Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 31 January 2014

BEGITU KETUA PEMUDA...PATUTLAH !


Aku sebenarnya tidak begitu mengenali Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS yang baru. Cuma selepas menang Ketua Pemuda, aku dengar Suhaizan gagal menyatukan Pemuda PAS sehingga beliau bermasalah nak menyusun Exco Pemuda.


Malam tadi aku berkesempatan menonton Rancangan Dialog, TV 1 yang menampilkan Suhaizan sebagai ahli panel bersama Arman Azhar, bekas Wira Perkasa dan Dato' Rais Hussin ,penganalisis politik.

Isunya ialah PRK Kajang dengan perantara Syed Munawar.

He..he..boleh dikatakan Suhaizan kena ' rebuslah '. Banyak kenyataan beliau menampakkan ' kekeliruannya'. Suhaizan amat lemah menjawab persoalan yang ditimbulkan dan kesannya dia telah membocorkan banyak maklumat yang kalau orang lain tak cakaplah.

1. Lim Guan Eng tahu perancangan Anwar Ibrahim ( awalnya ) Bila Dato' Rais kata Guan Eng berbohong kepada rakyat kerana mengatakan tidak tahu dalam sidang media, tiba tiba Suhaizan kata " Sebenarnya telah ada perbincangan, tapi yang dipanggil berbincang hanya pemimpin utama setiap parti ". Maksudnya Lim Guan Eng bukan pemimpin utama DAP.

2.  ( Awalnya ) Suhaizan mengatakan bahawa Pemuda PAS hanya bersetuju Anwar menjadi calon PRK Kajang bukan Menteri Besar . Tetapi kemudiannya beliau menyatakan jika Majlis Tertinggi Pakatan bersetuju, maka Pemuda juga akan bersetuju.

3.  Suhaizan awalnya menyatakan Tan Seri Khalid tidak sesuai menjadi Menteri Besar, tak cukup kelayakan tetapi akhirnya bertukar kepada perlukan bantuan.

Banyak lagilah perkara yang menyebabkan aku buat kesimpulan bahawa Suhaizan ini memang amat lemah dan kurang upaya. Goyang dan tidak jelas. Sepanjang sesi Dato' Rais banyak kali membuktikan Anwar adalah seorang penipu dan Suhaizan sedikitpun tidak membantah. Maknanya Pemuda PAS bersetuju dan redha orang tidak bermoral menjadi Menteri Besar di negeri Selangor.

Selepas habis program Dialog ini, aku dapat buat rumusan. Patutlah PAS dengan mudah ditawan dan ditakluk oleh Anwar. Mereka sebenarnya miskin pimpinan berwibawa. Suhaizan adalah salah satu buktinya !


                                                                     Dato' Rais



KALAU NAK BERTANDING JUGAK..


PRK Kajang pasti akan berlangsung. Kalau BN tak letak  calon, aku yakin akan ada calon bebas bertanding. Maka kalau BN nak letakkan calon, aku harap :-

1. Calon BN eloklah diwakili oleh MCA. Umumnya ini adalah kerusi tradisi mereka.
Lagipun MCA baru lepas pemilihan parti. Leow Tiong Lai dan Wee Ka Siong adalah pemimpin baru MCA. Dulu Cina MCA khianat kononnya kerana pimpinannya ketika itu tercalar dengan skandal yang diakuinya.


Kononnya ahli MCA berasa kalau mereka sokong MCA, maknanya mereka subahat dengan 'maksiat' Presiden MCA ketika itu.

2.  Aku merayu kepada BN tolonglah jangan lambakkan Cina Cina ini dengan peruntukan yang melampau. Samada mereka sokong atau tidak, mereka mesti dilayan sama macam orang lain. Aku bimbang jika layanan 5 bintang diberikan kepada orang Cina, orang Melayu dan India akan berjauh hati.

3.  Aku harap pihak berkuasa akan bertegas kali ini. Sebarang bentuk provokasi dan penghinaan tidak boleh dibiarkan berlaku. Sebagai contoh bila ada pihak menaja kumpulan tertentu untuk BOO Perdana Menteri. Tangkap, siasat, bicara dan sumbat ke dalam penjara.

Aku jangka Anwar akan menang PRK ini dengan pertambahan majoriti. DAP akan pastikan peningkatan berlaku sebab mereka nak tunjukkan kepada seluruh negara bahawa Anwar tetap menjadi ' pujaan hati' rakyat.

Mereka tunjukkan setiakawan mereka sebab mereka boleh jadikan Anwar alat paling berkesan untuk pecah belahkan umat Melayu. Apapun terpulanglah..cuma moga moga pilihanraya olok olok ini tidak melekakan kepimpinan UMNO untuk terus berusaha keras memenangi PRU 14.


Monday 27 January 2014

KALAU BENAR KAWAN AKU KATA...


Serius ! Kawan aku kata Hishamuddin Hussein adalah pendengar yang baik. Kawan aku adalah ketua Pemuda Bahagian sewaktu Hishamuddin menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sebenarnya aku dengar tentang kemahiran melayan Hishamuddin ni dah lama. Sesiapa sahaja boleh berjumpa dan bercakap dengannya jika masa yang disusun betul dan sesuai dengan jadual kerjanya.

Atas keyakinan itu aku ingin melontarkan pandangan kepada Hishamuddin, Menteri Pertahanan yang menjaga dan menjayakan Program Latihan Khidmat Negara( PLKN).

Selama ini aku rasa Kerajaan begitu lurus. Bila buat undang undang tak boleh berpolitik dalam kampus, UMNO pun tak masuk ke kampus kampus IPTA/IPTS.
Ruang ini diisi dengan rakusnya oleh Parti Pembangkang, khasnya PAS. Mereka beruntung walaupun mahasiswa ini ditanggung oleh Kerajaan UMNO.

Aku percaya perkara yang sama berlaku kepada peserta PLKN. Kajian aku, sejak dimulakan pada 2004, Kerajaan khasnya UMNO tidak pernah menggunakan program ini untuk survival politik UMNO. Rugilah kita...berbilion ringgit dibelanjakan tapi laba politik tidak kita perolehi.

