Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 28 August 2014

ABBY ABADI DOT..DOT..DOT.!

Rindu pulak kat Abby Abadi. Senyap sunyi. Tiba tiba..

27 Ogos – Selebriti yang kini tidak lagi bergiat aktif dalam bidang seni, Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian peminat dan media apabila memuat naik sekeping gambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, seringkali menjadi tumpuan pengikut laman sosialnya semenjak dirinya berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar sehinggalah mereka berdua disahkan bercerai.
Menurut laporan portal OhBulan!, foto yang menunjukkan laporan polis itu diyakinkan lagi dengan kapsyen Abby yang seakan-akan ditujukan khas buat bekas suaminya itu.
"Buat yang berkenaan, laporan polis telah dibuat. Saya terpaksa kerana tidak mendapat kerjasama dari dot dot dot... Siapa? Biarlah saya rahsiakan dulu buat masa ini ya," ujar Abby di laman sosial berkenaan.
Dalam pada itu, Abby turut menyatakan dirinya sudah pun memberi peluang dan ruang kepada individu terbabit, namun panggilan yang dibuat dan mesej yang dihantar tidak berbalas.
Mungkin benar ia ditujukan buat Farhan atau sebaliknya? Pastinya masalah terbabit serius dan besar sehingga laporan polis telah difailkan oleh bekas pelakon drama "Gerak Khas" ini.
Walaubagaimanapun, semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan diharapkan Abby bersabar dengan dugaan yang datang terhadap dirinya yang kini berstatus ibu tunggal.Sumber

Wednesday 27 August 2014

Aku tak rasa Anwar sound PAS . Anwar sebenarnya sound Haji Hadi dan Majlis Syura PAS yang hakikatnya tak mahukan Wan Azizah jadi MB. Anwar dah tak tahan sebenarnya. Dia rasa penolakan berlaku terhadap bukan Wan Azizah sangat tapi Anwar sendiri.

Aku jugak tak rasa bahawa pimpinan tertinggi PAS bodoh sangat sehingga gagal untuk mengenali hati budi Anwar.PAS pun jahat jugak. Untuk kalahkan UMNO ( dulu)mereka kompromi dengan Anwar walaupun mereka tahu Anwar luar dalam.

Sekarang dah jadi cerita lawaklah. Yang untung DAP. Mereka dapat menyaksikan Melayu balun Melayu depan bijik mata mereka sendiri. Baca laporan di bawah...Anwar marah sampai kembang hidung ooo..


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara terbuka meminta PAS untuk menyatakan sama ada mereka menentang keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
"Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menarik balik saman fitnahnya terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini.
Ketua Umum PKR itu mengulas keputusan PAS semalam untuk mengemukakan lebih dua nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar kepada istana sebagaimana diminta baginda Sultan Selangor.

Tuesday 26 August 2014

18 SX- ORANG TUA GILA SEKS

Pagi lagi ni. Baca cerita pelik manusia. Macam macam tapi tak berat sangat kepala memikir. Tak payah pikirpun, baca untuk relaks...

London: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengadakan seks dengan tilam.

Dalam keterangannya kepada Mahkamah Majistret di Derry, seorang anggota polis berkata, dia menemui lelaki yang pernah didapati bersalah atas tuduhan seks, berbogel dari pinggang ke bawah. 

Sambil menonton filem porno menerusi pemain DVD, dia melakukan gerakan seks dengan tilam di tempat letak kereta sebuah rumah orang tua di bandar itu awal pagi Sabtu lalu. 




Martin Gregory Coll, 52, dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan berkait dengan kejadian itu.

Selain dituduh berkelakuan tidak senonoh, dia juga berdepan tuduhan ‘melakukan perbuatan lucah dan menjijikkan sehingga mencetuskan kemarahan orang awam dengan menonton filem porno secara terbuka sambil mengadakan seks dengan tilam ketika berbogel.’

Sarjan polis itu memberitahu Hakim Peter King, defendan dijatuhi hukuman tertunda minggu lalu kerana mencuri tabung dari sebuah depoh bas dilihat memasuki kawasan rumah orang tua berkenaan menerusi pintu belakang, jam 5 pagi.- Agensi

TERHANGAT !! AARON AZIZ KAHWIN LAGI !

Hero kebanggaan Malaya yang jadi pujaan ramai dan menang beberapa kali sebagai Bintang paling popular membuat peminatnya gempar apabila membuat keputusan untuk berkahwin lagi.

Bapa penyanyang ini berkahwin dalam telefilem Cinta Paling Agung bersama pasangan idealnya Siti Saleha.
Kita tunggu nanti lakonan mantap mereka.

Monday 25 August 2014

LAWAK PAGI ! MAHKAMAH PERINTAH SUKAT KEMALUAN !

