ANTARA COWBOY JOURNALISM DAN GUIDED JOURNALISM
Sidang akhbar yang diadakan setiap hari oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia mengenai MH 370 telah berkesan dalam mendedahkan Cowboy Journalism yang diamalkan oleh wartawan-wartawan Amerika Syarikat atas nama kebebasan. Mereka menembak soalan berasaskan kepada khabar angin, sumber ketiga, pembohongan atau cerita rekaan mereka sendiri.
Pertanyaan-pertanyaan itu akan di ulang pada sidang akhbar yang berlainan hari walaupun telah tidak dihiraukan oleh Hishamuddin atau telah dinafikan.Seorang wartawan Amerika mendakwa 25 % rakyat Malaysia tidak percaya kepada usaha pencarian MH 370 yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia tetapi Hishamuddin bertanya kalau bagitu bagaimana lebih 26 negara membantu Malaysia dalam usaha ini.
Hishamuddin secara halus dan bijak tetapi sinis, keras, pedas dan tegas menolak percubaan mereka yang berulang kali untuk menyeret beliau memberikan komen diatas maklumat tidak sah. Sebarang komen reaksi darinya akan diputar belitkan oleh mereka untuk memberikan kredibiliti kepada pembohongan dan kesilapan mereka atau demi untuk perlombaan dengan stesen stesen lain bagi memberikan berita yang terbaik.
Dalam masa yang sama mereka juga menjalankan tugas untuk dicredit media tempatan yang terkawal dalam usaha menjadikan media cowboy sebagai budaya yang seharusnya diterima oleh rakyat setempat.
Cara inilah yang telah ditiru oleh Malaysian Insider dan juga Malaysiakini selama ini untuk mengikis keyakinan rakyat terhadap sumber yang sah dan lebih mempercayai kepada berita berita liar,berita yang diputarbelitkan dan berita berita serkap jarang sehingga rakyat berada didalam kekeliruan untuk mengenali antara kebenaran dan pembohongan.
Hampir seluruh rakyat Amerika Syarikat yang tidak terdedah kepada dunia luar dari sejak perang dingin hingga sekarang adalah tertakluk dan ikut telunjuk soft power media mereka."Keterbukaan" media sebenarnya wajah luar mereka tetapi siapa yang pernah tinggal di Amerika tahu rakyatnya terbatas pengetahuan mereka sekadar maklumat daerah masing masing disebabkan keluasan negara mereka
Bagaimanapun sejak lebih sebulan yang lalu Hishamuddin secara bijak telah memisahkan dalam sidang akhbarnya antara wartawan yang beretika dengan wartawan comboy yang liar dalam sidang akhbarnya mengenai MH370.
Ini dapat dirasakan oleh rakyat kerana sidang akhbar itu berlaku dalam negara dan trajidi itu menyentuh perasaan mereka yang sukar bagi mereka untuk tidak mempercayai kesungguhan kerajaan dalam usaha mencarinya.
Dalam tahun 1981 saya berada hampir setahun di Universiti Of Michigan Ann Arbor kerana menghadiri suatu fellowship kewartawanan dan ketika itu perang dingin masih memuncak. Suatu pembohongan telah dilakukan serentak oleh beberapa stesen TV mendakwa Presiden Gadafi dari Libya telah menyeludup masuk ke Amerika menerusi Los Angeles.
Peleknya ramai orang Amerika yang mempercayai pembohongan ini malah ditunjukan pula beberapa orang telah mencangkul lubang untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku serangan dari luar.
Journalisme Cowboy ini yang dijuarai oleh CNN sangat berkesan kerana rangkaian mereka yang merangkumi seluruh pelusuk dunia menarik perhatian dengan menggunakan pendekatan popular bersadur dengan elemen "gempak", bohong, sensasi dan propaganda menerusi kekuatan dan kecanggihan teknologinya.
Tidak boleh dinafikan Journalisme Cowboy inilah yang telah meyakinkan dunia dan menjustifikasikan penjajahan baru Amerika Syarikat ke atas Iraq dengan pembunuhan kejam ke atas Saddam Hussein yang diikuti dengan pembunuhan Gadafi dan rakyatnya dan sekarang pembunuhan beramai-ramai rakyat Syria.
