Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 28 December 2015

USTAZ SEDANG ' BERAKSI ' KANTOI !

KLANG - Seorang pelajar yang baru tamat pengajian di sekolah agama di Jordan ‘kantoi’ selepas dicekup ketika sedang melanggan seorang wanita warga asing di sebuah pusat urut di Klang, kelmarin.

Ops Noda yang dijalan sepasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di tiga lokasi berasingan di Bandar Baru Klang dan Bukit Raja jam 9 malam.
Remaja berusia 16 tahun itu antara 15 pelanggan yang ditahan dalam operasi tersebut.

Siasatan polis mendapati remaja yang telah tamat pengajian pada Februari lalu datang ke premis tersebut secara sendirian.
Malah, difahamkan, remaja itu dua kali hadir ke premis terbabit.
Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya menahan remaja tersebut ketika sedang melanggan tukang urut wanita warga asing.

“Kita akan serah remaja berkenaan pada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, lapan wanita warga Vietnam dan Filipina yang bekerja sebagai tukang urut dan gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam operasi sama.
Katanya, dua warga tempatan serta dua lelaki warga asing disyaki penjaga serta pekerja turut ditahan.

“Siasatan mendapati premis berkenaan mengenakan bayaran perkhidmatan seks lingkungan harga RM110 hingga RM200.
“Kita rampas beberapa barang seperti tuala, minyak pelincir, kondom dan wang tunai,” katanya.

Kesemua ditahan dibawa ke IPD Klang Utara untuk disiasat.SH


Jadi, kita usahlah heran kalau ramai ustaz PAS jadi balaci DAP. Memiliki ilmu agama bukan jaminan akhlak yang baik. Kot manapun belajar ni wajib. Usah kerana seorang dua kita pulak buat keputusan tak berapa nak belajar agama..

Wednesday 16 December 2015

POLIS BERTEMBAK SESAMA SENDIRI.

RAYONG - THAILAND. Seorang anggota polis yang dituduh merogol bertindak menembak mati dua pegawai atasan sebelum ditembak mati anggota polis lain, kelmarin.

Menurut Bangkok Post, suspek Shinkrit Phutthipraphas dibawa ke balai polis Pluak Daeng untuk bertemu dengan pegawai, Somchai Soonthornwanich pada jam 3.15 petang hari kejadian.

Phutthipraphas kemudian mengeluarkan sepucuk pistol 9mm dan menembak Soonthornwanich dan seorang lagi pegawai, Banyat Somha.
Soonthornwanich yang ditembak di leher maut serta-merta manakala Somha ditembak dua kali di kepala dan maut di hospital Rayong.

Phutthipraphas kemudian cuba melarikan diri menggunakan sebuah trak pikap sebelum ditembak mati oleh seorang anggota polis.

Pegawai kanan, Surapol Wiratyosin berkata Phutthipraphas mungkin berada dalam keadaan tertekan kerana berdepan dengan hukuman disiplin yang berat.
Phutthipraphas sebelum ini dituduh merogol seorang wanita berbangsa Laos di sebuah lokap dan Soonthornwanich menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kejadian tersebut.Sumber SH


Tuesday 15 December 2015

MENTERI KENA MAKI

KUALA LUMPUR - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa sedih apabila usaha beliau untuk membantu usahawan Melayu dan Bumiputera melalui Mara Digital mendapat kecaman daripada bangsa sendiri.

Beliau berkata inisiatif pengecualian sewa premis sehingga enam bulan itu bertujuan untuk mengurangkan beban kepada penyewa, memandangkan Mara Digital memerlukan masa untuk dikenali orang ramai untuk maju seperti pusat digital lain di negara ini.

“Saya sangat mengharapkan sokongan orang Melayu dan Bumiputera untuk kejayaan Mara Digital ini. Perancangan saya untuk membuka di seluruh negara bagi lahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT. Saya tak kisah kalau tak mau sokong tapi jangan cuba gagalkan.

“Saya hairan sepatutnya kita suka harga turun. Sepatutnya kita suka sewa percuma untuk bantu orang Melayu tapi saya dihina dan dicerca kerana nak tolong Melayu,” katanya dalam terbaru di akaun Facebooknya, hari ini.
Sebelum ini, Ismail Sabri telah dilabelkan sebagai rasis kerana mahu menubuhkan Mara Digital susulan insiden kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Beliau mempertahankan langkah itu selari dengan hasrat untuk membantu usahawan Bumiputera dalam menceburi industri itu.
Langkah itu pengecualian sewa bagi enam bulan pertama itu diharap dapat menggalakkan peniaga memberikan potongan harga kepada pembeli, sekaligus menarik minat lebih ramai pengunjung.
Cadangan membina Mara Digital, yang asalnya digelar "Low Yat 2", tercetus susulan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat Julai lalu hingga hampir mencetuskan ketegangan kaum antara Melayu dan Cina.