Leer (Jerman): Seorang lelaki yang dituduh menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis belasan tahun memberitahu mahkamah, kemaluannya itu terlaku kecil untuk membolehkan seseorang melihatnya.
Lelaki berusia 54 tahun yang hanya dikenali sebagai Herbert O didakwa mempamerkan kemaluannya kepada gadis itu ketika dia menghantar bungkusan kepada mangsa, Ogos tahun lalu.
Gadis itu bersama ibunya membuat laporan polis terhadap Herbert yang berasal dari Leer, Jerman.
Herbet, dalam perbicaraannya semalam memberitahu mahkamah, kemaluannya terlalu kecil untuk dilihat gadis itu, malah turut meminta isterinya memberi kenyataan di mahkamah.
“Maaf sayang, kemaluan awak terlalu pendek untuk terjuntai dari seluar,” kata isterinya kepada mahkamah di Leer.
Peguam bela, Lutz Winkler meminta hakim Ulrike Andrees mengukur organ sulit tertuduh bagi mengesahkan dakwaan itu.
Andress bagaimanapun menolak, sebaliknya me ngarahkan pejabat koroner di Oldenburg mengukurnya.
“Saya akur jika si isteri sendiri mendedahkan perkara itu,” kata Andrees.
Winkler mahu memastikan anak guamnya bebas daripada tuduhan itu dan menolak hukuman denda untuk menyelesaikan kes berkenaan, Mahkamah mungkin perlu menanti beberapa bulan untuk mencapai keputusan.
“Ini kes pertama seumpamanya di mahkamah,” kata pegawai mahkamah Norbert Bruns.


GILA DAH WEII ! PASANGAN BERBOGEL DI BANDARAYA IPOH !!

Berita lanjut menyusul...





Sunday 24 August 2014

LETIH ? JOM TENGOK VIDEO LAWAK JENAKA !!

Ada orang kata mengkarung. Ada yang kata sesumpah. Sama kedua duanya. Sesumpah atau mengkarung pandai menyamar untuk selamatkan diri...





Saturday 23 August 2014

LAGI KES HINA MAHKAMAH SECARA TERBUKA, AKU RAYU JANGAN ADA SESIAPA BUAT LAPORAN POLIS !

Bila Tun M tegur, ramai panglima muncul pertahankan DS Najib. Mereka silap, yang perlu dilakukan bukan pertahankan PM tapi bantu PM melaksanakan undang undang..





Friday 22 August 2014

9 TAHUN DAH MEROGOL !

Apa sedang berlaku sebenarnya dalam masyarakat kita ? Korang bayangkan budak berumur 9 tahun dah boleh merogol. Tidakkah ini luar biasa ? Aku rasa ini antara kegagalan pendidikan kita. Dan paling utama ini adalah kegagalan mak bapak. Kalau mak bapak dapat kawal anak anak, aku tak fikir benda ni berlaku.


KUALA LUMPUR 22 Ogos - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai dicabul tiga kanak-kanak lelaki semasa dalam jagaan pengasuhnya di sekitar kawasan perumahan di Rumah Pangsa Sri Kedah Fasa 1A, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, ibu bapa kanak-kanak berkenaan mendapat tahu tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh anak jiran yang dikenalinya.

"Mereka memberitahu ibu bapa mangsa yang anaknya dirogol oleh tiga kanak-kanak lelaki berusia sembilan sehingga 12 tahun di sekitar kawasan flat tersebut. Mangsa ketika ditanya oleh ibunya sama ada benar dirogol atau tidak, hanya menangis dan tidak bercakap apa-apa.

"Berikutan bimbang, ibu mangsa berusia 36 tahun membuat laporan polis pagi semalam selain bertujuan membuat pemeriksaan lanjut berhubung perkara itu di hospital," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Kong Meng, hasil pemeriksaan yang dilakukan di hospital bagaimanapun menunjukkan kanak-kanak tersebut tidak dirogol.

"Suspek bukan anak pengasuh tetapi dipercayai kanak-kanak yang tinggal di kawasan flat yang sama dengan rumah mangsa dan pengasuhnya.
"Kita akan panggil mangsa dan ibunya untuk membantu siasatan," katanya.

Tambah Kong Meng, pihaknya tetap menyiasat kes tersebut dari sudut lain untuk menentukan sama ada mangsa dicabul dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Thursday 21 August 2014

GIRL FRIEND SEMBAHYANG, BOY FRIEND BOGEL ATAS ALMARI !!

Ini yang dikatakan bodoh piang ! Nak menipupun jangan gunakan agama.
Berkhalwat salah, tak ada soal jawab. Cara terbaik hindari zina. Dah jelas ada larangan...

KUANTAN - Berpura-pura memakai telekung seakan-akan baru selesai menunaikan solat Subuh.

Itu lakonan seorang remaja perempuan ketika membuka pintu bilik hotel bagi mengelabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau di sini semalam.

Bagaimanapun taktik itu gagal memperdaya anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) apabila remaja perempuan tersebut didapati terlupa memakai kain sarung manakala pasangannya yang bukan muhrim dijumpai menyorok di atas almari dalam keadaan tanpa pakaian di bilik tersebut.

Remaja perempuan berusia 21 tahun itu kemudian ditahan bersama pasangannya yang berusia 20-an kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan.

Dalam serbuan pukul 6.30 pagi yang turut disertai wartawan, para pegawai penguat kuasa JAIP menolak alasan remaja lelaki terbabit yang memasuki bilik hotel tersebut untuk menghantar seterika.

"Kami tidak percaya kamu menghantar seterika, kalaupun betul kamu berbuat begitu mengapa perlu berdua-duaan dan berada dalam keadaan tidak menutup aurat," kata salah seorang pegawai JAIP di tempat kejadian.

Ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP, pasangan terbabit akhirnya 'menyerah diri' sebelum dibawa ke pejabat JAIP Kuantan untuk siasatan lanjut dan kaunseling.

