Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 1 August 2014

PRESIDEN GERAKAN MENJARING ANGIN !





Presiden parti Gerakan Datuk Mah Siew Keong hari ini mencadangkan supaya pilihan raya negeri Selangor diadakan sekiranya isu pertukaran menteri besar Selangor masih gagal menemui jalan penyelesaian.
"Buat masa sekarang, saya lihat negeri Selangor perlu membuat pilihan sama ada ingin terus mengekalkan Khalid menjadi menteri besar atau pun mengadakan pilihan raya negeri supaya rakyat dapat menentukan siapa yang layak memegang jawatan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perwakilan parti Gerakan Negeri Kedah di Alor Setar.

Aku memang suka orang berjiwa besar. Tapi apa salahnya kalau aku bertanya, 

1. Adakah Gerakan telah menyelesaikan masalah rekod keahliannya yang sebelum ini menjadi kekangan kepada BN?

2. Adakah Gerakan telah dapat mendaftarkan pengundi baru yang bakal menyokong BN sekiranya berlaku lagi pilihanraya?

3. Adakah Gerakan telah mengenalpasti ahli yang menyokong DAP dan memulihkan mereka ?

Kalau semua ini telah diselesaikan, maka layaklah Presiden Gerakan menyeru kepada Pilihanraya. Kalau belum selesai, aku rasa Datuk Mah sekadar menjaring angin sajalah !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...