Keajaiban boleh berlaku
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu adalah komitmen kerajaan dan harapan ahli keluarga setiap 239 individu di dalam pesawat tersebut yang sentiasa berdoa agar keajaiban berlaku.
Beliau berkata, selain mempergiat operasi mencari dan menyelamat (SAR), rakyat negara ini juga perlu terus berdoa kepada Allah agar segala kesukaran yang dihadapi dapat dipermudahkan.
Walaupun sesuatu yang ajaib untuk berharap namun ahli keluarga masih berpegang kepada perkara itu. Keajaiban memang boleh berlaku.
Ini merupakan harapan keluarga daripada perjumpaan saya dengan mereka walaupun dalam apa jua keadaan dan betapa tipis pun harapan untuk mereka selamat.
Saya merayu kepada orang ramai, apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, tidak bermakna ianya terhempas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang hadir sama Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, sokongan yang diterima daripada Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Sempena Forum Pertahanan Amerika Syarikat (AS) - ASEAN untuk membantu Malaysia juga memberi dorongan kepada kerajaan untuk mencari pesawat MH370.
Saya telah bercakap dengan pemimpin daripada negara yang terlibat dalam SAR, semangat serta yang diterima daripada gabungan tersebut sangat tinggi dan terpuji.
Saya juga telah mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Pertahanan AS yang memberi komitmen untuk membantu menyediakan setiap aset yang kita perlukan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140406/dn_04/Keajaiban-boleh-berlaku#ixzz2y3uMVSWF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Nampaknya Hishamuddin sekali lagi memilih pendekatan tidak popular. Dalam semua orang kata ' Tidak ada harapan, beliau masih berharap '. Dalam pada orang mengutuk DS Najib dan pemimpin UMNO lain tidak bersuara, beliau tampil membela. Hebat Hishamuddin ni.
ReplyDeleteKeutamaan Hishamuddin ialah kaum keluarga yang berharap. Saya juga sokong jika kita berikan mereka harapan dan dalam masa yang sama kita tak berhenti berusaha
ReplyDeleteBerusaha dan berdoa. Insyaallah Allah bersama irang yang sabar
ReplyDeleteYang marah kerajaan dalam keadaan sekarang yang buta hati je. Yang celik semua bagi sokongan
ReplyDeletePakatan nak sangat kerajaan gagal. Depa ingat depa blh dpt untung. Piii rahhh
ReplyDeleteSebagai org Islam berdosa jika berputus as
ReplyDeleteSegalanya masih tak pasti. Terus berdoa
ReplyDeleteKerajaan ada asas untuk berharap kerana takbberhenti cuba. Org lain blh cakap sahaja
ReplyDeleteHarapan rakyat lawatan Hishamuddin ke US baru baru ini dpt menjawab sikit sebanyak misteri MH 370.
ReplyDeleteBukan keluarga saja berharap. Seluruh rakyat berharap. Moga Tuhan makbulkan doa kita
ReplyDeleteSehingga kini kita hanya boleh berharap dan berdoa. Selebihnya berserah kepada Tuhan
ReplyDeleteApa pun jadi, DS Hisham sentiasa positif... itu yg buat org ramai termasuk keluarga mangsa bertambah yakin dgn DS....
ReplyDeleteSelepas pertemuan Datuk Hisham bersama keluarga mangsa keadaan menjadi reda. Inilah saya rasa kekuatan Datuk Hisham..ketulusannya
ReplyDeleteOrg ramai boleh cakap macam macam yang menunggu Tuhan saja yang tau
ReplyDeleteHisham berpegang kpd harapan tipis ahli keluarga mangsa utk berlakunya sesuatu yg ajaib kerana beliau yakin dgn kuasa Allah SWT.
ReplyDeletePuak pembangkang da serabut la tu sebulan da kes ni X settle tp Hisham tetap positif & x putus asa....
ReplyDeleteKeep positive Hisham.... good job....
ReplyDeleteHisham x perlu nk cari publisiti pun sbb die tau yg penting die jalankan tanggungjawab die secara ikhlas & jujur
ReplyDeleteX perlu popular untuk jadi pihak yg benar... jalankan tugas dgn betul & mengigil syariat Islam...jujur & amanah kpd rakyat
ReplyDeleteAhaha...baru puak2 yg dok kondem Hisham ni sedar langit ni tinggi ke rendah...dok kutuk2 Hisham dulu kan...
ReplyDeleteHisham perlu teruskan kredibiliti & personaliti beliau yg mcm skrg ni kalau nk menjadi pemimpin Melayu yg tersohor spt area baca & datuknya dahulu
ReplyDeleteMakin tinggi rasa hormat aku kat Hisham ni.
ReplyDeleteKejayaan Hishamuddin adalah kegagalan untuk pembangkang
ReplyDeleteMacam mana orang angkat Hisham ni pun, beliau tetap humble, hormat pemimpin tertinggi & tak lupa diri
ReplyDeleteMacam mana tak murah, depa dok hentam macam2 nak bagi Hisham patah semangat tapi yang berlaku sekarang Hisham makin bersemangat lagi adalah
ReplyDelete