Dalam perkembangan sama, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIP, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, seramai 40 individu berumur dalam lingkungan 20-an ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel murah.

Menurutnya, operasi sempena sambutan Ambang Merdeka itu membabitkan pemeriksaan enam buah hotel selama dua jam bermula seawal 6 pagi.
"Kami mendapati kebanyakan mereka yang ditangkap telah menginap di hotel selepas bersiar-siar sehingga awal pagi," katanya.

Berikutan itu, beliau menyatakan, setiap individu terlibat akan diambil keterangan dan akan didakwa di mahkamah.

Wednesday 20 August 2014

KEHEBATAN DS NAJIB TUN RAZAK !

Aku pernah kritik Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Ada perkara yang pada aku , aku rasa tak betul. Membiarkan PERSEPSI NEGATIF adalah sesuatu yang sangat bahaya untuk negara. DS Najib lambat dalam menjawab sesuatu perkara walaupun perkara itu besar kesannya kepada rakyat. Walaupun begitu, aku rasa DS Najib jugak mempunyai satu kelebihan LUAR BIASA yang tak ramai orang ada.

 Baca di sini..

Aku rasa kalau orang lain dah melantun lantun dah. Pak Lah dulupun tak selesa ditegur bahkan menjawab dengan keras teguran orang.

Ini kekuatan DS Najib yang aku rasa menyebabkan orang hormat dia. DS Najib menghormati Tun Mahathir sebagaimana yang rakyat mahukan. Ini bijak.

Cuma aku harap janganlah hormat saja. Buatlah kajian, jika perlu buatlah tindakan. Manusia tidak sempurna tapi dalam masa aku tak rasa buat masa ini ada orang lain boleh menggantikannya, sekurang kurang buat masa ini.


LUPA SEHINGGA MENYEBABKAN ANAK MAUT !

Luka hati membaca kisah menyayat hati ini...


Kuala Nerang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam kereta bapanya lebih lapan jam di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang di sini, hari ini.
Kejadian bermula kira-kira 7.30 pagi apabila mangsa Muhammad Aqil Arfan Adnan dikatakan tidur dalam kereta ketika bapa menghantar ibu mangsa yang berkhidmat sebagai guru di SMK Syed Ahmad di sini. Menurut sumber, bapa mangsa Adnan Salleh, 42, yang juga seorang guru, dikatakan terlupa untuk menghantar anaknya ke sebuah tadika yang terletak berhampiran dengan sekolah isterinya sebaliknya terus pergi ke tempat dia mengajar di SMK Kuala Nerang. 

"Bapa mangsa dikatakan terlupa anaknya sedang tidur di tempat duduk belakang kereta terus masuk ke sekolah untuk mengajar.
Foto
MUHAMMAD Aqil Arfan Adnan, 4 maut selepas ditinggalkan oleh bapanya didalam kereta.

"Ketika bapa mangsa pergi semula ke keretanya untuk pulang mengambil isteri dan anaknya kira-kira 4 petang, dia terkejut melihat kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 kanun keseksaan.- Harian Metro

MACAM MACAM SELANGOR NIH , JURURAWAT TAWAR KHIDMAT SEKS !

Politik panas. Kehidupan sosial tak kurang panasnya...Itupun orang berebut rebut nak jadi MB





Tuesday 19 August 2014

TERBONGKAR !! RAHSIA WAN AZIZAH BERSAMA ANWAR TERBONGKAR !

Aku yakin PAS dan DAP tahu rahsia ini. Wan Azizah hanya perkakas Anwar. Kalau Anwar kena penjara Azizah akan terus laksana tugas sebagai MB. Skripnya Anwar sediakan dari dalam penjara. Pengarahnya jugak Anwar. Kalau Anwar tak kena penjara, satu lagi Pilihan Raya Kecil akan berlaku. Kali ini Anwar bertanding dan ' DEMI KEBAIKAN RAKYAT SELANGOR SERTA PAKATAN ' Anwar terpaksa jugak jadi MB.

PAS pulak ikut sahaja plan Anwar sebab pemimpin mereka dapat habuan atau sekurang kurangnya janji. Nik Aziz dan Haji Hadi oleh kerana takut kena langgar dalam parti terpaksa jugak ikut. Bertungkus lumus cari nas.

DAP meraikan apa sahaja sehingga mereka cukup ' orang Melayu '. Sampai masa mereka akan merampas Selangor dengan pertolongan Melayu Melayu terpelajar.

BAGUSLAH PERTAHANKAN DS NAJIB , TAPI...

Aku percaya memang adab dalam berorganisasi, jika ketua kita ditegur atau dikritik kita perlu dalam keadaan tertentu mempertahankan ketua kita. Namun ada beberapa perkara harus diambil kira
1. Siapa yang menegur
2. Apa bijik buah teguran
3. Bagaimana cara kita membalas teguran itu.
Aku perhatikan apabila Tun Mahathir menegur DS Najib ada orang yang memberi reaksi melampau sehingga ke tahap tidak wajar. Aku rasa semua orang dah baca tulisan Tun M dan faham apa yang dimaksudkan. Dan aku nak nyatakan jugak, ini jugaklah yang dirasakan oleh orang kampung, orang Melayu.
Pada waktu DS Najib diboo, dihina, digelar dengan pelbagai gelaran yang buruk tak de pulak orang ini melantun mempertahankan.
Apapun aku suka cara DS Hishammuddin menjawab isu ini. Rasanya tak ada orang marah atau kecil hati. Jangan kita lupa, Tun M bukan orang biasa. Beliau ialah idola jutaan rakyat Malaysia...
Kata DS Hishamuddin..baca laporan berikut...

