Artikel ini adalah reaksi kepada artikel lain yang terlebih dahulu tersiar,
Baca ini pula ...
Datuk A Jalil Hamid ni setahu aku seorang wartawan yang cukup berpengalaman, ada nama dan jugak terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran. Memang ada kolum sendiri dalam NST.
Tapi bukan ini yang nak aku timbulkan, aku cenderung melihat makna di sebalik kedua dua artikel.
William Pesek juga seorang yang ternama dalam bidangnya. Malangnya Pesek melihat Malaysia seperti enam puluh tahun dahulu, sebuah negara bangsa terjajah dan dinilai lemah dan tidak berupaya.
Tulisan William Pesek sangat rendah ' kualiti adabnya'. Sekali baca ia seakan ditulis dengan amarah melampau yang tidak dapat ditahan. Bahasanya mudah supaya dapat dibaca oleh semua golongan pembaca dan aku yakin Pesek ingin berkongsi ' pengadilannya'. Artikel itu berakhir dengan perbandingan Gred. ' A ' untuk Korea dan ' D ' untuk Malaysia.
A Jalil Hamid dalam artikelnya antara lain memetik Obama sebagai memahami betapa usaha mengesan, menyelamat dan sekarang mencari jawapan bagi misteri MH 370 bukan sesuatu yang mudah untuk dirungkai.
Sinis sekali apabila A Jalil Hamid mendedahkan jawapan mengapa feri Korea itu tenggelam, dan pelanggaran peraturan yang berlaku serta usaha menyelamat Korea yang gagal.
Di atas segalanya artikel A Jalil Hamid ditutup dengan kenyataan ini...
Pesek has also admitted that he is "a long-time fan" of Datuk Seri Anwar Ibrahim in one of his columns. Why does Bloomberg allow this obvious bias?
Inilah tujuan mengapa artikel ini aku tulis. MH 370 walau sedalam manapun luka dan sedih di hati kita telah memperlihatkan kebangkitan patriotisme yang amat ketara.
Jika Wlliam Pesek bimbang melihat kebangkitan pemimpin kita kesan tragedi ini mengatasi ' tokoh ' yang beliau ingini maka beliau memang wajar berperasaan demikian.
Hakikatnya Pemangku Menteri Pengangkutan telah berjaya menghimpunkan 26 buah negara, ratusan pakar daripada puluhan disiplin ilmu untuk berkongsi segala yang dimiliki oleh mereka bagi merungkai misteri MH 370.
Hakikatnya walau seberat manapun beban duka yang ditanggung, berbanding Korea tidak ada seorangpun Menteri atau pegawai kita ditampar, diterajang dan sempat pulak dirakam media. Ini kerana Menteri kita bukan sahaja bekerja kerana kerja mereka tetapi kerana kasih yang mendalam sesama manusia...
Maaf William Pesek, di Malaysia telah ada pemimpin bertaraf dunia...
Syabas bro, bravo. Orang puteh ingat depa baguih, kita koman ! Pi rahhh..dia dengaq maklumat Nuar Brahim lah tu.
ReplyDeleteCantikkk !! Saya dah baca tulisan dua dua orang ni. Nampak sangat Pesek dah tak de benda nak komplen. Sebenarnya dia iri hati dengan kemampuan kita !
ReplyDeleteTerbaik ! Kita dah merdeka 60 tahun. Pi mampus orang puteh nak cakap apa pun !
ReplyDeleteIkut petua Datuk Hisham sendiri. Pandang ke depan, jangan toleh ke belakang !
ReplyDeletePerbandingan dangkal. Feri tu kebih muatan dan jelas tempat tenggelamnya.
ReplyDeletePesek ni kawan Nuar. Apa yg dia tulis tu idea Nuar. Apa nak heran
ReplyDeleteMalaysia ni dari dulu barat tak suka. Kita berdikari. Ini hakikat yg sukar mereka terima
ReplyDeleteTiba tiba je nama jadi sebutan dunia. Dulu nama Tun M jadi sebutan. Barat mmg tak mau terima hakikat betapa ramai anak Melayu berkebolehan. Media mereka kuasai maka medialah alat propaganda mereka
ReplyDeleteHarap ramai tokoh akan tampil menjawab segala tohmahan jahat. Akhirnya mereka akan gentar
ReplyDeleteMH 370 adalah peristiwa pertama seumpamanya. Mana boleh banding dengan feri karam. Bodohlah dia. Feri dah sah sah lebih muatan
ReplyDeleteDulu blhlah. Kita tak jawab kritikan barat. Sekarang rakyat dah celik. Kita tahu apa yang kuta lakukan. Tak perlu ajar kita
ReplyDeleteDatuk Hishamuddin memang target serangan sebab orang nampak wibawa dan potensinya.Dasar orang berhati busuk, jika dia tak mampu saingi seseorang mereka akan cuba jatuhkannya. Saya harap Datuk Hisham jangan terkesan dengan permainan jahat ini.
ReplyDeleteKalau aku, langsung aku tak layan bahan bahan yang tersiar dalam media barat. Dah tentu negativ
ReplyDeleteWilliam Pesek ni kawan Nuar Brahim. Kepala hotak dia orang sama .
ReplyDeletePesek ni terkenal. Kenapa ? Dia sangat cenderung perlekeh orang!
ReplyDeleteSalam bro, aku rasa kita kena positif . Sesekali orang tegur baik juga untuk buat perbandingan.
ReplyDeleteAku cadang jangan bagi publisiti kat media jahat ni!
ReplyDeleteMat Saleh ni ketinggalan zaman. Dia tak tau ada org mcm Hishamuddin yang jauh lebih hebat daripada pemimpin dia
ReplyDeleteMat saleh ni ingat Malaysia macam zaman sebelum merdeka ke? Sekarang kami da ada Hisham la, pemimpin Melayu masa depan. Yang bakal orang barat gerun selepas Tun M.
ReplyDeleteKomunis alat baru ni...cilaka punya mat saleh
ReplyDeleteOmputih hati syaitan!
ReplyDeleteOmputih ni rasa tercabar dengan kita ni sebenarnya.. mana taknya, Hisham makin hari makin power
ReplyDeleteSetiap kali ada insan yang sakai cuba nak jatuhkan Malaysia, akan ada seorang insan hebat a.k.a bijaksana yang akan tampil membidas balik
ReplyDeletePesek ni dah takda modal lain ke apa.. apa yang di tulis lagi nampak dia bodoh
ReplyDeletePesek ni otak dia da masuk kuman banyak sgt da ni..rosak da
ReplyDelete