Yang dah lepas biarkanlah terlepas. Tapi yang akan datang, jangan dibiarkan tanpa diadun dan dicanai menjadi penyokong kita. Apa salahnya ? Kaji modul latihan. Aku tengok, kalau modul ini dilaksanakan dengan berkesan dan jujur, anak anak ini akan keluar sebagai penyokong kita.

Pembinaan sahsiah, membina dan memperkukuh negara bangsa, membangun patriotisma, menyubur nilai murni dan banyak lagi. Jika benar benar didedahkan maka aku yakin sangat kita akan dapat melatih dan melahirkan pengundi pengundi kita.

Jadi apa yang aku harap daripada DS Hishamuddin, jika masih pendengar yang baik seperti dahulu...

1. Pastikan modul yang telah dirangka dilaksanakan dengan tepat, berkesan

2. Pastikan pegawai, fasilitator, jurulatih mempunyai ' jiwa UMNO ' tulen.

Usah lagi ' lurus ' dan pembangkang mencuri peluang. Kalau kita dapat laksanakan benda ini dengan berkesan, yakinlah UMNO akan kekal utuh dan kukuh. Datuk Seri tampil sebagai sebahagian daripada penyelamatnya...insyaallah.


Sunday 26 January 2014

PATUTLAH ZAHID AMAT BERLEMBUT DALAM BANYAK ISU !


Sekonyong konyong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri diberitakan respond kepada saranan Anwar Ibrahim agar diwujudkan Permuafakatan Nasional bagi menangani pelbagai isu antara agama dan kaum di negara kita.


Aku sebenarnya tak dapat mendengar secara tepat apa maksud Anwar ataupun Zahid tapi kepantasan Zahid menyeru pemimpin UMNO supaya menyahut keterbukaan Anwar menyakitkan hati aku dan hati ramai orang Melayu.

Hang dah buat macam macam, kalimah ALLAH, perlekeh Institusi Raja, Hina Islam, perlekeh pemimpin kita kemudian hang nak bagitau jom kita berpakat, jom kita berunding !

Dan orang yang berada pada kedudukan patut dan boleh laksana undang undang tapi tak laksanakan, tiba tiba bersetuju dan kata baguih pulak dah.

Ini bukan cerita berpakat tak berpakat. Ini cerita ada sekumpulan orang atau seseorang dah langgar undang undang dan dalam masa yang sama menghina dan menjatuhkan maruah Islam dan Umat Melayu.

Bolehlah kalau nak juga ' berbaik baik' dengan Anwar Ibrahim tapi Menteri Dalam Negeri kena rawat dulu luka hati Umat Melayu yang telah tercalar. Penawarnya hanya siasat, tangkap dan hukum. Lepas itu ' berpakatlah' !


Saturday 25 January 2014

SEKARANG BARU KHALID TAHU !!


Aku boleh kata Khalid Samad ni sombong. Cakap dia, penulisan dia seolah olah dialah yang paling hebat di dunia. Semalam buku dah bertemu ruas. Khalid kena balun macam dia sebenarnya tak tau apa apa.

Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) membidas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang menuduh badan agama itu menjadi alat pihak tertentu dalam isu Kalimah ALLAH sehingga mewujudkan ketegangan antara orang Islam dan Kristian.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa berkata kenyataan Khalid itu amat tidak bertanggungjawab dan dibuat tanpa melakukan semakan. MAIS menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor kerana ia dibuat mengikut Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam { Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam }.


Kenyataan beliau hanya bertujuan mengelirukan rakyat daripada mengetahui fakta sebenar tentang tindakan JAIS yang jelas bermotifkan politik sempit dan bersifat memecah belahkan masyarakat.

" Sebagai Wakil Rakyat beragama Islam beliau sepatutnya lebih sensitif atas tindakan pihak tertentu yang cuba mencemar kesucian Agama Islam dan melanggar undang undang secara terang terangan ".

Yang syoknya bila Pengarah MAIS menyatakan " Kami amat kesal kerana meskipun beliau seorang pemimpin veteran dan wakil rakyat tetapi prinsip asas perundangan negara tidak diketahui "..maknanya dalam kata lain, Khalid ini bodohlah walau dia selalu mahu kelihatan bijaksana.

Selama ini MAIS ambil pendekatan tak jawab bannyak. Nak jaga banyak perkara. Sekarang aku nampak MAIS atau JAIS dah mula tunjukkan keberanian.

Ini masa sukar bagi Khalid dan kuncu kuncu liberalnya. Aku tak sabar nak dengar respond Khalid....


Friday 24 January 2014

INI TAHUN KUDA OOOO!! HANCUSLAH PAS KALI INI !


Selamat Tahun Baru kepada masyarakat Cina di tanahair. Ini tahun kuda maa...


Masyarakat Cina percaya setiap tahun ada ' cerita ' tersendiri. Feng Shui Cina percaya tahun kuda adalah tahun yang keras dan panas. Penuh konflik dan pertelingkahan.
Tapi di atas segala galanya tahun kuda juga sarat dengan peluang dan kesempatan.

Bagi orang Cina kuda melambangkan kebangsawanan, ketangkasan, kecekapan, kebijaksanaan dan pelbagai lagi sifat hebat dan unggul. Orang yang lahir dalam tahun kuda dianggap bakal jadi tokoh besar kerana kehebatannya.

Orang Cina juga percaya, ada banyak peluang wajib direbut pada tahun kuda . Perniagaan, kuasa adalah kesempatan yang mesti direbut pada tahun ini.

Aku tak percaya pada ramalan. Aku juga percaya orang Cina pun tak ramai percaya pada Feng Shui. Segala Feng Shui ini dicipta oleh nenek moyang mereka sebagai alat motivasi untuk membangkitkan semangat orang Cina.

Kepercayaan dan keyakinan aku ialah, Cina sekarang sedang sangat bersemangat.
Cina akan jadikan tahun kuda ini sebagai tahun mereka merebut segala peluang.


