Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday 5 August 2014

GEMPAR LAGI !! PENDEDAHAN GANI BOLEH LUMPUHKAN UMNO !

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara sentiasa memantau dan mengambil tindakan sewajarnya dari semasa ke semasa ke atas setiap perbuatan berhubung isu menghina agama Islam, kata Peguam Negara.
   
Tan Sri Abdul Gani Patail berkata sejak Mac lepas, jabatan itu telah melaporkan setiap minggu semua kes-kes yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada perdana menteri, menteri dan ketua-ketua jabatan semua perkara berkaitan kes kepentingan awam.- Sinar Harian


Aku rasa ramai yang terperanjat dengan kenyataan ini. Baca berulang kali dan kita akan dapat kesimpulan bahawa pendakwaan terpilih ini berada dalam pengetahuan Perdana Menteri dan para Menteri.


Aku tak tau apa respon orang Melayu. Aku belum mendengar apa perasaan akar umbi UMNO yang mengharapkan pemimpin UMNO bertegas dalam isu agama dan bangsa Melayu.

Sekali fikir kenyataan Peguam Negara ini menggambarkan bahawa benarlah jangkaan ramai orang, UMNO adalah tunjang kepada Kerajaan lemah yang tiada kuasa. UMNO lah yang membiarkan pendakwaan terpilih ini berlaku dan mangsanya ialah Kiki, mangsanya adalah Ustaz Sahul.

Inilah persepsinya. Persepsilah yang telah hampir menguburkan UMNO. Dan aku rasa persepsi jugaklah yang akan menyebabkan UMNO kalah PRU 13.

Aku rasa pihak Polis telah menggunakan pendekatan memaksa orang Melayu menutup mulut. Timbalan Ketua Polis Negara telah memberi amaran, sesiapa yang menyemarakkan api perkauman akan didakwa. Orang Melayu sedar bahawa amaran itu ditujukan kepada orang Melayu kerana yang jadi mangsa orang Melayu, yang bising orang Melayulah.

Tapi malangnya polis yang menjalankan tugas mereka lupa, mereka boleh paksa orang Melayu diam tetapi bolehkah mereka memaksa orang Melayu terus mengundi UMNO ?



   

11 comments:

  1. Frust dengan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Aku dah agak dah.... sejak kepelikkan ini bermula.... kalau tak kerana kerajaan sendiri, takkan berani IGP atau AG bertindak demikian....
    kini kesalahan nak di pindahkan kpd tuan penasihat lagi kah????
    Konfom aku tak mengundi UMNO sampai bila2 selahi kabinet ini memerintah... phuiiiii !!!!

    ReplyDelete
  3. Jija sesuatu berlaku kepada UMNO selepas ini jangan salahkan orang bawah.

    ReplyDelete
  4. Kesian datuk nenek kita. UMNO ditubuhkan dengan pengorbanan dan air mata tapi di tangan kita ia hancur tanpa kubur!

    ReplyDelete
  5. Tahniah. Aku respek hang nak tulih lagi benda ni. Org lain dah bosan. Tunggu nak hukum UMNO je lagi

    ReplyDelete
  6. MENTERI KDN PATUT TEGAS. JANGAN BERSEMANGAT MASA PERHIMPUNAN UMNO SAHAJA

    ReplyDelete
  7. UMNO hilang kuasa ! Baru. hang tau.

    ReplyDelete
  8. Betul kata ayah aku. UMNO tak boleh dijatuhkan dari luar tapi UMNO akan jatuh kerana mainan dari dalam

    ReplyDelete
  9. Ini bukan cerita UMNO. Ini cerita bangsa Melayu yg malang

    ReplyDelete
  10. Masa ada lagi. Buat pembetulan

    ReplyDelete
  11. Sabotaj Pegawai Kerajaan terhadap UMNO dah lama berlaku. Malangnya UMNO tak sensitif

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...