang kampung ' ada dalam hati dia. Turun tengoklah apa yang berlaku di bawah ni. Orang kampung tak tau NKRA, Pendapatan Per Kapita.

Orang kampung hanya tahu, kalau hujan tak dapat menoreh. Kalau tak menoreh, tak de duit. Tak de duit, apa nak dimakan.

Aku nak cakap benda mudah sangat. Benda ni jer modal PAS sekarang ni.
Tak payah cakap tinggi tinggi sebab ini masalah orang kampung sekarang.

Aku cakap teranglah. Orang tak kisahpun kalau Mat Sabu tu syiah. Mat Sabu bukan mengacau dia. Yang nak heboh sangat orang politik. Itupun aku rasa sehari dua ni senyaplah.

Najib kena tengoklah kenaikan harga barang ni. Bukan kata satu dua barang. Semuanya naik. Semua !

Hujan turun hari hari. Seminggu dua ni budak nak masuk sekolah. Orang kampung tengah duduk menung atas tangga, mikir, mana nak cari duit.

Aku nak buat pengumuman kat Najib...Yob mari turun ke bawah. Melambak orang Melayu susah !


Thursday, 12 December 2013

HISHAMUDDIN TIDAK HADIR PAU KERANA TAKUT DIBOO ! TEORI SPESIS NIK AZIZ DAN ANWAR IBRAHIM !!


Bersangka buruk, mencipta sesuatu pembohongan dan percaya bahawa pembohongan itu benar bukan budaya UMNO. Sebab itu bila ada kawan aku tulis , dia dengar cakap cakap Hishamuddin akan diboo oleh perwakilan UMNO, aku jangka cakap cakap ini dicetuskan oleh pembangkang untuk merosakkan nama baik UMNO.


Teori ini seterusnya mengatakan kerana takutlah Hishamuddin berpura pura sakit dan masuk hospital. Aku tak fikir perwakilan UMNO tergamak buat begitu kepada Hishamuddin. Ini bukan cara UMNO.

Bukankah dalam sejarah Khairy Jamaluddin pernah diboo ? Benar tapi bukan atas sebab pertandingan semata mata. Perwakilan UMNO yang bersidang pada tahun 2009 dalam keadaan hati luka.

1. Kita mengalami keputusan terburuk dalam PRU 12.
2. Pada ketika itu Pak Lah ( mertua Khairy ) dilihat memberi terlalu
    banyak kuasa kepada Khairy dan budak Tingkat 4.
3. Pak Lah pula telah dilihat mengambil pendekatan ' tidak hormat'
    kepada Tun Mahathir yang jadi idola seluruh ahli UMNO
4. Khairy kebetulan bertanding menentang anak Tun Mahathir dan 
    keputusannya diragui oleh ramai perwakilan dan ahli UMNO.
5. Khairy dikatakan ' melonjak' terlalu cepat sehingga dikatakan
    tidak hormat kepada pimpinan UMNO yang lain.

Ini latarnya. Ini situasinya ketika itu. Ini juga bezanya antara kedua dua tokoh tersebut. Selain ' sesuatu ' yang diciptakan Hishamuddin tidak ada sebab untuk dimarahi oleh perwakilan dan ahli UMNO. Ahli UMNO matang dan percaya tiada seorangpun sempurna.

Sekiranya Hishamuddin takut, aku jangka beliau tidak akan bertanding. Tohmahan terhadap beliau telah bermula lama sebelum pemilihan.

Dalam masa yang sama UMNO telah melalui transformasi. Mentaliti dan sikap UMNO sedikit sebanyak telah berubah. Melainkan besar benar dosanya, UMNO tidak akan malukan pemimpin secara terbuka.

Sebagai pemimpin Hishamuddin telah menempuh banyak cabaran. Beliau tidak naik secara lonjakan saujana sebaliknya melalui tangga tangga tertentu.

Kalau cakap cakap ini diteruskan, aku rasa ia bukan sahaja percubaan untuk malukan Hishamuddin tetapi lebih daripada itu cuba memperlekeh kematangan UMNO.




Wednesday, 11 December 2013

PANAS !! TAN SERI MUHYIDDIN YASSIN AKAN LEPASKAN JAWATAN DALAM MASA TERDEKAT !