Dan keyakinan aku juga, Cina DAP akan memerah sekuat kuatnya segala tenaga yang PAS ada untuk membawa mereka mencapai kuasa.

He...he..mereka tak akan berjaya, insyaallah. Yang pasti PAS akan ghuyub setelah kehabisan tenaga dan Cina DAP akan tinggalkan mereka mati sendiri...



Wednesday 22 January 2014

POLITIK KOGNITIF, AFEKTIF...MENJAWAB KEBIJAKSANAAN MEMAAFKAN TIAN CHUA !!


Aku baca banyak pandangan, bersembang dengan ramai orang Melayu samada mereka aktivis UMNO atau sekadar penyokong. Kesimpulannya semua kecewa apabila UMNO memilih untuk memaafkan Tian Chua berhubung kes saman peristiwa Lahat Datu.

Setelah mendapat kritikan dan tekanan daripada banyak pihak maka Peguam UMNOpun tampil memberikan penjelasan. Ada juga blogger otai yang aku respek menyiarkan penjelasan ini. Mungkin mahu mendidik barangkali....

Tentulah peguam seorang yang bijak. Apatah lagi ia mewakili sebuah parti besar seperti UMNO. Aras kognitifnya jauh mengatasi kita khasnya di akar umbi. 
Tapi aku ingin mengingatkan sesiapa sahaja yang berada pada kedudukan boleh buat keputusan, usah kerana ketinggian aras kognitif itu sampai merendahkan pulak keupayaan berfikir orang UMNO di bawah.

Isu ini bukan persoalan kognitif. Ini persoalan afektif yang melibatkan kemarahan, kekecewaan, rasa diperbodoh, rasa diperlekeh dan sebagainya. Pada masa orang UMNO mula bangga, UMNO mahu bertegas, tiba tiba mereka sorot ke belakang kerana Tian Chua jauh lebih bijaksana.


Peristiwa kangkung adalah bukti bahawa politik di Malaysia bukan politik kognitif. Kita jadi kelam kabut sangat kerana pejuang maya pembangkang begitu rendah kognitifnya menjadikan ' ranting ' sebagai isu. Dan lihatlah bagaimana pula keberkesanan mereka memainkan afektif para penyokong sehingga Perdana Menteri sendiri terpaksa membuat penjelasan.

Keadaan ini telah berlaku lama. UMNO percaya rakyat rasional dan mahu berfikir sendiri sehingga banyak perkara tidak diperjelaskan. Pembangkang merebut kesempatan ini dengan pelbagai isu afektif dan mereka semakin berjaya.

Sebahagian daripada penipuan Anwar Ibrahim sangat tidak logik, tidak munasabah. Tetapi logik ialah persoalan kognitif, kognitif nampaknya tidak berkesan dalam politik.

UMNO mesti jelas bagaimana harus menawan rakyat. Sesekali pemimpin kena menyelami hati nurani orang di akar umbi supaya dapat dirasai kehendak mereka.

Anggaplah diri sendiri amat bijak, rasional. Tapi apa guna kebijaksanaan jika lepas satu satu negeri tergadai kepada pembangkang ?



Tuesday 21 January 2014

HELAH ANWAR MENJADI KALI INI !!


Memang Anwar Ibrahim penipu besar. Memang dia Raja Putar.

Sepanjang hidupnya Anwar berbohong. Sakit, kena racun, kena suntik virus HIV, patah tengkuk, sakit tulang belakang.

Anwar juga membohongi dunia dengan mengatakan dia difitnah. Dr Yusuf Qardhawipun ditipunya.

Tapi kali ini penipuan Anwar sangat menjadi. Anwar kata tak dibenarkan masuk ke Jepun. TIPU !. Dah dua kali sebelum ini perkara yang sama berlaku. Anwar tak boleh masuk ikut proses biasa. Anwar banduan.

Sebelum ini Anwar isi dokumen khas yang Kerajaan Jepun sediakan. Kali ini Anwar tak mahu ikut prosedur yang sama sebab Anwar nak cetuskan isu yang boleh menarik perhatian orang. Memang Anwar berjaya. Berhari hari kita fokus benda ini.

Hasilnya memang seperti yang Anwar harap.

1. Orang tak fokus pengusiran Umat Melayu di Pulau Pinang
2. Orang tak fokus gerai dan kedai Umat Melayu mencari rezki kena roboh di P Pinang
3. Orang tak fokus semua Giat Mara tempat anak Melayu belajar kena rampas di
    Selangor
4. Orang tak fokus perang besar yang sedang melanda Selangor antara Azmin Ali              dengan Khalid Ibrahim
5. Orang tak fokus penghina Yang DiPertuan Agung 
6. Orang tak fokus Kalimah ALLAH sedang diperolok
7. Orang tak fokus pemimpin Melayu sedang dihina dan diperlekeh.

Anwar bijak mengalih perhatian khalayak. Anwar telah lakukan pengorbanan besar ke arah menjayakan cita cita DAP untuk hina Islam, Raja Raja dan Umat Melayu.

Aku doa agar semua yang terbabit tidak terpedaya dengan helah ini. Anwar sudah terlalu rosak dan sudah sampai ke dinding. Anwar jahat, aku percaya dia ada sikap alang alang tak dapat, biar semuanya hancur binasa !


Monday 20 January 2014

ANEH !! WAJAH LELAKI DI BULAN ! MASYAALLAH !!


Aku membaca sebuah artikel yang ditulis oleh sorang pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar Al Haj. Artikel bertajuk wajah manusia di permukaan bulan ini termuat dalam buku Membina Personaliti Terbilang .

Menurut artikel ini, pada tahun 1999 heboh diperkatakan tentang wajah seorang tokoh agama muncul dan dapat dilihat di permukaan bulan. Maka gemparlah negara kita dengan kisah ini dan ramai yang berpandangan bahawa tokoh ini adalah pembantu utama Imam Mahdi, bahkan ada yang mengatakan bahawa dialah Imam Mahdi.

