Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 17 April 2014

HANGAT PAGI INI !!


Sebenarnya tak seronok bila pagi pagi lagi kita ada emosi negatif. Marah, sedih, kecewa dan lain lain. Emosi macam gini tidak membantu kita produktif. Tapi aku hari ini awal awal dah angin...orang ingat kita budak budak.


Tiba tiba tengah minum ada satu lebai datang. Aku kenal jugak tapi tak rapat. Hulur tangan, bersalam sambil menyebut " Seronoklah UMNO yer, Karpal dah tak de ! ". Aku pulak tak tau berita kemalangan Karpal Singh.

Terkejut aku. Dia kata Karpal Singh meninggal kerana kemalangan di Lebuhraya dekat Gua Tempurung. Andaian dia UMNO meraikan kematian mana mana tokoh pembangkang!

Aku jawab spontan " Kalau mak bapak kita mati, tentu kita sedih dan kita nak kongsi sedih dengan orang lain. Bila mak bapak orang lain mati, kita pulak tak ada sebab nak rasa seronok walaupun kita tak rasa sedih langsung".

Terkejut dia. Aku sambung lagi, " Dah 13 pilihanraya, berapa orang pemimpin pembangkang mati ?" Terkedu lebai nih !

Aku akhirnya tarbiah dengan sikit. Aku kata lebai atas kepala tak ada makna jika hati buta, hitam. Sentiasa bersangka buruk !

Akupun heran. Ada manusia yang menjadikan segalanya politik. Padahal ada perkara yang melukakan hati senahagian orang tak boleh kita politikkan. Ini tidak adil dan tak logik.

Aku secara peribadi amat bersimpati kepada apa yang berlaku kepada Karpal dan anggota keluarganya. Bukan mudah menghadapi kehilangan orang yang kita kasihi...

Kepada lebai tadi, aku rasa walaupun aku tak mewakili UMNO, tapi dia tahu orang UMNO tak bodoh macam dia...


1 comment:

  1. Kalo ko nak tau, itulah budak budak PAS. Bodo !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...