Ini sebenarnya berita yang tersebar secara bisik bisik sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini. Aku sendiri tak tau sejauh mana kebenarannya. 



Setahu aku Muhyiddin agak bersih dari sudut isu. Keluarganya jarang diperkatakan. Isterinya pula dikatakan amat disenangi kerana kesederhanaannya. Anak anak Muhyiddin jarang dapat liputan media.

Dari sudut politik, Muhyiddin dilihat sentiasa berada di landasan. Amat menghormati Ketua dan amat disegani oleh orang bawah. Cuma sebagai Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin menunjukkan dengan jelas ' diri
Melayunya'. 


Muhyiddin keturunan ulama . Ini dikatakan sebagai salah satu faktor mengapa ia mahu melepaskan jawatan pada umur sebelum 70 tahun
( sekarang 66 tahun ). Beliau dikatakan mahu menyambung usaha dakwah yang dijalankan oleh arwah datuknya...

Hakikatnya Muhyiddin telah korbankan lebih separuh daripada umurnya untuk parti dan negara. Jasa Muhyiddin tidak terhitung. Pada waktu negara terumbang ambing di zaman Pak Lah, Muhyiddin telah selamatkan keadaan.

Jika Muhyiddin fikir mahu berehat dan beri tumpuan kepada 'kehidupan berkeluarga ', aku fikir Muhyiddin berhak kerana jika beliau berhenti, beliau berhenti sebagai bintang yang masih bersinar...


Monday, 9 December 2013

INI YANG RAKYAT KENA TAHU TENTANG HISHAMUDDIN !


Tetiba pulak teringat pada Hishamuddin Hussein. Bila ada kawan aku tulis kata Hishamuddin nak berhenti merokok, aku rasa dah elok sangat dah tu. Tapi bila bila aku terserempak dengan Hishamuddin ni, aku akan hulur juga. Test dia.

Sesuatu yang ramai orang tak tau, Hishamuddin ni bila kita bertembung dengan dia, kita boleh bersembang macam kita dah kenal dia lama. Dia akan layan kita macam dia kenal kita padahal itulah kali pertama bertemu.

Aku dapat tahu, Hishamuddin ni memang kaki merokok. Dulu masa pembangkang tengah berusaha nak tumbangkan kerajaan dengan macam macam perhimpunan, perarakan Hishamuddinlah yang menangani situasi ini. Masa inilah dia merokok tak henti henti.

Kita nampak macam mudah. Sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh individu atau kumpulan berkepentingan, ia tak mungkin berakhir dengan aman. Kita tengok di Mesir, Yaman, Syria dan banyak negara lagi.

Yang tengah bergelora sekarang ini, Thailand. Sudah beberapa nyawa terkorban. Ramai yang cedera. Berjuta kerugian ditanggung. Ekonomi terancam. Thailand yang dikatakan syurga pelancongan, kini jadi negara yang kurang dikunjungi.





Kerajaan bertukar ganti dengan mudah dalam jangka masa yang singkat. Ini menyukarkan usaha pembangunan negara bangsa dilakukan. Hari ini Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mengumumkan Parlimen dibubarkan bagi mengadakan Pilihanraya sekali lagi.



Ini tidak pula mengamankan Thailand sebaliknya petang ini perhimpunan besar besaran diadakan, kali ini nak minta pilihanraya segera dijalankan.



Sewaktu Siri  Perhimpunan Bersih diadakan, aku yakin matlamat mereka ialah menjatuhkan kerajaan sedia ada. Hakikatnya ada orang yang gila gila nak jugak jadi Perdana Menteri tetapi tahu tak boleh melalui cara demokrasi. Orang ini menghasut, menanam dan menyuburkan kebencian.

Inilah kebijaksanaan Hishamuddin. Ada kaedah dan caranya tersendiri. Pembangkang dapat berhimpun dan kerajaan tidak jatuh kerananya. Tapi kita tak pernah bertanya Hishamuddin, apa yang dilakukan sehingga pembangkang tidak ada sebab bahkan tidak ada keberanian untuk terus berdemonstrasi.