Beberapa tahun selepas itu, tokoh berkenaan yang kelihatan semakin ' berkuasa dan berpengaruh ' ditangkap dan pertubuhannya diharamkan oleh Pihak Berkuasa Agama kerana terdapat unsur yang menyeleweng daripada ajaran sebenar.

Wajah yang tergambar di bulan itu satu ketika ' benar benar ' ada dan dapat dilihat.
Mengapa ? Ini adalah disebabkan oleh penipuan yang dilakukan oleh otak secara tidak sengaja. Bila kita kerap kali, selalu, sentiasa memaksakan sesuatu ke atas otak maka akhirnya otak akan sesuaikan dirinya.

Bagaimana ia boleh berlaku..?

Bila kita selalu dengar sesuatu, sentiasa dengar benda yang sama berulang ulang kali, kita lihat benda yang sama berulang kali, kita baca perkara yang sama , sentiasa,
maka akhirnya terbentuklah kepercayaan.

Najib     - Althantuya
Najib     - Rasuah
Najib     - Barang naik
Najib     - Lemah, gagal, lembik, takut bini, takut Cina, 
Najib     - Kangkung, kangkung, kangkung...
Kerap sangat, setiap hari, setiap saat...maka ia jadi melekat di otak kita jadi kepercayaan. 

Inilah kejayaan pembangkang, kegagalan UMNO. Kepercayaan ini boleh diubah. Kita mesti GANTI apa yang orang selalu dengar, selalu lihat, selalu baca. UMNO dan kerajaan mesti ada TEAM yang gheti buat kerja ini.

Najib sendiri MESTI pilih orang yang mahir, tahu bekerja, bukan mahir dan tahu mengampu. Aku malas nak cakap benda ini banyak kali. Cuma aku kena bagitau jugak, kalau UMNO gagal menangkis perang persepsi ini maka bersedialah untuk tumbang pada PRU 14 !


                             Mungkin War Room boleh mainkan peranan ini, mungkin...

NAJIB...RESPONLAH !! RAKYAT NAK DENGAR !


Aku rasa ini isu besar dan menyeluruh. Implikasinya nanti akan timbul kepercayaan kalau nak selamat, baik sokong pembangkang.


Untuk Kementerian dan Jabatan lain dah berbuih orang bercakap. Kalau nak berniaga dengan Kementerian Pelajaran, elok elakkan daripada kelihatan ada hubungan dengan pemimpin UMNO. Dah tentu tak dapat.

Nak naik pangkat dalam Kementerian Pelajaran, eloklah nampakkan sikit condong kepada pembangkang. Kementerian dan jabatan kerajaan dah banyak dikuasai pembangkang. Kalau kita cakap, tentu kita akan ditanya, ' mana bukti, makna data dan fakta ? Tobatlah nak dapat bukti jelas jelas..tapi ianya berlaku.

Semalam Awang Selamat dalam pojoknya di Mingguan Malaysia menulis ( sebijik aku salin )...

                                                              Perhatian SPRM

Sekali lagi ada pihak, menerusi ruangan ini meminta agar disampaikan keluh kesah terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ). Atas nama kepentingan awam , Awang setuju. Hal ini, tiada kaitan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed yang disegani kerana kredibiliti dan intergritinya.

Ia lebih berkisar kepada segelintir pegawai SPRM yang dikatakan keterlaluan dalam menjalankan siasatan.

" Tertuduh tidak dibenarkan ditemui oleh ahli keluarga dan mengambil ubat untuk penyakit yang dihidapi seperti kencing manis dan jantung. Melayan tertuduh seolah olah sudah bersalah tetapi apabila siasatan dijalnkan nenunjukkan tertuduh tidak bersalah, tiada usaha dilakukan bagi membersihkan nama ( tertuduh ) ".

Ini adalah antara dakwaan yang Awang terima daripada pihak berkenaan, baru baru ini. Lebih mengejutkan , katanya lagi terdapat beberapa pegawai penyiasat yang mengaku mereka penyokong pembangkang dan teruja untuk bertindak ke atas para pegawai Menteri.

Apakah ini ada kaitan dengan tanggapan bahawa SPRM agresif menyiasat kes kes pemimpin kerajaan dan penjawat awam tetapi tidak berani bertindak ke atas pemimpin pembangkang?

Aku ucap terima kasih kepada Awang Selamat. Aku percaya pegawai PM tidak akan bercakap perkara macam ini. Dah jadi barah sebenarnya...

Apa kata DS Najib ? Berbaloikah bersikap budiman ?


Sunday 19 January 2014

TERPAKSA !! BERSEDIA UNTUK BERPERANG !



Aku pasti tak ramai menyangka peristiwa berdarah Lahat Datu akan berlaku. Aku yakin kita kebanyakannya percaya kita tidak mungkin akan terbabit dalam perang.
Sangkaan inilah yang sebenarnya menyebabkan kita alpa, tidak ambil berat dan apabila ianya berlaku kita semacam tidak cukup bersedia.

Peristiwa Lahat Datu telah mengajar kita banyak perkara.

1. Perang tidak mustahil berlaku dalam negara kita
2. Mungkin ada unsur dari dalam negara menjemput 'kuasa luar' datang menjajah kita
    kerana mereka gagal meruntuhkan negara dari dalam.
3. Seperti Afganistan, Iraq, Mesir dan Tunisia, perang saudara berlaku akhirnya
    membuka pintu kepada kuasa asing dan rakyat terbanyak menjadi korban.

Barangkali bersedia mendepani sebarang kemungkinan, Menteri Pertahanan nampaknya terkehadapan dalam membuat persiapan. Baru baru ini Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel bagi memperincikan program latihan ketenteraan bersama antara kedua dua negara.

Aku suka kenyataan Hishamuddin sempena pertemuan itu. Katanya " Kerjasama dua hala ini penting sebagai langkah membina keyakinan pertahanan di Rantau Asia Pasifik selain memberi teknik latihan dan pengalaman baru kepada anggota tentera kedua dua negara ".

