Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday, 21 May 2014

JANGAN PUKUL TONG DI TELUK INTAN !!


Kalau nak pakai cakap akulah. Tak usah palu gong atau tong di Teluk Intan. Nanti malu, bunyi kuat tapi hasilnya kosong.

l
Beberapa pemimpin UMNO dah mula keluarkan kenyataan yang akan mengganggu keghairahan jentera kempen BN keseluruhannya. Tengok contoh di bawah:-

" BN dijangka akan memenangi kerusi Teluk Intan kerana nampaknya pengundi Cina telah mula beralih semula kepada BN ". 

" BN mempunyai rahsia besar kemenangan BN kerana pada PRU 13 ada lebih 9 ribu orang pengundi puteh tidak keluar mengundi ".

Bandingkan pula dengan kenyataan Lim Kit Siang

" Kita turun sebagai under dog. Kita tahu kita menghadapi kesukaran. Sebab itu kita harap jentera kita akan bekerja dengan lebih kuat lagi ".

Membaca kenyataan di atas sahaja sudah dapat dilihat kesannya. UMNO seperti biasa suka mencetus suasana selesa, bertenang. Manakala DAP walaupun turun sebagai penyandang tetap mewujudkan ' suasana krisis, cemas '.

Maka tidak hairanlah jika kita nampak ' ala ala kadar ' gerakan UMNO di Teluk Intan dan hampir tiada gerakan komponen.
Masa masih ada walaupun sangat sedikit. Aku percaya jika seluruh tenaga digunakan, ada peluang yang sepatutnya kita rebut. Pilihan di tangan kita, jika kita memang benar benar mahukan kemenangan.


Juara hanya tercipta dengan pengorbanan dan usaha gigih !


9 comments:

  1. Ini masalah sebenar UMNO. Cakap kosong !

    ReplyDelete
  2. Selamanya...perasan !

    ReplyDelete
  3. Jangan halang pemimpin nak bercakap. Sekurang kurannya dapat juga syok sekejap.

    ReplyDelete
  4. Tunggu lagi sehari dua tgk ada apek akan meraung di Teluk Intan

    ReplyDelete
  5. Jangan takbur. Buat kerja.

    ReplyDelete
  6. Ada peluang menang. DAP pun pilih pilih buat kerja. Masalahnya komponen langsung tak buat kerja

    ReplyDelete
  7. Bila lah UMNO nak sedar !

    ReplyDelete
  8. Klu mcm ni sampai mampus umno x akn sedar....

    ReplyDelete
  9. Umno selalu macam tu. Cakap besar. Nak sedapkan hati je. Padahal tu bukan tempat umno/bn.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...