Menurut entri itu, beliau juga berkata Mara Digital dapat memberikan peluang kepada usahawan Melayu dan Bumiputera yang terpinggir daripada mendapat tempat di pusat digital lain.

“Orang ini bimbang jika sewa percuma, peniaga akan turunkan harga dan tentu akan beri saingan kepada peniaga-peniaga di Mall lain.
“Kononnya harga telefon pintar sudah tetap, jadi tak mungkin turun harga..ini pun kenyataan beliau yang bercanggah. Dia lupa bahawa bukan telefon pintar semata-mata dijual di sana tetapi juga aksesori produk IT yang boleh turun harga. Bagi saya terserah kepada kebijaksanaan peniaga,” katanya lagi.SH

Ulasan

Ini harga yang perlu dibayar oleh mana mana pemimpin Melayu yang jelas nak berjuang untuk orang Melayu. Sebab itu, tak ramai pemimpin berani bercakap tentang orang Melayu kerana bimbang jadi tak popular.
Aku tak tau orang lain, tapi aku dan kaum kerabat aku kagum sangat dengan Menteri ni. Di mana sahaja ditempatkan, beliau selalu mencipta kejayaan.

Teruskan perjuangan DS. Doa kami tetap bersama DS.

Saturday 31 October 2015

BAGAIMANA MENGUKUR KERAS ATAU LEMBIK?

Bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kecewa kerana penggantinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai gagal bertindak tegas terhadap menteri Umno yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Bercakap kepada Malaysiakini, Chua berkata Liow sepatutnya lebih tegas dalam menegur Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ditanya jika beliau turut hampa dengan reaksi pejabat perdana menteri berkenaan perkara itu, Chua menjawab: "Saya lebih kecewa dengan presiden saya".

Jelasnya, Liow tidak wajar membiarkan pemimpin muda seperti Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon menggalas tugas untuk berhadapan dengan seorang menteri kabinet.

"Dia terlalu muda untuk mengendalikan perkara ini," katanya.
"Liow sepatutnya memberikan kenyataan yang keras. Orang mengharapkan beliau menyatakan perkara itu (kenyataan Ismail) sebagai salah.
"Perkara ini tak perlu tunggu dibincangkan di peringkat kabinet. Ia perkara mudah dan bukan intelektual pun," katanya.

Ulasan

Begitu ukuran lembik Chua Soi Lek. Berani balun UMNO dianggap keras dan tegas. Pada aku ini ukuran yang salah. Keras, lembik parti politik sepatutnya diukur kepada berapa undi yang boleh diperolehi.

MCA sangat lembik apabila gagal menguasai undi Cina. Kegagalan mutlak kerana undi Cina pergi kepada DAP dan kuncu kuncunya. Pemimpin MCA atau siapa saja usah lari dari hakikat ini. MCA telah gagal samada sengaja atau tidak.


Saturday 24 October 2015

BODOHNYA...

KUALA LUMPUR 24 Okt - Tindakan memalukan Parlimen oleh pembangkang semalam amat memalukan dan perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku demi menjaga tatakerja sebagai ahli parlimen.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, pembangkang bersikap kebudak-budakan dan tidak matang dengan mengangkat plakad 'Mana RM2.6 Bilion' sejurus selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selesai membentangkan Bajet 2016.

“Mereka bukan sahaja tidak hormat kepada Perdana Menteri tetapi juga tidak menghormati badan agung Parlimen.

“Kami bukan sahaja perlu mematuhi etika berpakaian di Parlimen tetapi juga dari segi tatalaku. Parlimen tidak patut dijadikan sebagai sarkas,” tegas beliau

Sementara itu, mengulas mengenai isu kad top up yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, Salleh berkata kementeriannya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan mencari mekanisma terbaik dalam menangani isu tersebut.

“Oleh kerana pelaksanaan mekanisme baharu itu akan hanya bermula pada 1 Januari 2016, buat sementara waktu, sehingga 31 Disember 2015, kaedah sama bagi bayaran GST akan digunakan, iaitu GST sebanyak 6 peratus akan dicaj kepada pengguna,” ujarnya.

Semasa membentangkan bajet itu, Najib berkata pengguna Malaysia akan dibayar rebat bagi kad prabayar telefon bimbit yang bersamaan dengan amaun GST yang telah dibayar berkuat kuasa 1 Jan, 2016 hingga 31 Dis, 2016.


Ulasan

Seperti yang aku selalu nyatakan, mereka sekadar mahu tanamkan marah dan benci kepada Kerajaan khasnya Perdana Menteri. Mereka tahu 2.6 billion itu adalah wang derma kepada parti. Tiada kaitan langsung dengan Bajet Kerajaan.

Aku rasa dah sampai masa pemfitnah dilayan mengikut landas undang undang. Ini bukan lagi isu politik. Pasukan peguam Kerajaan harus lebih sensitif. Begitu jugak Peguam UMNO. Banyak sangat mengulas tak beri apa apa kebaikan kepada parti.