Ada dua ' inti ' kenyataan Hishamuddin ini. Pertama Malaysia akan menjadi unsur utama bila bercakap tentang pertahanan di Rantau Asia Pasifik dan yang kedua Malaysia bukan nak belajar daripada Amerika tetapi bertukar teknik dan kepakaran.

Kenyataan balas Chuck Hagel sebenarnya mengangkat kita, " Malaysia adalah rakan penting Amerika di Asia Tenggara. Banyak sumbangan yang Malaysia berikan kepada keselamatan dan pertahanan sama ada sebagai sebuah negara mahupun sebagai anggota ASIAN ',katanya.

Aku nak ucap tahniah kepada Hisham dan Kementerian Pertahanan. Kita tak suka dan kalau boleh nak elakkan perang tetapi kita kena akui kenyataan jika kita lemah, kita sentiasa boleh diancam.

Dan kenyataan yang tak boleh disangkal, jaminan keselamatan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan yang rakyat pilih...


TERGEMPAR !! ADA SKANDAL BESAR DALAM DAP, NAH KAU !!!


Kita tunggu jer.

Tak lama lagi negara akan dikejutkan oleh satu lagi skandal besar dalam DAP !


Skandal ini akan didedahkan oleh sumber dalaman DAP sendiri. Kita akan dapat lihat
Lim Kit Siang menangis dan meraung. DAP akan kelihatan berantakan. Aku kata hang, hang kata aku !


Maka ramai orang UMNO akan percaya DAP sudah habis. DAP sedang hancur. UMNO Selangor seronok. UMNO Pulau Pinang girang. Jom pakat berebut kalau kalau dapat jadi calon, maka akan berebut pulak jadi Menteri Besar dan Ketua Menteri !

Masa berseronok , berebut inilah DAP pulun tangkap pengundi. Masa inilah mereka pindahkan pengundi. Bila sampai PRU 14, sedar sedar DAP tambah lagi koleksi negeri mereka dengan PAS dan PKR jadi kuda tunggangan.

Percayalah. Masalah yang sedang melanda DAP sebenar sengaja diada adakan bagi melekakan kita. Melalaikan kita. Jenice Lee dan ketua ketua cawangan DAP yang melalak hari hari tidak sedar mereka telah diprogramkan.

DAP ada perancang yang bijak. Malangnya UMNO tertipu dalam mainan opera Cina DAP. Aku ada saranan, abaikan masalah DAP !

Lepas ini korang tengok. DAP rancang benda lebih besar supaya UMNO dan orang Melayu tidur lena dengan mimpi indah. Dia malu sikit jer...lepas tu dia bisik bisik pada orang Cina. Kalau ini kali Cina tak menang, sampai matilah Melayu duduk atas !

Maka Cina DAP, Cina PKR. Cina MCA, Cina Gerakan pakat undi Cina DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR ! UMNO ? Ikut Golkar dan Kongres. Itu yang UMNO dan orang Melayu nak kot ?


Saturday 18 January 2014

PAS TERPERANGKAP DALAM POLITIK BABI !!


Dulu dulu nak sebutpun geli. Ada orang bergaduh sebab masa dia tengah makan ada orang sebut babi ! Geli, jijik walaupun kebanyakan orang dulu dulu tengok babipun tak pernah.


Aku percaya kawan kawan yang tengok gambar inipun ada yang meloya. Kenapa ?

1. Kita diasuh babi ni najis mughallazah. Najis berat. Kena samak wooo!! Kalau tersentuh. Makan lagilah pulak, haram. Dikatakan ada kuman yang amat bahaya dalam daging babi.

2.  Babi ni pulak dari segi kehidupannya sangat kotor. Dia makan apa saja yang teghadap. Apa saja. Korang sebut apa bendapun, dia balun.

3.  Babi adalah haiwan yang kasar dan keras. Dia tak peduli apa apa. Semua dilanggar dan dilanyaknya. Aku tak pernah dengar ada satu sifat babi yang boleh dikatakan baik. Tak ada.

Aku nampak ada keenderungan parti politik tertentu yang bawak budaya babi dalam berpolitik. Dia redah tanpa peduli apa apa. Orang nak marah, orang nak kecewa, dia langsung tak peduli.

Mereka dulu berpolitik di bandar dan di pekan. Seperti babi mereka sekarang sudah berada dalam kampung kampung kita. Selalu kita dengar orang mati berlanggar dengan babi.

Dulu orang politik jaga adab, tertib dan sensitiviti. Sekarang seperti babi, mereka redah semua perkara. Agama, bangsa, Raja dan apa saja.

Aku simpati sangat kepada PAS, mereka terperangkap dalam politik babi ini. Mereka keras dan kaku. Bergerak lebih, tersentuh, najis. Nak dimakan haram. 

Inilah dilema PAS, yakinlah kepada aku, mereka sendiri rasa meloya tapi tak mampu buat apa apa !


Thursday 16 January 2014

NAMPAKNYA ZAHID BENAR BENAR MEMAHAMI PERASAAN ORANG UMNO !


Tarik saman remukkan hati ahli UMNO

Tindakan UMNO menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bukan sahaja telah meremukkan hati seluruh ahli UMNO dan orang Melayu tetapi penjelasannya juga sangat tidak meyakinkan.

                                        Bukan Zahid Ini...( Jgn harap apa apa darinya )

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ),Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau bimbang tindakan itu akan mendedahkan UMNO kepada lebih banyak fitnah yang lebih teruk pada masa akan datang kerana pembangkang menyedari mereka hanya perlu meminta maaf bagi mengelakkan disaman.

Kata Zahid, penjelasan peguam UMNO, Datuk Datuk Mohd Hafarizam Harun sukar diterima kerana jika benar mahu membuktikan keterbukaan UMNO, lebih baik tak payah saman. Biarkan sahaja apa fitnah yang dilemparkan.


                                                            Zahid yang ini..