Hormati, enggan aibkan Dr M

Jelasnya lagi, beliau bagaimana pun menghormati pandangan bekas perdana menteri itu walaupun tidak bersetuju dengannya.

"Tun Mahathir tak pernah lokek dengan pandangan dan teguran tapi ini tak bermakna kita setuju dengan apa yang diluahkannya.

"Pada masa sama saya tak nak aibkan pandangan Tun Mahathir kerana dari dulu lagi beliau ada pendirian dan pandangannya sendiri," kata Hisham pada sidang media di Kementerian Pertahanan tengah hari ini.

Mahathir (kiri) dalam tulisan terbaru di blognya menarik balik sokongannya kepada Najib selama ini kerana Najib dilihat berlembut dalam isu-isu yang kritikal.
Laporan lanjut baca...di sini..

KEPADA YANG TERLAJAK BELA NAJIB, BACA KENYATAAN TUN M !

SHAH ALAM - Selepas artikel berjudul 'Menegur' yang menyentuh mengenai kepimpinan perdana menteri dipaparkan di blog chedet.cc, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus dikejar media.

Pemimpin veteran itu bagaimanapun tidak melatah dengan menegaskan teguran yang disampaikannnya itu bukanlah bersifat peribadi.

Malah jelas Dr Mahathir, beliau tidak meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran kepada perdana menteri bersabit dasarnya.

"Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.

"Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la," katanya kepada pemberita.

Tambahnya, Najib juga terlalu berlembut dan "kadang-kadang tak respons, dan hanya berdiam diri".

Dr Mahathir dalam catatan blognya berkata, pemimpin yang tidak ditegur akan percaya apa yang mereka lakukan adalah betul.

Menurutnya lagi, beliau sudah berulang kali menegur pentadbiran Najib, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Dr Mahathir terlebih dahulu berkata, beliau terpaksa menarik balik sokongannya kepada Najib kerana dasar dan tindakannya tidak berkesan daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," tulisnya.- Sumber

Monday 18 August 2014

VIDEO - PATUTLAH USTAZ AZHAR IDRUS MENCARUT, KAH ! KAH ! KAH !

Aku rasa dalam sejarah Malaysia tak de ustaz macam Ustaz Azhar Idrus. Tak de. Keberaniannya menjawab soalan sangat luarbiasa. Datanglah soalan macam mana atau soalan apapun, dia kan jawab walaupun dia tahu orang sebahagiannya malu nak dengar.

Rupanya UAI ni jenis terus terang, tiada ketakutan. Orang bertanya beliau jawab tanpa mengira untung rugi. Korang dengar video di bawah. UAI nyata tidak bersetuju dengan langkah Pakatan mahu meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Analoginya sangat menarik dan jelas.





MUHYIDDIN DAN ZAHID ADALAH DATUK DATUKNYA !

Maka sekali lagi pemimpin yang kita kasihi Tun Mahathir menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.di sini

Seperti biasa Tun M tidak pernah gagal mencapai hasratnya, menegur dengan jelas dan semua kita percaya bahawa Tun M tiada niat lain selain ingin melihat kebaikan untuk bangsa dan negara.

Cuma aku rasa tidak betul bilamana ada orang dengan segera mencadangkan gandingan Muhyiddin- Zahid untuk bangkit dan menggantikan Najib. Ini tidak boleh berlaku kerana Muhyiddin- Zahid adalah antara ' datuk datuk ' yang Tun M maksudkan.


Yang wajib berlaku ialah Najib dan seluruh ' datuk datuknya' membuat pembetulan segera agar apa yang dibimbangi Tun M tidak berlaku. Ini bukan masalah Najib secara peribadi tetapi Najib secara berpasukan.


Apa yang Tun M suarakan adalah apa yang sebahagian besar orang Melayu rasakan. Aku ingin memberikan saranan. Jangan ada datuk datuk di sekeliling Najib menjawab, memberi justifikasi. Orang Melayu khasnya bukan mahukan jawapan tetapi perlukan perubahan serta merta.



Negara sedang berada dalam keadaan krisis. Rakyat sedang berdukacita dengan musibah MH 370 dan MH 17. Najib perlu memimpin umat ini dengan cara yang betul. Ada datuk datuk di sekeliling Najib perlu diganti. Ada yang lebih liberal daripada Anwar Ibrahim.

Najib perlu ada keberanian untuk berubah dan penting untuk berubah mengikut kehendak rakyat khasnya penyokong setia, bukan berubah mengikut kehendak orang yang jelas menolak.


Kita ucap terima kasih kepada Tun, cuma kita harap Tun tidak berpatah hati.



MASYAALLAH !! NIK AZIZ TOLAK HADIS !

Sebelum ini hukumnya tidak syar'i menggulingkan Khalid.Kemudian ada ustaz keluarkan kenyataan...




Baca pulak kenyataan Nik Aziz...

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat yang mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.