Saturday 10 October 2015

KETUA PEMUDA MCA CARI PASAL !

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon mendakwa mekanisme BN untuk menyelesaikan isu-isu perkauman kini sudah tidak lagi berfungsi, dan parti pemerintah akan bertukar menjadi "kilang konflik perkauman".
Oleh itu, Chong menggesa parti kompenan BN membuka keahlian mereka kepada semua tanpa mengira kaum.

"Terbaru dalam himpunan baju merah kita mendapati bahawa BN sebagai platform mengurangkan konflik etnik tidak berfungsi sebaliknya kini menjadi sebuah kilang yang mewujudkan konflik etnik.

"(Beberapa pemimpin BN) mengorbankan kepentingan negara dan mencetuskan sentimen perkauman untuk meraih undi.
"Adakah terdapat apa-apa harapan untuk masa depan negara kita? Saya rasa pelan transformasi BN tidak boleh ditangguhkan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Chong berkata, semua pihak dalam BN termasuk MCA tidak teragak-agak untuk membuka keahlian mereka untuk menjadi "parti untuk semua" dan bukannya bekerja bersama-sama kaum.Mkini


Ulasan

Ini adalah petikan ucapan Ketua Pemuda MCA yang disiarkan oleh Mkini. Sekali baca memang keras ucapan ini. Bila aku dengar berita di TV 3 baru kita tahu bahawa beliau turut menghargai komitmen, sikap dan pengorbanan orang Melayu khasnya dalam menghasilkan kehidupan yang baik dalam negara kita.

Maka, aku sekadar nak bertanya, setelah begitu banyak kerosakan dilakukan oleh Mkini, bila tindakan terhadap mereka nak diambil?


Monday 5 October 2015

BERITA SANGAT BAIK !

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948 adalah sah di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim, berkata niat merangka perlembagaan adalah untuk memastikan undang-undang yang sedia ada (pra-merdeka) adalah sah dan terus sah dan boleh dikuatkuasakan.
Hakim-hakim lain dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Hakim Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hakim Abdull Hamid Embong dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar.
Beliau kemudian memerintahkan kes Azmi didengar di Mahkamah Sesyen.

Ulasan
Berita ini sangat baik untuk golongan yang cintakan keamanan, tak suka menghasut, melaga lagakan orang. Syaratnya ia dikuatkuasakan dengan berkesan. Kalau ada akta tapi tak laksana tak guna jugak.

Thursday 1 October 2015

MEMANG SANGAT PERLU.

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal mewujudkan Kursi Onn Jaafar ke arah melahirkan modal insan profesional dalam pengajian perpaduan dan keamanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha itu selari dalam usaha meletakkan pimpinan muda menghadapi landskap ancaman dan cabaran baharu yang mampu mengganggu-gugat perpaduan dan keamanan negara.

“Kita sekarang berhadapan dengan dunia yang penuh dengan peperangan, pembunuhan, perpecahan, kebencian, kerakusan dan keegoan, maka adalah amat penting untuk kita memikirkan kaedah baharu untuk mempertahankan kekuatan perpaduan dalam kaum yang pelbagai.

“Perpaduan dan keamanan yang kita capai selama ini tidak datang bergolek, sebab itu kita kena prihatin sekali gus tidak membenarkan isu semasa, cabaran serta ancaman mendatang menjejaskan apa yang telah diwarisi kepada kita,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Perjumpaan dan Kempen Keamanan dan Perpaduan di UPNM, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UPNM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Sementara itu, mengulas kenya­taan kontroversi Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang berhubung ‘amaran’ agar tidak mengganggu-gugat peniaga-peniaga Cina yang mendominasi Jalan Petaling baru-baru ini, Hishammuddin berkata, insiden berkenaan tidak akan menjejaskan hubungan bilateral yang terjalin.

“Saya percaya ia tidak terlalu serius dan akan menjejaskan hubungan diplomatik mahupun pertahanan di antara dua negara ini. Saya percaya hubungan China dan Malaysia kukuh, utuh dan baik selama mana ia terjalin.
“Kalau kamu kata ia memberikan kesan, bergantung dalam konteks apa, melainkan ada orang yang ingin menjejaskan hubungan dua hala antara China dan Malaysia,” katanya.

Jelasnya, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Wisma Putra akan menyelesaikan masalah berkenaan melalui saluran diplomatik dengan mengadakan perjumpaan dengan Kedutaan China.UM


Ulasan

Aku rasa penubuhan Kursi Onn Jaafar ini sesuatu yang amat tepat pada masanya. Objektifnya jugak jelas, relevan dengan keperluan semasa kita.  DS Hishammuddin tepat apabila meletakkan amanah  menjaga perpaduan ini kepada pemimpin muda. Mereka yang mencorak negara kita di masa depan.

