Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 14 May 2014

TASHA SHILA BERI AMARAN KEPADA PEMINAT !!

Kita anggap Terengganu dah selesai. Banyak pengajaran yang boleh kita capai melalui peristiwa ini. Jom kita berehat sekejap...

Tasha Shila Akui Tertekan Dengan Komen Peminat | Tasha Shilla mengakui dirinya tertekan dengan komen negatif berunsur hinaan yang dilemparkan pengikut-pengikut laman sosialnya terhadap hubungan dia dengan kekasihnya, Han Chen Wong.

Tasha Shila Akui Tertekan Dengan Komen Peminat

Menurut Tasha, peminat tidak wajar menjatuhkan hukuman atau mengawal segala tindak-tanduknya melalui gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram miliknya.

"Saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka, ramai diantara mereka terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar.

"Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal hubungan saya. Cukuplah keluarga saya merestui hubungan kami," ujar Tasha Shila kepada media.

Tasha berkata demikian ketika ditanya tentang kritikan dan komen negatif yang sering dilemparkan oleh pengikut-pengikut laman sosial Instagram setiap kali dia memuat naik gambar bersama kekasihnya.

Tasha turut memberi amaran kepada peminat yang berniat untuk menghina atau memberi komen negatif terhadapnya tidak perlu menjadi pengikutnya di laman sosial berkenaan.

Dalam pada itu, Tasha merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan, mengakui mereka sedang di peringkat memahami dunia masing-masing.

Dia akui, kekasihnya yang juga peninju Muay Thai itu sedang membiasakan diri dengan kehidupan dalam dunia selebriti.

"Pada awalnya dia agak rimas juga dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan dunia Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya," katanya- Sumber.

2 comments:

  1. Tak taulah apa nak jadi dia ni. Tak tau dosa pahala kot!

    ReplyDelete
  2. Aku nengok tatu pun takut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...