Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday, 18 April 2014

MANA JAKIM ? KENAPA KESESATAN INI DIBIARKAN BEGITU LAMA ?

PAS akan bincang fatwa RIP


PAS akan bermesyuarat pada hari Isnin depan untuk membincangkan kontroversi yang timbul daripada penggunaan perkataan "RIP" atau rest in peace (bersemadi dengan aman) yang amat tidak digalakkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kita akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat biro politik di Kuala Lumpur dan kita akan tetapkan pendirian kita," kata pengarah pusat kajian PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, yang ditemui pada majlis berjaga mendiang Karpal SIngh di Pulau Pinang hari ini.

Keputusan itu kemudiannya akan dipanjangkan kepada kepimpinan pusat parti, kata bekas MP Kuala Selangor itu lagi.

Menurut Dzulkefly, perkara itu adalah sensitif kerana pemergian seorang negarawan seperti Karpal Singh, layak mendapat penghormatan dan pengiktirafan.

Turut bersama Dzulkefly adalah MP Tumpat, Kamaruddin Jaafar yang berkata kini adalah masanya untuk menghormati Karpal dan jasa-jasanya, dan bukan menghamburkan sebarang pendapat atau komen negatif.

Membincangkan ungkapan RIP, fatwa MFK menyebut, amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya ungkapan RIP kepada seorang bukan Islam.

Fatwa itu berkata, RIP adalah ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama mazhab Katolik sejak abad ke-18 dan diukir pada batu nisan masyarakat mereka.

Ia juga, menurutnya, mengandaikan bukan Islam akan mendapat rahmat Tuhan sebagaimana doa asal dalam bahasa Latin, sedangkan seseorang yang mati dalam kekufuran tidak mendapat keampunan dan rahmat Tuhan.
Ulasan aku :-
1. Artikel ini tersiar dalam Malaysiakini. ' Dah tentu ' tiada niat jahat terhadap PAS.
2. PAS pertikai fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
3. PAS anggap ' Islam ' perlu diketepikan kerana menghormati seseorang
4. PAS nak bincangkan perkara ISLAM ini dalam Biro Politik
Kassim Ahmad hanya seorang dan aku percaya tiada pengikut. PAS adalah sebuah organisasi yang jadikan Islam sebagai alat dan perkakas mereka. Bila bila masa mereka boleh ubah ikut selera mereka sendiri.
Ini bukan soal menghormati sesiapa tetapi apa jua penghormatan pasti tidak perlu mengubah hukum. Kalau JAKIM atau Badan Bertanggungjawab lain boleh ambil tindakan segera kepada Kassim Ahmad maka wajib tindakan diambil kepada PAS.

1 comment:

  1. Terlalu banyak kesesatan, biarkan luncai terjun dengan labu labunya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...