Dari sudut ini aku rasa dalam pada kita mempersiapkan diri menuju negara maju, usaha menyediakan negara yang aman makmur dan sejahtera jugak tak boleh dipandang ringan.

Saturday 12 September 2015

JELAS & TEGAS.

KUALA LUMPUR 12 Sept - Himpunan Rakyat Bersatu yang akan diadakan pada 16 September ini melambangkan bantahan rakyat di negara ini terhadap penghinaan kepada pemimpin-pemimpin Islam.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, selain itu, himpunan tersebut juga ingin menunjukkan bahawa rakyat di Malaysia cintakan keamanan, keselamatan dan hidup dalam negara yang bebas dan merdeka.

"Kita nak beritahu, bahawa orang ramai tidak sukakan caci-mencaci terhadap pemimpin, menjatuhkan kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi dengan demontrasi jalanan.

"Kebetulan pemimpin yang dihina adalah pemimpin Islam dan Melayu, kita sebagai orang Islam rasa terhina, mana pegi maruah kita, mereka terus mencabar maruah kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Pertandingan Akhir Kejuaraan Silat Antarabangsa Terbuka Malaysia 2015, di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Terdahulu, Ali Rustam turut memberitahu bahawa pihaknya masih menunggu keputusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung permohonan bagi mengadakan perhimpunan tersebut di Padang Merbok.

Penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu atau perhimpunan baju merah akan diadakan pada 16 September sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lepas.RN


Ulasan

Kita ada sebab yang cukup kuat untuk tunjukkan solidariti. Dah melampau penghinaan kepada pemimpin Melayu Islam. Sehingga kelihatan seperti tiada harga langsung. Sebab itu aku harap ramai ramai kita turun. Mari kita berhimpun secara aman dem maruah kita.

Sunday 6 September 2015

LAGI CERITA TENTANG DS NAJIB..

KUALA NERUS 5 Sept - Felda akan terus membina lebih banyak rumah untuk generasi kedua dengan harga antara RM60,000 dan RM70,000 seunit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, di sini sebentar tadi.

"Sebelum ini, kita umumkan harga rumah yang ditawarkan, diturunkan daripada RM120,000 kepada RM90,000.

"Sekarang kita akan membina dalam lingkungan RM60,000 dan RM70,000," katanya.

Beliau berkata, penurunan harga itu boleh ditawarkan dengan mengurangkan sedikit spesifikasi seperti keluasan dan kemasan.

Katanya, rumah berkenaan akan ditawarkan secara sewa beli selepas kerajaan prihatin terhadap keperluan warga Felda.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan kejayaan Program Dana Khas Pelajar Cemerlang Felda melalui pencapaian 11 anak, cucu dan kakitangan Felda yang berjaya mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka di luar negara.

"Malah, tiga daripadanya akan mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Royal College Surgeon, Ireland," katanya.RN


Ini antara cerita DS Najib yang DAP marah sangat. Banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibangunkan untuk kumpulan peneroka yang jugak orang Melayu.

Kita fahamlah kalau DAP sakit hati sebab DAP memang nak tengok orang Melayu mundur, susah. Tapi orang Melayu yang sama naik dengan DAP aku tak fahamlah.

Pada aku, DS Najib teruskan segala usaha. Apa sangatlah penilaian manusia berbanding penilaian Allah Taala.

Friday 4 September 2015

INI BETUL BETUL GILA BABI PUNYA PROGRAM.

Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) mahu perdana menteri meletakkan jawatan supaya tiada campur tangan dalam siasatan berkaitan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.
Pengerusi UNCAC Manzoor Hasan berkata perkara itu langkah terbaik bagi memastikan sebuah siasatan yang adil.
“Dalam dunia yang ideal, kamu mahu lihat perdana menteri kekal, dan siasatan juga berlangsung.
“Tetapi saya fikir realitinya jika mereka tidak letak jawatan, proses siasatan boleh dipengaruhi dan menjejaskan keseluruhan proses.
“Jika kamu gunakan prinsip biasa, prinsip undang-undang, apabila seseorang disiasat, biasanya orang itu akan letak jawatan supaya siasatan bebas boleh berlangsung,” Manzoor dipetik sebagai berkata olehThe Malaysian Insider hari ini.
Bercakap dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, Manzoor berkata keengganan Najib berundur tidak pelik, tetapi bukan perkara baru.
Akhbar antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini mengejutkan politik Malaysia dengan laporan mendakwa wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wang itu hasil sumbangan derma, sekali gus menimbulkan perbahasan awam sama ada ia berunsur rasuah atau tidak serta persoalan melibatkan isu integriti.

Ulasan

Jadi pelik pulak aku. Macam mana Malaysia jadi tuan rumah pada satu program yang di dalam nya pemimpin kita kena lanyak, kena hina. Dan macam mana pada kedudukan macam itu, individu berkenaan boleh pulak suruh ketua sebuah negara yang terpilih secara demokrasi untuk letak jawatan.