Keputusan dibuat setelah beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk  Mustapa Ali di sini, hari ini."Saya sudah diberi penjelasan, apa yang penting Pakatan Rakyat kekal," katanya kepada pemberita.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.

“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” ta
mbahnya.

Sunday 17 August 2014

SIAPA ARAH AZIZ BARI PERLEKEH PAS ?

Aku rasa ini penghinaan kepada PAS. Dah bersusah payah berkelahi sesama sendiri, hilang maruah dalam kalangan ahli akar umbi, tiba tiba pengorbanan PAS tak berguna. Apa perasaan PAS ? Siapa yang arahkan Aziz Bari keluar kenyataan pedas ini? 

Aku rasa PAS tersinggung dan malu. Kenyataan Aziz Bari ini seakan akan amaran kepada PAS, jangan mintak apa apa. Tanpa PAS pun Pakatan boleh buat apa sahaja di Selangor ! Apa kata Mat Sabu ?



KUALA LUMPUR - "Sebaik-baik sahaja Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dapat kemukakan 30 orang di belakang beliau 'game over' untuk Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pas," demikian menurut bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengenai keputusan Pas hari ini.

Aziz berkata, keputusan yang dibuat oleh Pas semalam sememangnya tidak membawa sebarang makna.

"Dalam undang-undang, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah jatuh.

"Situasinya adalah seperti seorang pencuri yang ingin memulangkan barang yang beliau curi kepada tuannya.

"Baiklah dalam bahasa mudahnya mana lebih banyak di antara 30 dengan 26," katanya pada forum mengenai keadaan politik Selangor di Dewan Himpunan Cina hari ini.

Justeru, Aziz dengan sinisnya berkata, Pas sekiranya ingin bersama dalam arus politk negara perlu pandai mengurus pasukannya.

"Kalau nak main bola hendaklah main bola bukannya bermain ragbi.

"Nak main bola main bola, kalau tidak pandai belajar," katanya.

Bagaimanapun, hujahan Aziz itu disangkal Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengatakan keputusan Pas semalam tidak membawa sebarang makna.

"Untuk politik, ini bukan keputusan yang tiada makna, tetapi satu keputusan yang membawa sejarah kepada politik negara dan Pakatan Rakyat," katanya.

VIDEO- PERHIMPUNAN INI GAGAL SELAMATKAN MARUAH HAJI HADI !

Apa lagi yang ada pada Haji Hadi bilamana cakapnya tidak lagi dipakai? Di mana Haji Hadi nak letak muka?

Aku rasa percubaan segelintir penyokong ulama dalam PAS untuk ' menggentarkan' orang orang Anwar tidak akan berjaya.

Kasihan Haji Hadi, di hujung umur usia Allah uji dengan ujian yang berat . Moga beliau akan muhasabah dan perbaiki diri...



Saturday 16 August 2014

PENYANYI MALAYSIAPUN DAN MULA TAK PAKAI COLI MENYANYI !

Kita mulakan pagi minggu ni dengan berita ringan. Kita keluar kejap daripada kepanasan politik melmpau. Walaupun ringan tapi tak berapa nak syok jugak, artis kita dah macam artis Hollywood.



Sedari dulu, Cik Pang sangat kagum dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia berasal dari Sabah, siapa lagi kalau bukan Stacy.
Boleh dikatakan Stacy antara artis mempunyai pakej bertenaga atas pentas, menari dan menyanyi pada masa sama. 
Kalau penyanyi lain, Cik Pang rasa, mesti dah semput! 

Tapi ada sesuatu yang Cik Pang kurang suka dengan penyanyi yang popular dengan lagu Gila dan Jahat ini.
Cik Pang lihat Stacy juga sering tampil seksi dan bertenaga atas pentas. Sekali sekala Cik Pang rasa kurang senang juga dengan penampilannya yang agak ‘terover seksi’ tak sesuai untuk tontonan.Baru-baru ini, sempena pelancaran album ketiganya, #1, kawan Cik Pang merungut betapa ‘daring’ Stacy ketika membuat persembahan. 
Katanya, ketika menari ramai yang dapat lihat bergegar-gegar aset di dada Stacy sampai mengganggu konsentrasi penonton.  Jarak penonton dengan pentas pula tak jauh, kawan Cik Pang kata sampaikan bebola mata penonton pun turut terikut-ikut rentak ‘getaran’. 

Sudahlah menari ikut rentak lagu rancak dan ditayangkan pula diprogram hiburan. 

Maaflah ya, apakah tidak ada coli sesuai dipakai Stacy ketika buat persembahan? Sedangkan orang bersukan pun ada coli sukan (sport bra). 

Nasihat Cik Pang, harap Stacy lebih berhati-hati lepas ini dalam pemilihan pakaian. Biasalah, ramai peminat memerhati dan prihatin dengan artis kesayangan mereka.

TERBONGKAR !! DAP SUDAH ADA CALON MB SELANGOR !


Aku tak mau kata ini sesuatu yang wajib betul. Tapi aku sedikit percaya kepada cakap cakap bahawa DAP tidak pernah berasa bimbang dengan apa yang berlaku di Selangor.

Aku mula percaya bahawa DAP sedang mengetuai Pakatan dalam krisis di Selangor. Baca kenyataan Lim Kit Siang. Lihat bagaimana beliau
' menembak' PAS. Beliau berjaya membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa PAS tidak mempunyai nilai yang baik untuk menjadi ketua.

