Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday, 12 May 2014

KENAPA TENGKU ADNAN YANG BUAT KENYATAAN ?

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Ahmad Said hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 
"Saya datang jumpa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti dimaklumkan ada pertukaran (menteri besar), saya maklum balas dan mereka terima dan tidak ada masalah, memang betul ada pertukaran.
"Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baru) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak istana...dah sah memang disahkan dia (Ahmad Said) dah jumpa Perdana Menteri letak jawatan hari ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno negeri di sini hari ini.
Katanya, pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada Umno di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti. 
Spekulasi memuncak akhir-akhir ini bahawa Ahmad akan digantikan termasuk cakap-cakap kononnya beliau bersetuju menjadi menteri besar untuk selama setahun selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei tahun lepas. 
Ahmad dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas menerima watikah pelantikan daripada Sultan Terengganu pada 9 Mei tahun lepas. 
Beliau yang juga Adun Kijal pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 22 Mac 2008. 
Sepanjang perkhidmatannya, Ahmad cukup terkenal dengan slogan “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan” sebagai teraju utama dalam kepimpinan beliau. 
Pentadbiran yang mesra rakyat menjadi tonggak dan keutamaan beliau dalam memastikan kepentingan dan permasalahan rakyat diselesaikan. 
Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Terengganu menang majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk pilihan raya kecil Kuala Besut pada 24 Julai tahun lalu. - Bernama
Ulasan -
Kalau tanya pandangan aku, aku fikir lebih baik jika Perdana Menteri yang buat kenyataan. Menteri Besar bukan jawatan Parti, ia jawatan Kerajaan. Apapun benda dah berlaku. Tahniah kerana Datuk Seri Ahmad Said telah memimpin Terengganu selama setahun ini.
Aku harap tiada yang buat tindakan yang merugikan Kerajaan dan UMNO. Sekali lagi jika aku ditanya, aku akan bagitau Perdana Menteri supaya lebih cepat mengeluarkan kenyataan supaya tidak berlaku spekulasi yang merugikan.

1 comment:

  1. anti-LGBT , PR dan Ad-Dajjal12 May 2014 at 19:11

    NAsik dah jadi bubuq beb. Gomen BN dah tergolek dog kat Terengganu. Berita terbaru - 3 ADUN keluaq UMNO jadi Bebas. macammanapun UMNO dah hilang majoriti. Apa nak jadi dgn UMNO ni?????? KONsultak mana yg bagi nasihat sikit punya baguih ni. Elok2 tak dak pblm dah jadi pblm. Hilang satu negeri beb!!!!!!! DSN tu geti ke nak jaga UMNO ni???? Kalau rasanya dah tak larat, berundurlah.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...