Isunya ialah mereka ' membicarakan ' PM kita dan mendapatinya bersalah tanpa peluang membela diri. Ini betul2 gila babi punya program.

Monday 31 August 2015

TMI FITNAH TPM

Sehari selepas himpunan Bersih 4 berlangsung, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu pertolongan pemberita agar mengembalikan sokongan pengundi Cina dan India kepada Barisan Nasional (BN).
Bercakap sewaktu merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Puchong, Zahid berkata beliau yakin pengundi komuniti itu tidak menyisihkan BN secara mutlak kerana media yang diikuti kaum India dan Cina masih memberikan liputan kepada majlis Umno dan gabungan pemerintah itu.
"Sekarang ni mereka tak yakin dengan kita. Mereka bukannya benci sangat dengan kita.
"Cuba tanya pemberita, (mereka) tak benci kita pun. Kalau benci mereka tak akan datang sini pun, betul tak?" kata Zahid.
Beliau kemudian memalingkan badannya ke arah kumpulan pemberita yang bertugas dan menyampaikan pesanan berikut:"Tolong ubah minda orang Cina dan India supaya mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang. Tolong tulis itu," katanya.
Himpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos berjaya mengumpulkan puluhan ribu peserta yang berkampung semalaman di kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Penganjur mendakwa berjaya mengumpul 500,000 orang sepanjang perhimpunan selama 34 jam itu. – 31 Ogos, 2015.

Ulasan

Aku baca artikel ini dalam TMI portal DAP dan Pakatan. Aku harap berita ini palsu sebab aku percaya mana mana pemimpin UMNO tidak akan lagi merayu kepada pengundi Cina.

Selepas PRU 12& 13 aku nampak pengundi Cina sangat konsisten. Semalam Bersih4 jadi bukti. Cina mahukan kuasa bersama DAP.

UMNO kena pulun jaga pengundi Melayu, India dan Bumiputera lain. Merayu pengundi Cina amat memalukan.

Friday 28 August 2015

WAJAH PEREMPUAN JAHAT TERSEBAR.


SHAH ALAM - Mereka yang akan menyertai Bersih 4.0 hari ini dan esok digesa untuk berhimpun secara berhemah dan tidak melakukan provokasi.

Penganjurnya, Maria Chin Abdullah berkata, perhimpunan tersebut bukan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan sebaliknya menuntut beberapa perkara secara aman.

“Saya menasihatkan peserta supaya tidak membawa senjata, memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan tidak membawa anak.

“Kami ikhlas menjemput para penyokong kerajaan serta penjawat awam untuk bersama-sama rakyat marhaen bagi mendesak perubahan demi negara yang kita cintai,” katanya, semalam.

Menurutnya, himpunan itu akan bermula pada jam dua petang dan berakhir pada 11.59 malam 30 Ogos sebelum sambutan kemerdekaan.

Katanya, perhimpunan akan diadakan di lima lokasi berkumpul di ibu negara sebelum ke Dataran Merdeka.

“Lokasi tersebut ialah di Masjid Negara, Brickfields, Pasar Seni, Menara Maybank dan di hadapan kompleks beli belah Sogo.

“Namun, kami tidak akan masuk ke Dataran Merdeka. Sebaliknya hanya berada di pekarangan kawasan tersebut,” katanya.

Kata Maria Chin, 2,000 sukarelawan akan disediakan sebagai pemantau bagi menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.

“Pasukan bantuan kecemasan pula akan berada di kawasan strategik dan siap sedia dengan ambulan masing-masing sekiranya memerlukan," katanya.

Ulasan

Pada aku perempuan ini jahat. Setelah pelbagai kenyataan dalam pelbagai media yang menanam benci dan marah, akhirnya dia cuba tunjuk baik. Para peserta dah tak dengar dah benda2 macam ini.

Otak dan hati mereka dah penuh dengan dendam kesumat yang sebenaranya mereka tak taupun puncanya. Jadi aku nak ingatkan perempuan ini, kalau jadi apa apa yang buruk pesalah utamanya adalah MARIA CHIN.

Wednesday 26 August 2015

BERITA PELIK HARI INI...

KOTA BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa meminta supaya pemimpin PAS Pusat membuat semakan terhadap kemewahan pemimpin kerajaan Kelantan.