PKR memang sudah kelihatan jelas tidak layak. Siapakah dalam kalangan Pakatan yang kelihatan mantap ? DAP. Mereka solid dan tidak bercanggah sama sekali.

Berita yang aku dengar, DAP akan berusaha agar DUN dibubarkan. Pilihanraya Negeri akan dijalankan. Di mana mana kerusi Cina DAP akan meletakkan calonnya termasuk calon Melayu ( Bakal MB ).

PAS, PKR tidak akan berkompromi kali ini. Percayalah di mana majoriti Melayu di situ PAS,PKR dan UMNO akan meletakkan calon. Dan di mana Cina dan India menjadi faktor penentu kemenangan , DAP jugak akan 
meletakkan calon mereka.

DAP percaya sudah sampai masa mereka bergerak bersendirian. Mereka telah berjaya pecahkan Melayu dan mereka jugak yakin anak muda akan pergi kepada DAP. Ini percakapan awam. Jangan kata ia tak akan terjadi sebab tanda awalnya telah kelihatan.


Senjata DAP

MUSTAFA ALI JUGAK CURANG !

Baca kenyataan di bawah dengan teliti. Asas perbincangan ialah jangkaan ramai bahawa Mustafa Ali adalah pendukung setia kepada kepimpinan ulama. Nik Aziz dan Haji Hadi. Tapi kenyataan di bawah ternyata berbeza.
Sebelum ini Haji Hadi , Nik Aziz, Dewan Ulama dan Majlis Syura bersatu hati menyokong Khalid kerana TIADA SEBAB SYR'I UNTUK MENOLAK BELIAU. Sekarang nampaknya PAS sudah menukar pendirian. Atau macam aku kata, Mustafa Ali jugak merupakan Anwarinas dalam PAS.?

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu sudah menyenaraikan beberapa lagi nama yang sesuai untuk calon menteri besar Selangor.

Laporan Berita Harian menyebut, Mustafa berkata nama berkenaan bagaimanapun tidak boleh diumumkan sebelum jawatankuasa pusat PAS bermesyuarat esok.

Calon berkenaan sebagai alternatif kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ditegaskan oleh PKR sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut.

"Memang ada beberapa nama dalam fikiran kita yang dilihat sesuai, tetapi namanya saya tidak boleh sebut sekarang, kena tunggu mesyuarat parti," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Beliau juga mengulangi pendirian PAS bahawa arahan agar empat orang exconya kekal dalam kabinetr Tan Sri Khalid Ibrahim adalah bagi memastikan Pakatan Rakyat terus mentadbir Selangor.

Justeru, beliau menuntut agar DAP dan PKR menjelaskan sikap parti itu yang berang apabila PAS mengambil tindakan demikian.

"Kita juga kena tanya dia (PKR dan DAP) atas dasar apa mereka marahkan PAS," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar sama.

AJK PAS Pusat akan bermesyuarat esok bagi menentukan pendirian mereka berhubung krisis politik di Selangor.

Friday 15 August 2014

PERTAMA KALI DALAM SEJARAH !

Aku rasa ini sejarah yang luar biasa. Ia tak pernah berlaku tetapi mungkin berulang. Bayangkan satu Malaysia serentak menyerahkan segala urusan kepada Tuhan. Bayangkan satu Malaysia serentak berkongsi perasaan.

Ini sesuatu yang luar biasa. Tak pernah berlaku dalam sejarah. Tahniah kepada yang merancang. Sesuatu yang amat bermakna, membuktikan jika dan bila perlu kita pasti boleh bersatu...

Rakyat akan bertafakur serentak 22 Ogos ini
15 OGOS:  Rakyat di negara ini akan bertafakur secara serentak selama beberapa minit sebagai tanda menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dijadual tiba di tanah air pada 22 Ogos ini. 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Netherlands. 

“Inilah julung-julung kalinya rakyat Malaysia bertafakur serentak di seluruh negara…adalah diharapkan ia berjaya menunjukkan penyatuan dan perpaduan rakyat pelbagai bangsa terhadap tragedi yang menimpa negara,” katanya.


Banner Tragedi-mh17Beliau bercakap demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Padang Matsirat pada Jumaat. 

Hishammuddin berkata masa untuk bertafakur itu akan diumumkan menerusi siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen yang membuat liputan istiadat upacara ketibaan jenazah itu bermula 10 pagi Jumaat depan. 

Menurutnya istidat penghormatan jenazah tragedi itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan dan melibatkan 10 kementerian lain.

Hishammuddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat ke istidat itu, yang akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Dua jenis aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu lima pesawat C130 dan lima helikopter Nuri kemudian akan menghantar jenazah ke negeri masing-masing bagi upacara pengebumian. 

“Kerajaan-kerajaan negeri akan mengambil alih urusan pengebumian jenazah-jenazah itu apabila tiba di negeri masing-masing dan mengadakan istiadat mengikut kepercayaan agama masing-masing,” katanya. 

Sebanyak 16 jenazah termasuk enam yang beragama Islam akan tiba di LapanganTerbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 22 Ogos ini. 

NEELOFA BAKAL JADI PENYERI ISTANA ?

Ada angin bertiup kencang tentang Neelofa yang dikatakan bakal menjadi penyeri dalam istana Kelantan. Jika benar, alhamdulillah. Jodoh pertemuan adalah ketentuan Tuhan.

