Pandang ke hadapan dalam usaha mencari MH370, usah salahkan Malaysia - Hishammuddin
15/04/2014 9:58pm
KUALA LUMPUR - Semua pihak digesa memandang ke hadapan berhubung operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, bukan berpatah balik dan cuba menyalahkan sesiapa, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.
Beliau berkata, menuduh Malaysia bersalah berhubung kehilangan pesawat itu adalah tidak berasas dan oleh kerana kejadian itu belum pernah berlaku, maka tiada duluan untuk dijadikan tanda aras dalam usaha mencarinya.
Beliau menyatakan demikian apabila ditanya tentang urutan masa Malaysia berkongsi maklumat ketenteraannya yang sensitif dengan pihak berkuasa penerbangan berkaitan kehilangan pesawat itu pada 8 Mac.
"Anda melihat terlalu jauh ke belakang, sedangkan ketika ini kami berusaha untuk mengecilkan fasa operasi mencarinya. Malangnya, kita masih membuat spekulasi tentang perkara yang tidak bersifat memandang ke hadapan.
"Apa yang ingin saya lakukan mengenai penubuhan jawatankuaaa peringkat kementerian dan panel penyiasat antarabangsa yang akan dibentang kepada Kabinet beberapa hari lagi adalah untuk menangani semua isu itu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. - Bernama
Wartawan khasnya wartawan asing ternyata tak puashati apabila ada orang Melayu berjaya mendepani sesuatu sesukar Tragedi MH370. Media Barat khasnya mahu tunjukkan jugak kegagalan Hishamuddin. Dengan dokongan beberapa kerat macai mereka dalam negara, mereka terus cuba buktikan bahawa yang terbaik adalah mereka.
Akhirnya mereka terkayu. Kenyataan Hishamuddin tenang tapi bisa menikam. Mereka tak dapat nak cari soalan susulan. Hishamuddin buktikan mereka sangat pesimis ! Mereka kalah dengan jiwa besar Malaysia yang tidak patah hati dan berputus asa.
Terbalik ! Mereka nak jatuhkan Hishamuddin, Hishamuddin balun mereka tanpa mereka sedari.
Di mana mana sekarang org cakap tentang kemampuan Hishamuddin. Saya bersyukur sangat, dah nampak tanda tanda pemimpin masa hadapan
ReplyDeleteHisham kena teruskan stailnya. Aku rasa ini kejutan bukan saja kepada wartawan tapi pemimpin dunia. Tiba tiba Hisham tampil dengan imej tersendiri. Tahniah.
ReplyDeleteSedikit sebanyak DS Hishamuddin menjawab macam Tun M dulu. Lembut, tenang tak emosi tapi kesannya amat mendalam. Lepas ni saya percaya orang tak berani nak cakap lebih kurang.
ReplyDeleteKantoi...anda melihat terlalu jauh ke belakang..terbaik !!!
ReplyDeleteAda org di barat sangka kita masih dijajah oleh mereka. Sebab itu bila kita lahirkan tokoh mereka dgn cepat nak jatuhkan tokoh ini. Dulu Dr Mahathir sekarang Datuk Hisham. Masa inilah kita wajib bersatu..
ReplyDeleteWartawan saya peghatikan sejak awal lagi susah payah nak cari kelemahan kita. Mujur Hushamuddin dapat atasi niat jahat mereka
ReplyDeleteYang suka pandang belakang ni geng nuar brahimlah tu...
ReplyDeleteSekarang Australia dan Amerika jugak tak dpt jawab byk soalan. Ngapa media barat tak serang mereka
ReplyDeleteAku sokong Hoshamuddin. Bantai Datuk Seri. Over dah depa ni.
ReplyDeleteSebelum ini ramai orang bertanya, siapa selepas Najib? Sekarang saya rasa Allah dah tunjukkan. Cuma saya harap DS Hishamuddin dapat menjaga diri dan keluarganya. Menjadi pemimpin bukan sekadar diri sendiri sahaja. Kaum keluarga juga diperhatikan. Syukurnya setakat ini kita tidak mendengar berita negatif tentang keluarga Hishamuddin.
ReplyDeleteSaya setuju dengan Hishamuddin. Mari kita memandang ke hadapan, usah asyik menoleh ke belakang. Bukan mereka saja, Hishamuddin pun.
ReplyDeleteMemang patut pun Wartawan2 ni kena sekolah balik..buat malu je...kdg2 tu nampak kebodohan sendiri bila aju kan soalan
ReplyDeleteSteadylah Hishamuddin. Ampun maaplah. Dulu ada org panggil dia Shima. Sekarang siapa berani perlekeh kena penampar aku.
ReplyDeleteAku suka dgn cara Hishamuddin sekarang.. cayalah bro
ReplyDeletePemimpin da bijak...mintak tolong wartawan pun jadilah bijak juga ye
ReplyDeleteYg best nye walaupun wartawan tanya soalan mengarut pun DS Hisham tetap jawab dgn tenang
ReplyDeleteRamai yg ske sgt pandang ke belakang. Nk hentam Hisham dok korek cerita2 lama yg da basi & x berfaedah
ReplyDeleteX perlu bimbang sebab Hisham mampu tangani kes ni dengan baik..insha Allah
ReplyDeleteDieorang ni slalu pandang ke belakang sebab takut nak hadapi kebenaran
ReplyDeleteKan da kena sound dgn Hisham...ahahaha
ReplyDeleteTak mustahil Hisham bakal jadi pemimpin Melayu yang disegani and digeruni orang barat selepas Tun M..
ReplyDeleteYang dok pandang ke belakang ni sebab depa dah tak nampak dah apa lagi kelemahan Hisham sekarang ni nak jadikan point nak hentam
ReplyDelete