Kata Zahid " Saya percaya inilah antara detik paling menghancurkan hati seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia. Pencerobohan Lahat Datu mengorbankan 10 nyawa anggota keselamatan negara dan UMNO difitnah sebegitu rupa oleh Tian Chua.
Apakah hanga nyawa mereka dapat dibayar dengan permintaan maaf ?".

Dalam masa yang sama Zahid meminta pucuk pimpinan UMNO mengambil iktibar dan melihat dengan mendalam kelemahan yang wujud di pejabat parti.- Sumber Utusan 
                                             Musuh luar , musuh dalam !

DENGAN NAMA ALLAH YANG TELAH MENTAKDIRKAN UMAT MELAYU ISLAM MENJADI TUAN DI BUMI BERTUAH INI...


Mari kita muliakan malam Jumaat ini dengan niat akan mula membenci Cina DAP yang telah 

1. Merobohkan gerai gerai tempat anak Melayu Islam mencari sesuap nasi
2. Merobohkan kediaman tempat anak anak Melayu Islam berteduh
3. Menghalau anak Melayu Islam dari kampung halaman mereka
4. Menghina pemimpin anak Melayu Islam yang masih lagi menghulur salam
5. Mencabar Institusi Raja yang menjadi lambang kebanggaan anak Melayu Islam
6. Memperkotak katik Islam yang menjadi nyawa anak Melayu Islam
7. Mempersenda ayat suci Al Quran dengan tafsiran mereka sedangkan mereka 
    kekal kafir
8. Mencemar masjid yang menjadi tempat penyatuan Umat Melayu Islam.

Mari kita marakkan kebencian ini sebagai permulaan kerana nyata mereka tidak pernah redha dengan kita , bangsa dan agama kita. Insyaallah dengan perasaan benci ini...

1. Kita tidak akan singgah membeli walaupun sebiji beras di kedai runcit Cina DAP
2. Kita tidak akan singgah membeli walau sebatang sawi di pasar Cina DAP
3. Kita tidak akan singgah memperbaiki kereta di bengkel Cina DAP
4. Kita tidak akan membeli walaupun sebatang paku di hard ware Cina DAP
5. Kita tidak akan membeli walaupun sebiji panadol di Farmasi Cina DAP
6. Kita tidak akan membeli walau sehelai kertas di kedai Cina DAP
7. Kita tidak akan membeli apa jua di mana jua kedai kedai Cina DAP

Insyaallah kita berdoa mudah mudahan ALLAH menerima perjuangan kita ini sebagai suatu perjuangan suci mencari redhaNya...Amin.

Wednesday 15 January 2014

TERGEMPAR !! ZAHID HAMIDI ARAHKAN PADERI LAWRENCE ANDREW DITANGKAP SERTA MERTA !!


Kuala Lumpur 15 Januari - Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan parti baru baru ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membuktikan ketegasannya dengan mengeluarkan arahan agar Paderi Lawrence Andrew yang juga Pengarang Majalah The Herald ditangkap serta merta.

Lawrence akan didakwa di bawah Akta Hasutan kerana bertegas mahu menggunakan kalimah ALLAH dalam aktiviti gereja di seluruh Selangor, bertentangan dengan titah Tuanku Sultan dan  keputusan mahkamah.

Dengan tegas, Ahmad Zahid menyatakan bahawa penahanan ini adalah mengikut landasan undang undang dan Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk pencabulan undang undang.

Ribuan laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak sebagai tanda rakyat khasnya orang Islam sangat marah dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh paderi berkenaan.

Dengan penahanan ini, adalah diharapkan semua pihak akan bertenang dan memberi peluang pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.

He...he..mintak maaflah. Berita ini palsu. Ianya hanya benar jika pemilihan UMNO akan berlangsung sebulan lagi. Nampaknya Menteri kita ni hanya hero dalam UMNO jer...

Tuesday 14 January 2014

SEORANG LAGI SPESIS SAIFUDDIN ABDULLAH DIKESAN DALAM SAF PIMPINAN UMNO !


Kita doakan semoga orang macam ini tak lama dalam UMNO atau kerajaan.
Kenyataannya bukan sahaja mengecewakan akar umbi tapi buat orang meluat.

Datuk Razali Ibrahim bekas Naib Ketua Pemuda Malaysia, baru menang Majlis Tertinggi dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Bukan calang calang jawatannya. Tapi bila dia harap Tian Chua dan Mustafa Ali berterima kasih kerana jiwa besar UMNO, aku rasa dia ni nak sangat kelihatan budiman, baik hati. Macam Saifuddin Abdullah, sporting.


                     Berpakat meruntuhkan parti, seorang dari dalam seorang dari luar.

Untuk pengetahuan pemimpin UMNO, penyelesaian luar mahkamah terhadap kes saman fitnah Tian Chua dan Mustafa Ali ini amat menecewakan ahli UMNO. Ahli UMNO mahu lihat orang yang hari hari fitnah UMNO, tohmah UMNO dikenakan tindakan.

Sebab orang UMNO di bawah dah tak larat nak jawab tuduhan tuduhan ini dari pengikut Pakatan peringkat bawah. Bila UMNO saman, maka kita lega. Biar mahkamah buktikan UMNO tidak bersalah dan tidak seperti yang disebut.

Razali bangga dengan ' keterbukaan'  UMNO. Adakah orang Pakatan akan hormat keterbukaan itu ? Dah tentu tidak. Mereka selepas ini akan jadikan penyelesaian luar mahkamah ini sebagai senjata , tikam UMNO balik !

Yang kekal kecewa, akar umbi. Rasa macam dipermainkan oleh pemimpin. Masa UMNO failkan saman, kita rasa terangkat, bangga kerana sampai masa kita tegakkan kebenaran. Tapi tengah terangkat itulah UMNO tarik balik saman !

Korang percaya cakap aku..benda benda gini akan berulang ulang lagi. Sampai akar umbi jadi patah hati dan lari tinggalkan UMNO yang dipimpin orang orang budiman yang lemah !


Nik Aziz Hina Nabi Muhammad SAW

Monday 13 January 2014

RBF DAH SILAP BESAR !