KOTA BHARU - Desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara televisyen popular, Neelofa akan berkahwin dengan kerabat di raja terus menjadi teka-teki semua pihak.

Apatah lagi apabila pengacara sensasi itu sendiri enggan memberikan sebarang komen berkaitan gosip panas itu dan memohon maaf supaya tidak diganggu media.

Bagaimanapun sumber terdekat artis cantik dari Pasir Mas, itu juga memberitahu cerita hangat di media sosial itu tidak betul.

Berikutan berita yang belum sahih itu, sumber berkenaan berkata, Neelofa mula berasa tidak selesa dan agak malu dengan gosip tersebut.

“Saya mendapat tahu sejak berita tersebut tersebar, dia (Neelofa) rasa janggal dan malu dengan gosip yang mengatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan kerabat Diraja.

“Siapa yang kata dia akan kahwin dengan kerabat Diraja sedangkan dia sendiri tidak pernah jumpa dengan kerabat tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Dalam masa sama, sumber terbabit menafikan pertemuan bekas Dewi Remaja bersama bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menjadi punca kepada khabar angin berkenaan.

“Lagipun pertemuan bersama pemimpin itu adalah untuk dapatkan nasihat daripada beliau bukannya berbincang pasal jodoh,” katanya.

PAS ANGGAP DUA ADUNNYA NAJIS !

Baca kenyataan di bawah :-

Mengulas tindakan dua ADUN PAS memberi sokongan terbuka kepada presiden PKR semalam, PAS Wilayah Persekutuan (WP) dengan nada menyindir berkata, pihaknya bersyukur kerana  "parti itu telah disucikan oleh Allah dari anasir-anasir yang tidak sepatutnya".

"Barangkali inilah hikmah di sebalik penangguhan mesyuarat PAS pusat sehingga 17 Ogos," kata setiausaha badan perhubungan PAS WP, Khairul Anuar Abdul Manap dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan peristiwa ini, katanya, fikrah ahli PAS di semua peringkat menjadi tersangat jelas khususnya ketika mengimbau kembali amaran yang telah dikemukakan oleh para ulama haraki di dalam PAS sebelum ini tentang bahaya kepelbagaian fikrah di dalam satu harakah Islamiyyah.

"Kesatuan di kalangan ahli PAS menjadi semakin kukuh sejurus pihak YB berdua melakukan pengisytiharan (menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).

"Pada peringkat permulaan kami bimbang PAS berhadapan dengan perpecahan dalaman. Lalu Allah menurunkan pertolongan dengan tindakan YB berdua.

"Alhamdulillah kami semakin yakin Allah senantiasa menjaga kumpulan yang menjaga agamanya.

"Tindakan YB berdua juga turut memperkukuhkan kami kepada perjuangan Islam," tegas Khairul Anuar, sambil mendoakan agar kedua-dua ADUN itu diberikan hidayat oleh Allah SWT.

Dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah tampil di sidang presiden PKR itu semalam untuk menyatakan sokongan mereka kepada beliau sebagai calon menteri besar.

Ekoran itu, PAS Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada mereka untuk meminta maaf dan menarik balik pendirian itu.

Tuntutan itu dibuat ekoran tindakan itu dianggap membelakangi parti yang belum membuat keputusan sempena menunggu mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada Ahad ini.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dilaporkan berkata tindakan dua ADUN PAS di Selangor itu yang membelakangi pendirian parti amatlah serius "dan kita akan bertindak".

Thursday 14 August 2014

MANDI DI AIR TERJUN, KEMALUAN BERDARAH !


Mudahnya budak budak sekarang...



KUALA KUBU BHARU - Pendarahan banyak pada kemaluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya.

Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan.

“Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubunganseks di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting - Batang Kali dekat
sini pada 24 Jun lalu.

“Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.

“Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.

Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.

“Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.

Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.-Sumber

SEMAKIN PANAS !! BAKAL DISINGKIR KERANA CURANG !



PAS Selangor beri tempoh 24 jam kepada 2 Adun


KUALA LUMPUR: PAS Selangor memandang serius tindakan Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Morib, Hasnul Baharuddin yang telah mengambil pendirian dan sikap bersendiri tanpa menurut tatacara dan arahan yang telah ditetapkan oleh parti.

Mereka pada sidang media tengah hari tadi menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.


"Tindakan 2 Adun PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, katanya PAS negeri memberi tempoh 24 jam untuk mereka menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuansi tindakan.


Beliau berkata, PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulamak yang harus dipatuhi.

                                           
"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan? Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 haribulan ini?"

"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 haribulan ini. Sebab itu sabar," katanya lagi.


Justeru, beliau menasihati kedua-dua Adun itu menarik balik tindakan mereka atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan bai'ah yang telah dilafazkan sewaktu menjadi calon pada PRU13 lalu.


Tegasnya, arahan daripada Pesuruhjaya PAS negeri adalah  tumpu kepada  pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti. - Harakahdaily..



APA YANG LUARBIASANYA GAMBAR GAMBAR NIH !!

"Orang tua dihormati, orang muda disayangi. Hishammuddin Hussein mendengar cerita daripada Tan Sri Aziz Tapa mengenai dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh orang terdahulu dalam mengekalkan perpaduan rakyat."




