Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 13 August 2014

18 SX - PELIKKAN, ANAK KENA ROGOL SAMPAI MENGANDUNG, MAK BAPAK TAK TAU !

Pada aku pelik benarlah. Sejak anak umur 11 tahun dah kenal rogol. Tiap tiap bulan kena, sampai dah mengandung dah 9 blan baru mak bapak dia tau. Apa berlaku dalam tempoh hampis setahun tu ? Macam mana hubungan keluarga mereka ni?

Tak kan mak bapak tak perasan atau perhati anak yang pada aku budak budak sangat lagi...

Korang baca nih...


SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.

“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.

Katanya, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.

Sehingga kini katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.- Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...