Sebenarnya aku tak kenal RBF. Yang aku tau dia ni blogger hebat. Memang aku rajin baca tulisan tulisan dia sebelum ini. Cuma dua arikel dia yang terbaharu telah menunjukkan sisi lain dirinya yang selama ini aku tak perasan.

Aku tak terkejut sangat jika RBF mengkritik A Kadir Jasin yang memang agak keras sikap dan pemikirannya terhadap Kerajaan dan DS Najib sejak akhir akhir ini. Tapi cara dan roh penulisan RBF  berbaur dendam dan bersifat peluru penabur serta ' dibantu ' dengan amat berkesan oleh orang orang yang turut berpencak dalam gelanggang yang beliau buka.

Bukan Kadir Jasin sahaja sasaran RBF, tetapi turut tercangkuk ialah Datuk Johan Jaafar, ironinya mereka berdua sama sama tercampak bila Anwar Ibrahim dipecat. Buruk atau baik mereka sebenarnya telah amat teruji.

Aku jadi terkejut apabila RBF ' menyelak ' Media Prima sebagai alat memukul Kadir Jasin sebab yang terpukul secara serentak ialah Johan Jaafar yang tidak sedikitpun terlibat dalam maksud tersurat RBF.

Maka berbondong bondonglah komen yang kesimpulannya ialah samada A Kadir Jasin mahupun Johan Jaafar sama sama tidak layak mengepalai Media Prima. Maka berlakulah kekosongan. Maka siapakah yang layak mengisi kekosongan itu ? He..he..

Aku tidak mahu mengulas tentang A Kadir Jasin sebab beliau berada di luar kerangka Media Prima. Aku ingin melihat Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima sekarang. Sebelum itu aku kena bagitau korang semua,
Johan tak kenal aku, aku pula hanya kenal hasil karya Johan.

Sesiapa yang terlibat dalam dunia penulisan sekitar tahun 80an dan 90an barangkali terbaca naskah yang Johan hasilkan. 

Drama

Angin Kering, Sang Puteri, Asy Syura, Langit Petang

Novel

Warna Tinta, Genta Rasa, Laguku Untukmu

Cerpen

Potret Seorang Anu Sebagai Anu, Pelarian Sang Hero

Sebenarnya Johan juga menulis novel kanak kanak dan banyak rencana dan kritikan sastera. Beliau lama di Dewan Bahasa dan Pusaka sehingga pernah menjadi Pengerusi.

Sebelum dipecat, Johan adalah Ketua Pengarang Utusan Melayu. Eh ! Apa nih ? Aku nak bercakap soal kelayakan Johan untuk berada pada kedudukan sekarang. Sangat luas pengalamannya bukan sebagai penulis bahkan juga pentadbir.

Selepas melihat kepada sebahagian warna warna Johan Jaafar, aku fikir beliau tidak perlu membodek atau mengampu. Tidak perlu. 

Cuma kalau nak buat perbandingan di antara Johan dan Kadir Jasin aku fikir sangat tidak cerdiklah. Kalau boleh aku buat analogi mudah, macam Tan Sri Musa Hassan dengan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Musa Hassan sekarang sesekali tegur kerajaan, Khalid Abu Bakar kalau nak tegurpun bisik bisik. Sebab beliau ' masih bersama kerajaan '.

Johan Jaafar bukan keramatpun. Tapi sebagai pemerhati aku dapat lihat kejayaannya. Korangpun tentu tahu, sejak Johan menjadi Pengerusi Media Prima, TV 3 dah jadi musuh No 1 Pakatan Pembangkang.

Media lain tidak seberani TV 3, misalnya dalam membuat liputan tentang kes liwat Anwar Ibrahim ( contohlah ). Mengapa TV3 jadi berani ? Sebab ia dipimpin oleh orang yang berani juga.

Jadi pandangan aku khasnya kepada sesiapa yang berniat nak pertahankan Kerajaan UMNO, kita mempunyai niat yang sama tapi bila kita lihat, dengar orang lain membuat kritikan, kita jangan cepat cepat hukum orang tu derhaka. Melainkan kita memang ada niat lain aku tak taulah pulak...

Sunday 12 January 2014

DAH BERSARA AKU AKUI KEBIJAKSANAAN TOK GURU NIK AZIZ !!


Aku mintak maaf banyak banyak. Memang selama ini aku tak berapa nak bekenan kat Tok Guru Nik Aziz. Cakap cakapnya tak melambangkan kedudukannya yang dikatakan Ulama Besar, khasnya dalam memperkatakan sambutan Maulud.



Tapi benda yang satu ini benar benar aku kagum. Dia tak lantik Husam jadi exco. Walaupun dah bukan Menteri Besar tapi MB sekarang merujuk Nik Aziz dalam hal perlantikan exco. Patutpun, Mursyidul Am. Kenapa?

Husam ni bodoh benar orangnya. Dia kata dia bangga orang lain guna nama Tuhan dia. ALLAH lah maksudnya. Dia sebenarnya macam pemimpin PAS lain, nak memenangi hati DAP. Nak tunjuk liberal.

Dia kata bukan susah sangat nak selesai isu kalimah ALLAH. Buat undang undang dan laksanakan, habis cerita. 

Bodohnya...

1. Bukan jadi isu orang lain guna kalimah ALLAH. Cina kat kampung aku siap baca Qulhuallah lagi, Fatihah lagi..gunalah, apa masalahnya. Yang kita bising ialah guna Kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu. Selain ALLAH, mereka juga guna solat, masjid dan sebagainya.

2. Undang undang dah ada Husam...mahkamah dah buat keputusan. Agensi berkaitan dan buat tindakan. Masalahnya bila tindakan diambil PAS termasuk Husam, Mujahid, Mahfuz bermati matian jadi jurucakap Kristian menentang pelaksanaan ini.

Bila Umat Islam tidak sekata dalam hal ini, maka sukarlah pelaksanaan undang undang ini nak dibuat. Ini isunya...

Husam..Husam..patutlah .

                                     He..he..patutlah tak terpilih !