Rakyat Amerika malah sebahagian besar penduduk dunia mewajarkan kedhaliman ini kerana fikiran mereka telah dicondisikan dengan kebencian terhadap pemimpin pemimpin Arab ini sekian lama.
Dunia percaya bahawa mereka telah membunuh Saddam Hussein atas prinsip kebebasan dan kemanuisaan tetapi kekejaman Amerika Syarikat ke atas rakyat Iraq dengan memperalatkan bumiputra Iraq sendiri berlaku setiap hari di negara itu secara yang lebih dahsyat lagi.
Inilah Journalisme yang sedang diamalkan oleh beberapa portal berita terkemuka di Malaysia dengan penyebaran berita-berita yang tidak berasaskan sumber yang sah, diputarbelitkan, dipetik dari akhbar musuh mereka dan disiarkan bahagian yang hanya sesuai untuk kepentingan memperkukuhkan putarbelit mereka.Umpamanya mereka mempergunakan orang yang tidak mempunyai kredbiliti untuk menyalahkan hukuman Mahkamah yang berwibawa terhadap banduan.
Wartawan-wartawan Malaysian Insider dan juga Malaysiakini sangat mahir dengan amalan Journalisme Cowboy ini.
Bagaimanpun sidang akhbar Pemangku Menteri Pengangkutan Hishamuddin Hussein pada setiap hari mengenai MH370 telah dapat memperkenalkan kepada umum antara wartawan cowboy dan wartawan terpimpin.
Pada umumnya wartawan-wartawan Malaysia terutama di media cetak masih berpegang kepada kebenaran sesuatu berita berasaskan kepada menjawab 5W: What, When, Where ,Who dan Why.Mereka mengamalkan guided journalism dan pengamal cowboy journalism pakai tembak sahaja,lawless,temberang dan tidak menghormati etika.
KREDIT KEPADA ZAMKATA...TERIMA KASIH.
Wartawan ni silap org. Dia pikir Hishamudin blh dibuat main
ReplyDeleteKalau seseorang tu dapat kredit Zam maknanya hebatlah orang tu. Syabas Datuk Hishamuddin
ReplyDeletePandangan Barat terhadap kita tak pernah berubah . Dia ingat kita ni masih macam masa dijajah dulu
ReplyDeleteElok sangat Datuk Hisham bertegas. Mereka mahu buli negara kecil macam kita. Nampak terkayu wartawan ni...
ReplyDeleteKesan kemampuan DS Hisham terasa di seluruh dunia. Org puteh patut tau kita dah lama merdeka
ReplyDeleteSaya setuju dengan Zam. Datuk Hisham secara tidak langsung telah mendedahkan niat buruk Barat
ReplyDeleteMasa berubah. Dulu kita ingat tak de dah penjajah. Rupanya ada bentuk penjajahan yang baru
ReplyDeleteBila Zam yg tulis Mkini dan puaknya ak berani pertikailah. Otai...
ReplyDeleteTerima kasih Zam. Betoi kita sokong tak elok kita tegoq. Insyaallah selamat UMNO
ReplyDeleteKits doa agar segala berakhir dgn jelas. Tutup mulut lahanat semua
ReplyDeleteBarat pandang rendah kita sebab ada org dlm perlekeh sama
ReplyDeleteSebab tu pemimpin memainkan peranan besar dalam membentuk sesebuah masyarakat.. pemimpin kita perlu tegas & bijak bertindak supaya kita tidak dijajah oleh negara a song lagi
ReplyDeleteTegas, sinis, tepat dan keras dalam lembut melayan kerenah wartawan
ReplyDeleteSusahlah kalau ada orang dalam yang jadi sekutu barat...
ReplyDeleteJangan mudah terpedaya dengan barat... yakinlah dengan pemimpin kita Hishamuddin ni
ReplyDeleteHishamuddin sekarang korang jangan buat main...silap haribulan, menangis korang kena sekolah ngan Hishamuddin ni
ReplyDeleteBiar aku pulak yang nak kat a ni "aku perlukan orang mcm DS Hishamuddin untuk jadi PM Malaysia"
ReplyDelete