Ini kelebihan Hishamuddin, sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri, aku rasa ia tempoh yang amat sukar. Penyokong dan penentang kadang kala sama sama tak berpuas hati dengannya.

Namun hakikat yang wajib kita akui, Hishamuddin berjaya menangani segalanya dan kita kekal aman. Tahniah dan terima kasihlah Hisham. Tak payah isytiharpun, kita tau kemampuan Hishamuddin.



Saturday, 7 December 2013

ZAHID ANIAYA JAMIL KHIR ?


Maaflah. Aku bukan tak suka orangnya. Aku tak sokong caranya !

Korang tengok ni ...

Maka terkial kiallah Jamil Khir nak bertindak ' atas kuasa ' yang Zahid berikan.
Kalau Mat Sabu saman Zahid, cerita akan jadi mudah. Mahkamah buat keputusan. Tapi hati kecil aku kata, Mat Sabu tak akan saman.

Kalau Mat Sabu tak saman, berjuta umat Islam menunggu apa tindakan yang Jamil Khir akan buat. 
Aku nak bagi pandangan sikit. DS Zahid tak perlu buat benda benda ' ghairah' macam gini. Aku bimbang kalau tiada tindakan dapat diambil, UMNO akan dikatakan kaki fitnah. Dah sama macam PAS lah...apa kata korang ?

Thursday, 5 December 2013

CETUSAN IDEA HISHAMUDDIN MANTAPKAN PERBAHASAN...



Tidak hadir perhimpunan kerana nasihat doktor, namun hasil usaha dan kerja keras telah dimanfaatkan sepenuhnya. Begitulah pemimpin berjiwa besar, UMNO didahulukan rakyat diuatamakan. Seperti kata ramai teman teman, Hishamuddin pekerja senyap. Sedar sedar hasil tangan telah menjadi...DISINI

Tuesday, 3 December 2013

BEREHATLAH DATUK SERI, GENDANG PERANG BELUM DIPALU.


Aku rasa aku boleh faham perasaan DS Hishamuddin Hussein, Naib Presiden UMNO, Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan. Bercampur baur. Badan di hospital, jiwa raga di PWTC.

Perhimpunan Agung UMNO telah bermula. Sebagai bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah pasti Hishamuddin ini berada di dalam Dewan Persidangan Pemuda, berdiri di hadapan mereka. Merasakan apakah perjuangan Pemuda masih berbahang.

Sebagai Naib Presiden UMNO, kita tahu Hishamuddin amat rapat dengan Wanita dan Puteri. Sudah tentu ia ingin menjabat tangan Wanita dan Puteri dan bertukar salam.

Aku harap Hishamuddin bersabar. Penyakit ' sempit arteri ' hanya bahaya jika gagal dikesan awal. Ia akan beri kesan besar kepada jantung. Bersyukurlah Allah berikan signal. Maknanya Hishamuddin akan pulih setelah mendapat rawatan.

Usah bimbang. Sebenar setiap Perhimpunan UMNO penting tetapi aku yakin Perhimpunan tahun ini bukan perhimpunan terakhir sebelum PRU 14. Perhimpunan ini hanya meletak kerja.

Perhimpunan selepas ini mulai 2014 hinggalah 2017 adalah Perhimpunan yang amat penting kerana kita akan menghadapi PRU 14 pada 2018.

Berehatlah untuk tahun ini. Para penyokong amat memahami. Selepas ini aku harap Hishamuddin akan bangkit lebih gagah, kuat demi Agama, Bangsa dan Tanahair.



KALAU ESOK PRU 14, UCAPAN TS MUHYIDDIN TIDAK AKAN MENAMBAH UNDI !


Maaf, aku tidak pandai berlakon. Aku  percaya para perwakilan yang ditemuramah oleh media akan memuji ucapan Perasmian YAB Timbalan Presiden Parti yang juga Timbalan Perdana Menteri sewaktu merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sebentar tadi.

Aku dalam masa yang sama amat memahami ini UCAPAN PERASMIAN. Ia barangkali patut ' begitu ' bentuknya. Namun Timbalan Presiden UMNO adalah juga Timbalan Perdana Menteri. Maka kerana itu barangkali aku mengharapkan sesuatu yang lebih tepat, objektif dan memujuk.