Husam mempersoalkan mengenai kekerapan lawatan ke luar negara oleh kerajaan negeri dengan mengatakan bahawa garis panduan yang ditinggalkan oleh bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mati tidak diikuti lagi.
Beliau menerusi kenyatannya di Facebook kini tertanya-tanya sama ada pemimpin PAS Pusat memantau apakah yang berlaku di Kelantan walaupun kerajaan Kelantan menjadi buah mulut rakyat mengenai bagaimana mereka menguruskan negeri itu.
"Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Aziz) dari segi kemewahan hidup para pemimpin, kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap," katanya sambil menambah mengenai banyak perkara lain yang sepatutnya dipantau oleh PAS Pusat.
Husam turut menyentuh mengenai Muktamar PAS baru-baru ini apabila berlaku segala bentuk fitnah dan caci-maki di luar adab Islam.
"Apakah pendirian Majlis Syura PAS dan PAS pusat. Adakah ini dibenarkan oleh Islam?
"Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana PAS boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia?," soalnya.
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob yang merupakan menteri besar tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. (mStar)

Ulasan
Aku tak nak ulas. Korang baca dan nilailah.

Friday 21 August 2015

SIASAT DEIG, BARU CAKAP TENTANG KEADILAN.

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diminta untuk turut menyiasat kewujudan entiti pelaburan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang mencetuskan kontroversi di Selangor.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Biar adil dalam nak mencari kebenaran dalam isu semasa, adil kepada Umno dan Datuk Seri Najib, jangan hanya melihat pada parti kita dan pemimpin kita sahaja, kalau mahu siasat, siasat semualah, atas dasar prinsip.

“Kalau mahu bincang fasal pembiayaan politik, biar kita juga tengok kedudukan parti pembangkang,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu kali ke-21, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: NGO mahu SPRM siasat penubuhan DEIG]

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan menegur kewujudan entiti pelaburan DEIG yang mencetuskan kontroversi melibatkan dakwaan penguasaan aset bernilai RM30 bilion yang selama ini dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor.

Menurutnya, pembangkang juga perlu bersikap telus dan ikhlas dan menunjukkan yang mereka juga tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan daripada rakyat.

Beliau berkata, rakyat perlu tahu apa yang berlaku kerana pendekatan yang sama perlu diambil oleh pihak SPRM dan PAC jika dakwaan mengenai kontroversi wang RM30 bilion tersebut benar-benar berlaku.

“Jika betul hendak menyatakan bahawa apa yang kita lakukan sebelum ini itu berhubung kait dengan ‘political funding’, tunjuk undang-undang mana yang kita salah.  Contohnya, sekarang ini yang terbaru berlaku di Selangor, saya rasa penting juga untuk rakyat di luar sana melihat bahawa tindakan dan pendekatan yang sama turut diambil,” katanya.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sebelum ini dilaporkan berkata, DEIG ditubuhkan untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.

Beliau berkata entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu juga dibangunkan bagi mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.

Namun penubuhan entiti tersebut turut menimbulkan kontroversi apabila sebuah portal melaporkan kira-kira RM30 bilion nilai aset yang sebelum ini diuruskan MBI dipercayai diletakkan di bawah DEIG yang merupakan sebuah syarikat pengurusan risiko pelaburan bernilai RM2
.- SH

Tuesday 18 August 2015

TAKBURNYA BUDAK NI !

SHAH ALAM – Presiden Ikram Siswa Nasional, Marwan Abdullah menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai salah satu insentif kerajaan yang pelik.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-36 bertajuk ‘Kuasa Politik Baharu, Apa Anak Muda Mahu’, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Menurutnya, sebagai wakil NGO, beliau menghargai segala sumbangan kerajaan meskipun ada usaha tersebut yang tidak baik dan pelik.

Malah katanya, BR1M umpama kerajaan memberikan ikan ke mulut rakyat.

“Tadi panel-panel cakap soal dasar awam panjang lebar. Saya selaku NGO, kita hargai segala sumbangan yang kerajaan berikan kepada kita.

“Kita tidak nafikan sumbangan-sumbangan tersebut. Ada yang baik, ada yang tidak baik. Ada yang pelik, ada yang tidak pelik.

“Kalau yang pelik sekali, BR1M lah. Dia bagi ikan tapi tak beri pancing. Tapi kita ambillah ikan itu kan?,” katanya.

Sebelum itu beliau ada melahirkan pendapat bahawa ruang untuk anak muda menyatakan hasrat mereka tidak cukup di pentas negara ini.

“Kalau kita lihat pada perspektif mahasiswa, memang ruang itu tidak cukup.

“Buktinya apa yang berlaku kepada pelajar UIA baru-baru ini yang telah digantung dua semester hanya kerana nak membawa Naib Presiden PKR ke dalam universiti,” katanya.

Selain beliau, wacana itu turut disertai Ahli Majlis Eksekutif Dapsy Kebangsaan, Dyana Sofya Mohd Daud; Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin dan Exco Pemuda Harapan Baru, Faiz Fadhil.

Moderator wacana kali ini akan dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Ulasan

Aku anggap budak ni sombong dan singkat akal. Aku tak tau apa pancing lagi yang dia nak. Dia berada di situ bukankah kerana pancing yang disediakan oleh Kerajaan?