 Ini adalah gambar gambar DS Hishammuddin Hussein sewaktu menziarahi Datuk Aziz Tapa, Veteran UMNO Melaka. Dalam keadaan biasa sebenarnya tiada yang luarbiasanya tapi sekarang ini kita berada dalam keadaan luar biasa.

1. Negara khasnya DS Hishammuddin sangat sibuk dengan persiapan untuk menyambut jenazah penumpang MH 17 di mana DS Hishammuddin mengetuai majlis tersebut.

1. Selangor sedang dalam keadaan huru hara politiknya. Aku yakin pemimpin Pakatan bukan sahaja tidak berpeluang untuk ziarah menziarahi, bahkan mandi dan makanpun tak tentu hala.

Dalam pada nak menutup pekung mereka, Pakatan cuba mengaitkan UMNO dalam perang saudara mereka. Sedangkan DS Hishammuddin selesa meneruskan tradisinya menziarahi orang lama.

Dan bukan DS Hishammuddin sahaja, semua pemimpin UMNO tidak memberikan sebarang komen. Ini adab UMNO yang Pakatan tak ada. Setakat ini hanya Tan Seri Muhyiddin sahaja yang bersuara...






Wednesday 13 August 2014

18 SX - PELIKKAN, ANAK KENA ROGOL SAMPAI MENGANDUNG, MAK BAPAK TAK TAU !

Pada aku pelik benarlah. Sejak anak umur 11 tahun dah kenal rogol. Tiap tiap bulan kena, sampai dah mengandung dah 9 blan baru mak bapak dia tau. Apa berlaku dalam tempoh hampis setahun tu ? Macam mana hubungan keluarga mereka ni?

Tak kan mak bapak tak perasan atau perhati anak yang pada aku budak budak sangat lagi...

Korang baca nih...


SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.

“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.

Katanya, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.

Sehingga kini katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.- Sinar

KERANA NAFSU, TERLANJUR, BADAN MERANA !

Erma ( bukan nama sebenar ) adalah gadis baik yang tidak menimbulkan masalah dalam keluarga. Mendapat pendidikan yang baik dan pencapaiannya dalam pelajarannya jugak membanggakan. Kerana perangkap cinta, Erma terlanjur dan menyerahkan segalanya kepada kekasih yang dipercayai tetapi lari meninggalkannya setelah berbadan dua.

Erma kini ditempatkan di rumah perlindungan menunggu masa untuk bersalin.Segala keindahan, cita cita hampir pasti tidak akan kembali lagi.
Semuanya kerana nafsu, ghairah yang tak dapat dikawal.

Tapi aku bukan nak cerita pasal budak budak. Aku nak cerita pasal apa yang berlaku di Selangor yang pada aku sangat memalukan negara. Kerana nafsu Anwar segalanya bermula. Kerana nafsu, Khalid Ibrahim bertahan.
Kerana nafsu Hanipa Maidin bercakap. Khalid Samad bercakap, ramai lagi pemimpin PAS bercakap. Huru hara jadinya Selangor. Kelam kabut jadinya PAS.

Baca pulak di sini...Kalau korang baca kenyataan Mat Sabu yang aku linkkan lagilah korang rasa bodohnya dia. Bercakap ikut nafsu, tak berfikir. Bila masa UMNO nak mengajak PAS bekerjasama? Kalaupun UMNO tak kuat, tapi yang nak matinya PAS.

Kemudian dalam keadaan sekarang, boleh tak kita bayangkan, Kerajaan Selangor adalah kerajaan paling pelik di dunia sebab dalam DUN pembangkang lebih ramai daripada kerajaan.

DAP + PKR + BN = 15 + 13 + 12 = 40 ( Pembangkang )  
                           
VS BEBAS + PAS =   1 + 15         = 16 ( Kerajaan Caca Marrba !)

Ikut nafsu sangat sampai tak dapat nak berfikir . Ini sudah cerita gila. Erma terlanjur dia seorang jer. Pakatan terlanjur satu Malaysia malu ooo !!




Tuesday 12 August 2014

KALAU YERPUN DATIN TAK MALU, KESIANLAH KAT DATO' !

Aku petik bahan ni daripada Blog kawan aku. Aku mintak halal yer. Saja nak kongsi kegilaan orang macam macam. Aku rasa macam tak berapa nak yakin status datin ni. Tapi kalau siapapun dia, aku rasa orang Melayu benar benar dah berubahlah.

Dulu orang Melayu malu, sabar dan tertutup. Sekarang ni dah mengalahkan orang puteh. Cuma terpikirlah pulak. Kalau orang tua tua perangai macam gini, apa nak kita harapkan daripada anak anak kita?


Kegilaan “selfie” telah membuatkan penyebaran gambar-gambar yang tidak sepatutnya disebarkan di media sosial.


Terbaru menerusi akaun facebook yang bernama Datin Sri Linda Rahman, beberapa keping gambar panas dikongsikan diakaun tersebut mencetuskan kontroversi dan persoalan penulis.


Namun, kesahihan gambar panas seorang wanita yang bergelar Datin ini masih lagi menjadi tanda tanya. Jika ianya benar, memang sungguh memalukan diri sendiri. Mungkin juga akaun ini dimiliki oleh orang lain yang sengaja menjatuhkan maruah wanita berkenaan.- Sumber







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...