Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 10 April 2014

TERGEMPAR !! PEMIMPIN PAS MATI MENGEJUT !!


Sikitpun aku tak ubah. Koma, noktah aku copy bulat bulat daripada Malaysiakini. Kalau Utusan yang lapor aku tak berani, takut kena saman. Maknanya berita ini benar.
Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa hudud tidak akan dilaksanakan. Bahkan Anwar menyatakan hudud undang undang kontroversi.
Kalaulah yang keluarkan kenyataan ini pemimpin UMNO, kalaulah yang bercakap ini Tun Mahathir Mohamed, runtuhlah negara kita dengan amukan pemimpin PAS. Dah tentu kena hukum kafir. Dah tentulah semua blog upahan Pakatan khasnya PAS akan menulis perkara ini dengan nas dan dalilnya sekali.

Tapi yang menolak yang menghina hudud ialah Anwar Ibrahim, yang perlekeh undang undang Allah ini Ketua Umum PKR, maka PAS menjadi bisu sebisunya. Senyap sunyi.
Pengamal media PAS langsung tak sentuh. Demikianlah murahnya Islam kepada pemimpin dan orang orang PAS. Mereka seakan akan mati. Mati akal, mati bahasa, mati hidayah, mati iman.

Kita tunggulah sehari dua ini, kita barangkali akan dengar pemimpin PAS mencari fakta dan bukti , nas dan dalil bagi menyokong Anwar Ibrahim. Dan kita tunggulah masa ketikanya Allah turunkan bala kepada PAS dan kita wajib mengambil pengajaran daripadanya.

Pakatan tolak hudud - Anwar Ibrahim

Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.

NONESemasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada 
kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.

Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.

Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.

"Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," katanya.

Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.

Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual hari ini (Rabu).

NONEAnwar menegaskan bahawa, sepertimana perasaan orang Cina 
berhubung kenyataan mengenai Islam, masyarakat Melayu-Islam juga bimbang dengan komen-komen yang dibuat oleh beberapa pemimpin muda DAP.

Anwar juga menyentuh tentang kenyataan yang disensasikan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang Pakatan akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika gabungan itu memerintah.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pemimpin gabungan itu supaya membuat pembetulan bahawa Pakatan tidak akan mengganggu penjawat awam, kerana mereka (penjawat awam) bimbang mungkin diberhenti dan menganggur jika Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.- Mkini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...