Kedua, aku nak jugak bertanya, jika benar menentang pihak berkuasa misalnya di universiti itu dianggap hero, pejuang kenapa tak ramai anak Cina yang menentang? Adakah mereka bukan hero?

Ini dilema Melayu. Bila ada kedudukan sikit, terperangkap dengan hasutan. Dan mungkin jugak ini berlaku kerana Pemuda atau Puteri UMNO tak minat nak dekati mereka.


Saturday 1 August 2015

DAULAT TUANKU !

MARAN - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menzahirkan rasa bimbang dengan keadaan rakyat yang terlalu sensitif dengan perkembangan situasi politik semasa negara, meminta mereka supaya bertenang.
  
Baginda bertitah, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang menjadi kekuatan dan tunjang kepada keharmonian dan keamanan negara selama ini.
  
"Beta percaya di mana-mana negara di dunia sekalipun, proses untuk mengukuhkan sistem ini sentiasa berjalan dan kita sedang melaluinya. Kita hendaklah mengekalkan sistem ini ... walaupun ada berselisih faham dari sudut idealogi dan politik.
  
"Kita tidak harus berpecah. Kita mesti kembali bersatu dan harus laluinyabersama," titah baginda pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2015 bersama-sama warga kerja Kementerian Sumber Manusia dan penduduk kawasan Parlimen Maran di Arena Tengku Muda Pahang di sini, hari ini.
  
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot dan timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Tengku Abdullah bertitah rakyat seharusnya memberi ruang kepada kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan segala permasalahan yang sedang berlaku, termasuk yang berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  
"Rakyat kena faham apakah yang sedang dirasai oleh perdana menteri. Letak diri anda dalam kedudukannya. Jika banyak tohmahan dan fakta tak betul ... sesiapa pun tidak akan tenteram.
  
"Saya berharap rakyat Pahang akan kekal di belakang perdana menteri. Saya percaya beliau faham amanah yang diletakkan oleh rakyat dan kerajaan bagi memastikan pentadbiran kerajaan berada di landasan yang betul," titah baginda.

Tengku Abdullah menambah meskipun bukanlah pakar dalam isu 1MDB, baginda percaya perkara itu telah dimanipulasikan oleh individu tertentu, yang seharusnya dipertanggungjawabkan dalam isu berkenaan.
  
"Isu 1MDB ini kita kena bersabar dan tunggu sehingga siasatan habis. Tunggu sehingga laporan (dikeluarkan) dan kita perlu ambil tahu tentang laporan itu," titah baginda.
  
Baginda berharap mereka yang bertanggungjawab memanipulsikan isu itu dihadapkan ke muka pengadilan.
  
Dalam majlis itu, Tengku Abdullah turut berkenan menyampaikan sumbangan cek faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM181,198 kepada lima penerima dari daerah Maran. - Bernama

Sunday 26 July 2015

TS MUHYIDDIN DAH SILAP.


Akupun bukan taksuban DS Najib. Selepas Rasulullah SAW kita semua tahu tiada siapa sempurna. Tapi itu tidak pulak bermakna kita nak biarkan DS Najib bersendirian dalam menghadapi kesukaran kerana dia PM kita, dia Presiden UMNO.

Sebab itu aku tak setuju apabila TS Muhyiddin Yassin kelihatan berbeza sewaktu berucap di Bahagian Cheras semalam. Jadi viral ucapan beliau sebab semacam letakkan masalah 1MDB betul betul atas kepala PM seorang.

Apa maknanya beliau sebagai Timbalan? Tidakkah beliau bercakap perkara ini dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi? Kenapa beliau ' berbeza ' dengan beberapa orang peimpin UMNO yang lain. Kenapa beliau bercakap setelah siasatan rasmi bermula? Kenapa beliau merujuk kepada Akhbat The Edge?

Banyak soalan berlegar dalam fikiran aku. Dan aku yakin dalam fikiran orang lain pun. Dan yang paling pasti, ucapan itu telah mencetuskan kegusaran baru dalam kalangan orang UMNO. Lihat contoh kecil di bawah...


Kan ? Kalau TS Muhyiddin sekadar Ketua Bahagian aku tak fikir kesannya besar tapi beliau orang nombor 2. Bila kita bercakap, jangan lupa berjuta orang menilai kita.


Monday 6 July 2015

PALING JELAS !

KUALA LUMPUR 5 Julai - Rakyat perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap tuduhan berat yang dilemparkan media antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau yakin pasukan petugas khas yang dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara itu dapat menjalankan siasatan de­ngan segera, adil dan tidak berpihak.

“Pada masa sama, saya ingin menggesa pihak-pihak yang membuat dakwaan tersebut agar tampil dengan bukti kukuh.

