Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday, 13 April 2014

AHMAD MASLAN SYOK SENDIRI !




Korang baca ni kejap...

Korang rasa apa ? Bersemangat ? Bosan ? Menyampah ? Nak tergelak ?

Aku tak tau apa perasaan aku sebenarnya. Bimbang, cemas. Pemimpin UMNO gila mahu cari populariti untuk diri sendiri sehingga lupa bahawa UMNO dan Kerajaan yang ditunjanginya sedang dalam keadaan bahaya.

Ahmad Maslan ni Ketua Penerangan UMNO. Di bawah beliau ada yang jaga penerangan di peringkat UMNO Negeri, di Bahagian dan di Cawangan cawangan. Sebenarnya apa yang orang orang ini buat selepas setahun kita menghadapi PRU 13 dan ada lagi tiga tahun lebih untuk mendepani PRU 14.

Aku rasa tak ada apa pun yang dibuat oleh Jentera Sedia Ada Ahmad Maslan selain daripada beretorik, berbombastik dan kosong !

Aku nak cadangkan kepada Ahmad Maslan sesuatu. Orang memilih dan mengundi berasaskan kepada apa yang mereka percayai. Mereka percaya sesuatu kerana mereka mendengar, melihat dan mengalami perkara itu.

Di Malaysia ( tempat lain aku tak tau ), orang percaya hantu kerana mereka sejak kecil sampai tua dengar cerita hantu. Hampir semua tak pernah jumpa, tak pernah ada pengalaman dengan hantu. Tapi takut kepada hantu amat luar biasa.

Orang percaya Anwar kerana Anwar dan puak puaknya banyak bercakap dan orang ramai selalu dengar apa yang mereka cakap, lalu mereka percaya Anwar walaupun secara terang tak pernah kenalpun peliwat kebangsaan ini.

Ini kerja Ahmad Maslan sebenarnya. Latih jentera yang ada supaya dapat dan kerap bertemu rakyat, bercakap supaya mereka percaya kepada Kerajaan UMNO dan memilih UMNO sekali lagi pada PRU14. Tidak cerdik bila Ahmad Maslan bila secara tiba tiba nak tubuhkan pasukan baru yang ' rupanya' pun belum dikenalpasti, fungsinya tak jelas.

Aku jangka kalau Ahmad Maslan nak buat jugak apa yang rasa syok nak buat, maka beliau sebenarnya sangat membuang masa dan melakukan sesuatu yang amat sia sia !


4 comments:

  1. Umno ni dah sampai hujung dah. Kalau pemimpin asyik retorik tak utamakan parti Umno akan jadi sejarah. Masa itu menyesal tak berguna

    ReplyDelete
  2. Ahmad Maslan aku tgk dari dulu lagi cakap banyak tapi hasilnya tak nampakpun

    ReplyDelete
  3. Umno tak hidup kerana cakap tapi kerana kerja...

    ReplyDelete
  4. Elok juga jika Ahmad Maslan dibrri peluang. Mungkin akan ada hasilnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...