Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday, 12 April 2014

KENAPA MALAYSIAKINI SIARKAN BERITA INI ?

Harapan mereka akan ada ribuan komen oleh para macai yang memang kerja dia itu jer. Komen , belasah pemimpin UMNO/BN . Kemudian mereka akan bagitau DAP usah risau, Hishmuddin tak ada apalah. 
Tapi tak menjadi usaha jahat ini. Ada beberapa kerat yang balun macam budak darjah enam. Mereka hilang upaya dah. Hakikatnya tiada cacat cela usaha Hishamuddin dalam menangani Tragedi MH370.

Hisham: M'sia terbuka, tak sembunyi maklumat


Dua wakil Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), selaku agensi mengawal selia industri penerbangan negara, akan menyertai operasi Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Perth, Australia dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
 
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain itu pengerusi atau wakil tiga jawatankuasa khas peringkat kementerian juga akan ke Perth dalam masa terdekat untuk membincangkan tentang persediaan yang perlu dilakukan pihak Malaysia dalam operasi pencarian kotak hitam MH370 dan selepas penemuannya.
 
"Dua wakil daripada DCA telahpun saya minta diserapkan dalam JACC...saya juga memberitahu (Ketua Penyelaras JACC, Marsyal Udara (B)) Angus Houston semalam bahawa kemungkinan besar dalam masa terdekat ini sama ada pengerusi jawatankuasa ini atau wakil mereka akan ke Perth untuk berbincang dengan pihak JACC untuk melihat apa lagi yang perlu kita buat," katanya. 
 
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan ke Terminal Penerbangan Tambang Rendah, KLIA2, di Sepang hari ini.
 
Katanya operasi mencari yang diketuai Australia itu kini sedaya upaya berusaha untuk menjejak kotak hitam pesawat MH370 yang diharapkan dapat membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu.
 
Baru-baru ini, untuk memperkemas dan memantapkan operasi mencari MH370 yang sedang dijalankan, kerajaan mengumumkan penubuhan tiga jawatankuasa peringkat kementerian iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pergerakan Aset.
 
Jawatankuasa Waris Penumpang diketuai Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin; Jawatankuasa Teknikal diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Jawatankuasa Pergerakan Aset diketuai Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. 
 
Mengulas lanjut Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia begitu terbuka dan tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370  yang kini dilabelkan sebagai misteri dalam sejarah penerbangan dunia.
 
JACC sedang berusaha untuk mengenal pasti isyarat yang dikesan di selatan Lautan Hindi ketika gerakan mencari pesawat Malaysia itu memasuki hari ke-36 hari ini.
 
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
 
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
 
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. 
 
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
 
Bernama

22 comments:

  1. Mereka kehabisan modal. Tiada pilihan melainkan menyiarkan apa yang berlaku,

    ReplyDelete
  2. Sesiapapun boleh tulis apapun. Tapi aku tak tau org lain, aku tetap hormat dan kagum keupayaan Hishamuddin.

    ReplyDelete
  3. Setelah negara lain tidak dapat berikan jawapan pasti Pakatan senyap. Tak pula perlekeh macam yang mereka buat terhadap Hisham. Kalau berani kutuklah. Berkokok dalam kandang sendiri

    ReplyDelete
  4. Sampai masa kebenaran tetap menang. Kita harap DS Hishamuddin maintain. Memang selepas Najib dialah insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Aku Mkini ni bukakpun tak. Jijik. Aku anggap ia najis

    ReplyDelete
  6. Hishamuddin is our future PM...

    ReplyDelete
  7. Saya fikir Mkini mahu perbaki imejnya.Melaporkan kebenaran adalah etika kewartawanan. Baguslah berubah menjadi baik

    ReplyDelete
  8. Mkini salah jangkaan. Lebih ramai org hargai usaha Hishamuddin.

    ReplyDelete
  9. Masa mengubah segalanya. Hisham dulu lain, sekarang lain. DAP kecewa sangatlah bila ada ada pemimpin UMNO menonjol.

    ReplyDelete
  10. Mkini ni kitab Pakatan..he..he..

    ReplyDelete
  11. 2/3 kerat pecacai x de akal nk balun Hisham tp yg back up Hisham ni 1 Malaysia...

    ReplyDelete
  12. Masa kita semua dok tido lena...makan dgn family, Hisham & SAR team ni dok bertungkus-lumus mencari penyelesaian... patut ke nak kondem, balun, hentam dieorg dgn mcm2 fitnah?

    ReplyDelete
  13. Mkini ni boleh jadi alat utk pecah belahkan negara

    ReplyDelete
  14. Nak tulis ape pun tulis lah. .. keyakinan & keyakinan ak tetap pada Hisham

    ReplyDelete
  15. Rakyat sekarang perlu lebih terbuka & bijak dalam menerima maklumat...jgn hanya tumpu pada 1 sumber & terus percaya

    ReplyDelete
  16. Dekat Malaysia ni sendiri pun banyak musuh dalam selimut...

    ReplyDelete
  17. Mkini da X de modal.. da terdedah sgt ke? Ni semua pecacai Anwar punya keje ke ape ni

    ReplyDelete
  18. Sekarang siapa yang kena hentam.....Jangan sibuk nak hebahkan keburukan orang lain takut n anti termakan diri sendiri

    ReplyDelete
  19. Siarlah berita ape sekalipun untuk jatuhkan Hisham...beliau sikit pun X terancam Malah semakin maju kehadapan

    ReplyDelete
  20. Lepas ni tak tahu la cerita apa pulak puak2 ni nak buat...

    ReplyDelete
  21. Hishamuddin terus dengan usaha baik nya tanpa pedulikan usaha jahat mereka

    ReplyDelete
  22. Pembangkang ni berani perlekehkan Hishamuddin je tapi tak berani nak pertikaikan usaha negara lain yang cuba membantu, sedangkan negara lain tu pun masih tak dapat apa2 hasil pencarian sama seperti Malaysia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...