“Langkah ini penting kerana dakwaan tersebut bukan sahaja melibatkan maruah dan kredibiliti Perdana Menteri, malah imej kerajaan Malaysia di mata dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
WSJ baru-baru ini melaporkan bahawa hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan kepada akaun peribadi Perdana Menteri.
Menurut Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO, beliau menyokong penuh kenyataan tegas Perdana Menteri yang mahu mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan berkenaan.
“Saya berharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian awal berhubung dakwaan beberapa media antarabangsa terhadap Perdana Menteri berkaitan isu 1MDB.
“Jangan bertindak melulu dan terus menghukum beliau kerana dakwaan itu hanyalah berdasarkan laporan media yang belum disahkan kebenarannya. Jangan membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan,” ujarnya.

Ulasan.


Aku rasa sejak dari awal lagi bila DS Najib menghadapi masalah atau serangan, sokongan daripada pemimpin di bawah beliau tidak begitu jelas. Main selamat dan lebih kepada nak mengulas, nak tunjukpandai dan bijak.


DS Hishammuddin berbeza. Dari awal untuk apa jua isu sangat konsisten. Kenyataannya agak jarang tapi tegas dan jelas. TPM sendiri pada pandangan aku tak berapa nak clear. Pandangan akulah.
-

Thursday 18 June 2015

GILA TALAK PUNYA PAS !

PAS: Pakatan hanya pengsan


Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata beliau percaya bahawa masalah yang melumpuhkan Pakatan Rakyat pada masa kini hanyalah untuk tempoh sementara.

Laporan The Star Online menyebut, beliau berkata PAS juga akan terus bersama PKR untuk meneruskan kerjasama dalam Pakatan.

“Pakatan tidak mati, hanya pengsan,” katanya seperti dipetik dalam laporan porttal itu.

Tambahnya, masalah yang timbul pada masa ini hanya berpunca dari tindakan DAP meninggalkan Pakatan.

Langkah itu sama seperti yang dilakukan DAP pada 2001 apabila parti itu meninggalkan Barisan Alternatif.

“DAP yang memutuskan untuk meninggalkan Pakatan, bukan PAS atau PKR,” kata Mustafa lagi.
Ulasan.
Aku salin artikel ni bulat bulat dalam Malaysiakini. Jadi ada kemungkinan Mkini dok pusing sebab nak perjatuhkan PAS serendah rendahnya.
Tapi kalau benar seperti yang Mkini tulis, aku nak ingatkan UMNO, hati hatilah sebab lawan kita sekarang ialah orang giler belaka.

Friday 12 June 2015

LARIKAN ANAK DARA ORANG ?

Aku tak tau sampai bila wayang ni nak tamat. Yang aku bimbang, UMNO macam syok tengok Pakatan bermasalah tanpa melakukan apa apa. Permatang Pauh jadi bukti, perang macam manapun Pakatan di atas, undi mereka tak lari langsung.

KOTA BHARU 12 Jun - DAP disifatkan tidak cukup jantan kerana hanya pandai menekan Pas, tetapi tidak berani mengumumkan secara rasmi mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.

Mengibaratkan DAP seperti perempuan, Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindak-tanduk DAP sejak kebelakangan ini yang sering berdolak-dalih dilihat seolah-olah tidak yakin mahu berpisah dengan Pas.
“Kalut sungguh DAP ni.. naik hairan saya. Sekali nampak macam yakin dan berani benar, tapi asyik tekan Pas supaya putus hubungan dengan dia. Macam tak yakin pula nak lafaz cerai terhadap Pas.

“Saya jadi perasan DAP ni perempuan, Pas jantan la pula. Perempuan tidak sah lafaz cerai. Itu duk minta fasakh tu..,” katanya dalam status laman sosial Facebook miliknya.

Perbalahan antara dua parti pembangkang berkenaan dilihat memuncak apabila DAP secara berterusan melakukan provokasi kepada kepemimpinan baharu Pas termasuk mendesak wakil parti itu di Pulau Pinang meletak jawatan dalam kerajaan negeri.

Provokasi DAP itu adalah sebagai reaksi terhadap tindakan Dewan Ulama Pas yang sebulat suara meluluskan usul tergempar tanpa bahas iaitu memutuskan hubungan dengan DAP, namun mahu meneruskan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang pada Muktamar Tahunan Ke-61, minggu lalu.
Mengulas lanjut, Nik Abduh mencabar DAP supaya menunjukkan ‘kejantanan’ dengan membuat keputusan memutuskan terus hubungan dengan Pas.
“Come on la DAP.. jadilah jantan juga. Pilih, be gentleman, cool macam Pas atau berterus terang je.. tolak Pas,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu meminta DAP supaya tidak melakukan perbuatan tidak senonoh dengan cara melarikan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang digambarkan seperti anak dara.

“Jangan buat perangai tak manis, kahwin bawa lari anak dara orang.. Tak pasal-pasal si anak dara atau Pasma tu kena kutuk,” katanya.- Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...