Agaknya aku setara Pak Mamat hujung kampung, atau Mak Leha di baruh.Tujuh iniasiatif Perkasa Ekonomi Bumiputera yang di sampaikan gagal aku fahami. Aku yakin juga jiran tetangga aku di kampung, turut tidak faham walaupun mata tidak berkelip mendengar ucapan tadi.

Aku tidak pasti apa pulak penerimaan para perwakilan. Entah entah sama macam aku. Yang aku nampak exco pemuda di belakang Muhyiddin beberapa kali membetulkan songkok. Tiada seorangpun mencatat apa apa.

UMNO dikatakan tunjang kerajaan. UMNO tak boleh naikkan harga getah, kerajaan boleh. UMNO tak boleh kawal harga barang, kerajaan boleh. UMNO tak pernah bagi biasiswa, kerajaan pernah bagi dulu tetapi dah kurang sekarang.

Harapan aku  dan orang UMNO agar ucapan sesiapapun dalam Perhimpunan kali ini menampakkan UMNO dan Kerajaan memahami dan ikut merasai resah gelisah umat Melayu.

Orang UMNO mahu UMNO mempastikan bahawa rakyat tidak dibebani dengan kos hidup yang amat tinggi. Inisiatif ke 7 yang disebutkan oleh Muhyiddin dah nampak macam dah faham masalah sebenar. Tapi ' penyelesaian' yang dicadangkan pasti tidak menyeluruh, tidak akan dapat dicapai dalam setahun dua ini.

Pada pandangan aku, ucapan Muhyiddin agak umum. Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri diharap akan menjadikannya bermakna bila mereka berbahas nanti.

Tak payah cakap tinggi tinggi. Suarakan ' rasa hati umat Melayu '. Tak lalulah dengar retorik, slogan tapi hidup makin lama makin susah. 

Sampai masa menyelesaikan masalah.Kita nak mengadap PRU 14. Orang Melayu dah tolong UMNO. Ini masa UMNO kotakan segala janji, bukan buat janji yang baru...




Monday, 2 December 2013

PENTING !! KENYATAAN MEDIA PEJABAT MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA.


Kuala Lumpur 2 Disember 2013.
Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menjalani pemeriksaan kesihatan pada tengahari tadi. Semasa pemeriksaan, doktor pakar telah mendapati salah satu arteri beliau mengalami kesempitan.

Sehubungan itu , doktor telah menjalankan prosedur angioplasti dengan segera dan ianya telah dilaksanakan dengan jayanya pada jam tiga petang tadi. Ingin dimaklumkan doktor telah mengarahkan agar Dato' Seri berehat di hospital buat masa ini.

Keadaan beliau adalah stabil.

Catatan : Korang bayangkan betapa sibuknya Dato' Seri sehingga tidak sedar penyakit yang sedang dihidapi. Inilah pemimpin kita, berkhidmat untuk rakyat sehingga kesihatan diri terabai...Semoga Allah segerakan kesembuhannya..

Saturday, 30 November 2013

PROGRAM TINGKATKAN SYIAR ISLAM LGE, MEMANCING DALAM MASJID !


Betullah. Kadang kadang kita kena lebih terbuka. Jangan nampak Lim Guan Eng terus nampak Cina DAP yang biadab dan kurang ajar. Memang tepatlah Ustaz Mat Sabu gelar Lim Guan Eng, Khalifah Umar Abd Aziz.

Berita Harian, 27 November - 

Aktiviti memancing bukan hanya dilakukan  di sungai atau di laut, tetapi juga dalam masjid ! Apa yang berlaku ada individu mengambil kesempatan ' memancing' wang dalam tabung di dalam masjid dengan menggunakan lidi bersalut gam.

Beberapa masjid di Georgetown, Pulau Pinang termasuk Masjid Jamek Kampung Rawa turut menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab terutama pada waktu tengahamalam.

Pengerusi Masjid itu, Ahmad Azhari Hamzah, berkata Ahli Jawatankuasa kariah masjid berkenaan terpaksa turun padang menjalankan rondaan bagi membendung gejala itu...

Mesti Mat Sabu tambah kagum kan...


He..he..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...