Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday, 30 May 2014

BAHAYA !! SENJATA AKHIR DAP MUNGKIN MEMBAWA PADAH KEPADA BN !!


Sejak tengahari tadi di Perak khasnya di Teluk Intan, telah heboh berita kononnya Kerajaan akan menaikkan harga diesel sebanyak 80 sen seliter.
Kenaikan ini amat luar biasa kerana jumlahnya yang cukup tinggi dan ia memberikan kesan besar kepada pengusaha pengangkutan, pengusaha bas dan teksi, para nelayan dan sebagainya.



Berita yang aku terima menyatakan maklumat ini keluar daripada Ibu Pejabat Shell sendiri. Walaupun tiada sebarang kenyataan bertulis namun berita ini tersebar dengan cepat dan memang mencetuskan panik dalam kalangan pengguna.

Masalahnya panik ini bertukar kepada marah, benci kepada kerajaan UMNO/BN. Alasan kenaikan antaranya

1. Perlu tambahan kewangan kerajaan bagi membiayai panda
2. Menampung penyelewengan diesel yang dikatakan melibatkan pemimpin
    BN.

Aku rasa sangat perlu mana mana pemimpin Kerajaan dengan segera mengeluarkan kenyataan menafikan perkara ini. Aku yakin senjata akhir DAP ini akan memberi kesan terhadap undi di Teluk Intan esok !


3 comments:

  1. Harap pengundi tak terpedaya

    ReplyDelete
  2. Mereka guna kuasa ekonomi, dajal betul !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...