SELEPAS KOMA LAPAN TAHUN, PEMANGSA INI AKHIRNYA MATI !


Semalam 11 Januari 2014 adalah hari terakhir bagi salah seorang manusia paling kejam dalam sejarah manusia moden iaitu Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel.

Sharon mula koma ( tidak sedarkan diri ) sejak 4 Januari 2006 akibat pendarahan teruk di otaknya. Sebelum itu Sharon diserang angin ahmar sejak Disember 2005.

Perdana Menteri Israel ke 11 itu dikatakan antara Perdana Menteri Israel paling kejam dalam sejarah. Beliaulah yang mengarahkan pembunuhan beramai ramai rakyat Palestin di Kem Pelarian Sabra dan Shatila.

Sharon bertanggungjawab terhadap pembunuhan lebih 3500 orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak kanak. Beliau tidak pernah peduli kepada sebarang kritikan, kutukan bahkan rayuan dunia.

Dikatakan Sharon dirawat oleh pakar terbaik. Teknologi yang digunakan adalah terkini dan terhebat. Namun Sharon tetap kaku bernyawa selama lapan tahun.

Aku percaya inilah balasan Allah Taala di atas kekejaman yang dilakukannya kepada rakyat Palestin. Aku juga percaya tempoh lapan tahun itu sarat dengan hukuman dunia ke atas Sharon. Demikianlah Allah mengatur dan menyusun, agar kita terdidik.




Friday 10 January 2014

SEBAHAGIAN DARIPADA MATLAMAT KRISTIAN TELAH TERCAPAI !


Aku percaya bila puak Kristian di Malaysia beria ia mahu menggunakan Kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu, mereka bukan sekadar mahu melakukan usaha mengkristiankan Umat Islam.

                                            Paderi Lawrence Andrew

Mereka mahu memecah belahkan Umat Islam kerana perpecahan ini pasti akan melemahkan Umat Islam, Orang Melayu. Bila ini berlaku, maka usaha menakluk Tanah Melayu pasti menjadi lebih mudah.


                                    Tan Seri Harussani, Mufti Perak

Tanda tanda perpecahan dah makin jelas. Kita tak payah fikir pasal PAS.Dia dah tentu lama kena jajah, kena takluk. Tak de maruah dah pun.

Kita bercakap tentang kita yang masih berada dalam lingkaran yang sama. Semalam aku dengar Mufti Perak dah bantai Jamil Khir, kata Jamil Khir tak berani, suruh letak jawatan.

Aku nak mintak supaya kita semua jelas apa yang berlaku. Ini bukan sekadar isu agama. Ini lebih kepada isu keselamatan negara. Undang undang sedang dipermainkan oleh sekumpulan minoriti dan majoriti tak berupaya apa apa.

Aku nak cadangkan pihak berwajib, khasnya Menteri Dalam Negeri, usah lagi asyik beretorik. Rakyat khasnya Umat Melayu Islam dah mula menyampah dengan Menteri ni.

                                               Menteri Dalam Negeri

Keluarkan arahan, tangkap sesiapa yang mainkan isu ini. Tak payah amaran, gempaq sana sini. Kalau dibiarkan berlarutan, keadaan akan jadi lebih parah. Parah bukan maknanya orang Melayu Islam bangkit lahirkan kemarahan tetapi parah kerana perpecahan Melayu Islam akan bertambah serius.

Manakala yang rasa amat marah kepada Kristian akan melihat Kerajaan UMNO tidak lagi mampu menjaga maruah Islam. Hilang upaya.

Segalanya bergantung kepada Menteri KDN, DS Ahmad Zahid. Usah letakkan beban ini atas kepala Jamil Khir semata mata. Umat Melayu Islam sedang tunggu. Janganlah sampai orang rasa betapa silapnya mengundi UMNO/BN...


LAWAK JENAKA DARI PERAK !


Agaknya dah memang orang suka sangat pada lawak jenaka. Sigmund Frued yang digelar Bapa Psikologi Moden pun pernah menyatakan bahawa berlawak dan bergelak ketawa adalah satu bentuk terapi jiwa yang amat berkesan.

Tapi ada lawak yang buat orang marah. Contohnya macam kat bawah ni..

Tiada Kenaikan Harga Barangan Di Perak.. Utusan Malaysia- 8 Jan 2014.

 Ipoh 7 Jan,- Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan Kepenggunaan Negeri tidak menerima sebarang laporan atau aduan tentang kenaikan harga barangan keperluan termasuk ais di negeri ini.

Pengarahnya, Mohd Hilmi Mohd Noor berkata, harga barang keperluan didapati masih kekal dan jika terdapat sebarang kenaikan , harga tersebut berada pada kadar yang boleh diterima.

Katanya berdasarkan pemeriksaan setiap hari menerusi Ops Harga terhadap kira kira 250 premis perniagaan di seluruh negeri mendapati tiada peniaga dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

" Setakat ini tiada aduan daripada orang ramai tentang perkara ini. Jika adapun ia mungkin tidak melampau. Bagi saya kenaikan sekarang ini masih boleh diserap". Katanya ketika dihubungi.

Ulasan Aku - Aku tak berapa nak faham cara berfikir Kementerian ini sebenarnya. Daripada Menteri dan sekarang Pengarah Negeri. Isu kenaikan harga barang ini dah jadi isu nasional dan rakyat sedang marah.

Kalau di negara lain dah berlaku demonstrasi dah. Cuma rakyat kita tak jenis suka berdemonstrasi  . Tapi kalau berlaku pilihanraya aku jangka BN mungkin kalah sebab orang percaya kenaikan harga barang ni kerja kerajaan, kerajaan jadi punca.

Seluruh negara sedang dilanda marah termasuk Perak. Macamana Pengarah Perak boleh kata tiada kenaikan ? Dia duduk dalam gua ke?
Pegawai bekerja ke tidak? Nak sabotaj Kerajaan ?

Atau memang dia nak buat lawak. Kalau betul dia buat lawak, ini lawak bodoh 2014 lah !

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...