Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 22 April 2014

ORANG UMNO TAK SUKA BACA BERITA INI !!

NGO Lapor Akaun FB Hina PM, Polis
KUALA LUMPUR, 22 April -  Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung penemuan akaun Facebook yang menghina kepimpinan negara dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini, Selasa.
Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit yang menghina kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pasukan polis.
“Individu terbabit yang menggunakan nama “Conspiracy Cavalera” itu mengaibkan Perdana Menteri serta menteri kabinet dalam gambar yang dimuat naik di laman sesawang berkenaan,” katanya di sini.
Selain itu tindakan tegas harus diambil ke atas seorang individu yang hanya dikenali sebagai “Afiq Gen’ji” yang telah memaki hamun polis dengan ayat yang amat biadab, katanya.
“Kami meminta Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit,” katanya.
Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Sumber- UMNO On Line...
Ulasan Aku :-
Sebab selama ini dah beribu laporan polis dibuat. Dah didapati bersalahpun ada tapi akhirnya selesai luar mahkamah. Dimaafkan. Konon nak tunjuk budiman tapi orang tak hargaipun.
Orang UMNO menyampah. Jadi persepsi bahawa UMNO dan pemimpinnya boleh dikatakan apa saja. Katalah, fitnahlah. Biarlah orang buat seribu dua ribu laporan polis. Akhirnya...dimaafkan.
Atau dalam masa yang sama orang orang ni terus buat fitnah sebebas bebasnya...bosannya...


5 comments:

  1. Tak de maknanya. Buang masa

    ReplyDelete
  2. Lama lama org tinggal UMNO

    ReplyDelete
  3. Memang putus asa dengan sikap bacul umno!

    ReplyDelete
  4. Najib perlu berani baru org respek

    ReplyDelete
  5. teloq najib kecik ja

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...